Friday, October 5, 2012

Tuanku Abdul Halim dan Tuanku Hajah Haminah Selamat Tiba Ke Kuala Lumpur

05.10.2012, Jumaat - Shukur Alhamduillah Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong Almu'tasimu Billahi Muhibbuddin Tuanku Alhaj Abdul Halim Mu'adzam Shah ibni Almarhum Sultan Badli Shah Kebawah Duli Yang Maha Mulia Raja Permaisuri Agong Tuanku Hajah Haminah binti Haji Hamidum dan rombongan diraja telah selamat sampai ke Kuala Lumpur petang tadi jam 18:45hrs dari lawatan rasmi negara ke Jepun selama lima hari.  Kelihatan Tuanku Abdul Halim dan Tuanku Hajah Haminah berkenan melintasi barisan kehormat sejurus tiba di Kompleks Bunga Raya, Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur. Keberangkatan tiba Seri Paduka baginda berdua disambut oleh Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan Datuk Seri Chor Chee Heung.

Sumber :- Bernama

No comments: