Sunday, December 9, 2012

Cucunda Saudara Syah, Ainul Mardiah Bertandang Ke Rawang Residence

09.12.2012, Ahad - Tengahari tadi my sister Kak Long Zainab call Syah informed dia hendak bawa cucunda dia Ainul Mardiah, anakanda dia Hafis dan menantunya Intan yang masih dalam maternity leave datang ke Rawang Residence Syah. Mereka sampai selepas solat Zohor.  Gambar nie diambil didalam bilik tidur utama Syah. Sebelum nie jarang Syah keluarkan gambar bilik tidur Syah dalam blog, boleh tunjuk sket sahaja tau..... Insyallah next time kalau keadaan mengizinkan untuk bilik tu disiarkan dalam blog mengikut cerita yang sesuai, Syah akan tunjukkan but for the time being belum lagi.  Heheheheh...........  Kak Long, Hafis dan Intan Solat zohor kat sini.

Lepas Solat Kak Long ajak kami semua ke AEON Rawang untuk lunch dan dia minta Syah beli stock mineral water since mereka dah datang dan tak perlulah Syah bawa botol besar tu naik bas.  Bagai orang mengantuk disorongkan bantal, memang stock air mineral 10 liter Syah hanya tinggal satu botol sahaja.  Sampai AEON Rawang Kak Long belanja kami makan Piza dan selepas makan kami window shopping sebelum masuk Jaya Jusco beli keperluan dapur Syah. Kami sampai Rawang Residence hampir Maghrib dan hari sudah hujan since di AEON Rawang lagi tadi.  Selepas tolong punggah barang Kak Long, Hafis, Intan  dan Ainul pun balik dan selepas Solat Insyak tadi Kak Long call informed dia sudah sampai rumah.

Inilah dia Cucunda Saudara Syah Ainul Mardiah.  Tomei tak ? Mestilah tomei macam Atuk Syah dia kan? Heheheh ........... Lebih baik masuk bakul angkat sendiri daripada suruh orang angkatkan ? Ahaks........

No comments: