Tuesday, November 13, 2012

Tuanku Abdul Halim Hadiri Istiadat Pengurniaan Darjah Kebesaran, Bintang-Bintang dan Pingat-Pingat Persekutuan

13.11.2012, Selasa - Semalam Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong Almuta'simu Billahi Muhibbuddin Tuanku Alhaj Abdul Halim Mu'adzam Shah ibni Almarhum Sultan Badlishah telah berkenan menghadiri Istiadat Pengurniaan Darjah Kebesaran, Bintang-Bintang dan Pingat-Pingat Persekutuan yang berlangsung di Istana Negara. Seramai 278 penerima menerima penghargaan masing-masing sempena Ulang Tahun Keputeraan Yang di-Pertuan Agong Jun lepas.  Kelihatan Tuanku Abdul Hamlim mengurniakan Darjah Panglima Jasa Negara (PJN) yang membawa gelaran Datuk kepada Anggota Parti Progresif Penduduk (PPP) Datuk Hi Chi Kok.

Sumber :- Bernama

No comments: