Monday, April 30, 2012

Koleksi Terbaru di MBS Mini Royal Library


30.04.2012, Isnin - Inilah dia koleksi terbaru untuk Maharum Bugis Syah Mini Library di Rawang Residence Syah.  Syah beli buku-buku ini semalam sempena KL International Book Fair 2012 yang berlangsung di Putra World Trade Center bermula 27.04.2012 hingga 06.05.2012.  Bertambahlah koleksi Diraja Syah tetapi tak semuanya Syah baca serentak dan akan dibuka bila ada keperluan sahaja.

Diantara koleksi terbaru Syah adalah seperti berikut :-
  1. The Residency Years - Tunku Abdul Rahman Putra
  2. Raja Muhammad Alias - Arkitek Malaysia
  3. Sejarah Kerajaan Melayu Petani
  4. The Ottoman Sultan
  5. Umpama Sebuah Bahtera - Kajian Naskah Melayu Sejarah Kesultanan Negeri Perak
  6. Orang Biasa Diraja - Hayt dan Zaman Imam Perang Jabor
  7. Malaysia Dari Segi Sejarah
Ada tujuh buah koleksi terbaru di mini library Syah.  Satu lagi buku bertajuk Biografi Muhammad bin Abdullah yang Syah beli di Masjid Negara selepas solat Jumaat lepas tiada dalam gambar.  Cd bewarna kuning tu Syah dapat percuma daripada Arkib Negara semalam bertajuk Sebutir Permata Diatas Tahta yang mengandungi beberapa slide didalamnya mengenai Sultan Perak.  Bukunya ada dijual tetapi harganya agak mahal.


Koleksi Syah ini boleh dibaca oleh para kenalan Syah tetapi tidak boleh dipinjam kerana dari pengalaman sebelum ini Syah ada meminjamkan buku-buku koleksi mini royal library Syah kepada rakan-rakan tetapi tidak dipulangkan.  Akhirnya ketetapan telah dibuat buku-buku ini tidak boleh dikeluarkan dari MBS Mini Royal Library, Rawang Residence untuk dipinjam oleh sesiapun kecuali datang sendiri untuk membacanya/mengambil maklumat yang diperlukan sahaja.  Ada diantara koleksi Syah ini sukar untuk didapati lagi diluar sana, sebab itu Syah harus menjaganya supaya tidak hilang.

Yang Di-Pertua Negeri Pulau Pinang Rasmikan Persidangan DUN Pulau Pinang

30.04.2012, Isnin - Hari ini Yang Di-Pertua Negeri Pulau Pinang, Tuan Yang Terutama Dato' Seri Utama (Dr) Haji Abdul Rahman bin Haji Abbas menghadiri majlis perasmian persidangan Dewan Undangan Negeri Pulau Pinang.  Majlis berlangsung di Dewan Undangan Negeri Pulau Pinang di   Lebuh Light, Georgetown, Pulau Pinang. Turut serta adalah Ketua Menteri Pulau Pinang, Yang Amat Berhormat Tuan Lim Guan Eng.  Kelihatan Tuan Yang Terutama Dato' Seri Utama (Dr) Haji Abdul Rahman bin Haji Abbas sedang melakukan pemeriksaan perbarisan kehormat.


Sumber : Bernama

Jumpa Nenek @ Baim Wedding

30.04.2012, Isnin - Semalam Syah buat appointment dengan my brother Mus untuk menghadiri majlis perkahwinan Baim, anak Mak Mok iaitu ibu saudara Azrin.  Majlis diadakan di Dewan Komuniti Taman Bukit Cheras.  So dah lama tak jumpa mereka dan Mak Mok ucapkan terima kasih kerana Syah datang sambil tepuk-tepuk bahu Syah beberapa kali dan katanya "Datang Juga Kau Yer Syah".  Nampak happy dia dan ini adalah menantu keduanya. Yang pertama hari tu Syah tak pergi kerana tak ada teman nak ketempat tu dan keluarga Azrin pula balik kampung di Pontian kerana Nenek Askanah meninggal dunia.  So Syah ambil kesempatan kali ini terutamanya untuk berjumpa dengan nenek dari Pontian, Johor yang dah lam Syah tak jumpa.  Nenek nie merupakan ibu tiri kepada bapa Azrin. Syah memang biasa dengan nenek tetapi sekarang nie jarang jumpa beliau.  Nenek nampak sihat dan dari jauh lagi dia tersenyum bila nampak Syah. Begitu juga ibu-ibu saudara Azrin yang lainnya semua menegur Syah dan kata lama tak nampak Syah. 

Tuanku Abdul Halim hadiri Majlis Santapan Malam Jemaah Datuk-Datuk Negeri Kedah

30.04.2012, Isnin - Pada hari Sabtu lepas, Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertua Agong Almu'tasimu Billahi Muhibbuddin Tuanku Alhaj Abdul Halim Mu'adzam Shah ibni Almarhum Sultan Badlishah dan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Raja Permaisuri Agong Tuanku Hajah Haminah binti Haji Hamidon telah berkenan mencemar duli menghadiri Majlis Santapan Malam Jemaah Datuk-Datuk Negeri Kedah Darul Aman (JDNK) yang diadakan di Dewan Santapan Istana Negara.  Majlis ini diadakan sempena meraikan Pertabalan Baginda sebagai Yang di-Pertuan Agong ke-14 baru-baru ini serta Hari Keputeraan baginda pada 16 Januari lepas. Keberangkatan tiba kedua-dua  Seri Paduka Baginda disambut oleh Presiden JDNK dan juga merupakan Tunku Temenggong Kedah, Dato' Seri Diraja Tunku Sallehudin ibni Almarhum Sultan Badlishah dan isteri Toh Puan Temenggong Kedah. 

Turut serta adalah Menteri Besar Kedah, Dato' Seri Azizan Abdul Razak.  Dalam majlis ini Tuanku Abdul Halim berkenan memotong kek sebagai simbolik ucapan tahniah sempena meraikan pertabalan baginda. Diantara titah ucapan baginda dalam majlis ini adalah seperti berikut :-
  • Jangan sesekali mengambil kesempatan daripada andaian peribadi kita untuk membuat tafsiran yang salah dan tidak bertanggungjawab sehingga boleh mencetuskan perselisihan dan perbalahan diantara rakyat.

Sumber :- Bernama

Sunday, April 29, 2012

29.04.2012, Ahad - Salam semua dan apa khabar anda pagi nie.  Syah sebenarnya nie nak cepat coz hendak bertolak ke KL janji tunggu my brother Mus @ LRT jam 11:00hrs  sebab nak hadir kenduri khawin di Cheras.  Sehingga berjumpa lagi dilain Entry yer........... Byeeeeeeeeeee

Saturday, April 28, 2012

Plan Tak jadi Kerana Perhimpunan Bersih.

28.04.2012, Sabtu - Syah keluar dari office lebih kurang jam 17:00hrs dan Syah plan hendak ke Pesta Buku di PWTC.  Lalu Syah ambil keputusan ke Masjid Jame' untuk ke PWTC naik LRT Star.  Sampai jer LRT Masjid Jame' keadaan macam biasa tetapi apabila Syah hampiri tangga hendak naik ke atas, mata Syah tiba-tiba pedih dan tak jadi naik tangga tu dan tanya polis bantuan yang ada kat situ.  Katanya gas pemedih mata, memang pedih mata dan Syah nampak mata dia lagi merah.  Syah tnya LRT tutupker dan katanya tak dan Syah tanya macam mana hendak ke LRT Star dan dia minta Syah lalu jalan bawah tanah dan katanya jangan dekati mana-mana orang berkumpul.  Bila naik ke LRT Putra, train tak berhenti rupanya.  Alamakkkkkkk........... habis Syah punya [an dan tak mengapalah.  S

Since sudah berada diatas nampaklah gelagat mereka yang menyertai perhimpunan bersih nie dan sempat ambil beberapa keping gambar dari atas seperti yang anda lihat nie, Tiba-tiba ada pelancung dari Arab bertanya Syah mengenai situasi ini dan terpaksalah menerangkannya dalam bahasa inggeris yang Syah rasa betul kot apa yang Syah sampaikan tu........ Hehehehhe.  Disebabkan keadaan tak mengizinkan Syah turun semula dan ikut jalan bawah tanah tu ke LRT Putra untuk ke KL Sentral ambil komuter balik Rawang.

Dalam komuter balik Rawang memang ramai peserta perhimpunan ini yang naik komuter untuk balik ke distinasi masing-masing. Sampai KTM Syah nampak banyak bas persiaran yang sebelum ini tak pernah nampakpun.  Bila Syah amati betul-betul, nampak banyak yang pakai baju kuning dalam bas-bas berkenaan.  Rupa-rupanya transport mereka yang terlibat ini dalam perhimpunan ini disediakan.  Patutlah ramai transport disediakan dan elaun-elaun yang lain tu Syah tak pasti.   Dalam komuter tadi banyak Syah tengok orang-orang yang sudah berumur sama-sama menyertai perhimpunan ini tak kira lelaki ataupun perempuan.


Tak Dapat Update Blog

28.04.2012, Sabtu - Salam semua dan Syah minta maaf kerana tak dapat update blog awal disebabkan Syah bertugas hari ini, ada dokumen yang perlu disiapkan by monday kerana Isnin nie last day submission untuk perbelanjaan yang diakru. Macam biasa busy sedikit mengejar masa sebab kalau boleh esok malas nak bekerja dan hendak berehat. Ok semua nanti insyallah malam nanti kita jumpa lagi yer.  Byeeeeeeeeee ......................

Friday, April 27, 2012

Letih dan Mengantuk

27.04.2012, Jumaat - Sekarang jam 23:19hrs dan rasa mengantuk sangat dan letih.  Perjalanan pergi/balik ke office dan Rawang Residence berjalan lancar. Syah sampai awal hari nie lebih kurang jam 19:05hrs kerana  hari Jumaat kami balik jam 17:00hrs,  hari nie Syah solat Jumaat di masjid Negara dan macam biasa makan dan ziarah Makam Pahlawan. Beginilah keadaan diluar Masjid Negara setiap kali hari Jumaat yang dipenuhi dengan gerai-gerai menjual makanan dan keperluan harian termasuk kereta pun ada. Macam uptown/pasar malam rupanya .Hehehehhehe  .......  memang meriah dan pada yang tak pernah solat Jumaat disini cubalah sekali sekala tentu you wont regret.  Syah solat kat sini coz nak beli Badam dan Kurma dan kebiasaanya Syah solat Jumaat di Menara TM.  Lunch hari nie Mee Rebus dan Kacang Kuda.  Dinner tadi buat Sup Sayur, makan roti dan kurma sumbat Badam.  

Syah makan dengan badam sebab badam boleh membantu kita menurunkan kolestrol.  Lagi satu masa dalam LRT tadi jumpa Ina, nurse Zarif Clinic dan dia inform kawannya nak reduce kolestrol tak makan ubat cuma makan sebijik Bawang Putih Panggang (bakar) pagi dan malam.  Boleh turun katanya ............ Amacam mau cuba ..........? 

Oklah semua, Dah mengantuk sangat nie, esok Syah kerja kerana ada tugasan yang perlu di settle kan................... Syah mohon Beradu (tidur)  dahulu. Selamat Malam.

Raja Nazrin Sampaikan Ucaptama pada Forum Penyumbang Dunia 2012

27.04.2012, Jumaat - Malam ini Raja Muda Perak Darul Ridzuan Duli Yang Teramat Mulia Raja Dr Nazrin Shah ibni Sultan Azlan Muhibbuddin Shah telah berkenaan menghadiri dan menyampaikan ucaptama pada Forum Penyumbangan Dunia 2012 yang berlangsung di Kuala Lumpur. DYTM Raja Dr. Nazrin kemudiannya telah menyampaikan anugerah Dermawan Islam bagi kategori personaliti kepada Naib Pengerusi Eksekutif Yayasan Al-Bukhary , Datuk Seri Ismail Yusof.  Turut mengiringi DYTM Raja Dr. Nazrin adalah Pengerusi bersama Forum Penyumbang Dunia 2012 Dr. Munir Majid dan Dr. Shahid Malik.

Sumber : Bernama

Sultan Selangor Menziarahi Tan Sri Dr Abdul Majid Ismail

27.04.2012, Jumaat - Pagi tadi Sultan Selangor, Duli Yang Maha Mulia Sultan Sharafuddin Idris Shah Alhaj ibni Almarhum Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah Alhaj telah berkenan mencemar duli menziarahi Tan Sri Dr Abdul Majid Ismail yang merupakan bekas Ketua Pengarah Kesihatan  pada tahun 1971 hingga 1976.  Turut serta dalam kunjungan di kediaman Tan Sri Dr Abdul Majid  di Jalan Langak Duta adalah Tengku Panglima Diraja Selangor, YAM Tengku Sulaiman Shah.  Kelihatan Tuanku Sultan Selangor sedang bercakap dengan Tan Sri Dr Abdul Majid. Turut menyambut tuanku dan rombongan adalah anak sulung Tan Sr Dr Abdul Majid iaitu Dr Aljafri Abdul Majid dan keluarga.


Tan Sri Dr Abdul Majid mencapai usia 90 tahun dan tidak berapa sihat dan memerlukan bantuan anggota keluarganya untuk bergerak. Tan Sri Dr Abdul Majid merupakan ketua pakar bedah ortopedik negara yang pertama pada tahun 1958 dan pernah dilantik sebagai Pengarah Perancangan dan Penyelidikan Kementerian Kesihatan pada 1969. Baginda dan rombongan berada lebih kurang 30minit di rumah berkenaan,.

Sumber : Bernama

Anggota Polis Ditembak Mati Di Istana Anak Bukit

27.04.2012, Jumaat - Inna lillahi wa inna ilaihi raji’un. Petang semalam konstable Mohd Sobri Mohd Sidek, 22 tahun yang merupakan seorang anggota polis yang bertugas di Istana Anak Bukit telah ditembak mati oleh suspek yang dipercayai rakan setugas Allahyarham sendiri. Kejadian berlaku sekitar jam 17:45hrs semalam dimana Allahyarham yang berasal dari Melaka dijumpai cederah parah dipercayai ditembak dimuka dan dada menggunakan M-16.  

Ketua Polis Kedah, Dato' Ahmad Ibrahim dalam kenyataannya kepada Bernama memaklumkan bahawa kejadian ini disedari oleh salah seorang anggota lain apabila terdengar bunyi letupan seperti mercun. Apabila anggota berkenaan ketempat kejadian beliau mendapati Allahyarham terbaring berlumuran darah dihadapan pos pengawal dan suspek dilihat meninggalkan istana sejurus kejadian berlaku menggunakan sebuah kereta.  Istana Anak Bukit merupakan istana rasmi Sultan Kedah yang kini bersemayam di Istana Negara sebagai Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong Almu'tasimu Billahi Muhibbuddin Tuanku Alhaj Abdul Halim Mu'adzam Shah ibni Almarhum Sultan Badlishah, Yang di-Pertuan Agong ke-14.

Al-Fatihah kepada Allahyarham Mohd Sobri Mohd Sidek Semuga Roh Beliau Ditempatkan Bersama-Sama Orang-Orang Yang Beriman dan Beramal Solleh.  Kepada keluarga Allahyarham Takziah Syah ucapkan semuga tabah menerima dugaan ini.

Sumber :- Sinar Fm (Berita)/Bernama

Thursday, April 26, 2012

Laksa Lagi Malam Nie

26.04.2012, Khamis - Malam nie ada pasar malam di Rawang Residence Syah dan apa lagi macam biasa beli laksa dan siap inform Kakak tu tak hendak cili dan telur tetapi bagi bawang dan kuah lebih.  Lepas tu Syah tapow  soyabean cincau dua, jagung rebus satu dan kuih lepat pisang tiga.  Kenyang nyer sekarang nie............... terlebih makan hehehehe... ........... By the way perjalanan balik hari ini berjalan lancar. sekarang jam 23:45hrs dan syah mengantuk dan hendak masuk beradu ................ selamat malam semua ................ hingga berjumpa dilain Enry.

Raja Permaisuri Agong Hadiri Festival Fesyen Islamik di London

26.04.2012, Khamis - Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Raja Permaisuri Agong Tuanku Hajah Haminah binti Haji Hamidon yang kini berada di  London telah mengetuai barisan kerabat diraja menghadiri Festival Fesyen Islamik (IFF) di Natural History Museum di South Kensington.  Majlis berfolio tinggi ini merupakan kedua kalinya diadakan dengan tema "Diversity in Modesty" dengan mendapat kerjasama daripada The Duke of Edinburgh International Award for Young People and The Wessex Youth Trust yang merupakan badan amal di United Kingdom yang memberi tumpuan kepada kanak-kanak dan remaja.

Turut mengiringi baginda adalah isteri Perdana Menteri, Datin Seri Rosmah Mansor yang juga merupakan penaung IFF. Diantara kerabat Diraja Malaysia yang hadir adalah Duli Yang Maha Mulia Sultanah Pahang Sultanah Hajjah Kalsom, Raja Muda Perlis Duli Yang Teramat Mulia Syed Faizuddin Putra Jamalullail dan Raja Puan Muda Perlis Duli Yang Teramat Mulia Tuanku Hajjah Lailatul Shahreen Akashah Khalil.  Majlis ini juga turut dihadiri oleh Countess of Wessex Sophie Rhy-Jones dam kerabat diraja Brunei Darussalam.  Diantara pereka fesyen yang memperagakan hasil ciptaan mereka adalah Bernard Chandran, Melinda Looi, Tom Abang Saufi, Yin Ping dan Syaiful Baharim. 

Dalam ucapannya paa majlis ini Datin Seri Rosmah Mansor memaklumkan :-
  • Kami menyaksikan kebangkitan ramai pereka busana Islam berbakat dari seluruh dunia.  Pereka ini menghasilkan pakaian yang bukan sahaja sesuai dengan budaya tempatan mereka, tetapi mereka juga mengadunkan gaya global dalam rekaan mereka.  Festival ini membuka peluang besar kepada semua pereka fesyen.
  • Kami berharap untuk memberikan mesej bahawa festival Islamik juga adalah mengikut trend semasa, berwarna-warni dan bergaya sepertimana fesyen arus perdana.  Dapat dikatakan bahawa kreativiti tidak dikompromi dalam fesyen Islamik yang mementingkan kesopanan.
Sumber : Bernama

Tengku Abdullah Hadiri Majlis Pengurnian Darjah-Darjah Kebesaran Pahang sempena memuliakan Ulang Tahun Hari Keputeraan yang ke-81 Sultan Pahang.

26.04.2012, Khamis - Hari ini Tengku Mahkota Pahang, Kebawah Duli Yang Teramat Mulia Tengku Abdullah Al-Haj ibni Sultan Haji Ahmad Shah Al-Musta'in Billah telah berkenan menghadiri Majlis Pengurnian Darjah-Darjah Kebesaran Pahang sempena memuliakan Ulang Tahun Hari Keputeraan yang ke-81 Sultan Pahang.  Istiadat diadakan di Balairong Seri Istana Abu Bakar, Pekan, Pahang.  Kelihatan Tengku Mahkota Pahang memakaikan Darjah Kebesaran Mahkota Pahang Peringkat Kedua darjah Indera Mahkota Pahang (D.I.M.P) yang membawa gelaran Dato' kepada Setiausaha Politik Perdana Menteri, Dato' Mohamed Suffian Awang.

Sumber : Bernama

Sultan Brunei Ziarahi Jabatan Perkhidmatan Awam

26.04.2012, Khamis - Semalam Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam telah mencemar duli menziarahi Jabatan Perkhidmatan Awam di Lapangan Terbang Lama Barakas. Lawatan dimulai dengan titah baginda Sultan diikuti taklimat mengenai jabatan ini yang disampaikan oleh Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam, Pengiran Haji Mohammad Ali bin Pengiran Haji Othman.  Kemudiannya baginda telah berkenan melihat dengan lebih dekat kumudahan-kemudahan yang disediakan di jabatan berkenaan sambil  beramah mesra dengan pegawai dan kakitangan lainnya. 

Jabatan Perkhidmatan Awam ini ditubuhkan pada 01.07.1971 dan dikenali dengan nama Pejabat Perjawatan dimana ianya mengendali serta mengurus perkara-perkara yang berkaitan dengan pentadbiran kakitangan dalam perkhidmatan awam. Kemudiannya pada 01.05.1993 ianya ditukar nama dan dikenali sebagai Jabatan Perkhidmatan Awam serta diterajui oleh seorang Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam. Penjenamaan ini dilakukan bagi menonjolkan lagi peranan dan skop jabatan sebagai sebuah agensi pusat dalam hal ehwal pengurusan dan perkembangan tenaga manusia bagi sektor perkhidmatan awam Negara Brunei.

Sumber : Media Permata Online
26.04.2012, Khamis - Salam semua dan apa khabar anda hari nie.   Merah betul baju Syah hari nie kan? ............  balik nanti kena hati-hati sebab kalau lembu tengok kata orang dia kejar kita nanti. Sebab warna tu merangsang lembut kot?  Entahlah .......... Dalam minggu nie Syah tak puasa sunat kerana perlu ambil ubat untuk masalah piles Syah tu. Perjalan pagi nie berjalan lancar seperti yang selalu Syah doakan tu, Shukur Alhamdulillah. Pagi nie Syah breakfast macam biasa iaitu Cereal dan Susu Low Fat yang Syah beli kat kedai dibawah Menara TM nie.  Cuma hari nie Syah tambah kurma dan kismis. Kurma tu Syah beli semalam, lately nie mahal pula harga kurma, Syah beli semalam Kurma Mariami RM5.00  adalah lebih kurang 18 biji.  Tak tahulah nanti bulan puasa, lagi naik harga kot? sebab permintaan banyak.  Apa-apapun selamat bersarapan semua. Lunch nanti dah plan dalam kepala nampak laksa lagi dan air bali panas. Ahaks............. memang gila laksa pula sekarang nie. Ok semua, sehingga berjumpa lagi dilain Entry .............

Datu Seri Najib Tun Razak Dimasyhurkan Sebagai Laksamana Negara

26.04.2012, Khamis - Tahniah diucapkan kepada anak bugis seorang nie, tak lain tak bukan Perdana Menteri yang amat kita kasihi iaitu Yang Amat Berhormat Datuk Seri Najib Tun Razak yang telah dimasyhurkan sebagai Laksamana Negara malam tadi.  Kelihatan Datuk Sri Najib Tun Razak menerima selimpang Laksamana Negara daripada Pengerusi Dewan Pesaka Malaysia, Tan Sri Omar Din Mauju pada majlis Perhimpunan Pesilat Kebangsaan di Stadium Bola Sepak Kuala Lumpur. Turut serta dalam majlis ini adalah Presiden Persekutuan Silat Kebangsaan, Datuk Seri Mohd Ali Rustam.

Sumber :- Bernama/Berita Harian

Wednesday, April 25, 2012

Aktiviti Hari Ini

25.04.2012, Rabu - Salam semua ... lunch apa hari nie, Syah macam biasa laksa @ gerai Pak Yope.  Lately nie asik makan laksa jer exspecially during lunch hours.  Perjalanan pagi tadi berjalan lancar dan bas datang macam biasa di Rawang Residence Syah dan sempat naik komuter jam 07:00hrs dan sampai awal ke office.  Hari nie rambut tak terpacak sebab buat style k-pop heheheh ............kata budak-budak sekarang.  Kerja tak banyak cuma yang banyaknya menyelesaikan masalah payment yang tak diterima oleh vendor.  Biasalah macam-macam hal dia orang nie tetapi kalau tak ada masalah bukan kerja lah namanya kan. Petang nie my boss, Dek Noor tak ada dipejabat kerana hantar baby girlnya untuk bercucuk kat kelinik. Ok lah semua, Syah hendak sambung kerja semula .......Jumpa lagi dilain Entry.

Tuanku Abdul Halim Berangkat ke Pusara Rejimen Askar Melayu Diraja

25.04.2012, Rabu - Pagi tadi, Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong Almu'tasimu Billahi Muhibbuddin Tuanku Alhaj Abdul Halim Mu'adzam Shah ibni Almarhum Sultan Badlishah telah berangkat ke Port Dickson untuk menghadiri majlis tahlil dan doa selamat di Pusara Rejimen Askar Melayu Diraja (RAMD). Majlis diadakan sempena ulang tahun RAMD ke-79.  Keberangkatan tiba Tuanku dan rombongan disambut oleh Pengerusi RAMD Lt Jen Datul Zulkiple Kassim, Panglima 3 Division, Mej Jen Datuk Razali Ahmad dan pegawai-pegawai kanan RAMD.

Majlis tahlil dan doa selamat dipimpin oleh Pengarah Kor Agama Angkatan Tentera, Brg Jen Datuk Mustafa Abdul Manaf.  Kemudiannya Tuanku Abdul Halim berkenan merenjis air mawar dan menabur bunga rampai di atas pusara  berkenaan.  Tuanku kemudiannya menghadiri majlis sembah mengadap pahlawan RAMD dan kemudiannya santap tengahari bersama-sama mereka di Wisma Perwira RAMD.

Sumber :- Bernama
25.04.2012, Rabu - Semalam Sultan Selangor, Duli Yang Maha Mulia Sultan Sharafuddin Idris Shah ibni Almarhum Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah Alhaj telah berkenan menerima sumbangan daripada Kerajaan Persekutuan untuk Majlis Agama Islam Selangor atau MAIS. Sumbangan sebanyak RM35,255,800.00 berkenaan disampaikan oleh Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Datuk Seri Noh bin Omar bagi pihak kerajaan persekutuan kepada Tuanku Sultan di Istana Kayangan, Shah Alam, Selangor. Dari jumlah berkenaan sebanyak RM27,955,200.00 adalah diperuntukkan untuk membayar gaji guru-guru Kafa di negeri Selangor.

Kerajaan persekutuan menyumbangkan sebanyak RM800.00 sebulan untuk guru-guru ini manakala kerajaan negeri Selangor menambah RM600.00 kepada ketua guru kafa dan RM500.00 untuk guru-guru kafa.  Menurut Datuk Seri Noh lagi, sebanyak RM6 juta diperuntukkan  bagi bayaran elaun imam untuk 669 buah masjid di negeri Selangor manakala RM1,279,600.00 diperuntukkan untuk 142 orang guru-guru takmir yang akan mendapat RM800.00 setiap seorang sebulan.

Sumber : Bernama/The Sun 

Tuesday, April 24, 2012

Terima Kasih Atas Ucapan Selamat Hari Lahir Untuk Syah

24.04.2012, Selasa - 
 Apa khabar anda semua hari ini dan Syah berharap agar anda semua berada dalam keadaan yang mengembirakan. Hari ini adalah Hari Ulangtahun Kelahir Syah dan Syah mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan ribuan terima kasih kepada rakan taulan dan kenalan yang  mengucapkan Selamat Hari Lahir kepada Syah samada melalui SMS, Telefon, Facebook mahupun  berjumpa sendiri dengan Syah.

Terima kasih kehadrat Allah SWT yang telah melanjutkan usia Syah hingga mencapai angka 46 tahun.  Ialah walaupun sudah berumur dan bukan lagi dalam golongan berstatus belia,  Syah tetap rasa bershukur sangat kerana orang yang lebih muda dari kita belum tentu akan mencapai umur seperti kita, sebab itulah Syah bershukur.  Hendak buat apa kita takut kepada tua kerana yang muda pasti tua dan yang hidup pastiakan  mati. Mungkin jika dilihat dari raut wajah Syah, ada yang tak percaya syah sudah berusia 45 tahun tetapi itulah kenyataannya dan bershukur kepada Allah SWT yang memberikan keistemewaan ini pada Syah.   Gambar nie Syah ambil pagi tadi sewaktu dalam perjalan ke KL Sentral menggunakan perkhidmatan "My Komuter Six Car Train".

Terima kasih kepada Ayahanda dan Almarhumah bonda Syah kerana merekalah Syah dilahirkan kedunia ini walaupun Syah tak pernah mendapat kasih sayang dari bonda Syah kerana ia pergi lebih awal mengadap yang maha esa sewaktu Syah berusia tak sampai setahun kerana melahirkan adinda Syah yang pergi juga bersama Almarhumah Bonda. Selepas itu Syah dibela oleh Kedua Nenda Syah sebelah Ayahanda yang menjaga Syah bagai menatang minyak yang penuh dan membesarkan Syah dengan penuh kemewahan hinggalah Syah meningkat dewasa.  Bila mula bekerja baru Syah menetap bersama Ayahanda dan Bonda Tiri Syah dalam beberapa tahun sebelum Ayahanda Syah pencen dan pulang ke kampung. Selepas itu Syah tinggal bersama kekanda Syah  di KL Residence sebelum membeli rumah sendiri.

Terima kasih diucapkan kepada semua kaum keluarga Syah atas sokongan dan kasih sayang yang  mereka berikan kepada Syah.  Kalian adalah segalanya dalam hidup Syah.

Monday, April 23, 2012

Sultan Mizan Rasmikan Pembukaan Penggal Persidangan Kelima DUN Terengganu

23.04.2012, Isnin - Hari ini Sultan Terengganu, Kebawah Duli Yang Maha Mulia Al-Watiqu Billah Tuanku Mizan Zainal Abidin ibni Almarhum Sultan Mahmud Al-Muktafi Billah Shah telah berkenaan merasmikan pembukaan penggal persidangan kelima Dewan Undangan Negeri ke-12 di Wisma Darul Iman, Kuala Terengganu, Terengganu. Kelihatan Tuanku Mizan sedang bersalaman dengan sebahagian anggota-anggota Dewan Undangan Negeri Terengganu. Turut mengiringi baginda adalah Tuanku Nur Zahirah.

Sumber :- Bernama

Ayahanda Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong

23.04.2012, Isnin - Tahukan anda siapakah gerangannya lelaki  ini.  Jika anda dari Kedah sudah tentu anda sedia maklum siapakah gerangannya individu dalam gambar ini.  Ini adalah Ayahanda kepada Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong Almu'tasimu Billahi Muhibbuddin Shah Tuanku Alhaj Abdul Halim Mu'adzam Shah iaitu Almarhum Sultan Badlishah ibni Almarhum Sultan Abdul Hamid Halim Shah. Almarhum merupakan Sultan Negeri Kedah Darul Aman yang ke-26.  Almarhum diputerakan pada 17.03.1894 dan bonda Almarhum merupakan isteri ke-4 Almarhum Sultan Abdul Hamid Halim Shah yang bernama Sofiah binti Abdullah. Almarhum juga merupakan anak angkat kepada Raja Siam, King Rama VI.

Dilantik sebagai pewaris tahta pada 07.03.1935 dan kemudiannya menerima gelaran Raja Muda Kedah pada 21.03.1935. Almarhum kemudiannya menggantikan Ayahandanya sebagai Sultan Kedah berikutan kemangkatan Paduka Ayahanda baginda pada 13.05.1943 dan ditabalkan pada 15.05.1943. Semasa pendudukan Jepun di Tanah Melayu, Almarhum masih lagi dianggap sebagai Sultan Kedah walaupun negeri Kedah pada ketika itu diserahkan kepada Siam oleh pihak Jepun sebagai balasan kerana memberi laluan kepada tentera Jepun menakluki Tanah Melayu ketika perang dunia kedua.


Baginda berkahwin pertama kalinya dengan Tunku Sofiah binti Tunku Mahmud di Balai Besar, Alor Star, Kedah pada tahun 1924. Tunku Sofiah merupakan kerabat Diraja Kedah dan cucunda kepada Almarhum Sultan Sultan Ahmad Tajuddin Mukarram Shah, Sultan Kedah ke-23. Walau bagaimanapun setelah berkahwin selama 10 tahun, Tunku Sofiah mangkat pada 10.03.1934 akibat kemalangan jalanraya di Alor Star, Kedah dan meninggalkan enam orang cahayamata iaitu empat putera dan dua puteri.  Allahyarhamah dimakamkan di Makam Diraja Kedah di Langgar.  Diantara putera Allahyarhamah adalah Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong Almu'tasimu Billahi Muhibbuddin Shah Tuanku Alhaj Abdul Halim Mu'adzam Shah dan Raja Muda Kedah, Duli Yang Teramat Mulia Tunku Abdul Malik. Ketika Allahyarhamah mangkat, Tuanku Abdul Halim ketika itu masih lagi kecil dan baru berusia lingkungan enam tahun tiga bulan. Al-Fatihah kepada Allahyarhamah Tunku Sofiah binti Tunku Mahmud.

Almarhum Sultan Badlishah kemudiannya berkahwin dengan kerabat diraja Terengganu, Tengku Asma binti Almarhum Sultan Sulaiman Badrul Alam Shah pada 31.10.1935 di Kuala Terengganu, Terengganu. Tengku Asma merupakan adinda kepada Tengku Ali, Bekas Sultan Terengganu semasa pemerintahan Jepun di Tanah Melayu. Bonda Tengku Asma adalah Tengku Ampuan Maryam yang merupakan anakanda kepada Sultan Pahang 1, Sultan Ahmad. Tengku Asma juga merupakan Bonda Saudara kepada Raja Perempuan Perlis sekarang. Tengku Asma kemudiannya menjadi Sultanah Kedah setelah Almarhum ditabalkan sebagai Sultan Kedah. Almarhumah Sultanah Asma mangkat pada 13.05.1996 di Alor Star Kedah dan meninggalkan tiga putera dan lima puteri termasuk Tunku Bendahara Kedah yang juga merupakan Pengerusi Jemah Pemangku Sultan Kedah Darul Aman, YTM Dato' Seri Utama Tunku Anuar. Al-Fatihah kepada Almarhumah Sultanah Asma binti Almarhum Sultan Sulaiman Badrul Alam Shah.


Almarhum Sultan Badlishah merupakan salah seorang daripada Raja Melayu yang menolak keras usul  pembentukan Malayan Unian selepas Perang Dunia II.  Almarhum menzahirkan pendirian baginda melalui surat yang dihantar ke Colonial Office di London, akhbar The Times dan beberapa orang kenamaan di Britain. Pada 21.01.1948, Almarhum menyertai Raja-Raja Melayu menandatangani Perjanjian Persekutuan Tanah Melayu yang  diadakan di King House.  Perjanjian ini adalah menggantikan Malayan Union dan sebagai persediaan kepada penubuhan Persekutuan Tanah Melayu pada 01 Februari 1948 dimana negeri-negeri Melayu digabungkan dalam sebuah Persekutuan untuk pertama kalinya dan kedudukan Raja-Raja Melayu dikembalikan. Almarhum juga merupakan salah seorang Sultan yang menandatangani Perjanjian Kemerdekaan pada 1957.

Almarhum Sultan Badlishah mangkat pada 13.07.1958 di Hospital Besar Alor Star kerana masalah jantung dan dimakamkan dengan penuh adat istiadat diraja Kedah di Makam Diraja Kedah, Langgar, Alor Star, Kedah.  Gambar diatas sekali adalah potrait Almarhum Sultan Badlishah dan gambar kedua merupakan Makam Almarhum dan gambar yang akhir sekali adalah batu nesan Almarhum. Gambar ini Syah ambil sendiri sewaktu lawatan peribadi Syah ke Pulau Pinang dan Kedah pada 15 - 18 Disember 2006. Syah sempat singgah ke Makam Diraja Kedah untuk ziarah makam dan berjumpa dengan penjaga makam ketika itu, Pak Omar.  


Al-Fatihah ................ Semuga Roh Almarhum Sultan Badlishah ibni Almarhum Sultan Abdul Hamid Halim Shah di tempatkan bersama-sama orang-orang yang beriman dan beramal solleh.  Amin.
23.04.2012, Isnin - Letih betul rasanya pagi tadi betullah kata orang kalau kita asik bekerja penuh seminggu mesti rasa letih.  Berat rasa nak bangun subuh tadi tetapi digagahkan juga kerana perasaan macam tu memang tak boleh dilayan langsung kerana ia akan menjadikan kita lebih malas lagi.  Perjalanan naik bas dan komuter berjalan lancar, shukur alhamdulillah Syah sampai awal pagi nie dan terus sambung kerja yang perlu diselesaikan hari ini kerana proses account closing.

Breakfast  tadi cereal dan low fat milk dan masa buat entry nie baru Syah ingat tak makan ubat lagi. Alamak ............ jap yer nak makan ubat dulu .......... Macam nielah kalau dah berumur dan banyak kerja, jadi cepat lupa.  Ok dah makan ubat dah untuk piles Syah dan minyak ikan.  Sebentar lagi nak tinjau kat foodcourt mencari menu lunch hari nie, mungkin as usual Laksa.
  
Gambar nie masa dalam "My Komuter" pagi tadi dari Rawang ke KL Sentral dan tiba-tiba ada member FB sms Syah tanya nak hadiah apa untuk birthday Syah esok. Hemmmmmmmm.......... hadiah yang dia nak bagi tu cofee table book tapi mahal sangat, takut lah nak terima. Mulanya dia tanya nak apa kat FB Message dan Syah bagi nama buku tu tetapi sebenarnya Syah hanya berlawak sahaja.  Actually Syah nak beli buku tu tetapi ada masalah sedikit dan minta tangguh kat pengedar buku tu dan mereka kata ok.


Oklah semua sehingga berjumpa lagi dilain entry ............ selamat menjamu selera yer semua, lunch apa hari nie?

Sunday, April 22, 2012

Sheikh Abdulaziz bin Khalifa Al Thani Datang ke Malaysia

22.04.2012, Ahad - Adinda kepada Emir Qatar, His Excellency  Sheikh Abdulaziz Al Thani dijadualkan melawat ke negara ini atas urusan peribadi dan perniagaan bermula hari ini 22 April hingga 26 April 2012.  Beliau dijangka tiba hari ini melalui KLIA pada jam 16:00hrs dan akan menginap di Shangri La Hotel, Kuala Lumpur.  Turut mengiringi beliau adalah Presiden My Reach Sdn Bhd, Sheikh Khaled Al Shangiti dari Arab Saudi yang juga merupakan saudara jauh beliau.  Semasa di Malaysia, Sheikh Abdulaziz dijadualkan akan mengadakan perjumpaan dengan Datuk Seri Mustapa Mohamed, Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri serta melakukan kunjungan hormat kepada Yang di-Pertua Negeri Pulau Pinang Tuan Yang Terutama Tun Dato' Seri Utama (Dr) Haji Abdul Rahman bin Haji Abbas di Seri Mutiara pada Rabu ini. 

Kerja Lagi Hari Ini

22.04.2012, Ahad - Hai nie Syah ke office lagi kerana ada tugas yang harus dibereskan untuk proses acount closing esok. Hari nie bas jam 06:30hrs dari Rawang Residence lambat sedikit dan datang hampir jam 07:20hrs.  Malam tadi uncle driver tu ada informed Syah bas hari ini jam 07:00hrs kerana hari Ahad.  Macam biasa ke office naik komuter dan LRT.  Hari nie ada EGM Koperasi Telekom - kotamas tetapi Syah tak pergi kerana ada tugas dan iannya dibuat di Universiti Malaysa.  Memang masalah transport jika hendak kesana, tak mengapalah ......... lainlah kalau mereka buat kat Menara TM tentu ramai yang boleh datang kerana mudah dikunjungi samada naik bas, LRT atau kenderaan sendiri. Sekarang Syah nak rehat sekejap dan makan buah betik yang dibawa dari rumah dan Syah beli betik nie hari Khamis lepas di pasar malam.

Semua kerja sudah siap tetapi ada masalah dengan SAP pula .............. nak buat shopping cart tetapi tak boleh buka. Ada-ada jew............. kan?

Oklah semua ............ Selamat berhari minggu dan habiskan waktu rehat anda hari ini dengan aktiviti yang berfaedah dan mengeratkan lagi silaturrahim diantara anda dan keluarga atau orang tersayang. Kalau ada masa berkunjunglah ke Istana Negara Lama untuk menyaksikan Pameran Raja Kita. Sehingga berjumpa lagi dilain Entry ................. Makan Semua

Saturday, April 21, 2012

Konsert Diraja Sempena Pertabalan Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong ke-14 - Kerusi Tuanku Ditukar Last Minute

21.04.2012, Sabtu - Konsert Diraja sempena Pertabalan Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong ke-14 sedang rancak berlangsung sekarang ini dan disiarkan secara langsung di TV2.  Syah pun sedang menontonnya sekarang.  Tuanku Hajah Haminah nampak gembira dan sentiasa tersenyum. Petang tadi selepas balik dari Menara TM Syah ke Pasar Malam Jalan TAR keemudian ke Dataran Merdeka lihat persiapan konsert.  Terpandang tadi Syah kerusi yang diduduki oleh kedua-dua Seri Paduka Baginda. Sebenarnya kerusi itu asalnya untuk VVIP dan untuk Seri Paduka Baginda Berdua adalah bewarna kuning seperti gambar nie yang Syah lihat tadi.


Mungkin ianya ditukar disaat-saat akhir kerana jika dibandingkan dengan kerusi VVIP tu iannya agak lebih old fashion dan kecil.  Apa yang Syah dapat perhatikan melalui kaca TV mereka gunakan juga kerusi VVIP tu untuk  Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong dan Seri Paduka Baginda Raja Permaisuri Agong tetapi dibezakan hanya dengan meletakkan lapik tangan berwarna kuning.  Syah berharap agar pihak yang bertanggungjawab menguruskan majlis seperti ini seumpamanya di masa akan datang dapat membuat perancangan awal perkara-perkara seperti ini terutamanya majlis yang melibatkan Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong yang mempunyai kedudukan yang tinggi   sebagai Ketua Negara.

Kerja Hari Sabtu dan Tak Sihat

21.04.2012, Sabtu - Sekarang ni jam 15:38hrs dan Syah ada dipejabat kerana ada payment yang perlu di submit untuk proses account closing  pada hari Isnin ini.  Syah datang macam biasa dan jam 05:00hrs pagi tadi Syah dah bersiap dan sampai office macam biasa.  Masalah betul "remote PC" Syah tak function, kalau tak boleh juga Syah buat kerja dari rumah dan tak perlu datang kepejabat. Buang masa perjalanan sahaja, nak buat macam mana kan? kerana kerja Syah ada target yang perlu disiapkan,  tak per lah .............. Pagi tadi office tak ada orang tetapi hampir jam 11:00hrs tak silap Syah Kak Ana dari Yayasan dan staffnya datang buat kerja. Syah bawa bekal buah betik dari rumah untuk lunch dan dalam train tadi makan kuih apam sebelum ambil ubat. Lunch tadi makan betik tu dan buat Horlicks.

Semenjak dua hari lepas Syah mengalami masalah piles dan sakit bila hendak buang air besar.  Mungkin Syah kurang minum lately nie menyebabkan sukar buang air besar.  Syah sudah ambil ubat di kelinik semalam selepas solat Jumaat tetapi tak jumpa doktor. Kalau jumpa pun dia akan bagi benda yang sama dan tak periksapun. By the way oklah juga ada orang kat office kalau tak cuak gak seorang-seorang dan Syah dengar lagu yang diupload oleh my brother Muss dalam kamera kerana nak guna handphone takut batery habis dan charger tertinggal kat rumah. Yer kamera Syah boleh upload video dan lagu macam handphone tu dan dulu dalam train Syah selalu dengar lagu gunakan kamera nie dan ada orang yang heran tengok kamera boleh dengar lagu............... Samsung PL10 ............ Alamak lagu Perancis lak pulak, Ne me quitte pas atau maksudnya If you go away ............Heheheheh ............ google cari lagu nie besttttttttttttt.

Tuanku Abdul Halim Hadiri Majlis Santapan Malam Ulang Tahun RAMD


21.04.2012, Sabtu -  Malam tadi, Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong Almu'tasimu Billahi Muhibbuddin Shah Alhaj Tuanku Abdul Halim Mu'adzam Shah ibni Almarhum Sultan Badlishah dan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Raja Permaisuri Agong Tuanku Hajah Haminah Hamidon telah berkenan mencemar duli menghadiri Majlis Santapan Malam Rejimental Ulang Tahun Rejimen Askar Melayu Diraja (RAMD) ke- 79. Kelihatan Tuanku Abdul Halim sedang memotong kek ulangtahun ke-79 RAMD.  Turut serta dalam majlis ini adalah Tunku Temenggong Kedah dan juga merupakan salah seorang Ahli Jemaah Pemangku Sultan Kedah Darul Aman, YTM Tan Sri Tunku Sallehuddin Ibni Almarhum Sultan Badlishah.

Sumber :- Bernama 

Tuanku Hajah Haminah Hadiri Majlis Jamuan Mesra Kanak-Kanak Bersama Raja Permaisuri Agong


21.04.2012, Sabtu - Hari ini Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Raja Permaisuri Agong Tuanku Hajah Haminah telah berkenan meraikan hampir 500 murid sekolah dalam majlis jamuan mesra kanak-kanak bersama Raja Permaisuri Agong.  Majlis diadakan di Istana Negara sempena pertabalan Yang di-Pertuan Agong ke-14. Majlis dimulai dengan persembahan tarian "Mengadap Balai dan Asyik" dari Sekolah Rendah Long Ghafar, Kota Baharu, Kelantan dan diikuti dengan persembahan ghazal Sekolah Rendah Seri Bahagia, Benut, Pontian, Johor dengan lagu "Seri Mersing" dan "Penawar Rindu"

Selepas itu persembahan nyanyian dan tarian "1Malaysia" mengambil tempat menghiburkan Tuanku Hajah Haminah yang dipersembahkan oleh Sekolah Rendah St James, Likas, Sabah serta diikuti tarian India dari Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil Taman Melawati, Selangor.  Manakala kanak-kanak istemewa dari Sekolah Pendidikan Khas, Setapak, Kuala Lumpur mempersembahkan lagu "Sway" dan "Ombak Rindu". 

Sebagai penutup tirai, semua murid-murid yang mengambil bahagian menyanyikan lagu "Merafak Sembah" yang digubah khas oleh Kementerian Pelajaran khs untuk majlis ini.  Turut mengiringi Tuanku Hajah Haminah adalah Datin Seri Utama Masnah Rais manakala pengacara majlis adalah tak lain tak bukan Aznil Haji Nawawi.

Sumber " Bernama


Friday, April 20, 2012

Dapat Tempat Ketiga

20.04.2012, Jumaat - Projek Unify Cleansing berjalan dengan lancar pada hari terakhir hari nie dan tak sangka group Syah dapat hamper tempat ketiga. ini adalah Azrul ahli kumpulan Syah.  Syah cuma ambil Milo sahaja dua pack manakala yang lainnya Syah bagi kat Azrul kerana Syah tak makan pun benda-benda lain dalam hamper tu. Actually kami merupakan kumpulan volunteer untuk update agreement unify dan meletakkan duty stamp pada agreement berkenaan serta merekod beberapa maklumat penting agreement berkenaan dalam format yang disediakan.  Kumpulan terbanyak update dokumen berkenaan akan diberi hadiah sebagai penghargaan.  Makanan dan minum disedikan oleh pihak penganjur selama dua hari ini.  Dengarnya next program akan diadakan di TM Training Center minggu hadapan.

Tiga NGO Buat Laporan Polis Mengenai Isu Persenda Raja-Raja

20.04.2012, Jumaat - Hari ini tiga badan bukan kerajaan atau NGO telah membuat laporan polis secara berasingan di Ibu Pejabat Polis Daerah Gombak berhubung tindakan pemimpin pembangkang mempersendakan raja-raja Melayu ketika istiadat pertabalan Yang di-Pertuan Agong di Balairong Seri Istana Negara pada 11 April lepas.  NGO berkenaan adalah Ikatan Rakyat Insan Muslim Malaysia (IRIMM), Dewan Ekonomi dan Sosial Muslim Malaysia (DESMMA) dan Lembaga Pemantau Pengguna Islam Malaysia (LPPIM).

Presiden IRIMM, Amir Amsaa Alla Pitchay memaklumkan bahawa pihaknya memandang serius perbuatan mempersendakan raja-raja Melayu dan pihak berkenaan perlu dikenakan tindakan tegas.  Manakala Presiden DESMMA, Mohd Fazil Abdullah dalam kenyataannya memaklumkan perbuatan tersebut merupakan satu penderhakaan terhadap raja-raja Melayu selain menunjukkan pemimpin terbabit tidak layak memimpin rakyat.

Ketiga-tiga NGO itu juga turut membuat laporan berhubung demonstrasi membantah pinjaman perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional atau PTPTN.  Mereka meminta polis menyiasat peserta yang mengganggu kenteteraman awam.

Thursday, April 19, 2012

Projek Berjalan Lancar

19.04.2012, Khamis - Projek Unifi Cleansing berjalan lancar hari ini. Ini adalah sebahagian daripada volunteer untuk projek ini. Kami dibahagikan kepada beberapa kumpulan dan setiap kumpulan ada dua orang. Budak lelaki nie adalah group Syah. Kami disini selama dua hari bermula hari ini. Makan minum disediakan seperti minum pagi, lunch dan minum petang. Hari ini group Syah dapat siapkan 570 agreement. Esok kami akan sambung semula. By the way pagi tadi naik bas sekolah lagik ............ Ahaks

Pameran Raja Kita

19.04.2012, Khamis - Pameran Raja Kita bermula pada 15 April hingga 15 Jun 2012 selama dua bulan di Istana Negara Lama atau Muzium Diraja. Pameran dijalankan di Balairong Seri Istana Negara Lama ini dibuka mulai jam 09:00hrs hingga jam 17:00hrs dan masuk adalah percuma. Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong Almu'tasimu Billahi Muhibbuddin Tuanku Alhaj Abdul Halim Mu'adzam Shah ibni Almarhum Sultan Badlishah merasmikan pameran ini pada Ahad lepas bersamaan 15.04.2012 dan ianya mula dibuka kepada orang ramai mulai 16.04.2012.

Pameran ini diadakan sebagai salah satu langkah memperkenal dan merapatkan lagi hubungan Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong Almu'tasimu Billahi Muhibbuddin Tuanku Alhaj Abdul Halim Mu'adzam Shah ibni Almarhum Sultan Badlishah dan Seri Paduka Baginda Raja Permaisuri Agong Tuanku Hajah Haminah binti Haji Hamidon dengan rakyat jelata. Pameran ini juga turut memaparkan sistem pemerintahan Demokrasi Berparlimen dan Konsep Raja Berpelembagaan yang mempunyi kuasa, fungsi dan ciri-ciri istemewa yang tersendiri.

Objektif Pameran adalah untuk :-
  1. Menjelaskan peranan dan kedudukan institusi Yang di-Pertuan Agong dan konsep Raja Berpelembagaan dalam sistem Pemerintahan Demokrasi Berparlimen yang diamalkan di negara ini.
  2. Memperkenalkan Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong XIV dan Seri Paduka Baginda Raja Permaisuri Agong kepada rakyat jelata sempena perlantikan baginda pada 13 Disember 2011.
  3. Memperkukuh semangat cinta akan negara dan taat setia yang tidak berbelah bahagi kepada negara dan kerajaan Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong.
  4. Memaparkan kepentingan Institusi Yang di-Pertuan Agong dan konsep Raja Berpelembagaan sebagai tonggak kepada kedaulatan, kesejahteraan, kemakmuran, keharmonian dan pembangunan negara.
  5. Mempertahan kegemilangan dan kedaulatan institusi Yang di-Pertuan Agong yang diamalkan di negara ini.
Sebelum ini pameran seumpamanya selalu diadakan di Muzium Negara tetapi memandangkan Istana Negara yang baru sudah mula diduduki, maka Istana Negara Lama ini digunakan untuk Pameran Raja Kita pada kali ini. Inilah peluang keemasan untuk anda semua menjejakkan kaki ke Istana Negara dan melihat sendiri dari dekat barang-barang yang dipamirkan yang mana ianya tidak akan kita lihat lagi selepas ini.

Sumber :- Maharum Bugis Syah/Jabatan Muzium Negara / Kementerian Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan

Tuanku Abdul Halim Hadiri Majlis Santapan Negara Untuk Meraikan Presiden Kazakhstan

19.04.2012, Khamis - Sekarang Syah di TM Annexe 2 dan masih menunggu briefing dan sempat update entry nie untuk makluman anda semua. Malam tadi Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong Almu'tasimu Billahi Muhibbuddin Tuanku Alhaj Abdul Halim Mu'adzam Shah ibni Almarhum Sultan Badlishah telah berkenan mencemar duli menghadiri Majlis Santapan Negara sempena meraikan Presiden Kazakhstan Nursultan Nazarbayev di Istana Negara. Turut serta mengiringi baginda adalah Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Raja Permaisuri Agong Tuanku Hajah Haminah binti Haji Hamidon, Perdana Menteri dan Isteri serta Timbalan Perdana Menteri.


Sumber :- Bernama

Syah @ Unify Cleansing Project

19.04.2012, Khamis - Hari ini dan esok selama dua hari Syah berada di TM Annexe 2 kerana ada projek Unify Cleansing Project. So tidak ada dipejabat dan tak dapatlah nak update blog masa lunch nanti. Tengoklah macam mana tetapi jika ada masa nanti Syah update jika tak sempat malam nanti Syah update blog. Ok ........... Take Care semua .................. Terima kasih kerana bertandang ke tengkusyah.blogspot.com.

Wednesday, April 18, 2012

Sultan Brunei Berangkat Pulang

18.04.2012, Rabu - Hari ini Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah ibni Al-Marhum Sultan Haji Omar 'Ali Saifuddien Sa'adul Khairi Waddien dan rombongan berangkat pulang ke Brunei Darussalam selepas melakukan lawatan rasmi dua hari ke Malaysia.

Sumber :- Gambar dari Bernama

Presiden Nursultan Nazarbayev Diberikan Sambutan Negara

18.04.2012, Rabu - Hari ini tetamu negara kita, Presiden Kazakhstan, Nursultan Nazarbayev telah diberikan sambutan negara di Dataran Parlimen. Nursultan dan rombongannya selamat sampai ke Malaysia semalam untuk rangka lawatan rasmi negara selama dua hari. Ketibaan beliau dan rombongan di Dataran Parlimen pada jam 09:00hrs tadi disambut oleh Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong Almu'tasimu Billahi Muhibbuddin Shah Tuanku Alhaj Abdul Halim Mu'adzan Shah ibni Almarhum Sultan Badlishah dan Perdana Menteri YAB Datuk Seri Najib Tun Razak. Turut serta adalah Timbalan Perdana Menteri, YAB Tan Sri Muhyiddin Yasin dan Menteri-menteri Kabinet.

Upacara dimulai dengan lagu kebangsaan negara kita dan Kazakhstan oleh pancaragam Rejimen Askar Melayu Diraja disusuli dengan 14 das tembakan meriam. Selepas itu, Presiden Nazarbayev dan rombongan diperkenalkan kepada anggota Jemaah Menteri dan perwakilan asing.

Sumber :- Bernama

Dua Hari Naik Bas Sekolah

18.04.2012, Rabu - Dah dua hari since semalam Syah tumpang naik bas sekolah ke Pekan Rawang kerana tak ada bas. Semalam uncle driver tu ada kat bus stop kami dan informed bas rosak kerana gearbox bas tu terjatuh. Lawak dengarnya tapi itulah realitinya dan bas tu tersadai kat entrance dihadapan jalan masuk ke Rawang Residence Syah. Pagi tadi tunggu punya tunggu tak datang pun. Lalu kami semua ambil keputusan tahan bas sekolah yang biasa kami naik tu jika emergency. Terima kasih kat Ane' nie kerana bagi kami naik dan hantar sampai Stesyen KTM Rawang dan kami bagi dia RM1.00. Itulah salah satu masalah yang kami hadapi sebagai pengguna public transport.

Kalau tak ada bas sekolah nie alamat menapaklah Syah jalan kaki dari Rawang Residence ke KTM seperti dulu-dulu tu yang memakan masa satu jam. Ada yang tahan kenderaan untuk ke Jalan Utama atau balik rumah suruh suami/anak hantar. Tapi Syah tak pernah tahan kereta orang untuk tumpang dan rela jalan kaki kecuali kalau ada kereta/lori berhenti offer naik baru Syah naik. Mereka kat sinipun dah faham kalau nampak orang menapak kat laluan keluar tu mesti nak ke jalan utama dan mana yang baik hati tu mereka tumpangkan lah tapi kalau mereka was-was takut dirompak dan seumpamanya mereka buat tak tahu. Nak salahkan mereka pun tak boleh sebab itu hak mereka dan untuk keselamatan mereka juga.

Terima kasih pada Ane' (Abang) nie yang bantu kami semua. By the way masa balik semalam ada bas ganti tetapi agaknya bas tu nak pakai pagi nie sebab tu lari schedule bas nie kot? Apa-apapun Syah sempat sampai office before 08:30hrs. Breakfast tadi Syah makan macam biasa, Cereal dengan Low Fat Milk dan lunch tadi Laksa Utara dan Limau Nipis Panas. Ok semua sehingga berjumpa lagi dilain Entry Selamat Menjamu Selera Yer....Lunch apa hari ini?

Majlis Kesyukuran Sempena Ulangtahun Hari Keputeraan ke-84 DYMM Paduka Seri Sultan Perak Darul Ridzuan

18.04.2012, Rabu - Esok tanggal 19.04.2012 merupakan hari Keputeraan Duli Yang Maha Mulia Paduk Seri Sultan Perak yang ke-84. Sekarang ini dilaporkan khemah-khemah sudah dinaikkan sekitar premis Masjid Ubudiah untuk Majlis Kesyukuran Sempena Ulangtahun Hari Keputeraan ke-84 Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Sultan Perak Darul Ridzuan yang akan diadakan pada malam esok. Majlis akan dimulai dengan keberangkatan tiba DYMM Paduka Seri Sultan Azlan Muhibbuddin Shah ibni Almarhum Sultan Yussuf Izzuddin Shah Ghafarullahu-lah pada jam 19:20hrs diiringi oleh Menteri Besar Perak Darul Ridzuan YAB Dato' Seri Diraja Dr Zambry Abd Kadir. Baginda akan bersama-sama Solat Maghrib berjemaah bersama para hadirin lainnya.

Selepas Solat Maghrib, Majlis Bacaan Yasin dan Tahlil serta Doa Selamat akan diadakan sebelum baginda dan para jemaah lainnya mengerjakan Solat Insyak berjemaah. Kemudiannya akan diadakan pula Majlis Santapan/Jamuan Makan sebelum keberangkatan pulang baginda. Turut serta dijadualkan hadir dalam majlis ini nanti adalah Raja Muda Perak Darul Ridzuan Duli Yang Teramat Mulia Raja Dr. Nazrin Shah ibni Sultan Azlan Muhibbuddin Shah dan Raja Di Hilir Perak Darul Ridzuan Duli Yang Amat Mulia Raja Jaafar bin Raja Muda Musa.

Walau bagaimanapun semua acara sambutan sempena Hari Keputeraan Paduka Seri Sultan Perak Darul Ridzuan yang dijadualkan mulai 19 April 2012 akan ditunda pada tarikh yang akan dimaklumkan oleh Istana Perak ekoran kemangkatan anakanda Tuanku Azlan pada 30 Mac lepas, Allahyarham Raja Dato' Seri Ashman Shah yang merupakan Yang Teramat Mulia Raja Kecil Sulung Perak Darul Ridzuan.

Sumber :- Raja Mariam Mohd / Istana Iskandariah.

Tuesday, April 17, 2012

Pertubuhan Kerabat Raja Jembal Kelantan Mencari Anggota Keluarga Berkenaan Diluar Kelantan Untuk Menjadi Ahli

17.04.2012, Selasa - Hari ini Yang Dipertua Pertubuhan Kerabat Raja Jembal Kelantan, Nik Yusoff Nik Mohamad memaklumkan dalam kenyataannya bahawa pertubuhan itu sedang mengesan keluarga keturunan Raja Jembal yang dipercayai menetap diluar negeri Kelantan. Ini adalah untuk menghimpunkan keluarga berkenaan dan menjalankan aktiviti berfaedah untuk ahli-ahlinya termasuk menjaga kebajikan masa depan ahli-ahli. Tambah beliau lagi, Raja Jembal menduduki tahta Kelantan sekitar tahun 1638 hingga 1721 dengan pemerintahan Raja Sakti disekitar Pekan Kedai Lalat yang dikenali sekarang sebagai Kota Jembal.

Beliau juga mengucapkan terima kasih kepada Majlis Perbandaran Kota Baharu (MPKB) yang menamakan pasar besar di Kota Jembal sebagai Pasar Kota Jembal. Dalam kenyataannya kepada Bernama :-
  • "Ini merupakan satu penghargaan tidak ternilai kepada anggota pertubuhan kerabat diraja itu, khasnya kepada generasi muda mengenai asal usul sejarah awal kesultanan Kelantan"
Tambah Nik Yusoff lagi, pihaknya tidak bertanggungjawab dengan tindakan segelintir ahli yang menyalahgunakan logo atau lambang pertubuhan pada kenderaan untuk kepentingan peribadi mereka. Dengarnya baru-baru ini Istana Kelantan mengeluarkan arahan supaya lambang berkenaan tidak boleh diletakkan pada kenderaan. Syah juga pernah terbaca dalam buku biografi Nik Azizi bahawa Menteri Besar Kelantan itu adalah merupakan keturunan Raja Jembal.

Jika anda dari Keturuna Raja Jembal yang menetap diluar Negeri Kelantan, ini adalah satu peluang keemasan untuk anda mendaftar sebagai ahli untuk pertubuhan ini.

Menteri Besar Selangor Sedia Mengadap Tuanku Abdul Halim Perjelas Isu Pembangkang Persenda Raja-Raja Melayu

17.04.2012, Selasa - Baru-baru nie sibuk diperbincangkan mengenai dakwaan terhadap tingkahlaku tidak sopan beberapa orang ahli politik parti pembangkang yang mempersendakan Sultan-Sultan dan Yang di-Pertua -Yang di-Pertua Negeri semasa mereka memasuki Balairong Seri Istana Negara untuk Istiadat Pertabalan Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong ke-14 pada 11 April lepas. Hari ini Menteri Besar Selangor, YAB Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim dalam kenyataanya kepada Bernama memaklumkan bahawa beliau bersedia untuk mengadap Tuanku Abdul Halim untuk memberi penjelasan berhubung perkara ini. Beliau menyifatkan isu yang dibangkitkan ini hanyalah merupakan satu isu yang remeh dan sengaja diperbesarkan bagi tujuan politik. katanya :-

"Ia tidak sepatutnya dibangkitkan tatkala rakyat sedang bergembira meraikan pertabalan Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong yang baharu. Jestru, jika ada keperluan, saya dengan hormat takzim menawarkan kesediaan untuk mengadap Seri Paduka Baginda bagi memperjelaskan kedudukan sebenar".

Sumber :- Bernama

Melawat Pameran Raja Kita

17.04.2012, Selasa - Semalam Syah cuti dan Syah ke Istana Negara Lama di Jalan Syed Putra untuk menyaksikan Pameran Raja Kita sempena Pertabalan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong Almu'tasimu Billahi Muhibbuddin Tuanku Alhaj Abdul Halim Mu'adzam Shah ibni Almarhum Sultan Badlishah. Pameran nie bermula semalam 16.04.2012 dan akan berlangsung selama dua bulan hingga 15.06.2012 manakala perasmiannya dibuat pada Ahad lepas oleh Tuanku Abdul Halim. Banyak masa lagi dan cubalah anda buat perancangan untuk melawat pameran ini bersama keluarga tersayang dan mendedahkan kepada mereka mengenai Institusi Raja Berpelembagaan di negara kita ini. Pameran dibuka bermula jam 09:00hrs hingga jam 17:00hrs. Masuk adalah percuma. Adalah lebih kurang dua jam Syah habiskan masa melawat pameran ini. Memang bagus untuk menambahkan lagi info kita mengenai institusi raja berpelembagaan dinegara kita ini. Jika anda hendak melihat gambar-gambar pameran boleh ke Facebook Syah - Prince Maharum Bugis Syah. Syah dah upload 364photo yang Syah kongsi dengan anda disana. Sudi-sudikan ke FB Syah yer.

Monday, April 16, 2012

Tak Ok Hari Ini

16.04.2012, Isnin - Salam semua syah tak berapa ok hari nie dan tak dapat update blog. Tengoklah lewat malam nanti kalau tak esok yer ? Something happend to me tapi dah ok dah. Mungkin dugaan dari Yang Maha Esa diatas kesilapan Syah. :-(

Sunday, April 15, 2012

Syah Ke Istana Negara Lama @ Muzium Diraja

15.04.2012, Ahad - Hari ini Syah ke Istana Negara lama di Jalan Syed Putra kerana hendak melawat Pameran Diraja sempena Pertabalan Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong ke-14. Syah jalan kaki dari Stesyen Keratapi Kuala Lumpur ke Istana Negara lama sebab tanya beberapa kaunter Rapid Bus, macam mereka tak pasti bas lalu situ, malas nak fikir Syah jalan kaki jer ikut tanda arah jalan Syed Putra tu. Taklah jauh sangat, mungkin sebab Syah memang selalu jalan kaki kot cuma berpeluh jer sebab cuaca panas. Syah sampai hampir jam 12:00hrs tetapi tak boleh masuk sebab hari ini sebenarnya Perasmian pameran ini oleh Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong Almu'tasimu Billahi Muhibbuddin Tuanku Alhaj Abdul Halim Mu'adzam Shah ibni Almarhum Sultan Badlishah. Masa Syah sampai Tuanku sudah mahu berangkat pulang. Pengawal Keselamatan inform Syah hari ini perasmian dan esok baru dibuka untuk lawatan. Alamak tak apalah. Majlis ini turut dihadiri oleh Perdana Menteri YAB Datuk Seri Najib Tun Razak dan Isteri serta Yang Teramat Mulia-Yang Teramat Mulia Jemaah Pemangku Sultan Negeri Kedah Darul Aman.

Selain daripada itu Istana Negara lama ini telah dijadikan Muzium Diraja. Ianya juga telah diwartakan sebagai Warisan Kebangsaan dibawah Akta Warisan Kebangsaan 2005 (Akta 645). Akta ini merupakan satu Akta untuk mengadakan peruntukan bagi pemuliharaan dan pemeliharaan Warisan Kebangsaan, warisan semula jadi, warisan kebudayaan ketara dan tidak ketara, warisan kebudayaan dibawah air, harta karun dan bagi perkara-perkara yang berkaitan. Berbalik kepada Pameran Raja Kita ini, ianya bermula esok 16.04.2012 hingga 15.06.2012 dan dibuka kepada orang ramai bermula jam 09:00hrs hingga 17:00hrs. Marilah kita bersama-sama mengunjungi pameran ini dan bawalah sahabat handai dan kaum keluarga anda semua untuk menyaksikan pameran ini dan mendedahkan kepada mereka mengenai institusi Raja Berpelembagaan di negara kita ini. Selain daripada itu, inilah masanya untuk anda semua menjejakkan kaki di Istana. Apa lagi Jom Kita ....................................

Keberangkatn pulang Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong dan Seri Paduka Baginda Raja Permaisuri Agong diikut kemudiannya oleh YAB Perdana Menteri dan isteri serta YTM-YTM Jemah Pemangku Sultan Negeri Kedah Darul Aman.

Sultan Brunie Minum Petang Bersama Yang di-Pertuan Agong

15.04.2012, Ahad - Petang tadi Keb awah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong Almu'tasimu Billahi Muhibbuddin Tuanku Alhaj Abdul Halim Mu'adzam Shah ibni Almarhum Sultan Badlishah dan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Raja Permaisuri Agong Tuanku Hajah Haminah binti Haji Hamidon telah berkenan menerima kunjungan hormat Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah ibni Al-Marhum Sultan Haji Omar 'Ali Saifuddien Sa'adul Khairi Waddien dan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Raja Isteri Pengiran Anak Hajah Saleha binti Al-marhum Pengiran Pemancha Pegiran Anak Haji Mohamed Alam.

Sultan Brunai dan Raja Isteri menghadiri Majlis Santapan Minum Petang bersama Yang di-Pertuan Agong dan Raja Permaisuri Agong sempena Pertabalan baginda sebagai Yang di-Pertuan Agong Ke-14 pada 11 April lepas. Sultan Brunei dan rombongan berangkat ke Kuala Lumpur dari Brunie semalam (14.04.2012) dengan pesawat peribadi baginda dan mendarat di Pengkalan Tentera Udara Diraja Malaysia, Subang. Malam tadi baginda dan rombongan menghadiri Majlis Makan Malam anjuran Perdana Menteri YAB Datuk Seri Najib Tun Razak di kediaman rasmi Perdana Menteri di Seri Perdana, Putrajaya. Turut serta mencemar duli menghadiri majlis ini malam tadi adalah Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong dan Seri Paduka Baginda Raja Permaisuri Agong.

Sumber : Bernama/Infofoto - Gambar dari Infofoto