Saturday, December 29, 2012

Cucunda Sultan Perak Berkahwin Dengan Cucunda Almarhum Sultan Selangor dan Almarhum Raja Perlis

28.12.2012, Jumaat - Pada 22 Disember 2012 lepas telah diadakan satu majlis resepsi  Perkahwinan di Shangrila Kuala Lumpur diantara Yang Mulia Syed Haizam Jamalullail dan Yang Mulia Nurlin Mohd Salleh.   Nurlin merupakan cucunda kepada Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Sultan Perak Darul Ridzuan,  Sultan Azlan Muhibbuddin Shah ibni Almarhum Sultan Yussuf Izzuddin Shah Ghafarullahu-lah manakala Syed Haizam merupakan cucunda Sultan Selangor Al-Marhum Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah Al-Haj Ibni Al-Marhum Sultan Hisamuddin Alam Shah Al-Haj disebelah bondanya manakala disebelah Ayahanda beliau merupakan cucunda kepada Raja Perlis Al-Marhum Tuanku Syed Putra Al-Haj Ibni Al-Marhum Syed Hassan Jamalullail.

Majlis ini dihadiri oleh Sultan Selangor, Duli Yang Maha Mulia Sultan Sharafuddin Idris Shah ibni Almarhum Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah dan Duli Yang Maha Mulia Pemangku Raja Perak, Raja Dr. Nazrin Shah Ibni Sultan Azlan Muhibbuddin Shah serta isteri Duli Yang Teramat Mulia Raja Puan Besar Perak Darul Ridzuan Tuanku Zara Salim.  Syed Haizam berusia 29 tahun dilahirkan pada 18 Mei 1983 merupakan putera kepada Tengku Puteri Puan Sri Nor Zehan dan Tan Sri Syed Anwar Jamalullail manakala Nurlin merupakan puteri kepada Raja Dato' Seri Azureen dan Dato' Seri Mohd Salleh bin Dato' Ismail. selamat pengantin baru Syah ucapkan kepada Nurlin dan Syed Haizam semuga kekal hingga akhir hayat.

Ikatan perkahwinan diantara keluarga diraja Selangor dan Perak telah terjalin semenjak dari dahulu lagi sehingakan ada beberapa keluarga diraja Perak menjadi Tengku Ampuan di Negeri Selangor Darul Ehsan.  Nenda kepada DYMM Sultan Sharafuddin Idris Shah Alhaj juga dari keluarga diraja Perak iaitu Almarhumah YAM Raja Embin Izmah binti Almarhum Sultan Abdul Jalil (Sultan Perak) Almarhumah YAM Raja Embin berkahwin dengan Amlarhum Tengku Bendahara Selangor Tengku Badar Shah ibni Almarhum Sultan Ala'eddin Sulaiman Shah (Nenda Sultan Sharafuddin sebelah bonda baginda) pada 1917, kemudiannya berpisah dan balik ke Perak, apabila mangkat Almarhumah YAM Raja Embin Izmah dimakamkan di Makam Diraja Selangor, Klang. Hasil perkahwinan Almarhumah YAM Raja Embin Izmah dengan Almarhum Tengku Badar Shah dikurniakan dengan tiga orang puteri termasuklan Almarhumah YMM Paduka Bonda Raja Selangor Raja Saidatul Ihsan binti Tengku Badar Shah.

Sumber : Koleksi Peribadi Maharum Bugis Syah / photo dari Wansaiful / google / Royalark

No comments: