Friday, December 14, 2012

Tengku Abdulah Kurniakan DIMP Kepada 173 Penerima

14.12.2012, Jumaat -  Hari ini Kebawah Duli Yang Teramat Mulia Tengku Mahkota Pahang, Tengku Abdullah Al-Haj ibni Sultan Haji Ahmad Shah Al-Musta'in Billah  telah berkenan menghadiri majlis Pengurniaan Darjah-Darjah Kebesaran Pahang sempena Hari Keputeraan ke--84 tahun Kebawah Duli Yang Maha Mulia Sultan Pahang Sultan Haji Ahmad Shah Al-Musta'in Billah ibni Almarhum Sultan Abu Bakar Ri'ayatuddin Al-Muadzam Shah.  Majlis diadakan di Balairong Seri Istana Abu Bakar di Bandar Diraja Pekan, Pahang.  Pada hari ini seramai 173 orang menerima anugerah DIMP yang membawa gelaran Dato'.  Kelihatan Tengku Abdullah mengurniakan Darjah Indera Mahkota Pahang (DIMP) kepada Ketua Pengarah Pendaftaran Negara Datuk Jariah Mohd Said.

Sumber :- Bernama

No comments: