Tuesday, December 11, 2012

Sultan Selangor Mencemar Duli Turun Dari Singahsana Untuk Sampaikan Pingat Kebesaran Kepada Seorang Atlet Paralempik

11.12.2012, Selasa - Istiadat Penganugerahan Darjah Kebesaran dan Pingat Sempena Hari Keputeraan Sultan Selangor Yang Ke-67 tahun berlangsung hari ini di Balairong Seri Istana Alam Shah, Klang, Selangor. Dua atlet paralempik negara yang masing-masing memenangi pingat perak dan gangsa dalam temasya Sukan Paralimpik London 2012 baru-baru ini telah diberi penghargaan oleh Tuanku Sultan Selangor. Pemenang Pingat Perak, Hasihin Senawi dan Pemenang pingat Gangsa Muhammad Ziyad Zolkefli menerima Darjah Kebesaran Setia - Sultan Sharafuddin Idris Shah (S.I.S).  Duli Yang Maha Mulia Sultan Sharafuddin Idris Shah ibni Almarhum Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah, Sultan dan Yang Di-Pertuan bagi Negeri Selangor Darul Ehsan telah berkenan mencemar duli turun dari Singahsana untuk menyampaikan pingat kepada Hasihin Senawi yang berkerusi roda. Hasihin yang berusia 29 tahun dalam kenyataannya hari ini berkata penganugerahan ini merupakan satu pengiktirafan Tuanku Sultan Selangor kepada Orang Kurang Upaya  atau OKU. Beliau amat terharu atas keperihatinan Tuanku Sultan Selangor yang sanggup turun dari singahsana untuk menganugerahkan pingat berkenaan kepada beliau.  Tambah beliau lagi pingat tersebut amat bernilai bagi dirinya kerana ini adalah pingat pertama yang diterimanya daripada seorang Raja Melayu.

Sumber :- Bernama

No comments: