Friday, December 21, 2012

Rumah Kerabat Diraja Dimasuki Perompak Di Petaling Jaya

21.12.2012, Jumaat - The Sun dalam keluarannya pada Khamis, 20.12.2012 melaporkan  mengenai rumah seorang kerabat diraja yang terletak di Seksyen 16, Petaling Jaya, Selangor telah dimasuki perompak dan mengalami kerugian sebanyak RM2juta.  Walau bagaimanapun nama dan kerabat diraja dari negeri mana tidak dimaklumkan. Tuan punya kediaman adalah seorang kerabat diraja berusia 70tahun dan merupakan seorang ahli perniagaan dan bekas ahli politik. Pada hari kejadian, mangsa dan keluarga serta orang gaji mereka telah keluar dari kediaman berkenaan sekitar jam tujuh malam untuk meraikan harijadi mangsa yang ke-70 tahun disalah sebuah hotel.  Setelah majlis selesai mangsa dan keluarga pulang kekediaman mereka dan mendapati tingkap dapur mereka terbuka dan keadaan dalam rumah berselerak. Menurut mangsa sistem pengera dan kamera litar kediaman berkenaan tidak berfungsi kerana  telah rosak.

Perompak telah memecah peti besi simpanan yang terletak dibahagian atas kediaman berkenaan dan melarikan barang kemas, siling emas, jam tangan berjenama, wang tunai dan koleksi peribadi yang berharga.  Diantara koleksi peribadi mangsa yang dicuri adalah pistol, dua majalah mengenai senjatapi dan 62 butir peluru. Mereka juga telah merosakkan empat buah kereta mewah dikediaman berkenaan.  Mangsa percaya bahawa penjenayah terlibat merupakan individu yang biasa dengan keadaan kediamannya berdasarkan barang-barang yang dirombak.  Ini merupakan kali ketiga kediaman mereka dipecah masuk oleh perompak semenjak mereka tinggal dikediaman berkenaan  31 tahun yang lepas.

Maklumat daripada jiran-jiran mangsa memaklumkan terdapat sebuah lori dan beberapa buah kereta berhenti dihadapan rumah mangsa semasa kejadian. Beberapa tahun lepas mangsa pernah dirompak didalam kenderaanya tetapi rompakan itu tidak berjaya selepas beliau melepaskan beberapa das tembakan kearah perompak berkenaan. Ketua Polis Petaling Jaya, ACP Arjunaidi Mohammed memaklumkan bahawa pihak polis sedang menjalankan siasatan dan meminta mereka yang mempunyai maklumat berhubung rompakan ini agar tampil membantu pihak polis untuk membuat siasatan.

No comments: