Monday, September 3, 2012

Sultan Brunei Di Kuala Lumpur

03.09.2012, Isnin - Hari ini Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah ibni Al-Marhum Sultan Haji Omar 'Ali Saifuddien Sa'adul Khairi Waddien telah berangkat ke negara kita dan kini berada di Kuala Lumpur. Terdahulu Sebelum berangkat pagi tadi telah diadakan bacaan doa Selamat di Istana Nurul Iman.  Selamat Datang ke Kuala Lumpur Tuanku Sultan Brunei.

Tuanku dan rombongan selamat sampai di Pengkalan Tentera Udara Diraja Malaysia, Subang dan disambut oleh Menteri Pengiring yang merupakan Menteri Kerjaraya, Dato' Seri Shaziman  Abu Mansor dan Timbalan Menteri Hal Ehwal Luar Negari, Datuk Richard Riot.  Tuanku Sultan juga telah berkenan memeriksa Perbarisan Kehormat sejurus tiba di pengkalan TUDM.

1 comment:

grateful said...

comelnye putera and puteri HM Brunei :)