Monday, October 8, 2012

Happy Belated Birthday Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Raja Isteri Pengiran Anak Hajah Saleha

08.10.2012, Isnin- Selamat Menyambut Hari Keputeraan Syah ucapkan kepada  Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Raja Isteri Pengiran Anak Hajah Saleha.  KDYMM diputerikan pada 07 Oktober 1946 di Kampung Sumbiling, Jalan Istana Darussalam. KDYMM Paduka Seri Baginda Raja Isteri Pengiran Anak Hajah Saleha merupakan puteri kepada Pengiran Pemancha Pengiran Anak Haji Mohamed Alam dan Pengiran Babu Raja Pengiran Anak Hajah Besar. KDYMM Paduka Seri Baginda Raja Isteri Pengiran Anak Hajah Saleha berkahwin dengan Tuanku Sultan Brunei pada 29 Julai 1965 ketika Tuanku Sultan Brunei menjadi Pengiran Muda Mahkota. Hasil daripada perkahwinan ini KDYMM Paduka Seri Baginda Raja Isteri Pengiran Anak Hajah Saleha telah dikurniakan dua Putera dan lima Puteri. KDYMM Paduka Seri Baginda Raja Isteri Pengiran Anak Hajah Saleha merupakan sepupu kepada Tuanku Sultan Brunei dimana Ayahanda KDYMM Paduka Seri Baginda Raja Isteri Pengiran Anak Hajah Saleha adalah adik beradik dengan Bonda Tuanku Sultan Brunei.  Tuanku Sultan Brunei berkahwin sebanyak tiga kali dan telah berlaku pencerai diantara Tuanku Sultan Brunei dengan isteri kedua dan ketiga baginda tetapi jodoh Tuanku Sulltan Brunei bersama KDYMM Paduka Seri Baginda Raja Isteri Pengiran Anak Hajah Saleha kekal hingga keakhir ini.

Selamat Menyambut Hari Keputeraan kepada KDYMM Paduka Seri Baginda Raja Isteri Pengiran Anak Hajah Saleha, Semuga dipanjangkan umur dan dimurahkan rezeki serta diberkan kesihatan yang baik. Amin. 

No comments: