Saturday, October 20, 2012

Tuanku Abdul Halim dan Tuanku Hajah Haminah Selamat Tiba Di Madinah

20.10.2012, Sabtu - Shukur Alhamdulillah Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong Almu'tasimu Billahi Muhibbuddin Tuanku Alhaj Abdul Halim Mu'adzam Shah ibni Almarhum Sultan Badlishah dan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Raja Permaisuri Agong Tuanku Hajah Haminah binti Haji Hamidun serta rombongan telah selamat sampai ke Madinah jam 15:10hrs waktu Arab Saudi bersamaan jam 20:10hrs waktu Malaysia malam tadi.  Seri Paduka Baginda berdua berangkat ke Arab Saudi melalui KLIA jam 10:45hrs semalam. Keberangkatan tiba Seri paduka Baginda berdua dan rombongan di Lapangan Terbang Putera  Mohammad Abdul Aziz disambut oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Jamil Khir Baharom, Gabenor Madinah Putera Abdul Aziz serta Duta Besar Malaysia ke Arab Saudi Datuk Syed Omar Mohamad Al Saggaf.  

Malam tadi Seri Paduka Baginda berdua dan rombongan menunaikan solat sunat di Masjid Nabawi dan ziarah ke Makam Nabi Muhammad S.A.W  selepas menunaikan solat Isyak.  Mengikut jadual,  Seri Paduka Baginda berdua dan rombongan akan berangkat ke Jedah sebelum ke Kota Makkah bagi menunaikan umrah pada hari ini.  Pada hari Isnin pula Seri Paduka baginda berdua akan  berangkat melawat Ibu Pejabat Tabung Haji di Makkah serta mengadakan perjumpaan dengan jemaah haji dari Malaysia.  Seri paduka baginda berdua dan rombongan akan berwukuf pada Khamis hadapan bersama-sama tiga juta umat Islam dari seluruh dunia yang mengergakan ibadah haji tahun ini.

Syah mendoakan agar Tuanku Abdul Halim dan Tuanku Hajah Haminah serta rombongan disihatkan tubuh badan dan dilindungi Allah sentiasa supaya dapat menunaikan ibadat haiji dengan sempurna dan mendapat haji yang Mabrur. Amin

Sumber :- Bernama / kosmo

1 comment:

Anonymous said...

Salam Syah..nak buat pembetulan sikit. Gelaran isteri YTM Tengku Temenggong Kedah ialah Tengku Puan Temenggong Kedah dan bukan Toh Puan Temengong. Ini adalah Tengku Maliha dari kerabat diraja dan bukan dari golongan orang kebanyakan. Ini adalah berbeza dari Toh Puan Bendahara Kedah yang berasal dari orang kebanyakan.