Friday, October 5, 2012

Tuanku Abdul Halim Akhiri Lawatan Rasmi Negara Ke Jepun

05.10.2012, Jumaat - Hari ini Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong Almu'tasimu Billahi Muhibbuddin Tuanku Alhaj Abdul Halim Mu'adzam Shah ibni Almarhum Sultan Badli Shah Kebawah Duli Yang Maha Mulia Raja Permaisuri Agong Tuanku Hajah Haminah binti Haji Hamidum telah mengakhiri lawatan rasmi negara selama lima hari ke Jepun.  Sebelum berangkat pulang Seri Paduka Baginda berdua telah menerima kunjungan perpisahan daripada Maharaja Akihito dan Maharani Michiko di 'Akasaka Palace'.  Turut serta mengucapkan selamat tinggal kepada Seri Paduka Baginda berdua dan rombongan diraja di Lapangan Terbang Antarabangsa Haneda adalah Duta Malaysia ke Jepun Datuk Shaharuddin Md Som dan isteri Datin Norasikin Hashim dan pegawai-pegawai kedutaan Malaysia.

Sumber :- Bernama

No comments: