Monday, October 29, 2012

He Royal Highness Princess Mary of Denmark Kemalangan

29.10.2012, Isnin - Her Royal Highness Crown Princess Mary of Denmark dilaporkan terlibat dalam satu kemalangan minggu lepas. Ketika kejadian, Princess Mary sedang memandu kenderaan SUV bersama dua orang puteri baginda didaerah Stebro, Copenhagen dan tiba-tiba dilanggar oleh penunggang basikal wanita.  Menurut saksi ditempat kejadian, wanita berkenaan seolah-olah hilang kawalan dan melanggar Land Rover yang dipandu oleh Princess Mary. Wanita berkenaan melanggar bahagian pintu penumpang ketika kenderaan berkenan membelok ke kanan. Istana Diraja dalam kenyataannya memaklumkan Princess Mary dan dua orang puterinya tidak mengalami sebarang kecederaan.  Pihak istana juga memaklumkan bahawa Princess Mary telah menghubungi wanita berkenaan untuk bertanyakan khabar.  Keluarga Diraja Denmark juga akan menanggung segala kos baik pulih basikal wanita berkenaan.

Kebanyakan Kerabat Diraja Denmark sering terlibat dalam kemalangan dan dikaitkan dengan isu memandu melebihi had laju yang dibenarkan.  Suami Princess Mary sendiri iaitu  His Royal Highness Crown Prince Federik of Denmark terkenal dengan sikap suka memandu laju dan sering disaman atas kesalahan melebihi had laju. Baginda dan adindanya juga pernah mengalami kemalangan yang dasyat di Perancis ketika remaja dan dapat diselamatkan. Tabiat buruk mereka ini telah menyebabkan bonda mereka, Her Majesty Queen Margrethe II of Denmark berasa susah hati dan telah mengenakan syarat-syarat yang ketat untuk memandu bagi putera-putera baginda.

Sumber : Examiner online

No comments: