Sunday, August 12, 2012

Gambar Siapa Kat Duit Kita

12.08.2012, Ahad - Tak lama lagi dah nak Raya kan dan salah satu persiapan wajib untuk setiap raya adalah angpau atau duit raya.  Duit raya nie dah jadi satu kemestian bagi masyarakat kita ikut kemampuan masing-masing.  Tak banyak sedikit mesti ada exspecially untuk ibubapa dan anak-anak dan mana yang agak mampu bagi kepada saudara mara dan budak-budak yang datang beraya. Kalau tahun 1980an dulu limapuluh sen tu dah dikira besar tetapi zaman sekarang budak-budak tak pandang pun dan sekurang-kurangnya kena bagi RM1.00 kalau tak kena katalah jawapnya....... Nakalkan? budak-budak sekarang nie tak macam kita dulu-dulu terima jer apa yang orang bagi. Anda pula bagaimana dah tukar duit raya dah ? sekarang nie bank negara dah keluarkan note baru lagilah berlumba-lumba orang nak mendapatkannya untuk dijadikan duit raya.

Cakap pasal duit raya nie, tahu tak anda gambar siapa kat matawang kita tu. Jangan terperanjat kalau Syah bagitau ada juga diantara kita yang tak tahu gambar siapa kat duit tu dan ada yang mengatakan gabenor bank negara sebab disebelah gambar tu ada ruangan tandatangan gabenor bank negara............ Hehehhe macam-macam kan?  lawak betul. Gambar itu adalah gambar Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong pertama selepas Tanah Melayu mendapat kemerdekaan daripada British pada 31.08.1957. Baginda adalah KDYMM Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong Almarhum Tuanku Abdul Rahman ibni Almarhum  Tuanku Muhammad yang merupakan Yang Di-Pertuan Besar Negeri Sembilan. 

Almarhum Tuanku Abdul Rahman merupakan Ayahanda Mertua kepada Yang di-Pertuan Agong sekarang, KDYMM Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong  Almu'tasimu Billahi Muhibbuddin Alhaj Tuanku Abdul Halim Mu'adzam Shah ibni Almarhum Sultan Badlishah.  Gambar diatas merupakan potret Almarhum Tuanku Abdul Rahman bersama permaisurinya yang juga merupakan Seri Paduka Baginda Raja Permaisuri Agong pertama, Almarhumah Tuanku Kurshiah binti Almarhum Tunku Besar Burhanuddin. Tuanku Abdul Halim berkahwin dengan Al-Marhumah Tuanku Hajah Bahiyah yang merupakan puteri kepada Almarhum Tuanku Abdul Rahman dan Almarhumah Tuanku Kurshiah.

No comments: