Tuesday, October 23, 2012

Sultan Brunei Hadiri Majlis Konvokesyen KUPU SB

23.10.2012, Selasa - Hari ini Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam, Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah ibni Al-Marhum Sultan Haji Omar 'Ali Saifuddien Sa'adul Khairi Waddien telah berkenan menghadiri Majlis Konvokesyen Kolej Universiti Perguruan Ugama Seri Bagawan atau KUPU SB Kali ke-2.  Majlis Konvo ini telah berangsung di Brunei International Convention Center, Bandar Seri Bagawan.  KUPU Terletak di KM2, Jalan Raja Isteri, Bandar Seri Bagawan ini ditubuhkan pada awal Tahun Baru Hijrah 1428 bersamaan 20.01.2007.  KUPU SB telah dinaik taraf daripada Maktab Perguruan Ugama kepada kepada Kolej Universiti atas titah perintah Sultan Brunei dengan harapan agar KUPU SB menjadi sebuah institusi perguruan ugama yang unggul, menjadi kebanggaan negara, memenuhi keperluan negara dan bersedia membuka pintunya kepada pelajar luar. Pada awal 2007, KUPU SB telah memulakan pengajiannya dalam program-program seperti :-


  • Sarjana Muda Perguruan Ugama (Usuluddin),
  • Sarjana Muda Perguruan Ugama (Syariah),
  • Diploma Tertinggi Perguruan Ugama (Usuluddin),
  • Diploma Tertinggi Perguruan Ugama (Syariah),
  • Diploma Perguruan Ugama (Usuluddin),
  • Diploma Perguruan Ugama (Syariah) dan
  • Diploma Perguruan Ugama Lepasan Ijazah.

  • Sumber :- Jabatan Penerangan Brunei/KPU SB

    No comments: