Thursday, October 4, 2012

Makam Almarhum Sultan Iskandar ibni Almarhum Sultan Ismail, Sultan Johor ke-4

04.10.2012, Khamis - Akhirnya dapat juga Syah lihat gambar binaan makam Almarhum Sultan Iskandar ibni Almarhum Sultan Ismail, Sultan Johor Era Sejarah Moden Ke-4 iaitu Ayahanda kepada Tuanku Ibrahim, Sultan Johor sekarang. Syah tahu makam Almarhum sudah dibina tetapi tak berkesempatan ke Johor untuk melihatnya sendiri. Dibawah nie adalah gambar makam Almarhum sebelum binaannya dipasang.  Gambar nie Syah ambil sewaktu melawat makam berkenaan pada Disember 2010. Semasa Syah menziarahi makam Almarhum binaannya belum siap lagi dan hanya terdapat dua batu nisan sahaja. Shukur Alhamdulillah,  dapat juga Syah melihat binaan makam Almarhum.  Syah mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan jutaan terima kasih kepada Raja Abdul Rahman Raja Basok untuk gambar makam Almarhum Tuanku Iskandar . Really appreciate it.

Entry Syah terdahulu mengenai makam ini.  Sila click link dibawah :- 


No comments: