Thursday, August 30, 2012

Selamat Ulang Tahun Ke-80 Mak Engku Rehan

30.08.2012, Khamis - Syah mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan Selamat Menyambut Hari Ulang Tahun Ke-80 kepada Mak Engku Rehan atau nama sebenarnya YM Raja Rehan Bt Raja Yaacub.  Semuga Mak Engku Rehan dipanjangkan umur, diberikan kesihatan yang baik serta dimurahkan rezeki.  Amin. Dilahirkan dalam keluarga Diraja Perak merupakan anak ketiga daripada sepuluh orang adik beradik seibu sebapa. Bonda Mak Engku Rehan adalah YM Raja Nor Muhidayah bt Raja Bendahara Abdul Rashid.  Mak Engku berkahwin ketika berusia 19 tahun dengan YM Raja Hidran bin Raja Chik Abdul Hamid pada 28.07.1951 dan telah dikurniakan dengan 10 orang cahayamata juga.

Menurut salah seorang puteri Mak Engku Rehan, Raja Nur Jannah Hidran bahawa bondanya mempunyai minat yang sama dengan beliau iaitu mengambil gambar dan sentiasa membawa kameranya apabila bercuti atau keluar bersiar-siar.  Mana tumpahnya kuah kalau tak ke nasi kan?  Selain daripada itu Mak Engku juga minat membaca, menjahit, kraftangan dan bercucuk tanam. 

Menurut Ku Janah lagi, bondanya seorang yang sensitif dan mudah merajuk tetapi merupakan seorang yang tegas dan nekad serta tidak berpuas hati selagi sesuatu perkara yang dilakukan tidak selesai dengan sempurna mengikut kehendaknya.

Sumber :- Raja Nur Jannah Hidran

No comments: