Thursday, October 4, 2012

Tuanku Abdul Halim dan Tuanku Hajah Haminah Bertemu Dengan Komuniti Malaysia Di Jepun

04.10.2012, Khamis - Hari ini Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong Almu'tasimu Billahi Muhibbuddin Tuanku Alhaj Abdul Halim Mu'adzam Shah ibni Almarhum Sultan Badli Shah Kebawah Duli Yang Maha Mulia Raja Permaisuri Agong Tuanku Hajah Haminah binti Haji Hamidum telah berkenan berangkat menghadiri Majlis Santapan Malam bersama komuniti Malaysia di Jepun.  Terdahulu, Seri Paduka Baginda berdua telah berkenan menerima mengadap Perdana Menteri Jepun, Yoshihiko Noda dan isteri Hitomi Noda di Istana Tetamu 'Akasaka Palace'.

Sumber :- Bernama

No comments: