Tuesday, December 18, 2012

Putera Hisahito Akan Memulakan Alam Persekolahan Pada April 2013

18.12.2012,  Agensi Istana Diraja Jepun memaklumkan bahawa pewaris ketiga tahta Chrysanthemum, Prince Hisahito dilaporkan akan memasuki sekolah rendah  bermula April 2013.  Prince Hisahito yang berusia 6 tahun akan memasuki Sekolah Rendah Universiti Ochanomizu sebuah sekolah rendah di Tokyo yang bergabung  dengan Universiti Ochanomizu.  Selepas perang dunia kedua, kebiasaannya setiap anggota keluarga diraja akan bersekolah di Sekolah Rendah Gakushuin di Tokyo tetapi Putera Hisahito telah memecah tradisi ini. Sekolah ini dipilih kerana beliau mendapat pendidikan pra sekolah di sekolah berkenaan semenjak musim bunga 2010 lagi. Dengan ini beliau juga akan dapat belajar bersama-sama dengan kawan-kawannya semasa menuntut di pra sekolah tersebut.  Pada Jumaat lepas bersamaan 14.12.2012 pihak sekolah telah mengesahkan kemasukan Prince Hisahito setelah berjaya dalam ujian kelayakan berdasarkan pemerhatian tingkah laku yang diadakan selama dua hari di sekolah berkenaan.

Prince Hisahito merupakan anak kepada adik Putera Mahkota Jepun, Prince Akishino dan isterinya Princess Kiko.  Prince Hisahito menjadi pewaris ketiga tahta Chrysanthemum selepas Putera Makhota Jepun dan Ayahandanya Prince Akishino.  Putera Mahkota Naruhito tidak mempunyai zuriat lelaki hanya mempunyai seorang anak perempuan sahaja iaitu Princess Aiko yang kini berumur 11 tahun.

Sumber :- The Japan TImes Online

No comments: