Wednesday, November 14, 2012

PM Hadiri Majlis Bacaan Yasin dan Doa Selamat Sempena Sambutan Maal Hijrah 1434

14.11.2012, Selasa - Malam ini Anak Bugis Perdana Menteri Malaysia yang amat kita kasihi, Datuk Seri Najib Tun Razak telah menghadiri majlis bacaan Yasin dan doa selamat sempena sambutan Maal Hijrah 1434 esok. Majlis yang diadakan di Masjid Negara ini turut dihadiri oleh kira-kira 4,000 umat islam. Turut hadir adalah Mantan Perdana Menteri Malaysia Tun Abdullah Ahmad Badawi, Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Jamil Khir Baharom, Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah Dauk Seri Mohd Shafie Apdal, Ketua Polis Negara Tan Sri Omar serta beberapa perwakilan asing.  

Majlis bermula petang tadi dengan forum bertajuk "Wasatiyyah Tonggak Kesatuan Ummah" yang disiarkan secara langsung di RTM1.  Majlis diteruskan dengan bacaan  doa akhir tahun 1433 Hijrah dan doa awal tahun 1434 Hijrah oleh Imam Masjid Negara Ustaz Mohd Hosni.  Selepas itu para jemputan menunaikan Solat Maghrib berjemaah, membaca Yasin, tahlil, doa selamat dan Solat Isyak berjemaah. Tema sambutan Maal Hijrah pada tahun ini adalah "Wasatiyyah Tonggak Kesatuan Ummah" dan sambutan diperingkat kebangsaan akan diadakan esok di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya dan akan dirasmikan oleh Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong Almuta'simu Billahi Muhibbuddin Tuanku Alhaj Abdul Halim Mu'adzam Shah ibni Almarhum Sultan Badlishah.

Sumber :- Bernama

No comments: