Monday, October 15, 2012

Bekas Raja Kambodia Norodom Sihanouk Meninggal Dunia

15.10.2012, Isnin - Bekas Raja Kambodia Preah Karuna Preah Bat Sâmdech Preah Norodom Sihanouk Preahmâhaviraksat atau lebih dikenali dengan panggilan Putera Norodom Sihanouk yang berusia 89 tahun dilaporkan telah meninggal dunia pagi ini di salah sebuah hospital di Beijing, China. Pembantu kepada mendiang, Putera Sisowath Thomico dalam kenyataannya hari ini memaklumkan mendiang meninggal dunia akibat serangan jantung. Dalam kenyataannya juga, beliau memaklumkan sepanjang hidupnya Sihanouk banyak menabur jasa demi negara dan rakyat Kemboja.  Katanya Kematiannya adalah satu kehilangan besar kepada Kambodia".    Mendiang berlepas ke Beijing awal tahun lalu untuk mendapatkan rawatan perubatan.  Pada tahun 2004, mendiang memberi laluan kepada puteranya Norodom Sihamoni kini bergelar Raja Norodom Sihamoni untuk menaiki tahta Kemboja memandangkan keadaan kesihatan mendiang yang tidak begitu baik untuk memerintah.  Takziah diucapkan kepada Keluarga Diraja Kambodia dan Kerajaan Kambodia diiatas kemangkatan ini.

Sila click entry Syah berhubung kesihatan Putera Norodom Sihanouk dan King Norodom Sihamoni pada Ogos 2011 lepas 
Sumber :- BH Online

No comments: