Thursday, October 11, 2012

Titah Sultan Selangor Berhubung Perlawanan Separuh Akhir Kedua Piala Malaysia

11.10.2012, Khamis - Hari ini Setiausaha Sulit Sultan Selangor, Dato' Muhamad Munir Bani mengeluarkan kenyataan Sultan Selangor, Duli Yang Maha Mulia Sultan Sharafuddin Idris Shah Alhaj Ibni Almarhum Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah Alhaj berhubung perlawanan separuh akhir kedua Piala Malaysia yang akan diadakan esok (Jumaat) di Stadium Shah Alam diantara Selangor menentang Kelantan.  Baginda mahukan agar penyokong Selangor dan Kelantan mematuhi semua peraturan yang ditetapkan untuk kebaikan dan keselamatan semua pihak semasa perlawanan itu nanti. Baginda juga menasihatkan agar kedua-dua penyokong tidak emosional dan menerima sebarang keputusan akhir perlawanan dengan hati yang terbuka dengan penuh dengan semangat kesukanan. Begitu juga selepas tamat perlawanan, baginda menasihatkan agar kedua-dua pasukan penyokong berkelakuan baik dan bersopan ketika diluar Stadium.  Selain daripada itu, baginda yakin bahawa Polis Diraja Malaysia akan dapat mengawal keadaan sewaktu perlawanan itu nanti.

Diantara titah baginda :-
  • janganlah ditimbulkan perasaan yang boleh mencetuskan huru-hara seperti membakar dan memecahkan kerusi, menghina serta mencerca antara satu sama lain.
  • Memadailah kedua-dua penyokong memberi sorakan sebagai memberi semangat kepada pasukan masing-masing untuk mencapai kejayaan dan menikmati perlawanan itu.
Sumber :- Bernama

No comments: