Wednesday, October 17, 2012

Tuanku Abdul Halim Terima Mengadap Pasukan Bola Sepak ATM

17.10.2012, Rabu - Pagi tadi Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong Almu'tasimu Billahi Muhibbuddin Tuanku Alhaj Abdul Halim Mu'adzam Shah ibni Almarhum Sultan Badlishah telah berkenan menerima mengadap 16 pegawai Angkatan Tentera Malaysia (ATM) dan 27 pemain bola sepak Angkatan Tentera Malaysia  yang akan bertempur Sabtu ini di pusingan akhir Piala Malaysia. Tuanku Abdul Halim meluangkan masa selama satu jam untuk beramah mesra dengan pemain-pemain bolasepak ATM di Istana Negara, Kuala Lumpur. Turut serta adalah Menteri Pertahanan Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi dan Panglima Angkatan Tentera Jeneral Tan Sri Zulkifeli Mohd Zin.  Tuanku Abdul Halim merupakan Pemerintah Tertinggi Angkatan Tentera Malaysia.  Dalam majlis ini, Tuanku Abdul Halim telah dihadiahkan jersi pasukan bola sepak ATM yang akan digunakan dalam perlawanan akhir berkenaan. Pasukan ATM akan bertemu pasukan dari negeri Timbalan Yang di-Pertuan Agong iaitu Kelantan. Sama-samalah kita saksikan nanti siapakan juara bagi musim kali ini.   

Sumber :- Bernama

No comments: