Thursday, December 6, 2012

Sambutan Hari Keputeraan Raja Thailand 2012

06.12.2012, Khamis - Sambutan Hari Keputeraan Raja Thailand His Royal Majesty King Bhumibol Adulyadej yang ke-85 tahun disambut meriah semalam oleh warga Thailand.  Rakyat Thailand dengan pakaian kuning berbaris disepanjang jalan melihat keberangkatan HRH King Bhumibol daripada Hospital Siriraj ke Bangkok Royal Plaza untuk Istiadat Hari Keputeraan Baginda.  Siriraj Hospital adalah tempat persemayaman baginda semenjak tahun 2009 lagi hingga sekarang kerana masalah kesihatan yang dihadapi oleh baginda. Beribu-ribu warga Thailand menunggu-nunggu kemunculan baginda di beranda singahsana.  Sambutan pada tahun ini tanpa kehadiran HRM Queen Sirkit yang sedang gering.  Sempena hari keputeraan baginda, setiap tahun pada 05 Disember 2012 juga merupakan sambutan Hari Bapa di seluruh Thailand. HRH King Bhumibol telah memecah rekod dunia sebagai seorang Ketua Negara yang paling lama memerintah iaitu selama 66 tahun.  Baginda menaiki tahta pada 09 Jun 1946 sewaktu berusia 19 tahun. Baginda berkahwin dengan HRH Queen Sirkit pada 28 April 1950 iaitu beberapa hari sebelum ditabalkan sebagai Raja Thailand pada 05 May 1960. 

No comments: