Wednesday, April 4, 2012

Tuanku Abdul Halim Menyerahkan Surat Cara Perlantikan Kepada 11 Hakim

04.04.2012, Rabu - Hari ini Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong Tuanku Almu'tasimu Billahi Muhibbuddin Tuanku Alhaj Abdul Halim Mu'adzam Shah ibni Almarhum Sultan Badlishah telah berkenan mencemar duli menghadiri Istiadat Pengurniaan Surat Cara Perlantikan kepada 11 orang Hakim Mahkamah Persekutuan, Mahkamah Rayuan dan Mahkamah Tinggi di Istana Negara. Kelihatan Tuanku Abdul Halim berkenan menyampaikan Surat Cara Perlantikan Hakim Mahkamah Tinggi kepada Yang Arif Tuan Stephen Chung Hian Guan. Turut serta dalam istiadat ini adalah Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz dan Ketua Hakim Negara Tan Sri Ariffin Zakaria.

Mendahului senarai penerima adalah hakim Mahkamah Persekutuan iaitu Datin Paduka Zaleha Zahari, Datuk Zainun Ali, Datuk Seri Sulong Matjeraie dan Datuk Jeffrey Tan Kok Wha. Kemudiannya dikuti oleh dua Hakim Mahkamah Rayuan, Datuk Abdul Aziz Abdul Rahim dan Datuk Lim Yee Lan. Hakim Mahkamah Tingga pula terdiri daripada Datuk Hasnah Mohamed Hashim, Harmindar Singh Dhaliwal, Hadhariah Syed Ismail, Supang Lian dan Stephen Chung Hian Guan.

Sumber :- Bernama

No comments: