Friday, October 19, 2012

Tuanku Abdul Halim dan Tuanku Hajah Haminah Berangkat Menunaikan Fardu Haji.

19.10.2012, Jumaat - Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong Almu'tasimu Billahi Muhibbuddin Tuanku Alhaj Abdul Halim Mu'adzam Shah ibni Almarhum Sultan Badlishah dan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Raja Permaisuri Agong Tuanku Hajah Haminah binti Haji Hamidun telah selamat berangkat menunaikan fardu haji.   Seri Paduka Baginda berdua dan rombongan berlepas menaiki pesawat melalui Kompleks Bunga Raya, Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur atau KLIA.  Pesawat berlepas pada jam 10:45hrs.  Turut serta menunaikan fardu haji bersama Seri Paduka Baginda berdua adalah Tunku Temenggong Kedah, YTM Tan Sri Tunku Sallehuddin Ibni Almarhum Sultan Badlishsh, Toh Puan Temenggong Kedah Puan Sri Tengku Maliha Tengku Arif, Tunku Panglima Besar Kedah Yang Teramat Mulia Dato' Seri Diraja Tunku Puteri Intan Shafinaz Binti KDYMM Al-Sultan Almu'tasimu Billahi Muhibbuddin Tuanku Alhaj Abdul Halim Mu'adzam Shah, YTM Tunku Dato’ Seri Soraya dan suami YTM Raja Kecil Besar Perak Darul Ridzuan, Raja Dato’ Seri Iskandar Dzulkarnain ibni Almarhum Sultan Idris A’fifullah Shah. 

Turut mengucpkan selamat jalan kepada Seri Paduka Baginda berdua dan rombongan adalah Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yasin dan Puan Sri Noorainee Abdul Rahman dan Menteri Besar Kedah Dato' Seri Azizan Abdul Razak.  Sebelum berangkat, kedengaran sebanyak 21 das tembakan meriam kedengaran diudara diikuti oleh lagu Kebangsaan, Negara Ku.

Sumber :- Bernama

No comments: