Saturday, December 8, 2012

Mulai Tahun Depan Pintu Gerbang Istana Negara Lama Akan Dikawal Oleh Dua Hulubalang

08.12.2012, Sabtu - Menteri Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan Datuk Seri Dr Rais Yatim dalam kenyataannya hari ini di Istana Negara Lama memaklumkan bahawa mulai 01 Januari 2013, pintu gerbang Istana Negara Lama akan dikawal oleh dua pengawal berpakaian tradisional Melayu bagi memperlihatkan kepada umum mengenai amalan tradisi berkawal di Istana pada zaman Kesultanan Melayu lampau dengan mengekalkan "ambient persekitaran' di Istana Negara Lama.  Mulai tahun depan juga beberapa buah bilik didalam Istana Negara Lama akan dibuka untuk lawatan bagi memberi maklumat kepada masyarakat berhubung fungsi serta kegunaan bilik-bilik berkenaan semasa persemayaman 13 Yang di-Pertuan Agong di Istana berkenaan sebelum ini. Pemandu pelancung akan disediakan untuk memberi penerangan melalui visual berhubung kegunaan bilik-bilik berkenaan yang digunakan oleh Ketua Negara kita untuk menerima lawatan duta, tetamu asing serta menerima watikah dan mengadakan majlis keramaian diraja.

Menyentuh berhubung Pameran Raja Kita sempena Pertabalan KDYMM Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong Ke-14 yang berlangsung semenjak 15 April lepas, beliau memaklumkan mengikut statistik sehingga semalam seramai 314,757 pengunjung tempatan dan luar negara telah mengunjungi pameran ini. Pameran ini tambahnya akan diteruskan berikutan sambutan hangat daripada masyarakat. Apalagi? ............  pada anda semua marilah kita bersama-sama membawa anak-anak / adik-adik kita terutamanya pada musim cuti sekolah ini untuk melawat Pameran Raja Kita bagi melihat sendiri kebesaran dan peranan institusi Raja Berpelembagaan di Negara kita serta dapat mendedahkan generasi muda untuk menghargai signifikasi institusi diraja kepada negara. Barulah nanti mereka lebih faham mengenai sistem  Raja Berpelembagaan yang diamalkan oleh Malaysia. 

Hari ini Datuk Seri Dr Rais Yatim bersama Ketua Setiausaha Kementerian Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan, Datuk Seri Kamaruddin Siaraf menyaksikan Persembahan Hulubalang di hadapan pintu gerbang Istana Negara Lama  oleh  20 orang ahli Persatuan Seni Silat Lincah Malaysia.  Tambah beliau lagi Istana Negara Lama ini mampu menjadi salah satu daripada daya tarikan bagi produk pelancungan dinegara kita.

Sumber :- Bernama

No comments: