Sunday, December 23, 2012

Maharaja Jepun Sambut Hari Keputeraan Ke-79 Tahun Hari Ini

23.12.2012, Ahad - Hari ini genaplah 79 tahun umur Maharaja Jepun, Emperor Akihito.  Baginda dilahirkan di Tokyo, Jepun pada 23.12.1933 dan merupakan putera kepada Maharaja Hirohito dan Empress Nagako. Nama asal baginda adalah Tsugu Akihito.  baginda menaiki tahta menggantikan Ayahanda baginda  sebagai Maharaja Jepun pada 07.01.1989.  Pada 10.04.1959 baginda berkahwin dengan Empress Michiko Shoada .  Empress Michiko dilahirpan pada 20.10.1934.  Hasil daripada perkongsian hidup, baginda berdua dikurniakan dengan tiga orang cahayamata iaitu dua putera dan seorang puteri.  Putera sulung baginda adalah Putera Mahkota Naruhito dilahirkan pada 23.02.1960 manakala putera kedua, Prince Akishino diputerakan pada 30.11.1965.  Puteri tunggal baginda, Princess Nori diputerikan pada 18.04.1969.  Princess Nori telah berkahwin dengan orang kebanyakan iaitu lelaki yang bukan dari keluarga diraja, sehubungan dengan itu mengikut undang-undang di Jepun beliau telah hilang gelaran dirajanya berikutan perkahwinan ini.  

Baginda dikurniakan emat orang cucu iaitu tiga perempuan dan seorang lelaki iaitu Princess Toshi, anak Putera Mahkota Naruhito manakala  Princess Mako, Princess Kiko dan Prince Hisahito yang merupakan anak kepada Prince Akishino.  Princess Nori tidak mempunyai zuriat buat masa ini. Disebabkan kekurangan waris lelaki dalam keluarga diraja Jepun, cucunda baginda,  Prince Hisahito merupakan pewaris ketiga Tahta Jepun. Putera Mahkota tidak mempunyai anak lelaki.  Krisis pewaris tahta ini menjadi masalah utama dalam institusi diraja Jepun kerana kebanyakan ahli keluarga diraja Jepun adalah wanita.  Di Jepun hanya  waris lelaki yang sah sahaja dibenarkan menjadi Maharaja.

Gambar diatas merupakan gambar terbaru baginda yang diambil hari ini sempena sambutan ulangtahun keputeraan baginda yang ke 79 tahun.  Kelihatan Maharaja Akihito dan Maharani Michiko melambai tangan para hadirin yang berkumpul di Istana Diraja, Tokyo  untuk menyambut hari keputeraan baginda.

Sumber : Chinadaily.com / Wikipedia

No comments: