Saturday, March 31, 2012

Tuanku Abdul Halim Menghadiri Temasya Sukan Sungai 2012

31.03.2012, Sabtu - Hari ini Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong Tuanku Almu'tasimu Billahi Muhibbuddin Tuanku Alhaj Abdul Halim Mu'adzam Shah ibni Almarhum Sultan Badlishah telah berkenan berangkat menyaksikan pertandingan akhir Temasya Sukan Sungai 2012 kali ke 81 di Tanjong Chali, Alor Star, Kedah. Temasya ini merupakan acara tahunan sempena Sambutan Ulang Tahun Keputeraan Sultan Kedah ke-84 tahun ini. Turut mengiringi baginda adalah Raja Permaisuri Agong Tuanku Hajah Haminah binti Haji Hamidon, Perdana Menteri Malaysia YAB Datuk Seri Najib Tun Razak dan isteri, Menteri Besar Kedah Dato' Seri Azizan Abdul Razak, Pengerusi Jemaah Pemangku Sultan Kedah Dato' Seri Tunku Annuar Sultan Badlishah serta Ahli-Ahli Jemaah Pemangku Sultan Kedah.

Perlumbaan akhir hari ini dimenangi oleh pasukan Indonesia diikuti pasukan Kemboja dan Malaysia ditempat ketiga. Johan menerima wang tunai RM10,000.00 dan trofi, tempat kedua membawa pulang RM5,000.00 dan trofi manakala tempat ketiga RM3,000.00 dan trofi. Pertandingan terbahagi kepada beberapa kategori seperti Perahu Naga kategori jemputan antarabangsa (Medal B), kategori Juara Antara Juara, kategori antara daerah dan kategori antara pasukan beruniform. Tuanku Abdul Halim telah berkenan mencemar duli menyampaikan hadiah kepada para pemenangan temasya sukan sungai 2012 ini.

Sumber :- Bernama

Mr Allen Betulkan Auto Gate

31.03.2012, Sabtu - Jam 13:00hrs tadi Mr Allan call informed lewat sedikit sebab dia hendak lunch dulu dan Syah kata its ok and take your time. Mr Allan datang dengan seorang pekerjanya yang berbangsa cina. Apabila dia buat inspection, katanya motor auto gate sebelah kiri berbunyi mungkin plate tu tak lavel bila dia ukur dengan timbang air. Heran juga mengapa hari tu ok. Dia buka semula plate tu dan cuak gak hati Syah dan dalam hati berdoa janganlah jadi yang bukan-bukan lagi. So dia levelkan semula plate tu tetapi terpaksa alihkan yang asal dan buat lubang baru. So tak boleh nak cakap apa dan biarkan jer lah, nak buat macam mana. Dia kata nanti nak ganti motor tu.

Macam nielah rupanya plate yang dialihkan dari kedudukan asalnya. Nampak tak dua lubang warna hitam tu, itu lubang yang asal. Tapi tak apalah sedikit jer tak ketara sangatpun dan shukur alhamdulillah tak jadi benda-benda yang tak diingini.. Bila pasang bunyinya agak kurang dan dia kata bunyi sudah tak kuat sangat, means macam tak nak ganti tetapi Syah minta dia gantikan juga atas alasan kalau setahun pasang berbunyi tu biasalah tetapi baru tak sampai sebulan sudah berbunyi. lagipun dia cakap dengan Syah yang motor gate dia nie bunyi tak kuat sangat macam jenama lain tu. Dia tersenyum dan kata ok tetapi nak hantar Sabtu depan tetapi Syah ada Career Fair Exhibition mulai Jumaat sampai Ahad.

So kaytanya dia ada di Rawang pada hari Rabu dan Syah akan call dia pada Selasa untuk confirmkan samada Syah boleh cuti half day atau tidak. Jika tak boleh terpaksa tunggu dua minggu lagi untuk tukar motor tu. Tak mengapalah, lagipun benda tu tak urgent sangat tetapi ialah Syah nie kalau sesuatu terjadi dan perlu dibetulkan walaupun tak serious, Syah nak benda tu cepat di settlekan. Tapi kalau terpaksa tunggu dua minggu lagipun tak mengapa.

Sekarang jam 17:23hrs dan jam 18:00hrs nanti Syah hendak jalan kaki keliling Rawang Residence Syah exercise ................... jom kita............

Tunku Abdul Rahman Meletakkan Batu Asas Bangunan Hotel Genting

31.03.2012, sabtu - Tahukah anda Pada 31.03.1969, Perdana Menteri Malaysia ketika itu Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj (Almarhum) telah meletakkan batu asas bangunan Hotel Genting. Dalam ucapannya Almarhum Tunku berasa gembira kerana ada syarikat persendirian membantu kerajaan dalam membangunkan pusat peranginan berkenaan. Tunku juga berharap Genting Highland akan menjadi satu daya tarikan bagi menarik perhatian pelancung luar untuk mengunjungi negara ini. Pusat peranginan ini berharga 50 juta Ringgit didatangkan dengan pelbagai kemudahan asas seperti hospital, balai polis, pejabat pos, restoran dan seumpamanya. Turut serta dalam majlis ini adalah Menteri Kerja Raya, Pos dan Telekom, Tun V.T Sambanthan (Mendiang) dan Pengerusi Genting Highland Berhad, Tan Sri Mohamed Noah (Allahyarham) yang merupakan datuk kepada Perdana Menteri kita sekarang.

Sumber :- Arkib Negara


Gelas Pecah dan Tukar Breakfast

31.03.2012, Sabtu - Salam semua dan apa khabar pagi nie dan sudah bersarapan?. Nie nak citer sket mengenai sarapan nie. As usual, breakfast Syah cereal plus susu, kismis dan kurma (lately nielah campur kurma dan kismis). Syah dah sediakan bahan-bahan tu dan semasa Syah hendak lap gelas minuman tiba-tiba ianya terlepas dari tangan Syah dan pecah berderai kaca tu atas meja. Terpaksalah Syah buang Cereal dan buah-buahan tu kerana takut terkena serbuk kaca yang halus. Lepas Syah kemas dapur, lap dan mop, Syah buat breakfast yang baru dan makan didepan rumah sambil dengar radio dan mentenet. Minuman pagi nie Soyabean free yang kumpulan Syah dapat hamper semalam semasa di TM Bukit Mahkamah. Syah ambil Soyabean sahaja manakala jajan dan coklat Syah tak makan dan bagi kat mereka. Sekarang nie tengah tunggu Mr Allan untuk tengokkan pagar Syah yang agak berbunyi motornya. Nak tanya juga adakah itu normal atau ada problem kerana katanya masa purchase dulu dia punya produk kurang bunyi. Janji pagi tetapi dia sms Syah inform datang tengahari jam 13:00hrs kerana ada job di Bukit Beruntung. Oklah semua Syah ucapkan selamat bercuti pada yang tak bekerja hari Sabtu macam Syah nie.......... Jumpa lagi dilain Entry.

Takziah Buat Dato' Seri Noraini Jane dan Keluarga Diatas Kemangkatan YTM Almarhum Dato' Seri Ashman Shah

Yang Teramat Mulia Raja Kecil Sulung Perak Darul Ridzuan, Almarhum Raja Dato’ Seri Ashman Shah ibni Sultan Azlan Muhibbuddin Shah
28.12.1957 - 30.03.2012

YTM Dato' Seri Noraini Jane bersama Anak-Anaknya sewaktu istiadat penghormatan terakhir di Istana Iskandariah semalam.

31.03.2012, Sabtu - Jodoh, Ajal, Maut dan Pertemuan ditentukan oleh Yang Maha Esa dan kita sebagai hambanya perlu menerima dengan hati yang terbuka. Takziah Syah ucapkan kepada keluarga Yang Teramat Mulia Dato' Seri Noraini Jane binti Tan Sri Kamarul Zaman atas kemangkatan suami tercinta Yang Teramat Mulia Raja Kecil Sulung Perak Darul Ridzuan, Almarhum Raja Dato’ Seri Ashman Shah ibni Sultan Azlan Muhibbuddin Shah pada 30.03.2012 pada jam 01:30hrs akibat Asma ketika mengetuai zikir secara berkumpulan dikediman Almarhum. Syah berharap agar YTM Dato' Seri tabah menghadapi dugaan ini. Semuga anak-anak Almarhum dapat meneruskan Legasi Almarhum dalam menegakkan syiar Islam.

Jenazah Almarhum Kelihatan Tenang
Al-Fatihah
Semuga Rohnya ditempatkan bersama-sama orang-orang yang beriman dan beramal solleh. AMIN.

Abu Hurairah r.a, berkata, Rasulullah S.A.W. telah bersabda :-

عَنْ ‏أَبِي هُرَيْرَةَ رَضِىَ اللهُ تَعَالى عنه ‏أَنَّ رَسُولَ اللَّهِ ‏ ‏صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ ‏ ‏قَالَ : ‏ ‏إِذَا مَاتَ ابْنُ آدَمَ انْقَطَعَ عَنْهُ عَمَلُهُ إِلاَّ مِنْ ثَلاثَةٍ : صَدَقَةٍ جَارِيَةٍ ، اَوْعِلْمِ يُنْتَفَعُ بِهِ ، أَوْ وَلَدٍ صَالِحٍ يَدْعُو لَهُ. ‏
( رواه مسلم )

Maksudnya :- "Apabila matinya sesorang anak Adam itu maka terputuslah amalannya kecuali tiga perkara iaitu sedekah Jariah, ilmu yang dimanfaatkannya dan anak yang soleh yang sentiasa mendoakan kepada kedua ibubapanya.
(Hadis Riwayat Muslim)

Friday, March 30, 2012

Almarhum Raja Dato' Seri Ashman Shah Selamat DiMakamkan




.............. Al-Fatihah ............
Semuga Rohnya Almarhum Yang Teramat Mulia Raja Kecil Sulung Perak Darul Ridzuan, Raja Dato’ Seri Ashman Shah ibni Sultan Azlan Muhibbuddin Shah DiTempatkan Bersama-Sama Orang-Orang Yang Beriman dan Beramal Solleh.


30.03.2012, Jumaat - Shukur Alhamdulillah jenaah Almarhum Yang Teramat Mulia Raja Kecil Sulung Perak Darul Ridzuan, Raja Dato’ Seri Ashman Shah ibni Sultan Azlan Muhibbuddin Shah telah selamat dimakamkan dengan penuh adat istiadat diraja Perak petang tadi di Makam Diraja Al-Ghufran, Bukit Chandan, Kuala Kangsar, Perak. Istiadat permakaman berakhir lebih kurang jam 19:34hrs. Almarhum meninggalkan seorang isteri Yang Teramat Mulia Dato’ Seri Noraini Jane dan tiga orang cahayamata iaitu Dato' Raja Ahmad Nazim Azlan Shah, Raja Eminah Alliyah dan Raja Bainunisa Safia. Almarhum mangkat di kediamannya di No. 25, Jalan Setia kasih 5, Bukit Damansara, Kuala Lumpur akibat serangan Asma pada jam 01:30hrs.

Jenazah dibawa dari kediaman Almarhum pagi tadi jam 06:30hrs dan sampai di Kuala Kangsar jam 08:30hrs dan diletakkan di Istana Iskandariah untuk penghormatan terakhir yang dihadiri oleh Kerabat-Kerabat Diraja, para Kenamaan dan rakyat Jelata sebelum jenazah diarak ke Masjid Ubudiah untuk disembahyangkan dan kemudiannya disemadikan di Makam Diraja Al-Ghufran.. Turut meniarahi jenaah almarhum adalah Perdana Menteri dan Isteri, Menteri Pertahanan Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, Menteri Luar Bandar dan Wilayah Datuk Seri Mohd Shafie Apdal, Menteri Besar Perak Dato' Seri Dr Zambry Abdul kadir dan Menteri Keselamatan Dalam Negeri Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein.

Almarhum menperolehi Diploma dalam Undang-Undang Perniagaan daripada Universiti London, Ijazah Sarjana Muda Ekonomi daripada Universiti Nottingham, Ijazah Sarjana dalam Undang-Undang daripada Universiti Cambridge dan Barrister-at-Law daripada Lincoln's Inn. dalam bidang agama pula Almarhum pernah belajar dengan Sheikh Muhammad Naim Al Haqqani - tariqat Naqshabandiah Aliyah. Almarhum adakalanya dilihat memakai sarban besar.

Almarhum diputerakan pada 28.12.1958 dan dengan Kemangkatan Almarhum dalam usia 54 tahun ini telah meninggalkan dua kekosongan Raja Bergelar yang bakal menjadi Pewaris Tahta Negeri Perak Darul Ridzuan. Kekosongan Raja Kecil Sulung Perak Darul Ridzuan mungkin akan diisi oleh Yang Teramat Mulia Raja Kecil Tengah Perak Darul Ridzuan, Dato' Raja Ahmad Nazim Azlan Shah bin Raja Ashman Shah iaitu anakanda Almarhum sendiri. Dengan ini terdapat dua kekosongan iatu gelaran Raja Kecil Tengah Perak Darul Ridzuan dan Raja Kecil Bongsu Perak Darul Ridzuan.

Senarai pewaris Tahta Negeri Perak Darul Riduan adalah seperti berikut sebelum kemangkatan Almarhum adalah seperti berikut:-
  • TEMPAT PERTAMA
Gelaran :
Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Sultan Perak Darul Ridzuan.
Sultan, Yang Dipertuan dan Raja Pemerintah Negeri Perak Darul Ridzuan
Nama :
Sultan Azlan Muhibbuddin Shah ibni Almarhum Sultan Yussuf Izzuddin Shah Ghafarullahu-lah, D.K. , D.K.M. , D.M.N. , D.K. (Kelantan), D.K. (Terengganu) D.K. (Perlis), D.K. (Johor), D.K. (Selangor), D.K. (Kedah), D.K.M.B. (Brunei), D.K. (Negeri Sembilan), D.K. (Pahang), S.S.M. , P.M.N. , P.S.M., S.P.C.M. , S.P.T.S. , S.P.M.P. , S.I.M.P. Hon. Knight Grand Cross (Civil Division)of The Order of The Bath (U.K.), The Bintang ADI PURNA (Republic of Indonesia), The Most Auspicious of The Tajamitrabhorn (Thailand), Grang Order of Mugunghwa (Republic of Korea), Collar of THe Japanese Order of The Chrysanthemum and Grand Cordon of The Supreme Order of The Chrysanthemum (Japan), Civil Order, 1st Class (Oman), Grand Cross Special Class of the order of Merit of The Federal Republic of Germany (Germany), Orden Al-Merito De Chile (Republic of Chile), and order of Hussein ibni Ali (Qiladah Al-Hussein bin Ali (Jordan).
Naik Tahta Pada : 03.02.1984 DiTabalkan Pada : 09.12.1985
Pasangan
Duli Yang Maha Mulia Raja Permaisuri Perak Darul Ridzuan Tuanku Bainun, D.K., D.K. (Selangor), D.M.N., D.K.A.
  • TEMPAT KEDUA
Gelaran :
Duli Yang Teramat Mulia Raja Muda Perak Darul Ridzuan
Nama :
Raja Dr. Nazrin Shah Ibni Sultan Azlan Muhibbuddin Shah, D.K, D.K.II (Selangor), D.K.S.A., S.P.C.M, S.P.T.S, S.P.M.P. (Perlis), Ph.D (Harvard)
Dilantik Pada : 15.04.1987
PASANGAN :
Duli Yang Teramat Mulia Raja Puan Besar Perak Darul Ridzuan Tuanku Zara Salim, D.K.S.A., D.K.A.
  • TEMPAT KETIGA
Gelaran :
Duli Yang Amat Mulia Raja Di Hilir Perak Darul Ridzuan.
Nama :
Raja Jaafar bin Raja Muda Musa, D.K., S.P.C.M., J.S.M.
DilantikPada : 16.02.1998
PASANGAN :
Duli Yang Amat Mulia Raja Puan Muda Perak Raja Nor Mahani bt. Raja Shahar Shah, D.K.A., S.P.C.M., P.C.M.
  • TEMPAT KEEMPAT
GELARAN : Yang Teramat Mulia Raja Kecil Besar Perak Darul Ridzuan.
NAMA : Raja Dato’ Seri Iskandar Dzulkarnain ibni Almarhum Sultan Idris A’fifullah Shah, D.K.A. II., S.P.C.M., S.S.D.K.
Dilantik Pada : 16.03.2010
PASANGAN :
Yang Teramat Mulia Tunku Dato’ Seri Soraya bt. Sultan Abdul Halim, D.K.A. II., S.S.D.K.
  • TEMPAT KELIMA
GELARAN :
Yang Teramat Mulia Raja Kecil Sulung Perak Darul Ridzuan.
NAMA :
Raja Dato’ Seri Ashman Shah ibni Sultan Azlan Muhibbuddin Shah, D.K.A II., S.P.C.M.
PASANGAN :
Yang Teramat Mulia Dato’ Seri Noraini Jane, D.K.A. II., S.P.C.M.
  • TEMPAT KEENAM
GELARAN :
Yang Teramat Mulia Raja Kecil Tengah Perak Darul Ridzuan
NAMA :
Dato' Raja Ahmad Nazim Azlan Shah bin Raja Ashman Shah
Dilantik pada : 16.03.2010
PASANGAN :
Tiada
  • TEMPAT KETUJUH
GELARAN : Yang Teramat Mulia Raja Kecil Bongsu Perak Darul Ridzuan.
NAMA :
Kosong
PASANGAN :
Tiada

Sumber : Gambar dari Raja Nur Jannah

TERIMA KASIH SEMUA

30.03.2012, Jumaat - Terima kasih Syah ucapkan kepada pengunjung tengkusyah.blogspot.com pada hari ini yang mencapai angka 3401 setakat jam 21:20hrs. Angka ini meningkat kerana entry Syah berkenaan kemangkatan Almarhum Yang Teramat Mulia Raja Kecil Sulung Perak Darul Ridzuan, Raja Dato’ Seri Ashman Shah ibni Sultan Azlan Muhibbuddin Shah. Akhir kata Terima Kasih Semua kerana tanpa anda semua siapalah tengkusyah.blogspot.com.

Update : Setelah jam 00:00hrs, seramai 3,807 pengunjung singgah di blog Syah. Terima Kasih Semua.

Suasana Pilu Di Istana Iskandariah

30.03.2012, Jumaat - Syah masih sibuk bertugas di TM Bukit Mahkamah dan ini sahaja yang Syah dapat share suasana di Istana Iskandariah. Bukit Chandan, Kuala Kangsar, Perak. Jenazah Almarhum akan dimakamkan selepas Solat Asar ini.

Al-Fatihah ............ Semuga Roh Almarhum ditempatkan bersama-sama orang-orang yang beriman dan beramal solleh. Amin

Update:- Syah menerima SMS daripada Raja Eddy memaklumkan istiadat permakaman selesai hampir jam 19:34hrs.

Sumber :- Raja Nur Jannah / Raja Eddy

Raja Dato' Seri Raja Ashman Shah Mangkat

30.03.2012, Jumaat - Dukacita dimaklumkan putera bongsu kepada Sultan Perak, Yang Teramat Mulia Raja Kecil Sulung Perak Darul Ridzuan, Raja Dato’ Seri Ashman Shah ibni Sultan Azlan Muhibbuddin Shah telah kembali ke Rahmatullah pada pagi ini jam 01:30hrs. Jenazah akan dibawa ke Istana Iskandariah sebelum dimakamkan di Makam Diraja Al-Ghufran, Kuala Kangsar, Perak. Almarhum mangkat kerana serangan Asma dikedimannya di Kuala Lumpur lebih kurang jam 01:30hrs tadi. Jenazah bertolak dari Kuala Lumpur jam 06:36hrs dan dijangka tiba di Istana Iskandariah pada jam 08:30hrs. Istiadat permakaman mengikut adat istiadat diraja Perak akan berlangsung selepas solat Asar. Kepada anda yang hendak menziarahi jenazah di Istana boleh menggunakan pakaian bewarna hitam tanpa lilitan putih.

Al-Fatihah kepada Almarhum Raja Dato’ Seri Ashman Shah ibni Sultan Azlan Muhibbuddin Shah semuga rohnya ditempatkan bersama-sama orang-orang yang beriman dan beramal solleh. Amin.

Syah tak dapat hendak update perkara ini lebih lanjut kerana bertugas diluar pejabat. Insyallah akan update kemudian.

Thursday, March 29, 2012

Syah @ Bukit Mahkamah

29.03.2012, Khamis - Hari nie Syah puasa dan ada tugasan di TM Bukit Mahkamah untuk Projek Unifi Spring Clean aka Projek Tampal Stem. Jam 08:15hrs Syah dah ada di Aras 3 tetapi masih ramai lagi belum sampai. Jam 09:30hrs sesi briefing bermula. Kami dibahagikan dalam beberapa kumpulan bagi membantu merekod agreement pelanggan Unifi dalam format yang disediakan dan kemudiannya meletakkan stem hasil pada agreement berkenaan. Hari nie kumpulan kami dapat menyediakan 450 agreement pelanggan Unifi. Inilah kumpulan Syah yang terdiri daripada Nursyuhada dan Ab Razak.

Disebabkan Syah puasa, Syah tak lunch dan nampaknya sedap menu hari nie tak silap nasi minyak. Kalau Syah tak puasapun memang Syah tak boleh makan benda-benda tu lagi. Lalu Syah ke Masjid Jame untuk solat Zohor. Kami habis tugasan approx jam 17:00hrs dan Syah ke surau solat Asar sekejap dan terus ke Bangkok Bank ambil bas ke Rawang. Sampai Rawang hampir jam 19:00hrs dan bas bertolak ke rawang Residence jam 19:30hrs dan Syah berbuka puasa dengan minum mineral water. Sampai jer ke Rawang Residence, Syah terus ke pasar malam dan hendak cari Laksa tetapi kata penjual tu tak ada sebab hari nie tak ada ikan.

So ..... Syah beli Cincau Soyabean dua dan on the way balik singgah kedai beli fish ball dan tahu. Mulanya ingatkan hendak buat sup sahaja bahan yang dibeli tetapi ternampak sebungus mee cintan segera lalu Syah campurkan mee segera tu. Perencahnya Syah letak sedikit sahaja. Sambil makan Syah siapkan Akru bagi Mac 2012 dan e-mailkan kepada Kak Rose untuk disubmit ke bahagian akaun esok. Sepatutnya Kak Rose datang ke Bukit mahkamah esok, tetapi Syah offer dia Syah stay sini esok dan dia kena tolong uruskan Akru Syah. Dia setuju .means esok Syah akan ke Bukit Mahkamah lagi dan seperti biasa malam nanti boleh update blog. Oklah hingga berjumpa lagi dilain entry................

Istiadat Menaikkan Bendera Peribadi Yang di-Pertuan Agong

29.03.2012, Khamis - Hari ini bendera peribadi Yang di-Pertuan Agong dinaikkan oleh anggota Batalion Pertama Rejimen Askar Melayu Diraja (RAMD) dengan penuh istiadat di Perkarangan Isana Negara, Jalan Duta, Kuala Lumpur. Pada 11.04.2012 nanti akan mencatat sejarah buat pertama kalinya Istiadat Pertabalan Seri Paduka Bainda Yang di-Pertuan Agong diadakan di Istana Negara yang baru disiapkan ini.

Sumber : Bernama

Tak Dapat Update Blog

29.03.2012, Khamis - Salam dan Selamat Pagi semua. Jam 04:30hrs tadi Syah kunci jam untuk sahur tetapi macam biasa tak boleh nak makan sebab perut rasa sebu jadi buat Syart ambil secubit roti sahaja. Syah memang tak boleh nak makan pagi-pagi macam nie. Hari nie Syah tak dapat nak update blog pada waktu rehat kerana ada tugas yang perlu dilaksanakan diluar pejabat. Syah akan ke TM Bukit Mahkamah kerana ada Projek Unifi Spring Clean yang akan bermula jam 08:30hrs hingga jam 17:30hrs. Sehingga berjumpa lagi dilain Entry........................

Wednesday, March 28, 2012

Pergaduhan Besar Di Depan Rawang Residence Syah

28.03.2012, Rabu - Syah sampai ke Rawang Residence hari nie hampir Maghrib kerana Syah balik awak coz petang tadi ke TMTC. Selepas Maghrib sewaktu Syah berehat Syah dengar macam orang menjerit-jerit. Syah ingatkan Chong, jiran sebelah rumah tetapi takkan dia terjerit-jerit macam tu. Bila Syah keluar Syah nampak beberapa orang India sedang bercakap dengan nada yang kuat sambil mencarut "Pundxx, Pundxx". Syah ingatkan mungkin accident dan Syah masuk semula. Tak lama lepas tu lagi kuat suaranya dan Syah keluar dan lihat orang sudah semakin ramai dan mereka ada yang bawa parang. Kejadian nie berlaku di seberang jalan berhadapan rumah Syah. Keadaan nie menyebabkan banyak kereta mengalihkan perjalanan mereka ikut jalan lain kerana tak boleh masuk kerana jalanraya penuh dengan mereka nie.

Syah tanya seorang uncle nie, accident ker? katanya bukan. Rupa-rupanya kat belakang area Rawang Residence Syah tu ada kuil dan adalah beberapa orang dari kawasan luar datang kekuil tu dan mabuk sambil buat kacau kat kuil tu. Jadi atas rasa tak puas hati tu beberapa orang dari kuil tu bergaduh kat tengah jalan dengan geng mabuk tu. Ada orang inform sudah panggil Polis tetapi tak nampak batang hidung polispun sehingga mereka bersurai. Macam nielah keadaan di tempat Syah nie yang majoritinya kaum India. Shukur Alhamdulillah tak berlaku sebarang pertumpahan darah.

Tuanku Muhriz Dilantik Canselor Universiti As-Sofa

Tuanku Muhriz juga merupakan Canselor Universiti Kebangsaan Malaysia.

28.03.2012, Rabu - Tahniah diucapkan kepada Yang Dipertuan Besar Negeri Sembilan Darul Khusus, Duli Yang Maha Mulia Tuanku Muhriz ibni Almrhum Tuanku Munawir diatas perlantikan baginda sebgai Canselor Universiti As-Sofa (UAS). Watikah perlantikan telah disampaikan kepada baginda oleh Pengerusi Majlis Universiti Datuk Syeikh Muhammad Fuad Kamaludin Al-Maliki dalam satu majlis ringkas yang diadakan di Istana Hinggap, Seremban, Negeri Sembilan. Perlantikan ini memberi kuasa kepda baginda untuk mempengerusikan Konvokesyen UAS disamping melaksanakan apa-apa kewajipan lain sepertimana yang diperuntukkan dalam perlembagaan UAS.

Naib Canselor UAS, Dr Yusri Mohamad dalam kenyataanya kepada Bernama selepas majlis ini memaklumkan bahawa Majlis Pelancaran UAS akan disempurnakn oleh Tuanku Muhri pada 07.04.2012. Tambah beliau lagi UAS dibangunkan oleh Yayasan Sofa Negeri Sembilan dan ia ditubuhkan melalui Syarikat Gerbang As Sofa Sdn Bhd.

Sumber :- Bernama

Datuk Seri Utama Dr Rais Yatim Mengadap Sultan Brunei

28.03.2012, Rabu - Hari ini Datuk Seri Utama Dr Rais Yatim, Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan Malaysia merangkap Pengerusi Jawatankuasa Khas Pertabalan Seri Paduka Baginda yang di-Pertuan Agong XIV telah mengadap Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam,Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah ibni Al-Marhum Sultan Haji Omar 'Ali Saifuddien Sa'adul Khairi Waddien di Istana Nurul Iman, Bandar Seri Bagawan untuk menyampaikan Watikah Persilaan iaitu undangan rasmi Pertabalan Seri Paduka Baginda yang di-Pertuan Agong XIV. Kelihatan Datuk Seri Utama Dr Rais Yatim mempersembahkan cenderahati ukiran kayu kepada Sultan Brunei. Dalam majlis yang berlainan di Istana Nurul Iman, Datin Seri Utama Masnah Rais telah mengadap KDYMM Paduka Seri Baginda Raja Isteri Pengiran Anak Hajah Saleha.

Sumber : Bernama/Infofoto

Tuesday, March 27, 2012

Settle Kes Dengan Kontraktor Indonesian

27.03.2012, Selasa - Hampir jam 22:00hrs tadi, kontraktor Indonesian Adi Shaputra yang tersalah pasang tile tu datang bawa tile yang hendak diganti semula. Dia bawa isteri dan baby dia sekali. Masa datang dia beri salam dan Syah jawap. Syah minta dia tandakan wiring yang dia buat kat dinding Syah dengan marker pen supaya Syah tahu laluan wayar tu dan tak simply tebuk lubang nanti in future. Bila selesai kami berbincang dan dia kata kedai tu salah ambil tiles dan masa pasang tu dia minta orang lain pasangkan.

Lalu Syah informed dia "Awak bagi sahaja saya tile tu dan tak payah pasang kerana saya tak hendak menyusahkan awak. Benda dah jadi tak mengapalah" Dan dia mengaku yang dia salah dalam hal nie. Mukanya nampak gembira dengan apa yang Syah cakap tu. Lepastu Syah panggil dia masuk untuk tandatangan penerimaan baki upah dia. Lepas tu Syah nasihatkan dia supaya lain kali buat kerja hati-hati dan ikhlas, Syah kata "Bila orang upah awak buat kerja itu tanggungawap awak yang diamanahkan kepada kamu dan kena buat dengan betul. Rezeki yang dapat tu kena halal sebab itu untuk menyara anak isteri kamu". Dia mengangguk dan kemudian Syah salam dia dan ucap terima kasih.

Lega dan ringan rasa kepala Syah coz perkara nie dah settle. Betul lah kata orang, jiwa kita akan tenang jika kita maafkan kesalahan orang lain. Ye lah setelah berbincang dengan keluarga terutamanya atas nasihat Kekanda Syah Kak Long janet Syah maafkan dia. Semua orang buat salah dan mungkin satu hari nanti kalau Syah buat salah , orang lain pula akan maafkan Syah. Sebentar tadi Ayahanda call bertanyakan status perkara nie dan Syah kata dan settle dan gembira Ayahanda mendengarnya. Ialah diapun risau kalau jadi apa-apa yang tak elok pada Syah kerana Syah stay alone.

Oklah semua......GTG, Selamat Malam and Have A Nice Dreame..................................

Raja Negeri Perlis Hadiri Majlis Konvokesyen Politeknik Tuanku Syed Sirajuddin

27.03.2012, Selasa - Hari ini Raja Negeri Perlis, Duli Yang Maha Mulia Tuanku Syed Sirajuddin ibni Almarhum Tuanku Syed Putra Jamalullail telah berkenan menyampaikan diploma kepada graduan Politeknik Syed Sirajuddin atau dikenali sebagai PTSS sempena Majlis Konvokesyen Keenam PTSS yang berlangsung di Ulu Pauh, Arau, Perlis. Turut berangkat sama adalah Raja Perempuan Perlis, Duli Yang Maha Mulia Tuanku Tengku Fauziah binti Almarhum Tengku Abdul Rashid.

Pada kali ini seramai 1,636 graduan yang terdiri daripada enam bidang akademik iaitu Perdagangan, Teknologi Maklumat, Kejuruteraan Mekanikal, Kejuruteraan Elektrik, Pelancongan & Hospitaliti dan Rekabentuk & Komunikasi Visual menerima diploma dan sijil masing-masing. Daripada jumlah tersebut sebanyak 1,213 adalah penerima Diploma manakala 423 penerima sijil dalam majlis konvo pada kali ini.

Sumber : Bernama

Pengiran Muda Mahkota Brunei Melawat Muzium Kesenian Qatar

27.03.2012, Selasa - Sempena lawatan DYTM Duli Pengiran Muda Mahkota Brunei ke Qatar, semalam Pengiran Muda Mahkota telah berkenan berangkat ke Muzium Kesenian Islam. Keberangkatan tiba Pengiran Muda Mahkota dan rombongan disambut oleh Ketua Protokol Muzium Kesenian Islam, Rashid Al Shobain Al Hajri. Pengiran Muda Mahkota dan rombongan kemudiannya dibawa melawat muzium berkenan disamping berkenan menyaksikan "temporary exhibition mengenai dengan"Book of Secrers" kepunyaan Amir Qatar, His Highness Sheikh Hamad bin Khalifa Al Thani. Terdahulu, Pengiran Muda Mahkota telah mengadakan perjumpaan dengan pewaris kedua tahta Qatar, His Highness Sheikh Tamim bin Hamad Al-Thani di Emiri Diwan.

Sumber :- Infofoto

Monday, March 26, 2012

Asik Cakap Tak Betul Sahaja Kontraktor Nie

26.03.2012, Isnin - Masa dalam bas tadi Adi, anak Wak Baha yang salah pasang tile tu call Syah dan katanya hendak hantar tile baru kerumah Syah dan katanya memang Cina tu salah bagi. Apa lagilah cerita yang dia reka nie................... Sekarang jam 11:47hrs dan sebentar tadi dia sms kata nak pasang tile esok. Kata tadi nak datang , tak datang pun tiba-tiba kata nak pasang esok. Syah jawab sms tu ............ Saya kerja, Tak boleh. Dia balas balik dan kata dia di Garing Utama dan Syah suruh datang tetapi alasanya tidurkan anak lah pulak dan bila Syah kata Syah tunggu, lagipun dah biasa tidur lewat dan suruh dia datang. Lepas tu Syah tambah ayat lagi kalau tak boleh, datang esok malam ............sebab Syah tahu dia menipu dan tak ada kat area nie. Dia jawab ok dan Syah minta dia bawa semua tile tu esok selepas jam sembilan malam. Memang dia ini, jenis cakap tak serupa bikin ? Malas nak layan ........................

Al-Sultan Kelantan Menerima DK Kedah

26.03.2012, Isnin - Tahniah diucapkan kepada Al-Sultan Kelantan, Kebawah Duli Yang Maha Mulia Sultan Muhammad Ke-V kerana telah dianugerahkan Darjah Kebesaran Darjah Kerabat Yang Amat Mulia Kedah (DK) daripada Sultan Negeri Kedah Darul Aman. Darjah kebesaran disampaikan oleh Pengerusi Jemaah Pemangku Sultan Kedah Tunku Bendahara Kedah, Datuk Seri Utama Tunku Annuar Al-Haj ibni Almarhum Sultan Badlishah sebagai wakil kepada Tuanku Abdul Halim. Majlis diadakan di Istana Negeri, Kubang Kerian, Kota Bahru, Kelantan.

Sumber :- Bernama

Pengiran Muda Mahkota Brunei Berangkat Ke Qatar

23.03.2012, Isnin - Semalam Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Muda Mahkota Pengiran Muda Haji Al-Muhtadee Billah dan rombongan telah selamat sampai di Doha, Qatar untuk lawatan rasmi negara. Turut mengiringi Pengiran Muda Mahkota adalah Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Anak Isteri Pengiran Anak Sarah serta kedua-dua anakanda Pengiran Muda Mahkota iaitu Putera Abdul Qawi dan Puteri Muneerah Madhul Bolkiah. Ketibaan Pengiran Muda Mahkota disambut oleh Menteri Dalam Negeri Qatar Abdulla bin Nasser bin Khalifa Al-Thani. Baginda dan rombongan menginap di The Ritz Carlton Hotel.

Sumber : Infofoto

Sunday, March 25, 2012

Terjumpa Pelukis Melukis Portrait Sultan Johor

25.03.2012, Ahad - Salam semua apa khabar hari nie. Pagi tadi Syah ke Komplek Kraftangan Jalan Conlay kerana ada Pameran Kraftangan. Semasa hendak ke surau untuk Solat Zohor Syah lalu disebuah kedai yang ada di komplek tu dan terpandang seorang lelaki sedang melukis portrait (oil painting) Duli Yang Maha Mulia Sultan Ibrahim ibni Almarhum Sultan Iskandar dan Duli Yang Maha Mulia Raja Zarith Sofiah. Syah sempat bertanya kepada pelukis berkenaan gambar ini untuk apa. Dia maklumkan kepada Syah iannya ditempah oleh Persatuan Anak Melayu Johor untuk dipersembahkan kepada DYMM Tuanku Sultan Johor.

Saturday, March 24, 2012

Aktiviti Sabtu - Pasang Auto Gate dan Masalah Tiles

24.03.2012, Sabtu - Salam dan Apa Khabar semua dan Syah minta maaf tak dapat update blog hari ini dan semalam. Semalam Syah balik lewat kerana semasa di Mid Valley Megamall, My boss Dek Nor minta sediakan e-Biding yang perlu diluluskan hari ini sebelum jam 09:00hrs. Dari Mid Valley Syah naik teksi ke Menara TM dan selepas Insyak baru siap dan Syah sampai Rawang jam 22:00hrs kemudiannya naik teksi ke Rawang Residence.

Sampai sahaja di Rawang Residence, Syah namak tiles dah pasang dan bila buka lampu, YA ALLAH mengapa tile lain color nie. Terus Syah call Adi tetapi tak jawa lalu Syah call bapanya Wak Baha dan inform perkara nie. Lepas tu Syah sms dia tetapi tak berjawab. Bukan dalam gambar nie sahaja yang tilesnya lain tetapi dihadapannya sampai pintu utamaun warna yang sama. Dari Coklat muda dibaginya coklat tua. Tensionnnnnnn Syah dibuatnya. Petang tadi dia call dan tanya mengapa Bang? Berlakonlah tu.

Dia cakap dengan Syah Malam tadi dia tengok benda tu dah siap dan salah, Syah tanya malam tadi tetapi awak call saya semalam awak kata tengahari sebelum Solat Jumaat dah siap. Nampak sangat menipu. Kemudian katanya mungkin orang kedai bagi salah sebab dia bagi kod yang sama macam ayah dia beli. Syah kata kalau yerpun kedai bagi salah masa pasang mengapa awak tak nampak ker? Kemudian dia inform Syah dia akan ke kedai tu dan check semula. Syah kata pergilah? Macam-macam alasan dia bagi sebab nakkan duit balance dia.

By the way pagi tadi Syah basuh pintu pagar kerana Mr Allan nak install Automatik gate. Plan asalnya guna gate manual tetapi terlanjur dah buat re-wiring baru dan pecah sebarisan tiles sampai kepintu, Syah buat Auto Gate. Mr Allan dan pekerjanya datang jam 10:30hrs dan siap kerjanya hampir Asar. Budak-budak Bong pun datang sekali lepas lunch buat welding semula kerana ada part yang perlu dibuang kerana tukar dari manual ke auto. dan pasang penutup lubang. Kemudiannya Bong datang dan Syah minta dia polish / Lap dengan tiner pemegang tangga dan tombak gate Syah. Mereka bersihkan pagar sekali dan salah seorangnya bulatkan bucu empat segi penutup lubang tu sebab jika emat segi ianya tajam dan takut kena kaki sebab dia tak rata sangat dengan lantai.

Mereka nie Syah puji kerana buat kerja ikut standard yang ditentukan dan paling kemas dan dedikasi kerja yang dibuat oleh pekerja Mr Allan, lelaki Maymar tu sehingga bila dia habis kerja Syah bagi dia tip RM10.00 dan sambil senyum dia ambil dan Syah kata ambil duitnya buat minum. Kalau sesiapa nak buat gate boleh hubungi Bong (Sabahan) ditalian 010-956 4085 dan memang Syah gurantee anda akan diberi apa yang anda kehendaki. After sales servicenya pun memang superb. Untuk Auto Gate pula boleh hubungi Mr Allan ditalian 012-5059552. Anda mesti puas hati dan janganlah upah orang Indon untuk buat kerja-kerja nie atas alasan nak jimat. Biar mahal sedikit dari harga yang mereka tawarkan dan hati kita puas dengan apa yang di deliver kat kita - Value for Money.

Lepas semua kerja Auto Gate selesai, Syah minta Mr Allan letakkan silikon kat lamp gate sebelah kanan Syah yang agak bergoyang sedikit supaya tak bergerak jika angin kuat. Selepas mereka balik, Syah cuci dan mop lantai. Sebelah petangnya ramai jiran-jiran datang tengok tile Syah yang odd tu. Petang tadi juga Syah pasang meja taman Syah yang dah beli lama tapi tak pasang lagi. Lepas semua siap Syah pasang radio dan mentenet sekejap kat luar rumah. Seharian Syah tak makan kerana risaukan wiring autgate tu taku ada masalah seperti trip dan lain-lain. Shukur Alhamdulillah semuanya berjalan lancar. Since Rabu lepas setiap kali solat, Syah berdoa supaya tak hujan takut jadi benda yang bukan-bukan pada wayar auto gate tu dan kalau hendak hujan biarlah semuanya selesai. Memang tak hujan sampai hari nie. Shukur Ya Allah kerana makbulkan doa Syah.Sekejap tadi bunyi guruh tapi tak hujan pula.

Ok Syah GTG dan Selamat Malam Semua.

Friday, March 23, 2012

Hari Ini dan Semalam

23.03.2012, Jumaat - Salam Jumaat dan apa khabar anda semua hari nie, Syah berharap anda semua dalam keadaan sihat. Pagi ini perjalanan ke pejabat as usual dan pagi tadi Syah bercukur kasi licin. Sampai office awal sedikit dan hari nie ada sesi Seteguk Kopi seperti biasa tetapi Syah tak join sebab busy checking my e-mail untuk melihat arahan tugas yang perlu dilakukan dari our internal customers setelah cuti dua hari dan ............... biasalah melambak tugasan yang perlu diselesaikan. On the way tadi my Boss Dek Nor sms kata ada Unit Meeting selepas sesi Seteguk Kopi.

Ini pula kes semalam yang membuatkan Syah macam nak daik darah dan tension. Wiring done on Tuesday dan as promised kontraktor nie akan datang pasang tile yang telah dibongkar tu on the next day, semalamlah. Adi (kontraktor) inform akan datang jam 10:00hrs tetapi jam 12:00hrs tak datang. Syah call katanya on the way. Jam 14:00hrs tak sampai juga dan katanya on the way. Hampir jam 16:00hrs Syah call tak jawab dan Syah cal banyak kali tak berjawap lalu Syah SMS rasa tak puas hati. Dia jawap dengan alasan dia busy mengop rumah yang dia buat di Sungai Bulu dan sejam lagi dia akan datang. Jam 18:00hrs baru datang dan kebetulan waktu tu Syah hendak ke Pasar Malam dan katanya hendak ke Pekan Rawang Beli tiles. Dalam hati Syah buka lagi ke Kedai.

Hampir jam 18:30hrs dia datang semula dan Syah tengok tak adapun dibawanya tiles. Alasan dia, dia dah booking dan kedai tu tak dapat deliver hari nie tunggu esok. Syah tahu dia tipu sebab rasanyalah kedai tu jam 18:00 dah tutup rasanya. Jadi dia pasang tile yang masa dia buka tempohari tetapi masih elok lagi tak pecah tu. The rest dia akan buat hari nie. Bila selesai kerja dia Syah suruh dia betulkan suis dalam rumah yang dia buat semalam kerana tak kemas dan Syah minta dia pasangkan 5 item hiasan dinding Syah kerana Syah tak boleh buat sendiri coz tak ada drill. Balance dia ada lagi RM460.00 dan dia minta RM200.00 dan Syah bagi RM100.00 sahaja dan inform dia kerja siap dulu baru saya bayar dan dia senyum sahaja. Bukan apa sebelum nie Syah bayar habis kerana percayakan dia tetapi timbul masalah macam nie pula.

Sebenarnya semalam Syah ada briefing berhubung kenaikan pangkat tetapi Syah tak pergi kerana nak tunggu kontraktor buat kerja tetapi sia-sia sahaja kerana dia tak datang seperti yang dijanjikan. Memang tension gila Syah semalam sampai Syah ambil air sembahyang untuk tenangkan hati. Tak apalah kerana sabar itu separuh daripada Imankan? walaupun Iman Syah nie taklah kuat sangat.

Thursday, March 22, 2012

Sultan Tengah Sultan Sarawak


23.03.2012, Khamis - Tentu kita pernah mendengar mengenai Raja Putih yang merupakan sebuah dinasti pemerintahan sebuah keluarga "orang putih" di Sarawak. Keluarga Brooke yang memerintah sarawak ini dikenali sebagai Rajah Sarawak atau Rajah Putih. Gelaran Rajah digunakan bagi membezakan keluarga Brooke dengan keluarga diraja dunia Melayu. Sarawak dahulunya merupakan sebuah jajahan milik Kesultanan Brunei sehinggalah James Brooke mendapat tanah dari Sultan dan Sarawak menjadi semakin besar. Sarawak diserahkan kepada British oleh oleh Rajah Sarawak terakhir selepas Perang Dunia Kedua. Syah bukan hendak bercerita mengenai Rajah Sarawak ini tetapi tahukan anda bahawa satu ketika dahulu Sarawak mempunyai Sultan?

Uniknya Sultan Sarawak ini adalah kerana baginda merupakan Sultan Pertama dan Terakhir Sarawak yang dikenali sebagai Sultan Tengah. Baginda merupakan putera kepada Sultan Muhammad Hasan, Sultan Brunei. Apabila Sultan Muhammad mangkat pada 1598, tahta kerajaan diganti oleh putera sulung baginda, Sultan Abdul Jalilul Akhbar (1598-1659) sebagai Sultan Brunei ke-10. Walau bagaimanapun adinda kepada Sultan Abdul Jalilul iaitu Pengiran Muda Tengah mendakwa beliau yang sepatutnya layak menjadi Sultan atas alasan beliau merupakan putera Sultan kerana dia dilahirkan sewaktu Ayahandanya menjadi Sultan manakala abangnya itu dilahirkan sebelum ayahanda mereka menjadi Sultan. Bermakna kekandanya merupakan putera kepada Pengiran Muda dan bukan putera seorang Sultan sewaktu dilahirkan mnakala dia dilahirkan sebagai putera seorang Sultan.

Untuk mengelakkan perkara yang tidak diingini berlaku, Sultan Abdul Jalilul Akhbar telah mendapat satu helah dengan merajakan Pengiran Muda Tengah di Sarawak yang merupakan jajahan Brunei ketika itu. Baginda menggunakan gelaran Sultan Tengah. Mengikut Tarsilah Sambas Sultan Tengah mangkat pada 1641, iaitu selepas 10 tahun putera baginda, Sultan Muhammad Safiuddin I (Radin Sulaiman) menaiki tahta Sambas pada 09.07.1631. Baginda mangkat sewaktu dalam perjalan pulang dari Matan ke Sarawak. Baginda telah dibunuh oleh pengiring baginda ketika baginda hendak ke sungai untuk membuang air besar. Kejadian berlaku di Batu Buaya, Santubung, Sarawak.

Dengan kemangkatan ini maka berakhirlah Kesultanan Sarawak, tetapi nama gelaran kepada Datu-Datu Sarawak masih tinggal kekal menjadi warisan bangsa. Gambar ini diambil sewaktu Syah ke Sarawak dengan keluarga Azrin beberapa tahun lepas. Kami dalam perjalanan ke Taman Budaya Sarawak dan bila sampai di Santubung, adik Azrin, Fikri menunjukkan Syah satu binaan diatas bukit dan Syah nampak ada tanda Makam Sultan Tengah. Sudah rezeki Syah hendak berjumpa dengan makam ini. Kami meneruskan perjalanan ke Taman Budaya Sarawak dahulu dan on the way balik Syah singgah untuk ziarah ke makam ini. Baru Syah tahu Sarawak pernah bersultan satu ketika dahulu. Sebelum kembali ke Kuala Lumpur, Syah ke Muzium Sarawak untuk mendapatkan maklumat mengenai Sultan Tengah dan mereka telah berbesar hati membuat salinan buku mengenai Sultan Tengah yang dihasilkan oleh Pehin Jawatan Dalam Seri Maharaja Dato Seri Utama Dr. Haji Awang Mohd Jamil Al-Sufri.

Jika anda ke Sarawak dan berkunjung ke Santubung, jangan lupa menziarahi Makam Sultan Tengah dan sedekahkan Al-Fatihah untuk Almarhum. Al-Fatihah ............... Semuga Roh Almarhum Sultan Tengah ditempatkan bersama-sama orang-orang yang beriman dan beramal soleh. Amin.

Wednesday, March 21, 2012

Cuti Untuk Kerja-Kerja Rewiring Rawang Residence


21.03.2012, Rabu - Hari ini Syah cuti kerana hendak tengok-tengok kontraktor buat re-wiring semula lampu gate Syah yang ada masalah. Janji jam 09:00hrs dan sekarang jam 10:10hrs tak nampak-nampak lagi batang hidung mereka dan bila call macam biasa "on the way". Cost Syah kongsi separuh-separuh dengan mereka. Adi baru sampai jam 10:17hrs tadi. Malam tadi Syah balut pintu pagar mulai jam 20:30hrs hinggan jam 01:30hrs baru selesai. Syah kena buat cam tu supaya mengelakkan gate tu terkena habuk sebab mereka nak buka tiles. hari tu mereka buat kerja kat depan pun dah berhabik gate tu tapi Syah tak bersihkan kerana ada wayar kat lantai takut masuk air.

Pagi nie pula Syah alihkan semua perabut kedalam sedikit dan tutup semua perabut dan perhiasan kat ruang tamu untuk mengelakkan habuk kerana Syah dan lap dan polis perabut=perabut tu. Malas nak buat kerja dua tiga kali. Ok lah Syah gtg hingga berjumpa lagi dilain Entry dan doakan agar proses rewiring nie berjalan dengan lancar yer kawan-kawan semua................

Tuesday, March 20, 2012

Tuanku Abdul Halim Menghadiri Istiadat Penyerahan Watikah Perlantikan dan Majlis Mengadap Ahli-Ahli Lembaga Penasihat SPRM

20.03.2012, Selasa - Hari ini Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong Tuanku Almu'tasimu Billahi Muhibbuddin Tuanku Alhaj Abdul Halim Mu'adzam Shah ibni Almarhum Sultan Badlishah telah berkenan menerima mengadap Ahli-Ahli Lembaga Penasihat Pencegahan Rasuah Malaysia dalam Istiadat Penyerahan Watikah Perlantikan dan Majlis Mengadap Ahli-Ahli Lembaga Penasihat Pencegahan Rasuah atau SPRM. Istiadat ini diadakan di Istana Negara. Kelihatan Tuanku menyerahkan watikah perlantikan kepada Puan Seri Zaitun Zawiyah Puteh.

Ahli-Ahli Lembaga Penasihat SPRM yang menerima watikah perlantikan pada hari ini terdiri daripada Chelvarajah Ramasamy Reddiar, Datin Halimah Mohd Said, Datuk Dr Micheal Ong Kheng, Datuk Anwar Fazal, Tan Sri Simon Sipuan, Tan Sri Megat Najmuddin Megat Khas, Tan Sri Mohamed Anwar Jawhar Hassan, Puan Sri Zaitun Zawiyah Puteh, Tan Sri Dr Hamid Bugo, Prof Tn Sri Dr Mohd Kamal Hassan, Tan Sri Yong Poh Kon, Tan Sri Ismail Adam dan Tan Sri Raspal Singh Jeswant Singh. Turut serta adalah Ketua Pesuruhjaya SPRM Datuk Seri Abu Kassim Mohamed dan Timbalan Ketua Pesuruhjaya (Pencegahan) SPRM, Datuk Sutinah Sutan.

Sumber :- Bernama

Tuanku Hajah Haminah Hadiri Mercedes Benz Stylo Fashion Grand Prix 2010

20.03.2012, Selasa - Malam tadi Seri Paduka Baginda Raja Permaisuri Agong, Tuanku Hajah Haminah binti Haji Hamidon telah berkenan berangkat ke pertunjukan fesyen Mercedes Benz Stylo Fashion Grand Prix 2012 yang berlangsung di Menara Kuala Lumpur. Tema pelancaran adalah "Fasion Fantasies in the Sky" dan Tuanku sendiri telah memotong riben sebagai tanda perasmian. Syarikat pereka fesyen Stylo dan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur merupakan penganjur majlis dan pertunjukan ini diadakan bagi mengangkat bakat pereka fesyen Malaysia ke peringkat antarabangsa disamping menjadikan Kuala Lumpur sebagai pusat bandaraya fesyen dunia.

Majlis ini turut dihadiri oleh Ketua Pegawai Eksekutif Mercedes Benz, Roland Folger. Seramai 10 pereka fesyen terkenal daripada Persatuan Pereka Bumiputera mempamirkan hasil kreatif mereka diantaranya Datuk Radzuan Radzwill, Nazreen Idris, Fizi Woo, Rahman Saif, Melvin Shah, Sandra Azwan dan Ramond Zack.

Sumber :- Bernama

Bas Lambat dan Fikiran Berserabut

20.03.2012, Selasa - Hari nie bas datang lambat dan Syah balik semula ke Rawang Residence betulkan penutup tile wiring yang Syah tambahkan plastik takut hujan. Adi dah letakkan kain dan atap genting. Siap jer buat benda tu baspun lalu dan Syah terus keluar tunggu tepi jalan kerana bas akan berpatah semula. Bila bas sampai, Ane' (indian) tu kata sorry lambat dan Syah senyum jew? Lebih baik lambat dari tak ada langsung.Hehhehe........

KTM nampak lengang sebab train baru lepas dan Syah sempat beli Kosmo untuk mengisi kebosanan menunggu komuter. Syah sampai office hampir jam 09:00hrs. On the way sempat sms my boss, Dek Noor inform Syah lambat.

Actually since Ahad lepas, Syah macam murung jer memikirkan masalah wiring nie dan selagi tak selesai benda nie menghantui fikiran Syah sampai buat kerjapun rasa ada yang tak kena. Esok mereka akan buat re-wiring semula yang mana kosnya dikongsi diantara Syah dan kontraktor. Nantilah bila selesai semua kerja, Syah kongsi dengan anda semua kerana buat masa nie fikiran berserabut nak fikir masalah nie. Ditambah sekarang nie tengah banyak kerja, Sorry lah yer semua lepas nie Syah akan kongsikan apa yang berlaku kepada semua.

Ok gtg sehingga berjumpa lagi dilain Entry.

Monday, March 19, 2012

Sultan Selangor Rasmikan Sidang DUN Selangor

19.03.2012, Isnin - Hari ini Sultan Selangor, Duli Yang Maha Mulia Sultan Sharafuddin Idris Shah Alhaj ibni Almarhum Sultan Salahuddin Abdul Aziz Alhaj telah merasmikan Sidang Dewan Undangan Negeri Selangor ke-12. Kelihatan Tuanku Sharafuddin sedang menerima titah ucapan baginda daripada Menteri Besar Selangor, Tan Sri Khalid Ibrahim.

Diantara titah baginda :=
  • Beta tidak mahu mana-mana pihak melakukan tindakan tidak bertanggungjawab dengan cuba memindahkan Tanah Riazab Melayu kepada individu atau syarikat bukan milik Melayu
  • Kawasan-kawasan kepentingan umum seperti hutan simpan, kawasan tadahan air, rizab sungai dan sebagainya mesti dipertahankan, pencerobohan mesti dibenteras dan kebenaran tidak sepatutnya diberikan untuk projek-projek pembangunan dikawasan tersebut.
  • Kegiatan dalam dua bidang ini (pendidikan dan ekonomi) adalah benteng sebenar mempertahankan akidah dan maruah umat Islam.
  • Perhatian serius kepada usaha memajukan umat Islam ini tidak pernah menjadi alasan untuk mengabaikan atau memingirkan rakyat Beta yang lain. Malah kemajuan umat Islam selaku golongan majoriti dinegara ini mampu memberikan kesan positif kepada negeri dan rakyat.
  • Pembukaan bandar-bandar baru tanpa aktiviti ekonomi yang cergas dan peluang pekerjaan berkualiti hanya menyebabkan rumah dan bangunan yang dibina terbiar tanpa penghuni.
  • Ia bermakna, apabila pembangunan berkembang ke daerah-daerah luar bandar, anak-anak muda tidak perlu lagi mencari pekerjaan dibandar. Keadaan ini dapat mengelakkan tekanan terhadap habitat bandar, kos kehidupan, sistem pengangkutan dan prasarana bandar yang lain.

Sumber :- Bernama

Tuanku Abdul Halim Menghadiri Istiadat Penyerahan Watikah Perlantikan dan Majlis Mengadap Duta Besar dan Pesuruhjaya Tinggi Luar Negara ke Malaysia

19.03.2012, Isnin - Hari ini Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong Tuanku Almu'tasimu Billahi Muhibbuddin Tuanku Alhaj Abdul Halim Mu'adzam Shah ibni Almarhum Sultan Badlishah telah berkenan menghadiri Istiadat Penyerahan Watikah Perlantikan dan Majlis Mengadap Duta Besar dan Pesuruhjaya Tinggi Luar Negara ke Malaysia. Diantara yang terlibat adalah Duta Besar Republik Somalia, Duta Besar Republik Belarus, Duta Besar Republik El Savador, Duta Besar Republik Islam Mauritania, Duta Besar Samoa, Pesuruh Jaya Tinggi Republik Mozambique, Duta Besar Republik Iceland, Duta Besar Republik Hungry, Duta Besar Republik Hellenik (Greece), Duta Besar Republik Armenia, Duta Besar Republik Portugal, Pesuruhjaya Tinggi Republik Botswana dan Duta Besar Luxembourg.

Turut serta dalam istiadat yang diadakan di Istana Negara ini adalah Timbalan Menteri Luar, Datuk Richard Riot dan Ketua Setiausaha Kementerian Luar, Tan Sri Mohd Radzi Abd Rahman. Kelihatan Tuanku Abdul Halim menerima watikah perlantikan dari Duta Besar Republik Armenia, Ara Hakobyan.

Sumber : Bernama

Tuanku Hajah Haminah Hadiri Majlis Pertandingan Akhir Program Realiti TV Adik-Adikku

19.03.2012, Isnin - Malam tadi Seri Paduka Baginda Raja Permaisuri Agong, KDYMM Tuanku Hajah Haminah binti Haji Hamidon telah berkenan mencemar duli berangkat ke Majlis Pertandingan Akhir Program Realiti TV Adik-Adikku anjuran Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) dan Radio Televisyen Malaysia (RTM). Turut serta dalam majlis yang diadakan di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya atau PICC adalah Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir Baharom.

Sumber :-Bernama

Sunday, March 18, 2012

Rumah Berkecah Semula

18.03.2012, Ahad - Adi datang Rawang Residence hampir waktu zohor walaupun janji jam 10:00hrs. Setelah buat pemeriksaan dia kata mungkin orang pasang lampu terdrill wayar. mereka cek rasanya macam ok coz Syah tak faham sebab dia cakap Indonesia dengan member dia. Kemudian katanya mungkin orang gate tersalah drill. Akhirnya dia korek tile Syah untuk periksa sambungan yang dia buat dan memang tak kena drillpun tapi hampir dua hon nak kena katanya. Lepas tu mereka pergi lunch dan sekarang jam 16:05hrs tak datang lagi. Sebelum dia lunch tadi katanya masa buat hari tu mereka dah test semuanya ok. Ya Allah macam-macam dugaan dan berkecah depan rumah Syah semula dan tension serta sedih rasanya. Adoiiiiii ............................... Ya Allah banyaknya dugaan. Harap-harap Syah dapat bersabar dengan semua yang berlaku ini.

Raja Zarith Sofiah di TV1

18.03.2012, Ahad - Petang ini Isteri Kepada DYMM Sultan Johor, DYMM Raja Zarith Sofiah binti Almarhum Sultan Idris Shah akan muncul di TV1 jam 15:00hrs dalam rancangan Apa Kata Wanita. Jangan lupa menonton rancangan ini yer................


Macam-Macam Masalah

18.03.2012, Ahad - Macam biasa hari nie mengemas rumah dan menunggu anak Wak Baha, Adi untuk uruskan wiring yang ada masalah. Katanya hendak datang semalam tetapi sampai petang Syah call dia tiga kali baru inform tak dapat datang dan kata datang hari ini jam 10:00hrs. Sekarang jam 11:37hrs tak nampak lagi bayangnya dan bila call jam 10:17hrs tadi katanya on the way. Pening kepala dibuatnya tetapi tak perlah, sabar jer lah.

Disebabkan Adi lambat sangat untuk pasang lampu dan kebetulan hari Rabu lepas Syah MC, Syah upah Cina kedai Elektrik untuk pasang lapu gate, up and down light dan lampu di car porch. Lampu car porch ok tetapi bila dia pasang lampu gate , trip dan katanya ada masalah wiring dan Syah kena call wireman yang buat benda tu. So Syah minta dia tanggalkan sambungan dan pasang jer lampu tu sementara menunggu Adi datang. Ada masalah lain pula dimana up and down light Syah tak boleh pasang kerana dia tak bawa tangga tinggi. Pening kepala dibuatnya, boleh jadi macam tu.Ingatkan boleh settle masalah rupanya ada-ada jew.

Semalam mereka datang untuk install lampu tu dan ianya ok, hanya lampu gate jer yang masalah, minta-minta Adi boleh selesaikan masalah nie kalau tak alamat jadi hiasan jer lah lampu tu kerana wiring dalam tembok dan tembok pula sudah ditile. Sebelum mereka balik, lori bawa gate pula sampai. Walau bagaimanapun besi penutup lubang depan gate tu terpaksa dibawa balik semula ke bengkel kerana sizenya kecil dari lubang tu. Ada-ada jer? Ya Allah macam-macam dugaan. Selepas lori balik, Bong dan pekerjanya sampai untuk pasang pagar. Adalah dari jam 10:30hrs sampai jam 15:00hrs baru kerja-kerja mereka selesai.

Selepas habis kerja dia ke rumah Azrin sebab nak pasang pemegang tangga. Kemudian dia datang dan inform besi tu tak boleh pasang petang nie kerana bengkel yang dia tempah tu tutup. Rupanya dia buat gate stainless steel jer dan besi tu dia minta orang lain buatkan. Lalu Syah bayar terus duit dia dan Syah kata tak apalah saya bayar semua sekali sebab saya percaya kat Abang. Dia minta Syah call bila free untuk mereka pasang besi tu dan Syah kena cuti lagi. Alamak............. Hemmmmm.

Nanti bila Bong datang, Syah akan minta dia polishkan semula tombak kat pagar Syah kerana nampak tak digilap sepenuhnya. Semalam mereka pasang tengahari dan Syah tak perasaan sebab nampak berkilat kena matahari dan bila petang dan Syah lap pagar dan nampak ada kesan kotor-kotor yang perlu dipolish semula. Kalau dah setahun guna dia jadi macam tu tak apalah tapi ini baru lagi dan harganyapun bukanlah murah. Sekarang jam 11:53hrs dan tension pula rasanya Adi tak datang-datang lagi dan kalau nak callpun buang duit telefon jer, mesti dia kata on the way. Macam inilah kalau buat kerja dengan Indonesian, selalu tak menepati masa. Oklah semua GTG............... pening kepala sket kerana ada-ada jer masalah tetapi Syah akan tetap sabar kerana Syah percaya berkat kesabaran kita, semuanya akan berjalan lancar, Insyallah.