Wednesday, November 14, 2012

Tuanku Zara Hadiri Majlis Rumah Terbuka Deepavali Peringkat Negeri Perak

14.11.2012, Selasa - Sempena sambutan Perayaan Deepavali yang disambut oleh kaum India yang beragama Hindu semalam, satu Majlis Rumah Terbuka Deepavali peringkat Negeri Perak telah diadakan dikediaman rasmi Menteri Besar Perak.  Turut memeriahkan majlis adalah Duli Yang Teramat Mulia Raja Puan Besar Perak Darul Ridzuan Tuanku Zara Salim.  Dalam majlis ini Tuanku Zara telah berkenan menyampaikan sumbangan duit raya kepada anak-anak yatim.  Kelihatan Tuanku Zara sedang mendengar apa yang diperkatakan oleh K. Darshana dari Precious Gift Home sambil diperhatikan oleh isteri Menteri Besar Perak, Datin Seri Saripah Zulkifli.

No comments: