Thursday, October 4, 2012

Tuanku Hajah Haminah Melawat Rumah Anak Yatim Fukuin-Ryo

04.10.2012, Khamis - Hari ini Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Raja Permaisuri Agong Tuanku Hajah Haminah binti Haji Hamidon yang sedang berada di Jepun untuk lawatan rasmi negara selama lima hari bermula 01 Oktober lepas telah mencemar duli melawat Rumah Anak Yatim Fukuin-Ryo di Tokyo. Rumah anak yatim ini diwujudkan pada tahun 1945 iaitu selepas berakhirnya perang dunia ke-2.  Buat masa ini Rumah Anak Yatim Fukuin-Ryo menempatkan 55 orang kanak-kanak yang berumur diantara 2-18 tahun.  Kelihatan Tuanku Hajah Haminah sedang meluangkan masa beramah mesra bersama anak-anak berkenaan.  Tuanku Hajah Haminah juga telah berkenan menyampaikan cenderahati berupa beg sekolah Upin dan Ipin kepada kanak-kanak berkenaan.

Sumber ;- Bernama

No comments: