Tuesday, January 31, 2012

Pengiran Muda 'Abdul Wakeel Melawat Masjid Jame Asr'Hassanal Bolkiah

31.01.2012, Selasa - Semalam, Yang Teramat Mulia Paduka Seri Duli Pengiran Muda 'Abdul Wakeel ibni Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Muizzaddin Waddaulah telah berkenan berangkat ke Masjid Jame Asr'Hassanal Bolkiah di Kampung Kiarong bagi lawatan rombongan sekolah beliau iaitu Jerudung International School atau lebih dikenali sebagai JIS. Pengiran Muda 'Abdul Wakeel yang diputerakan pada 01.06.2006 jam 12:43hrs merupakan putera kepada Sultan Brunei dan bekas isteri baginda Azrinaz Mahzar Hakim Mazhar. Masjid ini dibina pada 1988 diatas tanah seluas 20 ekar dan dirasmikan oleh Baginda Sultan Brunei pada 14.07.1994 sempena perayaan 25tahun pemerintahan baginda.

Masjid ini juga dikenali sebagai Masjid Kiarong kerana lokasinya di Kampung Kiaorang kira-kira 4km dari Bandar Seri Bagawan dan merupakan masjid terbesar dan tersohor di Brunei Darussalam dengan kubah bersadur emas. Masjid ini boleh memuatkan kira-kira 5000 jemaah pada satu-satu masa dan dilengkapi dengan kemudahan seperti perpustakaan, blok pentadbiran, dewan persidangan dan seumpamanya. Waktu melawat masjid ini adalah diantara jam 08:00 - 12:00hrs, 14:00 - 15:00hrs dan 20:00 - 21:30hrs kecuali hari Jumaat waktu lawatan sebelah petang bermula jam 16:30 - 18:00hrs. Bagi orang-orang Islam yang beribadat tidak tertakluk kepada jadual waktu lawatan ini dan pelawat-pelawat bukan Islam tidak dibenarkan membuat lawatan sewaktu majlis hari-hari kebesaran Islam, keugamaan dan kenegaraan diadakan. Jika anda melawat Brunei jangan ketinggalan untuk ziarah ke Masjid tercantik di Brunei ini.

Sumber :- Jabatan Penerangan Brunei / Wikipedia

Gubahan Mas Kahwin

31.01.2012, Selasa - Hemmmmmmm....... Malam tadi hampir jam 02:00hrs Syah buat gubahan nie, maklumlah 1st time buat dan google dalam internet dan nasib baik ada beberapa blog yang tunjukkan bagai mana nak buat gubahan ros nie. Lepas tu Syah buat rama-rama plak, bila dah siap Syah simpan dan akan fikirkan hari nie pula bagaimana nak gubah benda nie. Rama-rama nie idea daripada Nik Nuramalina dan my Boss Dik Noor. Hehheh........... By the way gubahan Mas Kahwin nie untuk anak saudara Syah yang akan berkahwin Sabtu nie. Mas kahwin nie berjumlah RM500.00 dan Syah gunakan duit RM10.00 jew dan akan ditambah dengan daun plastik. Mulanya ada kawan cadangkan letak dalam frame jer dan bila Syah ke Selangor Pewter macam tak cantik sangat design framenya dan harga pula mahal sangat macam tak berbaloi lah plak. So Syah ambil keputusan buat gubahan juga walaupun sebenarnya tak pernah buatpun sebelum nie tetapi dah janji dengan Kak Long hendak buatkan so kenalah tunaikan janji.

Syah tak sempat hendak tunjukkan bagaimana nak buat gubahan bunga dan rama-rama nie sebab dah kesuntukan masa tetapi Insyallah Syah akan buat entry mengenainya nanti supaya orang lain pula boleh benchmark apa yang Syah buat dan ubahsuai ikut kreativiti masing-masing. Oklah gtg sehingga berjumpa di lain Entry, Selamat bertugas semua..........

Monday, January 30, 2012

Sultan Brunei Anugerahkan Darjah Kebesaran Kepada Panglima Angkatan Tentera Malaysia

30.01.2012, Isnin - Hari ini Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah ibni Almarhum Sultan Haji Omar 'Ali Saifuddin Sa'adul Khairi Waddien, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam telah berkenan menganugerahkan Darjah Paduka Keberanian Laila Terbilang Yang Amat Gemilang (Darjah Pertama) kepada Panglima Angkatan Tentera Malaysia Jenaral Tan Sri Zulkifeli bin Mohd Zin. Anugerah ini membawa gelaran Datuk Paduka Seri. Jeneral Tan Sri Zulkifeli dan rombongan sedang mengadakan lawatan rasmi ke Brunei dan istiadat ini diadakan di Istana Nurul Iman, Bandar Seri Bagawan.

Tahniah Syah ucapkan kepada Panglima Angkatan Tentera Malaysia Jeneral Tan Seri Datuk Paduka Seri Zulkifeli Mohd Zin diatas pengurniaan Darjah Paduka Keberanian Laila Terbilang Yang Amat Gemilang (Darjah Pertama) daripada KDYMM Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam.

Sumber :- Bernama

Raja Muda Perlis di New Zealand Promosikan UniMAP

30.01.2012, Isnin - Hari ini Raja Muda Perlis dan juga merupakan Canselor Universiti Malaysia Perlis (UniMAP), Duli Yang Teramat Mulia Tuanku Syed Faizuddin Putra ibni Tuanku Syed Sirajuddin berada di Christchurch, New Zealand bagi mempromosikan UniMAP kepada warga New Zealand. Baginda dan rombongan berada di New Zealand selama lima hari dimana baginda akan melawat Universiti Canterbury, Christchurch dan Universiti Otago di Dunedin. Disamping itu akan diadakan juga promosi masakan Perlis di Christchurch dan Dunedin bagi menarik minat mereka berkunjung ke Perlis Indera Kayangan.

Turut mengiringi baginda adalah DYTM Raja Puan Muda Perlis yang merupakan Pro Canselor UniMAP, Naib Canselor UniMAP Prof Dato' Dr Kamarudin Hussin, Pengerusi Puspanita UniMAP Datin Noridah Yangman serta 29 anggota Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) UniMAPS. Para pemimpin pelajar dibawa bersama bagi memberikan pendedahan kepada mereka untuk berinteraksi dengan pelajar New Zealand bagi menarik minat mereka melanjutkan pelajaran di UniMAP.

Syah mendoakan semuga misi pada kali ini akan membawa hasil yang positif kepada UniMAP dan Negeri Perlis Indera Kayangan. AMIN.

Sumber : Bernama

Sunday, January 29, 2012

Kenduri Kahwin dan McD

29.01.2012, Ahad - Hari nie Syah di Cempaka Sari dan baru sampai Rawang Residence approx jam 18:00hrs tadi. Hari nie temankan Kak Long Zainab ke dua majlis perkahwinan di Cempaka Sari. Makan free hari nie dan bagi Angpau kat pengantin. Lepas balik dari majlis perkahwinan, Kak Long dan Hafis hantar Syah ke Rawang Residence tetapi singgah Country Homes sebab Syah hendak jenguk rumah sewa Syah dan kemudiannya ke rumah kawan Kak Long untuk jemput mereka minggu hadapan ke perkahwinan Hafis. Kawan kak Long siapkan minuman dan kuih muih lagi dan bagi Kak Long satu kotak buah limau, bahulu dan tempoyak.

Dari Country Homes ingatkan hendak ke pasar malam tetapi tak buka sebab awal lagi lalu kami ke Aeon Rawang sebab Kak Long hendak belikan suaminya seluar panjang. Pusing-pusing jap lepas tu kami bertolak ke Pekan Rawang coz kak Long belanja McD. Actually Hafis tak makan lagi dari pagi tetapi kami dah soru di dua rumah pengantin. Lepas makan Kak Long hanar Syah balik ke Rawang Residence. By the way thanks Kak Long kerana belanja syah semalam dan hari nie dan tak lupa juga thanx to Hafis sibakal pengantin baru kerana fetch Syah semalam dan hari nie..

Makan .... Makan ..... Makan .........


29.01.2012, Ahad - Nie cerita semalam 28.01.2012 dan sekarang jam 00:26hrs dan Syah di Kak Long Residence @ Cempaka Sari. Actually petang tadi Kak Long datang ke Rawang Residence Syah dengan anaknya bakal pengantin Hafiz. Dia ajak Syah makan dan kami ke Aeon Rawang untuk makan Pizza di Pizza Hut dan jalan-jalan kat shopping complex baru nie, On the way balik ke Rawang Residenca, Kak Long minta kami cari rumah kawannya di area Rawang Residence Syah untuk hantar kad jemputan perkahwin Hafiz minggu hadapan. Pusing, tanya, pusing, tanya akhirnya jumpa gak rumah tu. Kak rumah Kak Siti makan lagi, Kak Siti dan hubbynya hidangkan Rojak kerana petang tadi ada function kat surau dia buat rojak.

Kami sampai hampir jam 19:00hrs kar rumah Kak Siti dan selepas Azan Maghrib kami balik ke Rawang Residenca Syah. Kami rehat jap dan solat. Kak Long invite syah ke kediamannya dan Syah ikut Jer lagipun tak ada apa nak buat seorang-seorang kat umah. Malam tadi nie ada dua pesakit datang berubat dengan Abang Tooha dan lepas tu Abang Tooha ajak kami makan di Maliki Seafood. Hilang diet Syah hari nie dari pizza petang tadi dan nasi sebelah malamnya plak...... Ikan Tiga Rasa, Nasi Putih, Nasi Goreng, Kailan Goreng, Sup Kosong dan Telur Dadar disamping minuman panas dan sejuk. Terima Kasih kepada Kak Long sekeluarga. Oklah Syah nak tidur nie mengantuk sangat .......... Selamat malam Semua, have A Nice Dream.

Saturday, January 28, 2012

Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong di Istiadat Perbarisan Diraja dan Pentaulihan Pegawai Kadet UPNM

28.01.2012, Sabtu - Pagi ini Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong Almu'tasimu Billahi Muhibbuddin Tuanku Alhaj Abdul Halim Mu'adzam Shah ibni Almarhum Sultan Badlishah telah berkenan mencemar duli memeriksa perbarisan sempena Istiadat Perbarisan Diraja dan Pentaulihan Pagawai Kadet Universiti Pertahanan Nasional (UPNM). Dalam Istiadat yang diadakan di Dataran Panglima Tentera Darat, Kem Sungai Besi ini, baginda telah diiringi oleh Naib Canselor UPNB Lt Jen Datuk Wira Allatif Mohd Nor.

Seramai 302 Pegawai kadet yang terdiri dari Tentera Darat Diraja Malaysia, Tentera Laut Diraja Malaysia dan Tentera Udara Diraja Malaysia menerima watikah perlantikan masing-masing. Baginda juga telah berkenan menyampaikan Anugerah Pegawai Kadet Terbaik Keseluruhan kepada Pegawai Rendah Kanan Luqman Hakim Sahar.

Sumber - Bernama

Aktiviti Sabtu -DIY

28.01.2012, Sabtu - Pagi tadi macam biasa start AEL bagi dia panas sambil lekatkan roadtax dia yang bertarikh 30.12.2012. Disember lalu Syah renew tetapi baru tadi sempat pasang pelekat tu. Sekarang jam 10:54hrs, Wak Baha dan stafnya sedang buat kerja kat depan rumah. Syah dah breakfast Tuna Mayo Sandwich dan Limau Raya Cina dan dah makan ubat yang patut diambil macam biasa. Lepas panaskan AEL tadi Syah nak cat lampu pagar lama Syah dan terpaksa dibuka untuk dibersihkan dulu sebab berhabuk almaklumlah buat renovation kat depan tu. Cuba punya cuba berjaya gak Syah buka lampu-lampu tu tetapi tercuculak screwdriver tu sket kat tangan Syah yang comel nie. Untug tak kuat kalau tak mahu berlubang dan luka tetapi adalah rasa sakit sket. Cat belum beli lagi mungkin hari nie atau esok kalau rajin nak beli cat spray tu jer. DIY jimat sket walaupun ada yang cadangkan beli yang baru jew? Tapi bagi Syah lampu tu tak rosakpun dan elok lagi cuma kalau nak nampak cantik cat semula. Oklah yer, sehingga berjumpa lagi dilain entry........ Daaaaaaaaaa...............

Baby Girl Prince Joacim of Denmark

28.01.2012, sabtu - Ingat tak entry Syah pada 25.01.2012 lepas mengenai kelahiran baby girl Prince Joacim of Denmark dibawah tajuk "Prince Joacim Dapat Anak Perempuan Akhirnya". Inilah dia gambar terbaru mereka yang diambil ketika meninggalkan Ringshospitalet, Copenhagen University Hospital semalam 27.01.2012. Dibawah nie pula link mengenai Entry kelahiran berkenaan. Sudi-sudikan click link tu yer.


Sumber : Royalty.nu / kongehuset.dk

Friday, January 27, 2012

Tuanku Hajah Haminah binti Haji Hamidun Dianugerahkan D.M.N

27.01.2012, Jumaat - Menjunjung Kasih Ucapan Tahniah kepada Seri Paduka Baginda Raja Permaisuri Agong KDYMM Tuanku Hajah Haminah binti Haji Hamidun kerana telah dianugerahkan Darjah Utama Seri Mahkota Negara (D.M.N.) daripada Kerajaan Malaysia. Darjah berkenaan disampaikan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak di Bilik Seri Mahkota, Istana Negara, Jalan Duta, Kuala Lumpur. Turut serta dalam majlis ini adalah Seri Paduka baginda Yang di-Pertuan Agong Almu'tasimu Billahi Muhibbuddin Tuanku Alhaj Abdul Halim Mu'adzam Shah ibni Almarhum Sultan Badlishsh dan Isteri Perdana Menteri, Datin Seri Rosmah Mansor.

Darjah Utama Seri Mahkota Negara atau D.M.N ini dikurniakan kepada Seri Paduka Baginda Raja Permaisuri Agong dan Duli-Duli Yang Maha Mulia Raja-Raja Melayu yang baru sahaja ditabalkan di negerinya. Selain daripada itu iannya dikurniakan kepada Anak-anak Raja Negara Asing, Ketua-ketua Negara atau orang-orang yang amat ternama. D.M.N. ini mengandungi Kalung, Bintang, Selepang dan Lencana. Kalung Darjah mengandungi motif tengah yang berbentuk dua bilah keris bersarung yang bersilang serta menjulang. Bintang dan Bulan Sabit Bintang Darjah ini diperbuat daripada emas dan berbentuk bintang pecah sembilan. Lencana Darjah ini diperbuat daripada bintang pecah lima. Selepang Darjah diperbuat daripada kain sutera kuning dan di tengahnya terdapat jalur merah dan hujungnya berikat reben. Di kedua-dua belah tepinya terdapat jalur kecil putih di antara dua jalur kecil berwarna biru. Darjah ini dizahirkan pada 16 Ogos 1958 dan diwartakan pada 21 Ogos 1958.

Sumber : Bernama/Wikipedia

Urgent Leave Hari Nie

27.01.2012, Jumaat - Salam semua dan apa khabar hari nie, Syah harap anda dan keluarga/orang tersayang berada dalam keadaan happy selalu. Hari nie Syah Urgent Leave kerana ada perkara yang hendak diseattlekan dengan Wak Baha untuk finishing renovation Rawang Residence Syah. Selepas berbincang dan semuanya berjalan lancar, Wak Baha dan pekerjanyapun teruskan tugas-tugas mereka, lega sket kepala Syah. Insyallah everything going to be ok. Sekarang jam 10:20hrs dan jam 12:00hrs nanti nak keluar untuk solat Jumaat di Pekan Rawang.

Thursday, January 26, 2012

Tuanku Mizan Hadiri Taklimat Pembangunan Bandaraya Kuala Terengganu

26.01.2011, Khamis - Hari ini Sultan Terengganu Kebawah Duli Yang Maha Mulia Al-Wathiqu Billah Sultan Mizan Zainal Abidin ibni Almarhum Sultan Mahmud Al-Muktafi Billah Shah telah berkenan mencemar duli menghadiri taklimat mengenai pembangunan Bandaraya Kuala Terengganu. Turut serta mengiringi baginda adalah Menteri Besar Terengganu Dato' Seri Haji Ahmad Said. Kelihatan Tuanku Mizan begitu teruja dengan cenderahati berupa alat muzik tradisional Nafiri ketika menerimanya daripada Datuk Bandar Kuala Terengganu, Dato' Haji Adzlan Mohd. Dagang. Majlis penerangan ini diadakan di Bangunan Majlis Bandaraya Kuala Terengganu, Menara Permint, Jalan Sultan Ismail, Kuala Terengganu, Terengganu.

Sumber : Bernama

Perjalanan Lancar Sehari Dua Nie

26.01.2012, Khamis - Shukur Alhamdulillah perjalanan pergi balik semenjak semalam dan hari nie ke office berjalan lancar walaupun dengan pemandu bas gantian. Pagi tadi dia inform Syah esok orang lain pula bawa dan Abang biasa tu cuti ada saudara meninggal katanya lagi. Syah sampai jam 08:00hrs hari nie dan sebentar lagi nani Syah hendak ke TM Convention Center kerana ada Program HC PLD Engagement bermula 08:30hrs hingga lunch nanti.

Gambar nie Syah ambil pagi tadi dalam komuter dari Rawang ke KL Sentral. Malam tadi Syah jumpa Wak Baha hampir jam 23:00hrs dan berbincang mengenai renovation Rawang Residence dan baru lega sket kepala Syah. Insyallah siaplah nanti tue. Ahaks.....................

By the way selamat bertugas dan menjalankan tanggungjawab anda hari ini sebaik mungkin samada ditempat kerja bagi yang bekerja, di kampus/sekolah bagi yang masih belajar mahupun dirumah jika anda suri/sura rumahtangga sepenuh masa. Sehingga berjumpa lagi di lain Entry ........ Syah Sayang Anda Semua...............

Wednesday, January 25, 2012

Prince Joacim Dapat Anak Perempuan Akhirnya

25.01.2012, Rabu - Impian Jadi Kenyataan, Cita-cita Prince Joachim of Denmark untuk menimang cahayamata perempuan menjadi kenyataan apabila isteri beliau Princess Marie melahirkan seorang bayi perempuan seberat 6lb 50z pounds semalam 24.01.2012. Kenyataan ini dikeluarkan oleh pihak Istana Denmark kepada media. Mengikut tradisi keluarga diraja Denmark, nama bayi mereka tidak boleh diumumkan kepada umum sehinggalah pengkristianan mereka dijalankan. Prince Joacim merupakan putera bongsu Queen Margrethe dan dengan keliharan ini merupakan anak keempat beliau dimana dua diantaranya adalah hasil perkahwinan pertamanya dengan bekas isterinya Alexandra, Countess of Frederiksborg.

Sumber : Hello?

Tengku Abdullah Akan Berbincang Dengan Pihak Polis Berhubung Isu Rasuah Bola Sepak

25.01.2012, Rabu - Hari ini Tengku Mahkota Pahang Kebawah Duli Yang Maha Mulia Tengku Abdullah Al-Haj ibni Sultan Haji Ahmad Shah Al-Musta'in Billah telah berkenan mencemar duli ke Sungai Isap untuk menziarahi keluarga dua adik beradik yang mati lemas ketika mandi di Pantai Sepat Ahad lepas. Dalam sidang akhbar yang diadakan selepas itu, Tengku Abdullah menyentuh mengenai gejala rasuah bolasepak dan mengatur perlawanan yang harus ditangani secepat mungkin bagi menjaga kredibiliti sukan bolasepak dan imej pasukan bolasepak negara. Baginda menzahirkan kekesalan jika perkara ini berlaku kepada pemain-pemain muda yang telah diingatkan serta tahu implikasi daripada perbuatan rasuah kepada diri sendiri dan sukan bolasepak negara.

Sehubungan dengan itu, baginda yang juga merupakan Timbalan Presiden Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) akan berbincang dengan Polis Diraja Malaysia bagi menangani isu ini dari terus berluluasa kerana baginda tidak mahu disebabkan nila setitik habis rosak susu sebelanga. Baginda memaklumkan bahawa gaji pemain bola sepak bukanlah faktor utama perkara ini berlaku kerana para pemain telah diberikan imbuhan yang setimpal bergantung kepada prestasi mereka. Baginda juga mahukan agar pengurusan bola sepak disetiap negeri atau kelab bolasepak dinegara ini mempunyai kuasa melantik, menukar atau memecat pemain import yang tidak menyerlah pada bila-bila masa bagi memastikan prestasi pasukan itu tidak terjejas.

Titah baginda " Lebih baik kita laburkan wang untuk bantu pemain-pemain muda kita bagi memantapkan lagi mutu sukan bolesepak negara"

Tuesday, January 24, 2012

Cuti Panjang CNY @ Rawang Residence

24.01.2012, Selasa - Fuyooooo o.................. rekodlah cuti empat hari sempena Chinese New Year (CNY) nie Syah tak kemana-mana pun. Sabtu Ahad memang Syah tak kerja dan Isnin Selasa pula cuti CNY. Duduk rumah best gak tak banyak duit yang keluar exspecially waktu tengah nak pakai duit untuk renovation depan rumah nie. Yang tak bestnya sepanjang cuti nie Wak Baha tak buatpun kerja-kerja dia dan dia buat rumah orang lain plak Syah tengok. Macam nielah kalau upah kontraktor Indonesia, kalau tak monitor kerjanya ada jew yang tak kena. Nak buat macam manakan cuma kalau ada yang tak puashati suruh dia buka dan buat semulalah...... kan?

Nampak tak cat warna putih tu, Syah beli undercoat dan sealer dan sealer tu harganya RM145.00 manakala undercoat RM60.00. Mereka cat waktu Syah tak ada, masalahnya Syah lihat Sealer Syah banyak lagi macam terusik sket jer tetapi dinding kiri dan kanan atas bahagian luar dah bercat. Macam dia gunakan undercoat pula. Nanti Syah nak tanya Wak Baha tetapi hari nie dia tak ada lah pulak. Undercoat tu pulak macam tak rata catnya, ialah memang akan diletak cat lain atasnya, itu Syah tahulah. Hari tu janji dengan Syah dia nak kerja hari ini tetapi tak nampak batang hidungpun. Undercoat untuk dalam dan bahagian luar Syah minta dia letak sealer. Macam tak puas hati plak sebab Syah minta dia siapkan sebelum CNY dan nie dah lepas CNY dah.

Oklah sekarang jam 18:03hrs dan Syah nak rehat jap dan esok kerja........... macam malas jer rasanya coz dah rehat lama sangat. Teringat cakap tauke kedai lampu masa Syah booking lampu gate before CNY hari tue, katanya mana boleh tutup kedai lama-lama nanti pekerja jadi malas, Ahakssssssss.............

Pewaris Kedua Tahta Tonga Melangsungkan Pertunangan di Sydney

24.01.2012, Selasa - Pada petang Jumaat 20.01.2012 lepas anak lelaki kepada Putera Mahkota Tongga, Putera Mahkota Tupouto'a Lavaka dan Puteri Mahkota Nanasipau'u Tuku'aho telah mengikat tali pertunanngan dengan gadis pilihannya. Putera 'Ulukala yang berusia 27 tahun yang juga merupakan pewaris kedua tahta Tonga bertunangan dengan Sinaitakala Fakafanua yang berusia 25 tahun dalam satu majlis yang diadakan di Observatory Hotel, Sydney, Australia. Sinaitakala merupakan anak perempuan kepada Puteri 'Ofeina-'e he-Langi Fakafanua dan Mendiang Lord Fakatanua (Tutoatasi) memilih tarikh 20 Januari sebagai tarikh hari pertunangan mereka sempena tarikh lahir mendiang ayahnya.

Malis berjalan lancar dengan penuh warna warni ini turut dihadiri oleh Putera dan Puteri Mahkota Tonga, Puteri 'Ofeina-'e he-Langi Fakafanua serta kerabat Diraja lainnya. Istiadat Perkahwinan Diraja pula akan dilaksanakan pada 04.05.2012. Photo diatas diambil semasa majlis pertunangan ini. Disebelah kiri sekali adalah Puteri 'Ofeina-'e he-Langi Fakafanua, Putera 'Ulukala, Sinaitakala Fakafanua, Putera Mahkota Tupouto'a Lavaka dan Puteri Mahkota Nanasipau'u Tuku'aho.

Sumber :- Taimi Media Network / Royalty-nu

Sultan Alaiddin Muhammad Daud Syah, Sultan Terakhir Aceh


Almarhum Sultan Alaiddin Muhammad Daud Syah, Sultan Terakhir Aceh yang berketurunan Bugis
Peristiwa Almarhum Sultan Alaiddin Muhammad Daud Syah bersama Putera Mahkota Tuanku Raja Ibrahim dipaksa menyerah diri oleh Pihak Belanda pada 1903

Batu Nisan Sultan Alaiddin Muhammad Daud Syah

24.01.2012, Selasa - Tahukah anda bahawa Aceh dahulunya mempunyai Sultan dan kesultananya telah dihapuskan oleh pihak penjajah sebelum Indonesia menjadi Republik lagi. Kesultanan Aceh merupakan sebuah kuasa besar satu ketika dahulu dan begitu terkenal dalam Alam Melayu dan menjadi pencabar utama kepada kuasa-kuasa barat seperti Portugis, Inggeris dan Belanda tetapi sudah menjadi lumrah kehidupan didunia ini tidak ada yang kekal untuk selama-lamanya. Begitulah juga nasib yang menimpa Kesultanan Aceh yang didirikan oleh Sultan Ali Mughayat Syah pada 1496 ini. Kesultanan yang diasaskan pada 1496 ini akhirnya dimansukkan pada 1903 iaitu setelah bertahta selama lebih kurang 407 tahun oleh pihak Penjajah Belanda.

Di Aceh juga terdapat pemerintah dari kaum wanita menggantikan Sultan dengan menggunakan gelaran Sultanah Aceh iaitu :-
  • Sri Ratu Safiatuddin Tajul Alam (1641-1675)
  • Sri Ratu Naqiatuddin Nurul Alam (1675-1678)
  • Sri Ratu Zaqiatuddin Inayat Syah (1678-1688)
  • Sri Ratu Zainatuddin Mamalat Syah (1688 - 1699)
Dari 35 orang Sultan yang memerintah Aceh, Empat daripadanya adalah terdiri dari kaum Wanita. Siapa kata kaum wanita tidak diberikan hak yang sama dengan kaum lelaki, bukti ini menunjukkan dari zaman dahulu lagi kaum lelaki memberikan hak dan peluang kepada kaum wanita menjadi pemimpin.

Sultan terakhir Acheh adalah Sultan Alaiddin Muhammad Daud Syah yang merupakan cucunda kepada Sultan Mansur Syah, Sultan Aceh ke-33 dan anakanda kepada Tuanku Zainal Abidin Alaiddin Syah. Baginda telah dipaksa menyerah diri kepada Belanda dan selepas itu baginda dan kerabat diraja serta pembesar-pembesarnya dibuang negeri pada 1907. Baginda kemudiannya mangkat di Batavia atau sekarang dikenali sebagai Jakarta pada tahun 1939 dan telah dimakamkan di Perkuburan Umum Kemiri, Rawamangun Jakarta iaitu berhampiran kampus Universiti Negeri Jakarta (UNJ) sekarang ini. Baginda dinobatkan sebagai Sultan Aceh di Masjid Indrapuri, Indrapuri pada 1874.

Baginda berkahwin sebanyak empat kali iaitu dengan :-
  • Permaisuri Teungku Putore Gambar Gading binti Tuanku Abdul Majid dan dikurniakan dengan anak kembar iaitu Tuanku Cut Rayek (mangkat semasa bayi) dan Tuanku Raja Ibrhim @ Tuanku Raja Manyak.
  • Pocut Manyak Cot Murong Sultan tidak dikurniakan sebarang cahayamata tetapi memelihara Tuanku Raja Ibrahim @ Tuanku Raja Manyak.
  • Teunku Jam Manikam binti Tuanku Mahmud tidak dikurniakan sebarang cahayamata. Dikatakan makannya ada di Kedah
  • Neng Effi yang dikahwini oleh baginda semasa dalam buangan dan dikurniakan eapat orang putera dan seorang puteri.
Pada 26.11.1902 Permaisuri Teungku Putroe Gambar Gadeng bersama Putera Mahkota Tuanku Raja Ibrahim telah ditangkap oleh Belanda di Kampung Glumpang Payong Pidie. Tujuan Belanda menawan Permaisuri dan Putra Mahkota adalah sebagai umpan untuk memaksa Sultan Alaiddin Muhammad Daud Syah menyerah diri kepada Belanda. Taktik ini telah berjaya dan dapat memaksa Tuanku Sultan bertemu dengan Belanda di Sigili. Pada 20.01.1903 Tuanku Sultan telah dibawa berjumpa Gebenor Aceh, Jeneral Van Heutz dan menandatangani MOU damai dengan Belanda di Kuta Raja.

Selepas it, Tuanku Sultan hanya dibenarkan bergerak bebas sekitar Aceh Besar sahaja dan telah diberikan sebuah kediaman yang lengkap dan diberi elaun sara hidup sebanyak 1,200 florin dan anakandanya juga mendapat tajaan belajar oleh pihak Belanda. Kemudahan ini diberikan agar Tuanku Sultan menyokong pentadbiran Belanda di Aceh. Walau bagaimanapun hasil dari perisikan yang dijalankan, pihak Belanda mendapati Tuanku Sultan memberi sumbangan dan sokongan kepada para pejuang menentang Belanda. Panglima Nyak Asan dan Nyak Abaih adalah orang tengah baginda dalam urusan ini. Pada 1907 pihak Belanda telah mengeledah kediaman Tuanku Sultan dan mendapati bukti-bukti seperti surat-surat Tuanku Sultan kepada para pejuang. Mereka juga mendapati Tuanku Sultan terlibat sama dalam serangan tergempar terhadap Markas Belanda di Kuta Radja pada 06.03.1907.

Ekoran dari perbuatan Tuanku Sultan terhadap Belanda, Gabenor Militer Aceh Letnan Jenderal Van Daalen melihat Tuanku Sultan sebagai satu ancaman besar terhadap kuasa Belanda di Aceh dan telah mengusulkan Tuanku Sultan dibuang negeri daripada Aceh. Pada 24.12.1907 pihak Belanda telah membuat keputusan dan membuang negeri Tuanku Sultan, kerabat diraja serta pembesar-pembesar Aceh keluar dari bumi Aceh. Tuanku Sultan dan lainnya dihantar ke Batavia dan menetap di Jatinegara dan sekarang dikenali dengan nama Gudang Bulog. Dari Batavia Tuanku dan Keluarga dipindahkan pula ke Ambon kerana rahsia baginda meminta bantuan daripada maharaja Jepun terbongkar. Pihak Belanda telah menjumpai surat tersebut. Beberapa tahun kemudiannya, Tuanku Sultan dan kerabat diraja dipindahkan semula ke Rawamangun Jakarta sehinggalah baginda mangkat di Rawamangun Jatinegara pada hari Isnin bersamaan 06.02.1939.

Al-Fatihah kepada Almarhum Sultan Alaiddin Muhammad Daud Syah, Semuga Roh Baginda Ditempatkan Bersama-Sama Orang-Orang Yang Beriman dan Beramal Solleh. AMIN.

Sumber :- Acehnet.org/Mawardihassan/Wikipedia

Sultan Perak dan Kerabat Diraja Meriahkan Sambutan Rumah Terbuka Tahun Baru Cina

24.01.2012, Selasa - Semalam sempena sambutan Tahun Baru Cina, Paduka Seri Sultan Perak Darul Ridzuan Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Sultan Azlan Muhibbuddin Shah ibni Almarhum Sultan Yussuf Izzuddin Shah Ghafarullahi-lah telah berkenan mencemar duli menghadiri majlis sambutan Tahun Baru Cina di perkarangan kediaman rasmi Menteri Besar Perak. Malis anjuran kerajaan negeri ini turut dihadiri oleh DYMM Raja Permaisuri Perak Darul Ridzuan, DYTM Raja Muda Perak Darul Ridzuan dan isteri, DYTM Raja Puan Besar Perak Darul Ridzuan, DYAM Raja Dihilir Perak Darul Ridzuan dan isteri, DYAM Raja Puan Muda Perak Darul Ridzuan serta 5,000 tetamu terdiri dari pelbagai lapisan masyarakat.

Dato' Seri Dr. Zambry Abdul Kadir dalam kenyataannya kepada Bernama menyifatkan pihak yang menyebarkan khabar angin melalui sms bahawa sambutan hari ini akan dibatalkan sebagai "Perbuatan Nakal". Sambutan bermula jam 11:00hrs hingga 15;00hrs dimana Para hadirin telah dihiburkan dengan persembahan kesenian dan kebudayaan negeri Perak serta persembahan beberapa orang artis tempatan. Tahniah diucapkan kepada kerajaan negeri Perak yang telah merealisasikan semangat 1 Malaysia demi perpaduan diantara kaun di Malaysia.

Sumber :- Bernama

Monday, January 23, 2012

Cucur Bilis jadi Lempeng

23.01.2012, Isnin - Since Sabtu lepas sampai hari nie Syah tak kemana-mana dan melepak di rumah sahaja, malas nak keluar sebab cuaca tak menentu hujan, panas lepas tu hujan semula. Pagi nie ingatkan hendak ke MCA Jalan Ampang kerana ada open house Tahun Baru Cina tetapi dibatalkan sebab hujan lebat dan tengahari nie panas terik plak dan sekarang jam 14:41hrs dan cuaca kejap mendung kejap panas. Pagi tadi Syah buat sarapan, Cucur Bilis atau kat kampung kami panggil cucur bawang. Tetapi biasanya cucur bawang nie kita goreng bulat-bulat dalam minyak tetapi disebabkan tak mahu banyak sangat minyak syah buat macam lempeng dan ikan bilis dalam adunan tu Syah tumbuk lumat sebab Syah tak goreng adunan tu dan takut bilis tu liat.

Tengahari lak Syah ke kedai dan beli Bun Ikan Bilis tiga tetapi Syah makan dua jew dan Syah beli ice cream dan aiskrim soda. Macam biasa kat rumah Syah tengok TV dan mentenet serta update blog. Dari pagi tadi kalau lapar jew Syah makan buah limau atau apple hijau yang memang ada stock dalam peti sejuk tue. Oklah semua selamat bercuti yek............. semuga bahagia selalu bersama keluarga atau orang tersayang.

Lelaki Berseluar Dalam Menyeberangi Parit Besar Untuk Masuk ke Tokyo Imperial Palace

23.01.2012, Isnin - Awal Subuh semalam seorang lelaki berusia dalam lingkungan usia 30 tahun mengaku berenang melalui parit yang dalam dan lebar ini hanya untuk berjumpa dengan Maharaja Jepun. Beliau yang hanya memakai seluar dalam ditangap oleh pengawal istana dihalaman Tokyo Imperial Palace. Pihak keselamatan Istana dalam siasatan awalnya memaklumkan bahawa lelaki ini tidak mempunyai sebarang motif politik dan pihak polis akan melakukan siasatan samada lelaki berkenaan mengalami masalah mental.

Beliau ditangkap lebih kurang jam 04:34hrs dan beliau memaklumkan "Saya datang untuk berjumpa dengan Maharaja, Saya berenang". Pakaian lelaki berkenaan dijumpai diseberang jalan berhampiran parit besar yang mengelilingi Istana. Macam-macam cara orang gunakan untuk mengadap raja-rajakan. Mungkin lelaki nie memang berniat mengadap Maharaja dan adalah mustahil untuk mengadap Raja jika kita nie bukan siapa-siapa, jadi inilah salah satu inisiatif yang digunakan untuk mengadap raja. Hehehee.......... sebab tu dia akan diperikasa takut-takut ada masalah mental, kala tak ada maknanya dia benar-benar hendak berjumpa dengan Maharaja. Boleh ...............

Sumber :-AFP Global Edition

Sultan Brunei Hadiri Regata Brunei Darussalam 2012

23.01.2012, Isnin - Semalam Sultan Brunei KDYMM Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah ibni Al-Marhum Sultan Haji Omar 'Ali Saifuddien Sa'adul Khairi Waddien dan Kerabat Diraja Brunei telah mencemar duli memeriahkan Regata (Perlumbaan Perahu) Brunei Darussalam 2012. Keberangkat tiba baginda dan kerabat diraja Brunei ke Waterfront Bandar Seri Bagawan untuk menyaksikan acara ini pada tengahari semalam disambut oleh Menteri Dalam Negeri, Pehin Udana Khatib Dato' Paduka Seri Setia Ustaz Hj Badaruddin Pengarah Dato Paduka Hj Othman dan Timbalannya Pehin Datu Lailaraja Major General (B) Dato Paduka Seri Hj Halbi Hj Mohd Yusoff.

Acara dimulai dengan Lumba Khas 15 orang Pekayuh yang merupakan acara kemuncak dimana Tuanku Sultan dan Kerabat Diraja Brunei mengambil bahagian. Tuanku Sultan mengetuai Regata Brunei Darussalam Comittee Team, DYTM Pengiran Muda Mahkota mengetuai Permanent Secretaries and Deputy Permanent Secretaries Team, Pengiran Muda Mohamed Bolkiah mengetuai Pehin-Pehin Bergelar Team manakala Pengiran Muda 'Abdul Malik mengetuai Mukim Penghulu and Village Head Team. Perlumbaan ini dimenangi oleh pasukan Pengiran Muda 'Abdul Malik manakala tempat kedua Kumpulan Tuanku Sultan dan ketiga kumpuln Pengiran Muda Mahkota dan tempat terakhir adalah kumpulan Pengiran Muda Mohamed Bolkiah.

Setelah perlumbaan khas ini tamat, Tuanku Sultan dan Kerabat Diraja berangkat ketempat khas bagi menyaksikan acara pertandingan seterusnya. Diantara acara yang dipertandingkan dalam Regata Brunei Darussalam 2012 ini adalah pertandingan perahu pekayuh bagi 25 orang (terbuka), pertandingan Je Ski 1200cc, pertandingan motor bot (terbuka), pertandingan perahu pekayuh bagi 20 orang diantara kementerian dan perlumbaan motor bot F1 (12 pusingan) manakala acara terakhir maraton perahu pekayuh bagi 30 orang telah dilepaskan oleh Tuanku Sultan di Kuala Kampung Lumapas. Setelah tamat kesemua acara, Tuanku Sultan telah berkenan menyampaikan hadiah kepada pemenang-pemenang pertandingan,

Terdahulu pada sebelah paginya DYTM Paduka Seri Pengiran Muda Mahkota Pengiran Muda Haji Al-Muhtadee Billah telah berkenan melepaskan perlumbaan perahu Pekayuh Tempatan bagi 15 orang . Pengiran Muda Mahkota kemudiannya menaiki bot khas bagi menyaksikan sendiri perlumbaan tersebut dari dekat. DYTM Pengiran Muda Mahkota diiringi oleh adindanya YTM Paduka Seri Duli Pengiran Muda 'Abdul Malik. Sebanyak 10 kategori pertandingan diadakan pada sebelah pagi ini dan Pengiran Muda Mahkota telah berkenan menyampaikan hadiah kepada para pemenang.

Regata Brunei Darussalam 2012 ditaja oleh Kementerian Dalam Negeri dengan sokongan daripada ajensi-ajensi kerjaan lainnya seperti Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan, Kementerian Perindustrian dan Sumber-Sumber Utama, Pasukan Polis Diraja Brunei dan Jabatan Pengangkutan Darat Brunei. Regata ini merupakan upacara tahunan di Brunei bagi mengembalikan semula kegemilangan sukan tradisional Brunei ini kepada genarasi baru disamping memeriahkan pemandangn Bandar Seri Bagawan dan menambahkan aktiviti ekonomi penduduk. Pada tahun ini terdapat sedikit penambahan dalam Regata Brunei Darussalam 2012 dimana dimasukkan pertandingan bot lumba selain daripada perahu seperti kelazimannya.

Sumber :- The Brunei Times

Sunday, January 22, 2012

Kenyataan Sultan Yogyakarta - Presiden Hanya Dari Orang jawa Tak Relevant Lagi

22.01.2011, Ahad - Bernam hari ini dipetik dalam laporannya yang diambil dari portal vivanews memaklumkan bahawa Sultan Yogyakarta, Sri Sultan Hamengku Buwono X dalam kenyataannya memaklumkan Pemilihan Presiden Indonesia haruslah daripada orang jawa sudah tidak relevant lagi buat masa ini. Sultan Yogyakarta merupakan satu-satunya "Sultan" di Republik Indonesia yang mendapat keistemewaan dipilih secara automatik sebagai Gabenor Provinsi Daerah Istemewa Yogyakarta yang merupakan jawatan yang setara dengan Ketua Menteri di Malaysia.

Kenyataan ini dikeluarkan semasa majlis perbincangan budaya di Jalan Ampera Raya, Kemang, Jakarta Selatan Semalam 21.01.2012. Sultan Yogyakarta juga merupakan ahli politik kanan parti Golkar, Gambar diatas diambil semasa beliau berucap di majlis berkenaan. Sultan Yogyakarta memaklumkan :-

Ia bergantung kepada rakyat pada masa mereka masuk tempat mengundi. Yang masuk tempat mengundi bukan hanya orang jawa. Orang seluruh republik Indonesia yang mempunyai hak memilih. Yang diaspirasikan, terserah pada masa mereka ditempat mengundi.

Menurut Sultan Yogyakarta lagi pertimbangan para pengundi dalam menentukan calon presiden bergantung kepada kelayakan menurut pandangan para pengundi sendiri dan semua faktor boleh menjadi pertimbangan seperti kualiti calon, etnik, agama dan sebagainya. Semenjak kebelakangan ini parti politik hanya menghasilkan para pemimpin dari kalangan mereka yang berduit. Pemimpin parti tidak selalu menjadi presiden Indonesia atau gabenor di peringkat provinsi (negeri)

Golkar kini dipimpin oleh tokoh politik bukan jawa dan merupakan seorang terkaya di Indonesia, Bapak Aburizal Bakrie yang bakal dicalonkan oleh parti Golkar untuk bertanding jawatan Presiden Indonesia pada pilihan raya Umum Presiden Indonesia pada tahun 2014.

Sumber :- Bernama / Vivanews

Puyi Maharaja Terakhir Cina

Puyi Maharaja Cina Terakhir

Maharani Wanrong
Maharani Cina (1922-1924) Maharani Manchukuo (1934-1945)

Wenxiu - Isteri Kedua yang merupakan pilihan pertama Puyi semasa proses pemilihan isteri beliau dijalankan.
Tan Yuling - Dikatakan sebagai isteri yang paling disayangi oleh Puyi


22.01.2012, Ahad - Sempena sambutan Tahun Baru Cina Syah nak kongsi cerita serba sedikit mengenai Puyi atau Aixin-Jueluo Puyi iaitu Maharaja Terakhir Cina atau lebih dikenali dengan panggilan The Last Emperor of China. Ditabalkan sebagai Maharaja Xuantong pada 1908 hingga 12.02.1912 dan sebagai Maharaja tanpa kuasa dari tahun 1912 hingga 1924. Dengan turunnya Puyi dari atas tahta pada 1912 sebagai Maharaja Dinasti Qing ke-12 maka berakhirlah kegemilangan pemerintahan beraja yang begitu terkenal dari segi sejarahnya dirantau ini. Pada tahun 1924 Puyi meninggalkan Istana Diraja yang dikenali sebagai Kota Larangan dan berpindah ke Zhang Garden di Tianjjin. Pada 01.03.1934 mengistiharkan dirinya sebagai Maharaja Kangde bagi kerajaan boneka Manchukuo yang ditaja oleh Jepun sehingga 17.08.1945 apabila Perang Dunia Kedua Tamat. Dari situ bermulalah kehidupan beliau sebagai rakyat biasa.

Setelah Perang Dunia kedua tamat, Puyi telah ditangkap oleh Tentera Merah Soviet pada 16.08.1945 sewaktu dalam perjalanan menuju Jepun menggunakan kapal terbang, Puyi kemudiannya dibawa ke Siberia dan kemudiannya ke Khabarovsk berhampiran sempadan Cina. Apabila Republik Cina ditubuhkan pada 1949, kerajaan Soviet menyerahkan Puyi kepada Kerajaan Cina selepas rundingan yang diadakan diantara Cina-Rusia. Sekembalinya ke China Puyi telah ditahan. Puyi ke Beijing pada 1959 setelah hampir 15 tahun berada dalam tahanan di Rusia dan Cina. Beliau menyatakan sokongannya terhadap komunis dan bertugas sebagai tukang kebun bagi menyara hidupnya. Beliau kemudiannya menjadi ahli Persidangan Perunding Politik Rakyat Cina bermula 1964 sehingga akhir hayatnya dan dibayar gaji 100 yuan sebulan.

Puyi Diputerakan pada 07.02.1906 dan merupakan putera kepada Zaifeng, Prince Chun dan Guwalgiya Youlan. Datuknya adalah Yixuan, Prince Chun dan onyangnya adalah Maharaja Daoguang. Beliau ditabalkan sebagai Maharaja pada pada Disember 1908 dalam usia 2 tahun 10 bulan. Semasa ditabalkan diatas tahta beliau asik menangis sahaja kerana takut dengan keadaan sekelilingnya disamping pukulan gendang dan muzik dan telah ditenangkan oleh Ayahandanya sambil berkata "Jangan Menangis, ianya akan berakhir sekejap nanti".

Hanya pengasuh Puyi, Wen-Cho Wang dibenarkan mengikut beliau tinggal di Kota Larangan yang merupakan kediaman rasmi Maharaja kerana Wen boleh mengawal Puyi. Apabila Puyi berusia 8 tahun perkhidmatan Wen tidak diperlukan lagi, walau bagaimanapun selepas perkahwinan Puyi, Chen kemudiannya dibenarkan memasuki Kota Larangan untuk melawat Puyi. Puyi tidak pernah berjumpa bondanya setelah menjadi Maharaja sehinggalah 7 tahun kemudiannya. Puyi meninggal dunia pada 17 Oktober 1967 dalam usia 61 tahun di Beijing kerana masalah barah buah pinggang dan masalah jantung.

Mengikut undang-undang Republik Cina pada masa itu, mayatnya perlu dibakar. Abu mayatnya kemudian diletakkan di Babaoshan Revolutionary Cemetery yang menempatkan tempat meletak abu mayat ahli-ahli politik dan orang-orang kenamaan di Cina. Kawasan ini dahulunya merupakan kawasan tanah perkuburan untuk gundik-gundik diraja dan sida-sida sebelum Cina menjadi republik. Pada 1955 atas kebenaran kerajaan Cina, isteri terakhir Puyi, Le Shuxian mengalihkan abu mayat Puyi dan membina sebuah makam di kawasan tanah perkuburan komersial Yi County, di Hebei yang terletak berhampiran Western Qing Tombs yang menempatkan sembilan Makam Maharaja Dinasti Qing, tiga Maharani dan 69 orang putera.puteri dan gundik-gundik diraja.

Puyi dikahwinkan ketika berusia 15 tahun. Puyi mempunyi lima orang isteri iaitu :-
  • Empress Wanrong - Berkahwin dengan Puyi pada 1922 dan dijadikan Maharani. Beliau merupakan anak perempuan kepada Menteri Dalam Negeri Cina. Sebenarnya Wanrong merupakan pilihan kedua Puyi semasa proses pemilihan isteri tetapi disebabkan beliau berasal dari keluarga ternama dan dilihat mempunyai penampilan istemewa sebagai sebagai seorang Maharani, beliau telah dipilih sebagai isteri pertama Puyi. Nasibnya malang apabila diabaikan oleh Puyi yang menggangap beliau sebagai punca isteri keduanya meninggalkan Puyi. Wanrong menjadi penagih tegar candu dan meninggal dunia pada 1946 dalam penjara di Yanji, Jilin selepas ditangkap oleh pihak tentera selepas kejatuhan Manchuko dan Tentera Jepun dalam Perang Dunia Kedua.
  • Wenxiu - Dilahirkan pada 20.12.1909 dan berkahwin dengan Puyi pada 1922. Beliau telah meminta diceraikan pada 1931 dan ekoran daripada penceraian itu semua gelaran dirajanya telah ditarik semula. Kemudiannya beliau menghawini Major Liu Zhendong pada 1947. Pada 2004 kerajan Cina telah memberikan gelaran diraja kepada Puyi dan isteri-isterinya kecuali Wenxiu yang telah dilucutkan gelaran dirajanya.
  • Tan Yuling - Dilahrikan pada 1920 di Tatla Yuling. Menjadi Gundik Puyi semasa Puyi menjadi Maharaja di Manchukuo semasa Perang Sino-Jepun Kedua. Selepas berkahwin dengan Puyi, beliau diberikan gelaran Gundik Xiang. Meninggal dunia pada 1942 dan diberi gelaran Nobel Consort Mingxian dan dikebumikan di Kuil Banruo di Hsinking. Selepas kejatuhan Manchuko dan kekalahan tentera Jepun dalam Perang Dunia Kedua, Puyi mengarahkan jasad Tan dibakar dan abunya diserahkan kepada keluarganya di Bejing. Puyi dikatakan menyimpan gambar Tan sehingga keakhir hayatnya.
  • Li Yuqin - Dilahirkan pada 15.07.1928. Berkahwin dengan Puyi sekitar 1943 dan diberigelaran Gundik Fu. Ada yang mengelarkan beliau sebagai Gundik Terakhir Maharaja Cina. Beliau ditangkap bersama Maharani Wanrong oleh tentera Rusia kerana masalah Candu dan dihantar kepenjara Changchun dan kemudiannya telah dibebaskan pada 1946. Selepas tu beliau bekerja dikilang kain dan juga di perpustakaan di Changchun dan selalu melawat Puyi di Penjara. Bercerai dengan Puyi pada 1957 dan kemudiannya berkahwin dengan seorang juruteknik Huang Yugeng dikurniakan dengan dua orang cahayamata. Beliau meninggal dunia dalam usia 73 tahun di Changchun pada 24.04. 2001 akibat masalah limpa.
  • Li Shuxian aka Li Shun-Hsien - Merupakan isteri terakhir Maharaja Cina. Dilahirkan pada 1925 merupakan seorang pekerja hospital dan berkahwin dengan Puyi selepas Puyi mendapat keampunan. Mereka berdua diperkenalkan oleh seorang kawan pada 1962 dan berkahwin dalam tahun yang sama. Menjadi isteri Puyi hingga akhir hayat Puyi. Menghadapi kesukaran selepas kematian Puyi dan memohon bantuan kewangan daripada pihak berkuasa dan mendapat royalti daripada autobiography Puyi oleh kerajaan Cina. Kehidupannya menjadi bertambah baik dan mewah hasil penerbitan memoirs beliau bersama tahun-tahun terakhir Puyi. Beliau meninggal dunia pada dalam usia 72 tahun pada 1997 akibat barah paru-paru. Wasiat terakhirnya adalah supaya dia, Puyi dan Gundik Tan Yuling disemadikan bersama dalam satu kubur tetapi tiada siapa yang menunaikan wasiatnya itu sehingga kini.
Begitulah nasib yang menimpa raja-raja dan keluarga mereka yang telah dijatuhkan dari tahta pemerintahan. Semasa mereka berkuasa kalau boleh basuh najis merekapun orang berebut nak buatkan sebab nak mengampu tetapi setelah tidak berkuasa dihina dan dipandang rendah. Itulah realiti kehidupan didunia ini bukan sahaja dalam kes raja-raja tetapi dalam kehidupan kita seharian dalam masyarakat. Kalau kita berkuasa, tak kiralah sebagai ketua dipejabat, supervisor atau ketua masyarakat/persatuan/kumpulan pastikan kita berlaku adil dan saksama dalam menjalankan tanggungjawab yang diamanahkan supaya jika satu hari nanti bila ditakdirkan kita berada dibawah orang akan tetap menghormati kita juga. Insyallah .............

Saturday, January 21, 2012

Sultan Johor Rasmikan Masjid Jame Kampung Simpang Penyabong

21.01.2012, Sabtu - Semalam Sultan Johor Duli Yang Maha Mulia Sultan Ibrahim ibni Almarhum Sultan Iskandar telah menunaikan solat Jumaat di Masjid Jame Kampung Simpang Penyabong, Endau. Tuanku Sultan telah merasmikan masjid berkenaan yang dibina dengan kos RM1.5 juta bagi mengantikan sebuah masjid usang berusia 40 tahun yang digunakan sebelum. Selepas merasmikan masjid ini, baginda telah berkenan beramah mesra dengan para jemaah lainnya sebelum menunaikan solt Jumaat.

Turut serta adalah Tunku Mahkota Johor Yang Amat Mulia Tunku Ismail ibni Sultan Ibrahim, Menteri Besar Johor Dato' Abdul Ghani Othman dan Pengerusi Jawatankuasa Agama Negeri Dato' Zainal Abidin Osman serta Penasihat Majlis Agama Islam Negeri Johor (MAINJ) Dato' Nooh Gadot. Dengan pembinaan masjid baru ini, ianya akan dapat memberikan manfaat kepada 1200 penduduk Mukim Penyabong yang merangkumi Kampung Baru, Sisek, Teluk Sari dan Tanjung Resang.

Sumber ; Berita Harian

Kes Kenyataan Berbaur Hasutan Terhadap Sultan Perak

21.01.2011, Sabtu - Semalam Mahkamah Rayuan Putrajaya telah memerintahkan peguam Karpal Singh membela diri terhadap pertuduhan membuat kenyataan berbaur hasutan yang dilakukannya pada 2009 terhadap Paduka Seri Sultan Perak Darul Ridzuan Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Sultan Azlan Muhibbuddin Shah ibni Almarhum Sultan Yussuf Izzuddin Shah Ghafarullahu-lah. Pengerusi panel tiga hakim Mahkamah Persekutuan, Datuk Ahmad Ma'arop memaklumkan bahawa mereka telah sebulat suara membenarkan rayuan pendakwaan untuk mengetepikan keputusan Mahkamah Tinggi melepas dan membebaskan Karpal Singh daripada pertubuhan itu pada 2010.

Beliau didakwa mengeluarkan kenyataan bahawa pengguguran Dato' Seri Mohammad Nizar Jamaluddin sebagai Menteri Besar oleh Sultan Perak boleh dipersoalkan di mahkamah. Beliau dikatakan mengeluarkan kenyataan ini dipejabatnya di Jalan Pudu Lama pada 06.02.2009. Pertuduhan dibuat mengikut Seksyen 4(1)(b) Akta Hasutan yang membawa hukuman denda maksimum RM5,000.oo atau penjara tiga tahun atau kedua-duanya jika sabit kesalahan.

Menurut Hakim Ahmad, panel tidak menerima hujah Karpal bahawa Seksyen 3(1)(f) Akta hasutan 1948 yang menetapkan bahawa tindakan mempersoalkan hak dan keistemewaan Raja adalah satu kesalahan, tidak mengikut Perlembagaan Persekutuan. Pada pendengaran rayuan Julai tahun lalu, Karpal memohon mahkamah mengeluarkan Seksyen 3(1)(f) dan mengisytiharkan peruntukan itu tidak mengikut perlembagaan Persekutuan membenarkan litigan mendakwa ketua negeri dimahkamah menerusi cara semakan kehakiman. Tambah Hakim Ahmad lagi, semakan kehakiman tidak boleh dibuat terhadap kuasa Sultan.

Menuru Hakim Ahmad lagi, kenyataan karpal pada sidang akhbar itu bahawa sultan tidak menghormati undang-undang dan sultan telah bertindak secara ultra vires Perkara 16(6) Undang-Undang Tubuh Negeri Perak telah menimbulkan kebencian. Perkara 16(6) berkait dengan kuasa sultan untuk melantik menteri besar. Tambahnya pihak pendakwaan hanya perlu membuktikan apa yang diperkatakan itu mmenimbulkan keadaan huru-hara dan tidak perlu menunjukkan niat dalam hasutan. Beliau berkata, apa yang dinyatakan Karpal tidak termaktub dalam kebebasan bersuara dan sebagai peguam kanan serta Ahli Parliman. Karpal sepatutnya tahu sempadan dan batasan kebebasan bersuara.

karpal diwakili oleh empat anaknya iaitu Jagdeep Singh Deo, Gobind Singh Deo, Ramkarpal Singh dan Sangeet Kaur serta R S Rayer, Ramesh Sivakumar dan Teoh Lib Peng. Pendakwaan diwakili Timbalan Pendakwa Raya Noorin Badaruddin dan Najib Zakaria. Rajpal Singh adalah peguam pemerhati Majlis Peguam.

Karpal dalam kenyataanya memaklumkan bahawa beliau akan merayu keputusan itu di Mahkamah Persekutuan walaupun ada autoriti mahkamah menyatakan sekiranya dipanggil membela diri, ia tidak boleh dirayu kerana ia bukan perintah muktammad. Katanya "Saya menerima keputusan itu pada ketika ini. Kami akan teruskan ke mahkamah Persekutuan dan kita lihat apa berlaku disana".

Sumber :- Berita Harian 21.01.2012

Sempurna Tugas hari Ini - Kansai Paint & Gate Light

21.01.2012, Sabtu - Memandangkan Isnin nie dah Gong Xi Fa Cai dan Mulai esok ada kedai yang dah tutup dan Wak Baha ingatkan yang dia hendak Syah standbykan cat, hendak tak hendak terpaksalah beli hari nie juga. Terfikir macam mana takkan nak bawa cat atas bas. Akhirnya Syah kuatkan semangat naik bas dan singgah kedai lampu Wai Kee Lighting, Air-Cond & Electric Trading dulu untuk booking outdoor lamp untuk tembok Syah. Syah beli sepasang Gatelight model 5003/M3L K Arm berharga RM420.0/pcs beserta energy saving bulb 6pcs dengan harga RM10.00/pcs berjumlah RM60.00. Semuanya RM900.00 apa lagi tenyeh credit card untuk dapatkan point disamping kira hutang dulu lah.Ahakssss........... Lampu nie akan dideliver lepas Raya Cina dan Adi anak Wak Baha yang buat wiring rumah Syah akan pasangkan.

Lepas tu dapat buah limau sebungkus ada enam biji tetapi Syah minta kat pekerja Pakistan tu 2 pack. Lepas tu Syah fikir nak kekedai cat dulu dan kemudian call teksi atau cari teksi dan minta dia tunggu dan terus ke Rawang Residence. Fikir punya fikir akhirnya Syah buat pilihan yang kedua tu. Jumpa seorang uncle India bawa kereta sapu dan Syah inform " Saya hendak ke kedai cat di Bt 17 dan minta tunggu sekejap dan lepas tu balik ke rumah saya" Dia setuju dengan caj RM20.00 tetapi jangan lebih 15 minit tunggu katanya. Sebelum tu Syah call kedai cat tu dan tanya berapa lama dia kena sediakan cat dan dia kata 5 minit.

Lalu kami bertolak ke He Chun Hardware (M) Sdn Bhd untuk beli cat jenama Kansai atau nama sebelum nie PAR dan katanya cat no.1 di Jepun. Perancangan awal nak beli ICI tetapi masa survey hari tu dia tak ada ICI kat kedai nie dan minat plak dengan Kansai, ditambah terpikat dengan janji tahan 6 tahun. Setelah sampai Syah tunjukkan code cat yang Syah hendak beli dan ingatkan cat tu dah ada tetapi mereka kena buat bancuhan menggunakan komputer dulu rupanya. Setelah selesai macam biasa nak tenyeh kad dan tiba-tia tak boleh............ Tak tahulah kad Syah masalah ker atau mesin dia, rasanya dia kot sebab kad Syah tak pernah ada outstanding setakat ini, Insyallah tetapi in future tak taulah kan? Syah beli 6 tong cat 5liter dan setin cat minyak 1 liter untuk pintu kayu Syah dengan harga keseluruhan RM625.00.

Syah dah cuak dah kerana uncle tu terpaksa tunggu lama. Sebelah kedai tu ada petrol pump tetapi tak ada ATM dan Syah terpaksa jalan kaki ke Maybank terdekat selama 10 minit pergi balik dalam panas terik dan lintas jalan dengan kereta yang banyak. Nak buat macam mana dan dugaan terima jer lah. Sampai jer terus Syah bayar duit cat dan masa nak jalan Syah hulur dulu duit tambang supaya uncle tu tak tension dan Syah siap tambah RM5.00 lagi supaya bagi dia cool..... Hehehehhe Uncle tu sporting jer rupanya .................Sampai Rawang Residence uncle tu tolong turunkan cat Syah dan dia kata hendak ke rumah orang kahwin lepas nie. Uncle tu berumur 70thun dan penglihatan matanya masih jelas tetapi kalau membaca kena pakai cermin mata, katanya pada Syah. Ya Allah terima kasih kerana permudahkan tugas Syah hari ini.

Raja Muda Perak Rasmikan Pameran Kesultanan Perak Dari Tahun 1874

21.01.2012, Sabtu - Semalam Raja Muda Perak Duli Yang Teramat Mulia Raja Muda Perak Darul Ridzuan telah berkenan merasmikan Pameran Kesultanan Perak Dari Tahun 1874. Secara kebetulan hari ini genap 138 tahun Perjanjian Pangkor ditanda tangani. Pameran ini diadakan di Town Hall Ipoh selama sebulan. Marilah kita beramai-ramai menyaksikan pameran ini dan ambil kesempatan sempena cuti panjang Tahun Baru Cina nie. Kalau dari KL boleh naik ETS hanya dua jam perjalanan sahaja dan tempat pameran ini berdekatan dengan KTM dan Masjid Negeri. Pergi pagi dan petang boleh bali semula ke KL atau boleh bermalam di Ipoh.

Turut serta dalam majlis perasmian ini adalah Duli Yang Teramat Mulia Raja Puan Besar Perak Darul Ridzuan Tuanku Zara Salim, DYAM Raja Di Hilir Perak Darul Ridzuan dan isteri, YTM Raja Kecil Sulung Perak Darul RIdzuan dan Isteri serta Menteri Besar Perak.

Sumber :- Raja Mariam/Sam

Friday, January 20, 2012

Raja Muda Perlis Terima Zakat Perniagaan Daripada Tabung Haji Properties Sdn Bhd

20.01.2011, Jumaat - Hari ini Raja Muda Perlis yang juga merupakan Yang Dipertua Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Perlis (MAIP), Duli Yang Teramat Mulia Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail telah berkenan menerima zakat pernaigaan daripada Tabung Haji Properties Sdn Bhd berjumlah RM340,275.00. Zakat berkenaan telah disampaikan oleh Pengarah Urusannya, Dato' Roszali Othman dalam satu majlis penyerahan zakat perniagaan di Masjid Al-Kauthar, Paya Beseri, Padang Besar, Perlis

Sumber :- Bernama

Cukur Kasi Licin dan Naik Bas Sekolah Lagi Pagi Nie

SEBELUM

SELEPAS

20.01.2012, Jumaat - Salam Jumaat Semua, Apa khabar anda semua dan keluarga/orang tersayang semuga berbahagia selalu dan dilimpahi rahmat hendaknya. AMIN. Malam tadi, balik dari kerja Syah bercukur habis kasi licin dan pagi nie semua orang tegur kerana nampak lain. Memang sebulan sekali Syah akan cukur habis cam nie. Tetapi rasanya ler kan ? rasa teman lerrrrrrrrrrr ........ Syah memang hendsome (hehehehehe ) kalau berkumis dan bergotee. Kalu licin cam nie nampak Cute, Amacam setuju ............... Maaflah yer berlawak sket di pagi Jumaat nie.

By the way hari nie bas tak ada lagi dan Syah naik bas sekolah sampai KTM. Dari risikan FBI masa kat bas stop tadi, one of uncle Chinese tu inform Syah, semalam ada masanya bas tak boleh start dan mungkin pagi nie rosak kot katanya. Ada-ada jer lah dan untuk waktu sekolah dapatlah tumpang bas sekolah, itupun tak semua bas sekolah boleh naik hanya yang satu nie jew? Shukur Alhamdulillah tak payah menapak ke Pekan Rawang. Walau bagaimanapun lambat gak masuk office hari nie kerana komuter banyak berhenti agak lama kerana beri laluan kepada train lain. Hampir jam 08:45hrs Syah sampai office.

Macam biasa hari nie setiap pagi Jumaat ada Program Seteguk Kopi dan banyak sarapan yang dibawa secara potluck. Rasa terlebih sarapan lak pagi nie walaupun Syah makan kuih jew..........copsssssss ingat diet jangan makan lebih-lebih haaaaaaaaa........... berat Syah sekarang dibawah 70kg dah dan nampak gayanya diet Syah tu berjaya turunkan sket berat Syah. Shukur Alhamdulillah dan minta iannya akan berterusan begitu demi kesihatan diri sendiri. Almaklumlah dah tua-tua nie penyakit senang nak datang, jadi kenalah ambil langkah pencegahan awal tetapi kalau dah kena penyakit gak bertawakal jer lah kerana tak ada penyakit yang tak boleh diubati melainkan Mati.

Dulu orang selalu kata mati tak makan tetapi sekarang nie dah terbalik lah plak mati sebab terlebih makan............. Alamak, so hati-hatilah semua terhadap pemakanan kita serta anak-anak dan kerajaanpun sekarang agak bimbang kerana tahap obesiti dikalangan warga Malaysia ditahap membimbangkan. So sama-samalah kita membudayakan makanan secara sihat kepada anak-anak kita dari kecil lagi. Begitu juga dengan diri kita sendiri dan tak ada istilah terlambat kerana selagi kita hidup the show must go on.

Thursday, January 19, 2012

Duli Pengiran Muda Mahkota Rasmikan BISMA Kali Ke 10


19.01.2011, Khamis - Hari ini Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Muda Mahkota Pengiran Muda Haji Al-Muhtadee Billah telah berkenan merasmikan 10th Brunei International Skill At Arm Meet 2012 (BISAM) di Binturan Shooting Range, Kem Binturan, Tutung. Keberangkatan tiba Pengiran Muda Mahkota disambut oleh Menteri Pertahanan Brunei , Dato Paduka Haji Mustapha bin Haji Sirat. Selepas istiadat tabik hormat Duli Pengiran Muda Mahkota telah diperkenalkan kepada ketua pasukan yang menyertai BISMA kali ke 10 ini. Setelah memberikan titah ucapan Duli Pengiran Muda Mahkota merasmikan BISMA.

Pengiran Muda Mahkota kemudiannya dibawa melawat dan diberi taklimat berhubung kemudahan-kemudahan yang disediakan sepanjang BISMA berlangsung sebelum Duli Pengiran Muda Mahkota menyertai pertandingan menembak menggunakan pistol. Sebagai kenang-kenangan Duli Pengiran Muda Mahkota telah menandatangani keputusan tembakan yang dilakukannya. Setelah selesai diadakan jamuan tengahari sebelum upacara penyampaian hadiah kepada pemenang-pemenang pertandingan menembak tadi termasuklan Duli Pengiran Mudah Mahkota sendiri.

Sebelum majlis berakhir diadakan sesi photography dan penyampaian Cennderahati kepada Duli Pengiran Muda Mahkota daripada penganjur. Sebelum berangkat pulang Duli Pengiran Muda Mahkota telah menandatangani Royal Parchement.

Sumber : Jabatan Penerangan Brunei

Tuanku Muhriz Rasmikan Kompleks Al-Sa'adah

19.01.2011, Khamis - Hari ini Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan Darul Khusus, Duli Yang Maha Mulia Tuanku Muhriz ibni Almarhum Tuanku Munawir dan Tunku Ampuan Besar Negeri Sembilan Darul Khusus Duli Yang Maha Mulia Tuanku Aishah Rohani bte Almarhum Tengku Besar Mahmud telah mencemar duli menghadiri Majlis Perasmian Kompleks Al-Sa'adah di Seremban. Semasa di Al-Sa'adah Tuanku berdua sempat menyaksikan Syahadah Saudara Baru sempena perasmian kompleks berkenaan. Turut serta dalam majlis ini adalah Menteri Besar Negeri Sembilan Dato' Seri Mohamad Hasan dan MEnteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Jamil Khir Baharom. Dalam majlis ini juga, Tuanku Muhriz telah menandatangani plak perasmian sebelum dibawa meninjau sekitar kompleks ini.

Sumber :- Bernama

Syah ke KWSP Pagi Ini

19.01.2011, Khamis - Pagi nie bas lambat 5 minit dan Syah ingatkan tak ada dan dah tunggu kat bas stop dengan yang lainnya untuk naik bas sekolah. Tak lama lepas tu bas pun sampai dan abang pemandu tu minta maaf kat kami, lewat sket katanya. Tak kisahlah asalkan ada jangan tak ada kan? Sebelum balik semalam Syah inform my Boss, Dek Nor hendak ke Kumpulan Wang Simpanan Pekerja untuk submit borang permohonan pengeluaran ansuran bulanan pinjaman perumahan dan dia kata ok. Dari Pekan Rawang Syah naik bas Metro kerana nak turun jalan Tuanku Abdul Rahman dan kemudiannya jalan kaki ke KWSP di Jalan Raja Laut.

Sampai jer ke KWSP Syah print statement dan kemudiannya ke Surau, saja hendak isi borang tetapi borang tu Syah tertinggal kat rumah dan ke kaunter KWSP untuk minta form baru dan Syah isi kat situ juga dan kemudiannya buat salinan. Sekejap jer tunggu dan nombor giliran Syah dipanggil. Cepat mereka proses dan sempat bergurau kat Kakak Kaunter tu. Syah kata nak keluarkan akaun dua tu dan bila umur 5o tinggal sket jerlah kerana mana lah tau tak sampai umur tu nanti. Sambil ketawa Kakak tu kata Yer lah keluarkan setakat yang boleh nanti kalau jadi apa-apa tak merasa plak sambil kami ketawa. Kata Kakak tu Insyallah mungkin setiap hujung bulan Syah akan dapat duit tu yang akan terus dimasukkan ke akaun Syah sebanyak RM863.10 sebulan selama dua puluh bulan. Selepas tu jika hendak keluarkan lagi kena buat permohonan baru.

Bekas Istana Negara Bakal Dijadikan Pusat MICE

19.01.2012, Khamis - Semalam Menteri Pelancongan Datuk Seri Dr Ng YenYen dalam kenyataannya kepada Bernama memaklumkan bekas Istana Negara di Jalan Perdana bakal dijadikan pusat mesyuarat, insentif, konvensyen dan pameran (MICE). Cadangan ini telah dipersetujuai oleh jemaah menteri dalam mesyuarat yang diadakan semalam. Sebuah jawatankuasa akan ditubuhkan terdiri daripada Biro Konvensyen dan Pameran Malaysia (MyCEB) untuk menilai dan mengkaji cadangan ini. Wakil dari MICE juga akan dipanggil untuk mengkaji perlaksanaan ini dengan menggunakan ruang makan dan dewan sedia ada untuk meminimumkan kos penyelenggaran.

Menurut beliau lagi, Datuk Seri Rais Yatim yang merupakan Menteri Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan juga ada membuat cadangan menggunakan semula istana tersebut untuk menjaga sejarah negara. Kementerian berkenaan juga akan mengkaji untuk mewujudkan galeri serta muzium sebagai salah satu tarikan kepada pelancung. Manakala Kementerian Pertahanan telah bersetuju menempatkan semula pengawal keselamatan berkuda di pintu utama istana bagi menarik semula kehadiran pelancung yang menjadikan kawasan tersebut untuk mengambil gambar.

Datuk Seri Dr Ng berharap bekas Istana Negara ini akan menjadi satu produk pelancungan baru negara kita yang akan menarik perhatian pelancung untuk melawat negara ini serta mendalami sejarah Raja-Raja Melayu. Iannya dijangka menarik perhatian sejuta pelancung melawat bekas Istana ini.

Sumber :- Bernama

Wednesday, January 18, 2012

Pengiran Muda Mahkota Hadiri Perlawana Bola Sepak Persahabatan DPMM FC Melawan Chaing Rai United FC

18.01.2012, Rabu - Malam ini Duli Yang Teramat Mulia Duli Pengiran Muda Mahkota Brunei telah berkenan berangkat menyaksikan perlawanan Bolasepak Persahabatan diantara Brunie DPMM (Duli Pengiran Muda Makota) FC melawan Chaing Rai United FC. Perlawanan yang diadakan di Stadium Hassanal Bolkiah di Berakas ini adalah untuk mengutip derma bagi membantu mangsa-mangsa banjir di Thailand dan Cambodia. Berangkat sama mengiringi Pengiran Muda Mahkota adalah Yang Teramat Mulia Paduka Seri Duli Pengiran Muda 'Abdul Malik. Perlawanan yang bermula jam 20:30hrs itu berakhir dengan DPMM FC memenangi perlawanan ini dengan 1-0.

Sumber :- Infofoto

Al-Fatihah Kepada Nenda Sadu Al-Hajjah

18.01.2012, Rabu - Al-Fatihah ............... kepada Nenda Saudara yang amat Syah kasihi iaitu Almarhumah Sadu Al-Hajjah binti Almarhum Abdul Rahman Sendeng Al-Haj. Almarhumah meninggalkan kami semua pada 18.01.1995 dalam usia 89 tahun dan kami mengelarkannya sebagai Marhum Bunian. Almarhumah berkahwin dengan Allahyarham Ismail nadan dan kemudiannya berpisah dan dikurniakan seorang puteri bernama Che' Umi Kalsom dan kemudiannya meninggal dunia semasa berusia 12 tahun. Almarhumah tinggal bersama-sama Nenda Syah yang merupakan adinda Almarhumah. Perhubungan diantara kami memang rapat terutamanya Syah yang begitu menyayangi dan mengambil berat mengenai Almarhumah. Almarhumah merupakan seorang yang kuat ingatan walaupun hingga ke akhir hayatnya. Almarhumah juga seorang yang suka berdandan tak kira samada di dalam atau luar rumah. Satu perkara yang kami suka adalah setiap malam sewaktu kami kecil Almarhumah suka bercerita kepada kami terutamanya cerita Pak Pandir dan lain-lainnya. Almarhumah mangkat kerana sakit tua.

Al-Fatihah ................ Semuga Roh Almarhumah Sadu Al-Hajjah binti Almarhum Abdul Rahman Sending Al-Haj ditempatkan bersama-sama orang-orang yang beriman dan beramal solleh. Amin.

Sultan Selangor Berkenan Menyampaikan Watikah Perlantikan Dr Ahmad Yunus Sebagai Exco Kerajaan Negeri Selangor Yang Baru

18.01.2011, Rabu - Inilah dia individu yang menggantikan Dato' Hassan Ali yang telah dipecat dari PAS sebagai Exco kerajaan negeri Selangor yang baru. Hari ini Sultan Selangor Duli Yang Maha Mulia Sultan Sharafuddin Idris Shah Alhaj ibni Almarhum Sultan Salahuddin Abdul Aziz Alhaj telah berkenan menyampaikan watikah perlantikan sebagai anggota exco kerajaan negeri Selangor yang baru kepada Dr Ahmad Yunus Hairi. Majlis diadakan di Istana Kayangan, Shah Alam, Selangor. Dr Ahmad Yunus merupakan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sijangkang. Tahniah diucapkan kepada Dr Ahmad Yunus diatas perlantikan ini. Menteri Besar Selangor, YAB Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim dalam kenyataannya hari ini memaklumkan beliau sendiri akan mengumumkan portfolio Dr. Ahmad Yunus dalam waktu terdekat ini.

Entry Syah terdahulu berhubung perkara ini :-

Sumber :- Bernama

Ketiduran ............

18.01.2012, Rabu - Ketiduran ..... Alamak maksudnya tertiduralh itew. Ahaks............ subuh tadi sedar-sedar jer TV terpasang depan Syah dan kedengaran Azan Subuh maksudnya sekitar 06:05hrs dan terus berfikir sejenak, macam mana yek dah lambat nie? biasnya bangun jam 05:00hrs, Alahai bahana alarm tak berbunyi lah nie kerana lupa nak setkan kot. Tanpa fikir panjang terus bangun dan buat yang wajib jer iaitu mandi dan solat terus pakai baju. Rambutttttttttt ................ tak terpacak hari dan Syah tak bersikat pun cuma gunakan tangan jew. Ada bawa wax Syah dan tengoklah kalau rajin nanti guna tak rajin biar jer lah. Mungkin Syah tertidur lewat malam tadi kot disamping badan tak sihat, batuk dan rasa nak demam sebab tu terlanjur tidur, terlanjur........... lain macam jew bunyinya kan? Haahhaha...............

Syah keluar jam 06:30hrs dan baru beberapa langkah jer jalan bas dah ada dan menghala ke bandar Rawang. Maknanya bas datang awal hari nie, biasanya jam 06:30hrs baru nak masuk taman. Macam nielah bas kat sini ada masanya awal, ada masanya lewat dan ada masanya tak muncul-muncul dan rasa macam duduk kat dunia ketiga lak ada masalah transport tak teratur wal hal we are going to be Negara Membangun menjelang 2020. Untung pemandu bas hari nie pemandu biasa tu dan dia nampak Syah dari jauh dan berhenti tepi jalan tunggu Syah dan Syah pun berlari-lari anak naik bas tue dan dapat duduk, legaaaaaaaaaaaa.

Sampai KTM macam biasa dan lately nie Syah perasaan yang komuter ke Bangi jam 07:00hrs tu selalu jalan lewat dan beri laluan ETS dan lepas tu baru dia jalan approx jam 07:20hrs tak silap Syah. Apa-apapun Syah sempat sampai office sebelum jam 08:30hrs dan singgah beli Gardenia Ikan Bilis Bun dua untuk kudapan hari nie. Oklah semua Syah nak mulakan tugas untuk hari nie dan selamat menjalankan tugas juga kepada anda semua.

Tuesday, January 17, 2012

Sheikh Hamad Mengadap Sultan Brunei

17.01.2012, Selasa - Hari ini Amir Qatar, Sheikh Hamad bin Khalifa Al-Thani telah mengadakan lawatan rasmi sehari ke Brunei Darussalam. Sheikh Hamad dan rombongan berangkat tiba pagi tadi melalui Lapangan terbang Antarabangsa Barakas di sambut oleh Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Muda Haji Al-Muhtadee Billah. Kemudiannya Sheikh Qatar dibawa menghadiri perbarisan kehormat, mengadap Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam, Menghadiri mesyuarat dua hala dan Menandatangani MOU. Sebelum berangkat pulang malam ini, Sheikh Hamad dan rombongan diraikan dalam satu majlis santapan negara.

Sheikh Hamad di mahkotakan sebagai Amir Qatar pada 20.06.2000 setelah merampas kuasa daripada Ayahandanya pada 27.06.1995. Sheikh Hamad dikurniakan dengan 24 orang anak, 11 Putera dan 13 Puteri dari tiga orang isteri. Isteri pertama baginda, Sheikha Mariam binti Muhammad Al-Thani (berpisah) dikurniakan dua Putera dan enam puteri. Isteri kedua, Sheikha Mozah binti Nasser Al-Misnad dikurniakan Lima Putera dan dua Puteri manakala isteri ketiga baginda Sheikha Noora binti Khalid Al-Thani dikurniakan empat Putera dan lima Puteri.

Sumber : Gambar dari Infofoto