Friday, December 14, 2012

Hospital Keluang Kini Dikenali Sebagai Hospital Enche' Besar Hajjah Khalsom

14.12.2012, Jumaat - Hospital Kluang, Johor kini telah diberi nama baru sempena mengambil nama Bonda Sultan Johor, Yang Amat Mulia Enche' Besar Hajjah Khalsom binti Abdullah. Pada 12.12.2012 lepas telah diadakan satu Majlis Perasmian Pengisytiharan Hospital Enche' Besar Hajjah Khalsom oleh Bonda Tuanku Ibrahim sendiri.  Turut serta dalam majlis ini adalah Timbalan Menteri Kesihatan, YB Datuk Rosnah Abdul Rashid Shirlin, Tengku Puan Panglima Diraja Selangor Tunku Kamariah Almarhum Sultan Iskandar dan Tunku Tun Aminah binti Sultan Ibrahim. 

Hospital ini mula beroperasi pada 30 Disember tahun lepas bagi menggantikan Hospital Kluang yang lama berusia 80 tahun dengan kos pembinaan sebanyak RM390 Juta  di atas tapak seluas 16 hektar.  Hospital ini didatangkan dengan 268 katil serta 220 unit kuarters untuk kediaman pelbagai kategori anggota.  Seramai 789 anggota kesihatan bertugas di hospital ini yang terdiri daripada bahagian klinikal, sokongan klinikal dan sokongan bukan teknikal.  

Diantara perkhidmatan yang diberikan di hospital ini adalah unit rawatan pesakit luar yang melitupi kelinik pakar, rehabilitasi dan hemodialisis, bahagian rawatan pesakit dalam termasuk unit ortopedik, unit pembedahan mulut dan pediatrik.  Selepas majlis Perasmian, YAM Enche' Besar Hajjah Khalsom telah dibawa melawat wad dan pameran yang diadakan di Hospital Enche' Besar Hajjah Khalsom sempena majlis perasmian pengisytiharan hospital ini.

Sumber :- Kesultanan Johor / Bernama

1 comment:

QME Kitchen said...

As salam.....

nk betulkn sikit ni,
bukan Keluang
tp Kluang...

:-)