Sunday, May 13, 2012

Dapatkan Cenderahati Kembara Mahkota Johor 2012

13.05.2012, Ahad - Kembara Mahkota Johor (KMJ) 2012 bermula hari ini selama empat hari dengan konvoi bermotor KMJ sejauh 1,100 km dengan merentasi 10 daerah  di Johor. Berita baik kepada anda yang menyaksikan KMJ 2012 ini kerana anda akan diberikan cenderahati menarik sejam sebelum keberangkatan tiba konvoi Sultan Johor, Duli Yang Maha Mulia Sultan Ibrahim ibni Almarhum Sultan Iskandar ke kawasan anda. Gambar disebelah ini adalah Harley Davidson Street Glide yang akan digunakan oleh Tuanku Sultan Johor sepanjang KMJ 2012 ini.
 
Pihak sekretariat KMJ 2012 memaklumkan cenderahati berkenaan akan diberikan oleh anggota konvoi 'Calvacade' yang terdiri daripada anggota Polis, Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) dan SAJ Holdings. Sebanyak 2,000 unit cenderahati akan diedarkan di 168 lokasi persinggahan konvoi KMJ 2012. So.............  apa lagi yang ditunggu terutamanya kepada warga Johor, marilah kita beramai-ramai memeriahkan KMJ 2012 disamping mendapatkan cenderahati berkenaan sebagai kenang-kenangan.

Sila Click Link berikut untuk jadual KMJ 2012 sebagai panduan kepada anda semua :- 


Sumber : Bernama/ Johor Tourisme

No comments: