Monday, October 15, 2012

Sultan Brunei Hadiri Majlis Persandingan Pengiran Haji Abdul Qudduus

15.10.2012, Isnin Semalam Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam dan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Raja Isteri Pengiran Anak Hajah Saleha  telah berkenan mencemar duli menghadiri majlis perkahwinan putera bongsu kepada orang kanan baginda iaitu YAM Pengiran Lela Cheteria Sahibun Najabah Pengiran Anak Haji Abdul Aziz dan YTM Paduka Seri Pengiran Anak Puteri Hajah Masna binti Al-Marhum Sultan Hj Omar ‘Ali Saifuddien Sa’adul Khairi Waddien.  Pasangan pengantin ini juga merupakan anakanda saudara kepada Sultan Brunei. YAM Pengiran Anak Haji Abdul Qudduus bin Pengiran Lela Cheteria Sahibun Najabah Pengiran Anak Haji Abdul Aziz telah selamat diijab kabulkan dengan pasangannya Dayangku Ratna Siti Nooraishah binti Pengiran Dato Paduka Haji Hamzad.

Sumber :- Jabatan Penerangan Brunei

No comments: