Saturday, July 7, 2012

Tuanku Abdul Halim Lancarkan Program Pemeriksaan Kesihatan Bergerak YSB

07.07.2012, Sabtu - Hari ini Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong Almu'tasimu Billahi Muhibbuddin Tuanku Alhaj Abdul Halim Mu'adzam Shah ibni Almarhum Sultan Badlishah telah berkenan berangkat menyaksikan Karnival Amal Hari Penyayang 2012 anjuran Yayasan Sultanah Bahiyah (YSB) yang berlangsung di perkarangan Stadium Darul Aman, Alor Star, Kedah.  Dalam lawatan ini, Tuanku Abdul Halim juga telah berkenan melancarkan Progrm Pemeriksaan Kesihatan Bergerak YSB. Program ini merupakan kerjasama diantara YSB, Yayasan Buah Pinggang Kebangsaan (NFK) dan Kumpulan Sunway yang mana didalam program ini, mereka akan melakukan pemeriksaan percuma kepada rakyat negeri Kedah terutamanya mereka yang berada diluar bandar.

Yang Teramat Mulia Tunku Panglima Besar Kedah Dato' Seri Tunku Puteri Intan Shafinaz binti Kebawah Duli Yang Maha Mulia Tuanku Sultan Haji Abdul Halim Mu'adzam Shah yang merupakan Pengerusi YSB dalam kenyataannya kepada Bernama hari ini memaklumkan bahawa kos perbelanjaan bagi projek ini adalah sebanyak RM500,000.00 setahun dan ianya adalah bertujuan mendidik masyarakat berhubung kepentingan penjagaan kesihatan. Perkhidmatan yang akan diberikan dalam program ini adalah pemeriksaan kencing manis, tekanan darah tinggi, ujian air kencing dan rawatan ringan. Tambah beliau lagi Karnival ini bermula semalam Jumaat 07.07.2012 dan akan berlangsung selama tiga hari bertujuan menjana kewangan YSB untuk melaksanakan Program berkenaan .

Kepada anda yang berada di Alor Star sudi-sudikanlah ke Karnival ini dan pelbagai acara menanti anda seperti bazar jualan, kempen derma darah, bazar makanan, persembahan pentas penyayang, pameran kerjaya dan NGO, pertandingan futsal, pertandingan ayam serama & suara burung, persembahan artis, temuduga terbuka, Autoshow dan kayuhan basikal amal, battle of the band, pertandingan paintball dan peraduan mewarna.  Ada cabutan bertuah lagi dengan barangan bernilai RM15,000.00 dam macam-macam lagi ada no.............  Jom kita ke Karnival Amal Hari Penyayang 2012 dan bawalah suami/isteri/anak-anak/orang tersayang  untuk berhibur sambil  menderma kepada YSB dan dapat membantu YSB melaksanakan Program Pemeriksaan Kesihatan Bergerak YSB ini.

Sumber :- Bernama

No comments: