Saturday, June 30, 2012

Tuanku Hajah Haminah Rasmikan Floria 2012

30.06.2012, Sabtu - Hari ini Kebawah Duli Yang Maha Mulia Raja Permaisuri Agong Tuanku Hajah Haminah binti Haji Hamidon telah berkenan mencemar duli merasmikan Festival Bunga dan Taman Putrajaya atau lebih dikenali sebagai Floria Putrajaya 2012) yang bertemakan  "Bunga-Bunga Kertas Tetap Menawan".  Pameran yang berlangsung di Persiaran Tasik Presint 2 ini menampilkan 400,000 pokok dan bunga yang terdiri daripada pelbagai spesies dalam dan luar negara dengan menampilkan 16 pereka taman dan juruhias bunga antarabangsa dari Australia, Taiwan, Indonesia, Filipina, China, Belanda, Amerika Syarikat dan United Kingdom.

Baginda turut meluangkan masa melawat kawasan pameran ini  selama satu jam setengah dan berakhir di kawasan pavilion yang menempatkan pelbagai gubahan bunga berwarna-warni yang di sertai oleh peserta tempatan dan luar negara seperti gambar diatas.  Nampak kegembiraan Tuanku Hajah Haminah apabila melihat bunga-bunga berwarna-warni serta tumbuhan yang dipamirkan. Festival ini dianjurkan oleh Perbadanan Putrajaya dan disokong oleh Kementerian Wilayah Persekutuan dan Kesejahteraan Bandar.  Festival akan berlangsung selama sembilan hari. So apa lagi kepada anda semua jika berminat jom kita ke Floria 

Sumber :- Bernama

Raja Isteri Hadiri Majlis Berinai Pengiran Nafee'

30.06.2012, Sabtu - Pada malam Khamis lepas KDYMM Paduka Seri Baginda Raja Isteri Pengiran Anak Hajah Saleha telah berkenan menghadiri Majlis Berinai sempena perkahwinan anakanda saudara Sultan Brunei, Yang Amat Mulia Pengiran Anak Haji Abdul Nafee' bin Pengiran Indera Setia Diraja Sahibul Karib Pengiran Anak Haji Idris  dengan pasangannya Yang Mulia Pengiran Hajah Yura Halimatussa'adah binti Pengiran Haji Yura Perkasa. Majlis ini merupakan sebahagian daripada sepuluh upacara sempena perkahwinan diraja ini.  Mempelai merupakan putera kepada adinda Sultan Brunei, Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Anak Puteri Hajah Amal Umi Kalthum Al-Islam dan suaminya Yang Amat Mulia Pengiran Indera Setia Diraja Sahibul Karib Pengiran Anak Haji Idris Pengiran Maharaja Lela Pengiran Muda Abdul Kahar. Majlis diadakan di Baitun Na'aim, Jerudung.


Sumber : Media Permata Online

Friday, June 29, 2012

Putera Mahkota Naruhito Melawat Thailand

29.06.2012, Jumaat - Putera Mahkota Jepun, Crown Prince Naruhito telah mengadakan lawatan rasmi negara ke Thailand selama tiga hari bermula Isnin lepas bersamaan 25.06.2012.  Keberangkatan tiba baginda dan rombongan telah diberikan sambutan negara oleh Perdana Menteri Thailand, Yingluck Shinawarta.  Pada lewat petangnya baginda telah mengadap Raja Thailand, King Bhumibol Adulyadej dan Permaisuri Thailand, Queen Sirkit di Istana Chitralada, Bangkok. Keesokan harinya pula baginda berangkat ke Ayutthaya untuk melawat Pusat Kajian Sejarah dan Bandar lama tinggalan Jepun.  Dalam masa yang sama, baginda juga mengadakan pertemuan dengan ahli perniagaan Jepun yang berada di Thailand serta warga Jepun yang berada di negara gajah putih ini.  Baginda dan rombongan berangkat pulang pada hari Rabu bersamaan 27.06.2012.

Sumber : News Summary

Raja Isteri Menerima Mengadap Isteri-Isteri Duta Besar Istimewa dan Mutlak Brunei ke Negara-Negara Perwakilan

29.06.2012, Jumaat - Semalam Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Raja Isteri Pengiran Anak Hajah Saleha binti Al-Marhum Pengiran Pemancha Pengiran Anak Haji Mohamed Alam telah berkenaan menerima mengadap isteri-isteri Duta Besar dan Mutlak Negara Brunei Darussalam ke negara-negara perwakilan.   Istiadat mengadap diadakan di Istana Nurul Iman, Bandar Seri Bagawan, Brunei Darussalam.

Sumber :- Infofoto

Thursday, June 28, 2012

Mesyuarat Majlis Raja-Raja Kali Ke-229 Berakhir Hari Ini

28.06.2012, Khamis - Mesyuarat Majlis Raja-Raja ke-229 yang bermula semalam berakhir hari ini di Istana Negara.  Mesyuarat hari kedua ini dipengerusikan oleh Duli Yang Maha Mulia Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan Darul Khusus, Tuanku Muhriz ibni Almarhum Tuanku Munawir.  Mesyuarat kali ini dihadiri oleh semua raja-raja Melayu dan Yang Di-Pertua Negeri -Yang Di-Pertua Negeri kecuali Kedah yang diwakili oleh Pengerusi Jemaah Pemangku Sultan Kedah YTM Dato' Seri Utama Tunku Annuar Al-Haj ibni Almarhum Sultan Badlishah. dan Pahang oleh DYTM Tengku Mahkota Pahang, Tengku Abdullah Al-Haj ibni Sultan Haji Ahmad Shah Al-Musta'in Billah.  Turut mengiringi Yang di-Pertuan Agong adalah Perdana Menteri yang amat kita kasihi Datuk Seri Najib Tun Razak, Raja-Raja diiringi oleh  Menteri Besar masing-masing manakala Yang Di-Pertua Negeri-Yang Di-Pertua Negeri diiringi oleh Ketua Menteri masing-masing.


Mesyuarat hari ini telah diberi taklimat terkini mengenai isu pertahanan negara oleh Panglima Angkatan Tentera Jeneral Tan Sri Zulkifeli Mohd Zin manakala taklimat berhubung isu keselamatan negara disampaikan oleh Ketua Polis Negara Tan Sri Ismal Omar.  Mesyuarat  juga membincangkan mengenai agama dan beberapa perlantikan seperti perlantikan hakim-hakim Mahkamah Rayuan.


Sumber :- Bernama

On my way back to Kl Residence

28.06.2012,  Khamis - Sekarang jam 21:44hrs dan Syah berada di LRT Kerinchi on my way back to KL Residence. Maaf semua coz Syah tak sempat nak update blog awal kerana lately busy sangat dengan deadline dan terpaksa stayback hingga lewat malam kat office.  INSYALLAH SAMPAI KL Residence nanti Syah akan cuba update blog mengenai raja-raja. Maaf yer semua.

Wednesday, June 27, 2012

Demam Syah Beransur Pulih dan Keadaan Operation Syah

27.06.2012, Rabu - Salam dan apa khabar semua.  Demam Syah beransur pulih dan macam mana yang Syah informed sekarang nie Syah busy sedikit kerana banyak payment urgent yang harus disettlekan dan stay back dipejabat hingga malam.  Buat masa ini Syah stay di KL Residence kerana tak larat hendak berulang alik dari KL - Rawang dan Syah selalu kurang sihat at least my brother Muss ada kalau anything happen to me.  Tadi ada appointment dengan Dr Vijey dan Syah informkan ada masanya rasa sakit sedikit dan beritahu keadaan piles Syah.  Katanya untuk sembuh take time dalam masa tiga bulan.  Berkenaan rasa seperti ketulan yang ada di bahagian bawah Syah dia dia kata itu seperti skin tag dan akan buat pemeriksaan dalam appointment seterusnya.  Dan dia kata dia operate piles yang besar ada 3 kat dalam tu dan mungkin ada yang kecil tetapi dia tak boleh operate sekaligus kerana takut ada complication nanti.......... Dia kata macam tu sebab Syah tanya mengapa tak buang sekali skin tag tu.  Dia akan buat pemeriksaan semula selepas tiga bulan dan Syah dan set appointment tadi bulan Ogos dalam bulan puasa. Doakan everything going to be ok Yer................. Selamat Malam Semua

Raja Azmi Bercerai Dengan Jalani Sidek Hari Ini

27.06.2012, Rabu - Jodoh, Ajal, Maut dan Pertemuan ditentukan oleh Allah.  Kita sebagai manusia hanya boleh merancang sebaik mungkin tetapi Allah yang menentukan segalanya.  Begitulah juga dengan hubungan perkahwinan Raja Azmi Raja Sulaiman yang merupakan seorang produser filem dan kerabat diraja Perak dengan bekas pemain badminton negara Jailani Sidek berakhir hari ini dengan talak satu di Mahkamah Rendah Syariah Gombak Timur dihadapan Hakim Syarie Saiful Azli Jamaludin. Dalam nada suara yang tenang Jalani melafazkan :-

"Bahawa saya Jalani Sidek menceraikan isteri saya Raja Azmi Raja Sulaiman dengan talak satu."

Jalaini yang berusia 49 tahun dan Raja Azmi berusia 53 tahun telah mendirikan rumahtangga selama 28 tahun. Hakim membenarkan penceraian ini setelah berpuas hati dengan dokumen penceraian yang difailkan oleh Raja Azmi bahawa rumahtangga mereka tidak wujud lagi kasih sayang dengan konflik rumah tangga yang berpanjangan.  Sebelum melafazkan cerai kedua-dua pasangan ini bersalaman sambil  menangis dan berpelukan diantara satu sama lain.

Sumber :- Bernama

Tuesday, June 26, 2012

Syah Demam Tiba-TIba

26.06.2012, Isnin - Maaf semua syah tak dapat update blog malam nie kerana balik kerja tadi Syah  rasa panas dah hendak demam.  Perut rasa mual mungkin  masuk angin kerana hari nie makan roti sahaja sebab tak selera nak makan.  Mungkin sebab ulser kat mulut Syah kot atau operation Syah yang ada masanya sakit dan sakit tu kadang kala terasa kat testis dan kawasan "sekitarnya".  Untuk makan ubat Syah gagahkan jugurgent\a kekedai beli Mee Kering tanpa minyak dan buat Mee Sup Sayur dan fish ball.  

Masa Ayahanda call tadi bila hendak bangun sakit sangat kepala Syah dan rasa lemah.  Hidung Syah tersumbat dan bawah ketiak Syah mula nak sakit dah.  Syah pula kena standby dua tiga hari ini kerana ada  urgent payment untuk para pesara. Tetiba sahaja mereka hendak bayaran tu diprosesdan pensioner dapat duit tu  masa function.  Tiba-tiba pula organizer  hendak macam tu kerana biasanya duit tu dapa selepas Majlis Jasa Mu Di Kenang. Tak tahulah macam-macam lately jadi kat Syah. Masa balik tadi Syah tak tunggu bas dan terus naok teksi.

Masa mandi tadi teringat petua seorang member katanya kalau demam mandi dan jangan lap dan biarkan dia kering sendiiri.  so syah cubalah tadi petua nie dan minta-minta esok syah tak teruk sangat coz syah kena kerja juga. Ok gtg dan doakan Syah sihat yer kawan-kawan semua.

Monday, June 25, 2012

Sabak Bernam dan Raja Hitam

25.06.2012, Isnin - Malam Jumaat lepas Syah balik ke kampung Syah di Sabak Bernam bersama my brother Mus, anak saudara Haziq dan Cd. Sabak Bernam nie merupakan satu daerah dalam negeri Selangor yang bersempadan dengan Negeri Perak yang dipisahkan oleh Sungai.  Syah dilahirkan di Perak dan dibesarkan di Selangor.   Untuk makluman anda, Sabak Bernam dan Ulu Bernam adalah dua tempat yang berbeza tau? Mengikut sejarahnya nama Sabak Bernam ini diambil sempena dari enam orang yang bersahabat yang mula-mula meneroka kawasan ini.  Sahabat-sahabat ini terdiri daripada lima lelaki dan seorang perempuan.

Pada mulanya mereka menghadapi berbagai kesukaran ketika mudik dihulu Sungai Bernam kerana tanah dikiri dan kanan sungai sentiasa dinaiki air kecuali disatu kawasan tinggi yang berbusut.  Mereka telah ke kawasan berkenaan dan mendirikan pondok serta memasak menggunakan tungku yang diperbuat dari tanah liat dan mempunyai lubang ditengahnya untuk dimasukkan kayu api. Kawasan penempatan mereka ini di Kuala Sungai Bernam yang sekarang dikenali sebagai Sungai Lang. Dapur itu  bolehlah dikatakan seperti dapur orang memasak nira kelapa untuk membuat gula kelapa/gula. Dapur ini ketika itu dikenali sebagai Sabak. Itulah sebabnya nama kawasan berkenaan dinamakan Sabak Bernam iaitu dapur yang dipunyai oleh sahabat berenam ini.

Mengikut ceritanya selepas enam sahabat ini meninggal dunia, datanglah seorang bernama Raja Unos ke kawasan ini dan memerintah Sabak Bernam bersama Raja Ali serta membina sebuah kota di Seberang Perak iaitu Kampung Kota, Hutan Melintang, Perak.  Tempat ini ada lagi sehingga sekarang dan Syah dilahirkan dikawasan Hutan Melintang ini kerana keluarga bonda Syah menetap di sekitar kawasan berhampiran Kampung Kota. Raja yang memerintah ini bertaraf Sultan dan mempunyai lima orang putera iaitu Raja Hitam, Raja Indot, Raja Mat Aris, Raja Abidin dan Raja Nordin.  Selepas Raja Unos mangkat, ianya digantikan oleh Raja Mat Aris yang bersemayam di Kampung Kota manakala Raja Hitam memerintah Sabak Bernam dan melantik Raja Indut sebagai hakim dan  mendirikan Istana di Sabak Bernam. 

Istana itu didirikan berhampiran kawasan Muzium Pertanian Sabak Bernam sekarang iaitu berhadapan dengan Sungai.  Dahulu kawasan ini didirikan rumah Pegawai Daerah Sabak Bernam tetapi telah diruntuhkan dan menjadi kawasan lapang sekarang. Kemudiannya datang seorang inggeris bernama Tuan Rogers mengarahkan agar Raja Hitam menyerahkan kuasanya ke Selangor dan telah mendapat tentangan dari Raja Hitam tetapi akhirnya Raja Hitam terpaksa akur dengan kehendak Tuan Rogers dan Sabak Bernam menjadi jajahan dalam negeri Selangor hingga hari ini.

Pada hari sabtu lepas Syah menziarahi makam bonda dan adinda Syah Almarhumah Soadah Al-Hajjah dan Almarhum Abdullah di Tanah Perkuburan Diraja Kampung Kota dan di kawasan perkuburan ini jugalah terletaknya Makam Raja Hitam dan kerabat-kerabatnya.  Syah sempat menziarahi makam Raja Hitam seperti gambar diatas manakala gambar ditengah adalah pintu masuk ke tanah perkuburan manakala disebelah ini adalah makam bonda dan adinda Syah yang mangkat pada 1968 sewaktu melahirkan adinda Syah. Mana-mana keturunan Raja Hitam di Sabak Bernam yang meninggal dunia akan dimakamkan ditanah perkuburan ini begitu juga sesetengah keturunan  Syed di Sabak Bernam dan penduduk sekitar Kampung Kota juga dikebumikan di sini. Al-fatihah kepada Almarhumah Bonda Soadah Al-Hajjah dan Almarhum Abdullah, Almarhum Raja Hitam serta penghuni Tanah Perkuburan Diraja Kampung Kota semuga roh mereka ditempatkan bersama-sama orang-orang yang beriman dan beramal solleh.  Amin.

Sunday, June 24, 2012

Sultan Muhammad V Rasmikan Pejabat SPRM Negeri Kelantan

24.06.2012, Ahad - Hari ini Al-Sultan Kelantan, Kebawah Duli Yang Maha Mulia Sultan Muhammad V telah berkenaan merasmikan Kompleks Pejabat Suruhanjaya Pencegah Rasuah Malaysia (SPRM) Negeri Kelantan di Kota Baharu. Turut serta dalam majlis perasmian ini adalah Tengku Mahkota Kelantan Yang Teramat Mulia Tengku Muhammad Fa-iz Petra ibni Sultan Ismail Petra, Menteri Besar Kelantan Dato' Nik Abdul Aziz Nik Mat, Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz, Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri Datuk Seri Mustapa Mohamed  dan Ketua Pesuruhjaya SPRM Datuk Seri Abu Kassim  Mohamed.  


Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz  dalam kenyataanya memaklumkan bahawa SPRM bukan sahaja bertujuan untuk merisik, menyiasat dan menangkap mereka yang terlibat dengan rasuah tetapi juga berperanan memberi kesedaran dan mendidik masyarakat terhadap gegala Rasuah. Tambah beliau lagi, warga SPRM pula perlu positif terhadap kritikan membena dan bermuhasabah untuk menunjukkan mereka mempunyai kepaduan integriti yang berkualiti serta berfikiran terbuka.

Sumber :- Bernama 

Baru Sampai Dari Kampung

24.06.2012, Ahad - Salam semua dan selamat berjumpa semula di tengkusyah.blogspot Apa khabar anda semua dan Syah berharap anda dan keluarga dalam keadaan baik hendaknya.  Syah tak berapa sihat sedikit.  Sekarang jam 17:44hrs dan Syah, Muss, Cd dan Haziq  baru sahaja sampai ke KL Residence dari kampung sebelum Asar tadi.  Memang penat dan Syah hendak berehat sekejap dan insyallah akan update blog seperti biasa  lepas nie. Ok sehingga berjumpa lagi di Entry seterusnya .......... Tungguuuuuuuuuuuuuuuu 

Friday, June 22, 2012

Wang Syiling Peringatan Sempena Pertabalan Yang di-Pertuan Agong Ke-14

22.06.2012, Jumaat - Hari ini Bank Negara Malaysia telah mempersembahkan kepada Tuanku Abdul Halim tiga keping wang syiling peringatan sempena Pertabalan Yang di-Pertuan Agong Ke-14 pada 11 April 2012 yang lepas. Wang syiling berkenan disampaikan oleh Timbalan Gabenor Bank Negara, Datuk Muhammad Ibrahim kepada KDYMM Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong Almu'tasimu Billahi Muhibbuddin Tuanku Alhaj Abdul Halim Mu'adzam Shah ibni Almarhum Sultan Badlishah di Istana Negara pagi tadi.  Turut serta adalah KDYMM Seri Paduka Baginda Raja Permaisuri Agong Tuanku Hajah Haminah binti Haji Hamidun.  Syah menelefon ke Bank Negara sebentar tadi berhubung wang siling ini dan kakitangan Bank Negara memaklumkan mereka tidak ada informasi samada wang siling berkenaan akan dijual kepada umum atau tidak dan minta Syah menelefon mereka semula pada hari Isnin.

sumber :- Bernama

Salam Jumaat dan Tak Dapat Update Blog

22.06.2012, Jumaat - Salam Jumaat dan Selamat Pagi kepada semua dan apa khabar anda hari ini.  Syah dalam keadaan memuaskan dan mengenai operation tu adalah sakit sedikit ada masa-masanya dan shukur alhamdulillah sudah hendak ok cuma ada masalah sembelit sahaja yang memeningkan kepala Syah.  Dah buat macam-macam seperti makan sayur dan buah-buahan dengan banyak tetapi still jadi gak pada awal pass motion.  Risau pula takut nanti piles tu jadi semula walaupun sudah operation. Tak tahulah mengapa? minta-minta Allah bantu Syah dan doa Syah tak pernah putus berhubung perkara ini begitu juga dengan doa Ayahanda Syah.  Ayahanda selalu buat solat hajat untuk Syah dan dia juga minta Syah buat solat hajat ubtuk diri sendiri juga agar disihatkan tubuh badan dan dihindarkan dari penyakit.


Hari nie Syah sediakan pindang sayur awal-awal pagi sebab sekejap lagi jam 12:00hrs  hendak tunggu bas ke Pekan Rawang untuk Solat Jumaat.  Lepas solat pula kena balik KL Residence sebab hendak balik ke kampung malam nie bersama Muss, Haziq dan Cd, Insyallah. Tu yang tergesa-gesa sebab nak keluar awal banyak lagi kerja yang perlu diuruskan di Rawang Residence.  balik solat nanti baru Syah makan dan akan keluar semula jam 16:00hrs atau ;epas Asar.  Tak tahu lagi.

Lepas breakfast dengan roti bakar dan makan ubat tadi Syah ke kedai beli minyak tanah untuk bakar Cd-Cd yang tak diperlukan lagi.  Banyak juga tetapi buat apa nak simpan bakar sahajalah kerana itu lebih afdal, nak bagi orang tak boleh kerana cerita yang tak berfeadah............Heheheheh. Semalam baru terfikir nak buang dan bakar sahaja Cd-Cd tu. By the way, Maaf yer Syah tak sempat hendak update blog hari nie kerana kesuntukan masa.  Insyallah jika ada kelapangan Syah akan update blog mengenai raja-raja secepat mungkin.  Maaf yer? Oklah Syah pun hendak bersiap sebab sekarang sudah jam 11:33hrs. Sehingga berjumpa lagi di Entry seterusnya ................ tungguuuuuuuuuuuuuu

Thursday, June 21, 2012

Perkhidmatan Talian TM dan Pejabat Tanah Selayang Mendukacitakan

21.05.2012, Khamis - Gambar nie Syah ambil pagi tadi sekembali dari Pekan Rawang beli keperluan dapur. Balik jer dari pekan Syah bersihkan kawasan depan rumah dan hari nie dua kali bengang.  Pertama dengan TM dan kedua Pejabat Tanah Selangor.  Actually telefon Syah rosak since Februari 2012 kerana bila call rumah dapat kat rumah orang lain.  Complain kat 100 dan jadinya tak ada line terus.  Complain beberapa kali dan staff masuk rumah buat inspectionpun tak settle juga.  Last mereka datang technician inform sebenarnya line Syah tak ada tetapi mereka heran mengapa internet ada.  Mereka akan buat siasatan tetapi hingga sekarang sunyi sepi.

Dan menyakitkan hati lagi setiap kali complain kat 100 ada sms datang kata masalah sudah diselesaikan tetapi hampeh.  Tension tak dapat guna phone exspecially hendak hantar fax. Semalam kesabaran Syah dah tak terkawal dan call 100 dan lepas geram dekat mereka.  Pagi nie pula dapat sms kata phone ada outstanding dan call 100 dan beri account number tu dan rupanya bukan nombor Syah.  Bila tanya siap punya number mereka kata rahsia.  Mengamuk Syah dan minta mereka delete nombor phone Syah supaya tak terima lagi sms tu. Syah mengamuk sebab benda ini pernah berlaku beberapa bulan lepas dan Syah maklumkan perkara yang sama tetapi kali nie dapat lagi sms tu. Tak tahu mengapa akaun orang lain referralnya nombor phone Syah.

Memang Syah pekerja TM tetapi ini sudah melampau, sebagai staff Syah beri peluang kepada mereka tetapi mereka main-mainkan kita balik. Cuba bayangkan kalau jadi kat pelanggan ........... disebabkan segelintir staff tak bertanggung jawab, jadi busuk nama TM dan orang tak akan percaya perkhidmatan yang ditawarkan TM dan beralih kepada pesaing yang lain. Siapa yang rugi TM juga.

TM tu satu hal, Yang nie Pejabat Tanah pula.  Dah tujuh tahun Syah beli rumah Rawang Residence baru hari ini sampai Cukai Tanah dengan late charges sekali berjumlah RM461.20 dan kena bayar dalam masa seminggu.  Call pegawai berkenaan dan minta wavekan late charges tetapi mereka kata kena datang Pejabat Tanah Selayang dan isi borang.  Belum tentu dapat depend keputusan Pegawai Daerah.  Syah tanya berapa lama dan mereka jawab jika Pegawai Daerah ada cepatlah. 

Masalahnya dulu Syah pernah tanya mengapa tak dapat bill dan mereka kata kena datang dan bawa S&P.  Syah maklumkan geran rumah Syah dibawah nama Perbadanan Menteri Besar Selangor dan mereka informed memang tak perlu. Bila periksa tadi katanya Syah ada buat pertukaran kenama Syah pada 2011 dan itu sebab semalam mereka hantar "Surat Cinta" tu.  Mana ada ..........? dan rasanya itu kerja merekalah yang tukar dan Syah kena bayar backdated tu.  Syah tak kisah pasal bayaran tu tetapi terkilan pasal mereka kenakan denda tu.  Dua-dua pihak salah sebenarnya dalam hal nie. Malas betullah dan hendak pergi Selayang tu memang problem jika tak ada kenderaan.  Biasalah pejabat kerajaan   nie mereka buat ditempat yang jauh terpencil macam tempat jin bertendang dan public transport kurang. Sakit betul hati tetapi bayar jer lah........memang BODOH semuanya.

Putera Yang Empat

21.06.2012, Khamis - Tahukah anda bahawa ada salah sebuah negeri beraja di Malaysia yang tidak mempunyai gelaran Raja Muda/Putera Mahkota ? Ini buka bermakna iannya tiada pewaris, keadaan ini disebabkan kebanyakan negeri-negeri beraja di Malaysia menggunakan Adat Temenggong manakala negeri ini menggunakan Adat Pepatih.  Negeri ini adalah Negeri Sembilan.  Pewaris tahtan Negeri Sembilan terdiri daripada Putera Yang Empat iaitu empat orang Putera Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan yang dipilih sebagai pewaris tahta.  Apabila berlaku kemangkatan Yang di-Pertuan Besar, barulah Undang Yang Empat akan bermesyuarat untuk memilih Yang di-Pertuan Besar yang baru dikalangan Putera Yang Empat sebelum jenazah dimakamkan. Keunikan sistem ini menyebabkan Anak Sulung Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan tidak semestinya menggantikan Ayahanda mereka apabila berlaku kemangkatan seperti yang berlaku di negeri-negeri beraja lain di Malaysia kecuali Perak yang mana bakal Sultannya adalah Raja Muda mengikut sistem giliran.  Gelaran-Gelaran Putera Yang Empat mengikut kekanan adalah seperti berikut :-
  1. Tunku Besar Seri Menanti (asalnya digelar Tunku Besar)
  2. Tunku Laxmana
  3. Tunku Muda Serting (asalnya digelar Tunku Muda)
  4. Tunku Panglima Besar
Pemilihan pengganti Yang di-Pertuan Besar dikalangan Putera Yang Empat bermula semenjak pemerintahan Yamtuan Raden (1831 - 1861). Pada masa dahulu Putera yang Empat mempunyai tugas-tugas tersendiri seperti Tunku Besar mewakili Yang di-Pertuan Besar, Tunku Laxamana dan Tunku Muda dipertanggung jawabkan menerima kedatangan para pembesar manakala Tunku Panglima Besar diamanahkan menjaga keselamatan Istana. Walau bagaimanapun, sekarang  Putera Yang Empat tidak lagi terikat dengan tugas-tugas berkenaan kecuali Tunku Besar Seri Menanti  yang menjadi Ahli Dewan Keadilan dan Undang.  

Dalam istiadat-istiadat yang berlangsung di Istana, Putera Yang Empat mengiku peraturannya duduk seiring dengan Yang di-Pertuan Besar dan Tunku Ampuan Besar dalam istiadat-istiadat penting seperti Pertabalan Yang di-Pertuan Besar, Istiadat Undang mengadap dan Istiadat Penghulu Mengadap. Buat masa ini Putera-Putera Yang Empat adalah seperti berikut :-
  1. YAM Tunku Besar Seri Menanti Tunku Ali Redhauddin ibni Tuanku Muhriz
  2. YAM Tunku Laxamana Tunku Dato' Seri Utama Naquiyuddin ibni Almarhum Tuanku Ja'afar
  3. YAM Tunku Muda Serting Tunku Tan Sri Imran ibni Almarhum Tuanku Ja'afar
  4. YAM Tunku Panglima Besar Tunku Dato' Seri Nadzaruddin ibni Almarhum Tuannku Ja'afar
Setakat ini pemegang gelaran Tunku Panglima Besar tidak pernah dipilih sebagai Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan. Empat orang Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan yang dipilih daripada pemegang gelaran Tunku Besar Seri Menanti adalah Yamtuan Raden (1831-1861), Yamtuan Imam (1861 - 1869), Tuanku Muhammad Shah (1887 - 1933) dan Tuanku Muhriz (2008 - sekarang).  Daripada pemegang gelaran Tunku Laxmana seramai dua orang iaitu  Yamtuan Antah (1872-1887) dan Tuanku Munawir (1960-1967) manakala daripada pemegang gelaran Tunku Muda Serting seramai dua orang iaitu Tuanku Abdul Rahman (1933-1960) - Yang di-Pertuan Agong Malaysia I dan Tuanku Ja'afar (1967-2008).

Sumber :- Payung Berdaulat Warisan Beradat


YTY Yang Di-Pertua Negeri Sarawak Menerima Lawatan Daripada JKMPKA

21.06.2012, Khamis - Hari ini Yang Di-Pertua Negeri Sarawak Tuan Yang Terutama Tun Datuk Patinggi Abang Haji Muhammad Salahuddin telah menerima lawatan daripada delegasi Jawatankuasa Mempromosikan Persefahaman dan Keharmonian Diantara Penganut Agama (JKMPKA) di Astana Negeri Sarawak.  Turut serta adalah Isteri Kepada TYT Yang Di-Pertua Negeri Sarawak Yang Amat Berbahagia Toh Puan Datuk Patinggi Hajah Norkiah. Lawatan JKMPKA ini bertujuan menggalakkan serta memantapkan perhubungan yang baik dikalangan pemimpin serta penganut pelbagai agama. Kelihatan TYT Yang Di-Pertua Negeri Sarawak bersama Pengerusi  JKMPKA, Datuk Azman Hassan.

Sumber :- Bernama

Wednesday, June 20, 2012

Sultan Perak Tidak Pernah Keluarkan Watikah Kepada Mana-Mana Pihak Beri 'Ahli Diraja"

20.06.2012, Rabu - Setiausaha Kerajaan Negeri Perak, Dato' Abdul Puhat Mat Nayan dalam kenyataannya kepada Bernama pada hari ini memaklumkan bahawa Pejabat Sultan Perak tidak pernah mengeluarkan watikah atau surat kuasa kepada mana-mana pihak atau individu bagi membolehkan mereka memberi sijil keahlian "Ahli Diraja".  Kenyataan ini dibuat berikutan ada pihak tertentu baru-baru ini menawarkan lencana lambang negeri Perak dan Keanggotaan Ahli Diraja kepada orang awam. Beliau memaklumkan penggunaan lambang ini menyalahi undang-undang dan melanggar Enakmen Lambang-Lambang dan Nama-nama (Mencegah Penggunaan Yang Tidak Betul) 1966.

Tambah beliau lagi Enakmen ini dengan jelas mengariskan kawal selia berkaitan jata, panji-panji, cap mohor rasmi Sultan Perak, cap mohor kerajaan negeri, jata kerajaan, darjah kebesaran, lambang, pingat dan lencana yang diperkenankan oleh Sultan Perak. Iannya tidak boleh digunakan oleh sebarang individu kecuali mendapat kebenaran secara bertulis daripada pihak berkuasa negeri Perak. Beliau menasihatkan agar kita semua tidak terpedaya dengan membeli atau memperolehi Keahlian Diraja ini daripada mana-mana pihak sekalipun.

Sumber :- Bernama

Sultan Brunei Menerima Mengadap Tan Sri Abu Zahir Ujang di Istana Nurul Iman

20.062012, Rabu - Semalam Sultan Brunei telah berkenan menerima mengadap Yang Dipertua Dewan Negara Malaysia, YB Senator Tan Sri Abu Zahar Ujang di Istana Nurul Iman, Bandar Seri Bagawan, Brunei Darussalam. Turut serta adalah Pesuruhjaya Tinggi Malaysia ke Brunei, Dato' Abdullah Sani Omar, Senator Mariany Mohammad Yit, Senator Baharudin Abu Bakar, Senator Dato' Jaspal Singh Gurbakhes Singh, Senator Dato' Nallakaruppan Solaimalai dan Senator Dr Syed Husin Ali.  Tan Sri Abu Zahir berada dan rombongan berada di Brunei untuk lawatan kerja rasmi selama tiga hari.

sumber :- Borneo Buletin/Infofoto

Tuesday, June 19, 2012

Aktiviti Hari Ini

19.06.2012, Selasa - Salam semua dan apa khabar. Syah masih lagi dalam MC hingga Jumaat ini.  Keadaan Syah semakin ok tetapi ada masanya terasa sedikit sakit bahagian bawah tu.  Insyallah sudah hendak baik dan Syah kena jaga makan kerana ada masalah sembelit pada setiap awal buang air besar.  Syah makan pati ikan haruan sekarang nie untuk pulihkan operation syah tu. By the way gambar Syah pegang majalah NONA nie sebab happy sangat dapat beli majalah nie dan Syah belipun because of Che Puan Azrinaz jadi cover dan Syah akan simpan di MBS Mini Royal Library Syah.

Actually masa keluar hospital hari tu minta Kak Lang Ella carikan kat area Ampang tetapi tak ada jadi pada Jumaat lepas Syah ada appointment susulan dengan Assunta Hospital dan lepas balik dari hospital Syah singgah KLCC untuk Solat Jumaat di As-Syakirin dan on the way tu singgah kedai majalah cari NONA dan shukur Alhamdulillah ada dan Syah beli satu dengan harga RM 11.90.

Pagi tadi Syah ke Pekan Rawang bayar bill  elektrik Rawang Residence dan phone KL Residence. Lepas tu ke pasar beli keperluan dapur dan singgah Farmasi beli pati ikan haruan sebelum balik ke Rawang Residence naik bas jam 11:30hrs.  Rasa sakit sedikit jew mungkin bas tu melompat-lompat kot? Hehehehe ...............Lunch tadi masak sup tahu dan fish ball yang dimakan dengan Oat campur carrot. Lepas tu makan ubat dan petang tadi makan roti dan buah pelam.  Malam nie tak tahu nak makan apa? Oklah semua hingga berjumpa lagi dilain entry .............

Tuanku Abdul Halim Sampaikan Darjah Kepahlawanan Anggota Polis di Istana Negara

19.06.2012, Selasa - Sempena sambutan Hari Polis ke-125, hari ini telah diadakan istiadat penganugerahan Darjah Kepahlawanan Pasukan Polis kepada 126 pegawai dan anggota Polis Diraja Malaysia.  Istiadat disempurnakan oleh Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong Almu'tasimu Billahi Muhibbuddin Tuanku Alhaj Abdul Halim Mu'adzam Shah ibni Almarhum Sultan Badlishah di Istana Negara.Turut serta dalam istiadat ini adalah Kebawah Duli Yang Maha Mulia Raja Permaisuri Agong Tuanku Hajah Haminah binti Haji Hamidun, Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein dan Ketua Polis Negara Tan Sri Ismail Omar.

Datuk Mortadza Nazarene yang merupakan Pengarah Jabatan Pengurusan PDRM Bukit Aman telah mendahului senarai penerima dengan anugerah darjah kelas pertama Panglima Gagah Pasukan Polis (PGPP).  15 orang menerima Darjah Panglima Setia Pasukan Polis (PSPP) , 25 orang menerima Darjah Pahlawan Pasukan Polis (PPP), 5 orang menerima Darjah Kesatria Pasukan Polis (KPP) dan 80 orang menerima Darjah Bentara Pasukan Polis (BPP). Gambar menunjukkan Tuanku Abdul Halim menganugerahkan PSPP kepada Timbalan Pengarah Cawangan Khas Bukit Aman, Datuk Zamri Yahya. 

Sumber :- Bernama

Datuk Seri Najib Tunaikan Umrah

19.06.2012, Selasa - Perdana Menteri yang amat kita kasihi Yang Amat Berhormat Datuk Seri Najib Tun Razak kini berada di Arab Saudi untuk menyampaikan ucapan takziah Kerajaan Malaysia kepada keluarga DiRaja Arab Saudi berikut kemangkatan Putera Mahkota Nayef di Geneva pada Sabtu 16.06.2012 dan telah dimakamkan pada Ahad 17.06.2012 di Mekah Al Mukaramah.  Majlis pemberian penghormatan terakhir ini telah diadakan di Al Divan Al Maliki, Jeddah turut dihadiri oleh Datuk Seri Jamil Khir Baharom selaku Menteri Pengiring serta Duta Malaysia ke Arab Saudi serta beberapa orang pegawai lainnya. YAB Datuk Seri  Najib berlepas ke  Arab Saudi pada hari Isnin lepas dan dijangka pulang ke Malaysia esok. Anak Bugis ini tidak melepaskan peluang berada di Arab Saudi untuk menunaikan ibadah umrah bersama isteri tersayang Datin Seri Rosmah Mansor dan anak lelakinya Nor Ashman Razak serta anggota-anggota rombongan lainnya.  Semuga YAB Datuk Seri Najib dan Rombongan selamat pulang ke Malaysia. Amin.

Sumber ;- Bernama

Tunku Imran Menerima Anugerah Kehormat Tali Pinggang Hitam Teakwondo "7 Dan"

19.06.2012, Selasa - Hari ini Yang Amat Mulia Tunku Muda Serting Tunku Tan Sri Imran ibni Almarhum Tuanku Ja'afar yang juga merupakan Presiden Majlis Olimpik Malaysia (MOM) telah menerima Anugerah Kehormat Tali Pinggang Hitam Teakwondo "7th Dan" oleh Persatuan Trakwondo Korea Malaysia. Anugerah disampaikan oleh Duta Besar Korea Selatan ke Malaysia Lee Yong-Joon di Kedutaan Korea Selatan di Jalan Nipah off Jalan Ampang, Kuala Lumpur.  Kelihatan Tunku Imran bersalaman dengan Lee Yong-Joo dan disebelah beliau adalah Presiden  Persatuan Teakwondo Korea Malaysia Choi Hak Gon. Tahniah diucapkan kepada YAM Tunku Tan Sri Imran diatas penganugerahan ini.

Sumber :- Bernama

Monday, June 18, 2012

Sultan Azlan Rasmikan AEON Ipoh Station 18

18.06.2012, Isnin - Hari ini Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Sultan Azlan Muhibbuddin Shah ibni Almarhum Sultan Yussuf Izzuddin Shah Ghafarullahu-lah telah berkenan mencemar duli merasmikan Pusat Beli-Belah AEON Ipoh Station 18 di Ipoh, Perak. Selepas merasmikan pusat beli belah empat tingkat yang menelan belanja sebanyak RM 229.6 juta ini, baginda telah berkenan  meninjau sekitar pasaraya bersama Duli Yang Maha Mulia Raja Permaisuri Perak Darul Ridzuan Tuanku Bainun. Turut mengiringi baginda adalah Pengerusi AEON Co. (M) Bhd, Datuk Abdullah Yusof dan Pengarah Urusan AEON, Nur Qamarina Chew Abdullah.

Sumber ;- Bernama

Tuanku Abdul Halim Menerima Mengadap Deligasi Seminar Antarabangsa Fiqh Mentaati Pemimpin

18.06.2012, Isnin - Hari ini Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong Almu'tasimu Billahi Muhibbuddin Tuanku Alhaj Abdul Halim Mu'adzam Shah ibni Almarhum Sultan Bdlishah telah berkenan menerima mengadap deligasi Seminar Antarabangsa Fiqh Mentaati Pemimpin di bilik Seri Temenggung, Istana Negara. Deligasi seramai 13 orang yang diketuai oleh penasihat agama kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Md Zin itu menghabiskan masa selam 30 minit bersama Tuanku Abdul Halim.

Diantara ulama yang hadir adalah Syeikh Pro Dr Hamed Mohamed Abdel Rahman yang merupakan bekas Dekan Fakulti Syariah Universiti Al-Azhar, Mahmoud Abdel Ghany Mahmoud Ashour merupakan bekas Timbalan Syeikhul Azhar serta Sheikh Akram S.A. Sabri yang merupakan Imam Masjid A-Aqsa dan bekas Mufti Palestin. Delegasi berkenaan berada di Malaysia sempena seminar berkenaan yang berlangsung selama tiga hari bermula Jumaat lepas bersamaan 15.06.2012 dan berakhir semalam di Pusat Dagangan Dunia Putra atau PWTC.

Sumber : Bernama

Almarhum Putera Mahkota Naef Selamat DiMakamkan

18.06.2012, Isnin -  Jenazah Almarhum Putera Mahkota Naef bin Abdulaziz Al Saud, Putera Mahkota Arab Saudi telah selamat dimakamkan di Tanah Perkuburan Al-Adel, Mekah Al Mukaramah sepertimana wasiat Almarhum sendiri.  Jenazah tiba dari Switzerland melalui penerbangan khas Saudi Arabian Airline di King Abdulaziz International Airport di Jedah awal pagi Ahad.  Turut menunggu ketibaan jenazah di lapangan terbang adalah Menteri Pertahanan, Putera Salman dan kerabat diraja Arab Saudi termasuk Menteri Dalam Negeri, Putera Ahmed, Gabenor Riyadh, Putera Sattam dan Gabenor Mekah Putera Khaled Al-Faisal. Almarhum yang berusia 78 tahun mangkat dikediaman saudaranya semasa sedang bercuti dan menjalani rawatan perubatan di Geneva, Switzerland.  Selepas kemangkatan, jenazah Almarhum diletakkan di Masjid Geneva (Geneva Mousque) sebelum dibawa pulang ke Arab Saudi.

Kekanda Almarhum iaitu Raja Arab Saudi, Raja Abdullah bin Abdulaziz Al Saud berangkat tiba di Mekah pada malam Sabtu untuk menghadiri istiadat permakaman. Keberangkatan tiba Raja Abdullah ke Istana Tetamu disambut oleh Putera  Miteb, Putera Khalid Al-Faisal, Putera Mansour bin Miteb dan Gabenor Madinah Putera Abdul Aziz bin Majed dan pegawai-pegawai tinggi kerajaan. Jenazah dibawa ke tanah perkuburan sejurus selepas di solatkan di Masjidil Haram oleh jutaan umat islam yang terdiri daripada kerabat-kerabat diraja, wakil-wakil kerajaan dan para jemaah yang mengerjakan umrah. Raja Abdullah juga telah mengarahkan diadakan Solat Ghaib Jenazah  selepas Solat Insyak semalam di Masjidil Haram, Madinah Al Munawarah dan  seluruh Masjid di Arab Saudi.  

Al-Fatihah ............  semuga Roh Almarhum ditempatkan bersama-sama orang-orang yang beriman dan beramal solleh. AMIN.


Sumber : Arab News

Sunday, June 17, 2012

Balik Rawang

17.06.2012, Ahad - Syah baru sahaja sampai dari kampung sebelum Maghrib tadi.  Kami (Syah, Kak Lang Ella, Azam, Firdause dan Ku Chick) bertolak selepas solat Zohor tadi. Masa bertolak balik Ayahanda datang ucapkan selamat jalan kepada Syah. On the way balik, kami singgah rumah Kak Long Zainab. Kat rumah Kak Long memang banyak kapal terbang coz itu hobi suaminya Abang Tooha. Dalam perjalanan baru Syah ingat jam tangan tertinggal kat kampung.  Kak Lang Ella and family balik lepas Solat Maghrib tadi.  Ok lah semua hingga berjumpa lagi dilain entry.

Masih Ada Yang Menggantung Gambar Rasmi Agong Yang Lama

17.06.2012, Ahad -  Masih ada lagi Hospital Kerajaan yang tidak perihatin mengenai gambar rasmi Yang di-Pertuan Agong.  Mungkin bagi mereka perkara ini tidak peting atau mungkin mereka terlepas pandang berhubung perkara ini............... Wallahualam.  Gambar rasmi telah lama diedarkan tetapi mengapa tiada tindakan diambil dan masih mengantung gambar Yang di-Pertuan Agong ke-13 walhal Yang di-Pertuan Agong ke-14 telah ditabalkan.  Anda rasa betul tak? cara susunan gambar ini.  Beginilah yang berlaku di Farmasi Hospital Tengku Ampuan Jemaah, Sabak Bernam, Selangor sewaktu Syah ke hospital berkenaan pada sabtu lepas. Harap pihak hospital lebih perihatin berubung perkara ini."Small Thing Counts".

Putera Mahkota Arab Saudi Mangkat

17.06.2012, Ahad - Putera Mahkota Nayef dilaporkan mangkat di Geneva, Switzerland akibat masalah jantung dikediaman saudaranya semalam 16.06.2012 jam 16:00hrs.  Almarhum yang berusia dalam lingkungan 78 tahun bukan sahaja merupakan Putera Mahkota Arab Saudi tetapi merupakan Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Dalam Negeri Arab Saudi.  Almarhum sebelum ini  dilaporkan berangkat keluar negara untuk bercuti dan melakukan pemeriksaan kesihatan. Istiadat permakaman dijangka diadakan dalam jangkamasa secepat mungkin. Almarhum dilantik sebagai Putera Mahkota pada Oktober tahun lepas menggantikan Almarhum Putera Mahkota Sultan yang mangkat di USA akibat kanser. Almarhum hanya sempat menjadi Putera Mahkota Arab Saudi dalam tempoh lapan bulan sahaja.  Dengan kemangkatan ini bermakna Raja Arab Saudi, Raja Abdullah bin Abdulaziz Al Saud terpaksa melantik Putera Mahkota yang baru dalam tempoh sembilan bulan ini. Takziah diucapkan kepada kerabat diraja Arab Saudi diatas kemangkatan ini. Putera Salman yang berusia 76 tahun dan merupakan Menteri Pertahanan Arab Saudi  dilihat sebagai calon terdekat sebagai Putera Mahkota Arab Saudi yang baru............ Wallahualam.


Al-Fatihah .....Semuga roh Almarhum ditempatkan bersama orang-orang yang beriman dan beramal solleh. Amin


Sumber :- Bernama/Arab News/Wikipedia

Saturday, June 16, 2012

Balik Kampung

16.06.2012, Sabtu - Hari nie Syah balik kampung di Sabak Bernam ikut Kak Lang Ella hantar Bonda Ejone balik kampung. Malam tadi Kak Lang Ella dan family serta Bonda Ejone tidur rumah Syah.  Actually ini adalah pertama kali Bonda Ejone datang rumah Syah dan gembira rasanya. Pagi lagi kami bertolak coz nak ambil ubat Bonda Ejone di Hospital Tengku Ampuan Jemah.

On the way balik singgah Ijok untuk breakfat dan terus balik Kampung.  Sampai jer kami terus ke hospital dan berlakulah drama kat sana. Actually ubat tu ambil semalam tetapi Bonda Ejone kat KL dan Syah call hospital untuk ambil ubat kat KL tetapi tak boleh katanya dan Syah nak faxkan surat ubat tu kepada mereka dan orang lain ambilkan pun tak boleh dan mereka inform boleh datang hari nie ambil ubat before jam duabelas.

Yang marah tu, staff tu membebel kata mengapa tak datang semalam dan kata Sabtu mereka tak bagi ubat. Siap tanya siapa staff yang suruh datang hari nie, dan Syah jawap takkan Saya nak tanya nama orang bila call semalam. Berdesing telinga dengar dan dia panggil supervisornya dan Syah tanya takkan nak tunggu Isnin dan mak saya tak ada ubat. Bla..... bla.... bla .... akhirnya mereka bagi juga ubat tu. Ada dengar dia cakap Sabtu dia seorang kat kaunter, sebab tu dia malas nak buat kerja kot? Macam manalah orang nak respect perkhidmatan kakitangan kerajaan jika masih ada lagi segelintir yang bersikap seperti ini dan tidak boleh bertolak ansur.

Petang tadi syah gunting rambut dengan Kak Lang Ella dan Kak Ngah Normah kat salon dan biasalah kat kampung Syah gunting hanya RM 6.00 dan Kak Lang RM8.00. Lepas tu kalau ikut perempuan apa lagi menyoping ler jawapnya. Lepas tu Syah beli kuih untuk minum petang. Petang tadi Ayahanda dan Bonda Tiri Syah datang dan Syah sempat ajak Ayahanda round pekan Sabak dengan motornya sebab nak kuar duit untuk belanja Ayahanda dan Bonda Tiri Syah.

Petang tadi Ayahanda beri sebentuk cincin batu merah pada Syah dan katanya cincin tu Almarhumah bonda Syah punya dan disimpan oleh Bonda Tiri Syah.  Cincin tu katanya dipakai oleh Almarhumah sebelum mereka berkahwin lagi Dia minta Syah simpan sambil mengesat air mata dan Syah buat tak nampak sebab tak mahu dia lihat Syah sedih juga tapi dalam hati memsng sedih gila. Bahagian operation Syah tu ada masanya sakit sedikit,  Ialah baru operation kan?

Ok lah semua hingga berjumpa lagi di lain entry ..

Tuanku Azlan Rasmikan Kampus Sultan Azlan Shah, UPSI

16.06.2012, Sabtu - Hari ini Sultan Azlan Shah telah berkenan merasmikan Kampus Sultan Azlan Shah Universiti Pendidikan Sultan Idris di Proton City, Tanjung Malim, Perak. Turut mengiringi baginda adalah Tuanku Bainun dan Tuanku Zara Salim yang merupakan Canselor UPSI. Turut serta adalah Menteri Besar Perak, Dato' Seri Dr Zambry Abdul Kadir. Sebagai simbolik perasmian, Tuanku Azlan telah berkenan mencemar duli menyiram pokok bunga tanjung.

Sumber :- Bernama

Friday, June 15, 2012

Aktiviti Hari Ini

15.0.2012, Jumaat - Hari nie Syah tak sempat hendak update blog kerana jam 06:45hrs Syah sudah keluar rumah kerana ada appointment dengan Dr. Vijeyasingam di Assunta Hospital.  Dari Ampang Syah naik bas ke Ampang Park dan ambil LRT ke Taman Jaya seterusnya naik teksi ke Assunta. Appointment jam 10:00hrs dan 10:30hrs baru doktor datang dan terus dia panggil Syah masuk. Wow ..... macam kawan dia jer doktor tu buat Syah ... dia lambai Syah dan kata mari masuk.  Masa dia buat pemeriksaan tu sakit betul bahagian bawah Syah tu dan dia kata sorry.  Lepas ambil ubat Syah terus keluar tahan teksi untuk ke LRT dan naik LRT sampai KLCC sebab Syah hendak Solat Jumaat di Masjid As-Syakirin dan kalau hendak balik ke Ampang tak sempat sebab jam sudah menunjukkan angka 12:00hrs.

Lepas solat Syah beli Rotiboy untuk kami semua dirumah dan terus tunggu bas Metro 79 dihadapan KLCC untuk  balik ke Taman Seri Bayu.  Syah sampai rumah hampir jam 15:30hrs dan penat betul rasanya.  Rehat sekejap makan kuih sagu dan lepas tu masak Haruan Pindang dan Syah ratah sahaja dan hirup kuahnya. Lebihan tulang tu Syah kasi kat kucing belakang rumah. Jam 17:15hrs tadi Syah, Kak Lang Ella, Firdause dan Bonda Ejone fetch Ku Chik disekolah Agamanya.  Kiranya ini adalah last activity Syah di Ampang.  Jam 18:10hrs tadi Azam balik dan bawa goreng pisang dan sukun untuk minum petang.  Malam nanti kami semua akan ke Rawang Residence dan tidur disana kerana esok pagi akan balik ke kampung dan mesti sampai sebelum jam 12:00hrs kerana hendak ambil ubat Bonda Ejone di Hospital Tengku Ampuan Jemaah.

Ok lah sehingga berjumpa lagi dilain Entry.  Maaf yer hari ini busy sangat dan tak dapat update blog mengenai raja-raja.  Sehiungga berjumpa lagi yer .................

Thursday, June 14, 2012

Sultan Johor Menyentuh Isu Bidaan WWW 1 Dalam Titah Perasmian DUN Johor

14.06.2012, Khamis - Hari ini Sultan Johor, Duli Yang Maha Mulia Sultan Ibrahim ibni Almarhum Sultan Iskandar telah berkenan merasmikan pembukaan penggal persidangan kelima Dewan Undangan Negeri Johor ke-12 yang berlangsung di Kota Iskandar. Dalam titah ucapannya, Tuanku sempat menyentuh isu kritikan bekas Menteri Besar Perak, Dato' Seri Mohammad Nizar Jamaludin yang mengkritik baginda atas kemenangan bidaan nombor pendaftaran kenderaan WWW 1 di Twitter baru-baru ini.  Titah baginda :-
  • "Baru-baru ini ada pemimpin politik yang secara terang-terangan mengkritik tindakan saya membida nombor pendaftaran di Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ).  Adakah dia lupa tentang adap Melayu atau sememangnya dia seorang yang jahil dan cetek akalnya?"
  • "Janganlah cuba berlagak pandai jika tidak berilmu dan janganlah mengeluarkan kenyataan sesuka hati jika tidak tahu perkara yang sebenar.  Bukankah berdiam diri itu lebih baik daripada berkata yang tidak baik?  Kepada pemimpin seperti ini, nasihat saya, janganlah sibuk mencari kudis di kaki orang lain, sedangkan tokak dikaki sendiri tidak mampu diubati".
Tambah baginda lagi, setiap tindakan yang dilakukan oleh baginda adalah mengikut cara dan jalan yang betul dan berharap segala kebajikan yang baginda lakukan tidak perlu diperbesarkan kepada umum. Jika Dato' Seri ingin memohon maaf, kemaafan hendaklah diminta kepada seluruh rakyat Johor. 

Sumber :- Bernama

Makam Sultan Perak Ke-25 Di Makam Diraja Johor

14.06.2012, Khamis - Ini adalah makam Paduka Seri Sultan Perak ke-25, Almarhum Sultan Ismail Mu'abidin Riayat Shah atau dikenali sebagai Marhum Mangkat Di Sekudai yang telah dimakamkan di Makam Diraja Bukit Mahmoodiah, Johor Baharu, Johor. Mungkin anda tertanya-tanya mengapa pula Sultan Perak dimakamkan di negeri Johor ?  Syah ambil gambar nie pada akhir 2010 semasa melawat Makam Diraja Johor sempena lawatan Syah ke Johor untuk sambutan Tahun Baru 2011 bersama my brother Muss serta Cd.  Makam Almarhum telah diberi penghormatan berada didalam satu kawasan berbumbung untuk makam Almarhum seorang sahaja bersebelahan komplek Makam Diraja Johor yang menempatkan Almarhum Sultan-Sultan dan Almarhumah Sultanah-Sultanah Johor serta kerabat diraja lainnya. 

Almarhum merupakan putera kepada Raja Nandak (ada yang menyebut Mandak) binti Almarhum Sultan Ahmaddin Shah (Sultan Perak ke-18) manakala ayahanda Almarhum adalah Saiyid Shaikh Al-Khairat,  Raja Siak berketurunan langsung dari Sultan Melaka iaitu asal usul kesultanan Perak itu sendiri. Sebab itu Almarhum layak menduduki tahta Perak walaupun hanya sebagai cucu Sultan Perak disebelah bondanya. Sebelum dilantik sebagai Sultan Perak ke-25, Almarhum merupakan Raja Bendahara Perak iaitu pewaris kedua tahta kesultanan Perak selepas Raja Muda Raja Abdullah iaitu bakal Sultan seterusnya. 

Selepas kemangkatan Sultan Perak ke-24, Almarhum Sultan Ali Al-Mukammal Inayat Shah di Sayong pada Mei 1871, jenazah baginda tidak dapat dimakamkan kerana menunggu keberangkatan tiba Raja Muda Raja Abdullah sebagai pengganti Sultan yang tidak mahu datang atas sebab-sebab  keselamatan.  Selagi Sultan baru tidak dilantik, jenazah tidak boleh dimakamkan. Setelah menunggu hampir 40 hari dan tidak mahu menyeksa mayat lagi, para Pembesar Perak yang berkumpul di Sayong telah mengambil keputusan melantik Raja Bendahara Raja Ismail sebagai Sultan Perak yang baru pada 28.06.1871 dan jenazah Almarhum Sultan Ali pun dapat dimakamkan dengan sempurna dan diberi gelaran "Marhum Nabi Allah". 

Semasa pemerintahan Almarhum, berlaku perselisihan faham diantara kerabat diraja terutamanya diantara Almarhum sendiri yang pusat pemerintahannya di Belanja dengan Raja Muda Raja Abdullah di Batak Rabit, Raja Yusuf  di Senggang dan Menteri Ngah Ibrahim di Larut. Raja Muda Raja Abdullah dan Raja Yusuf masing-masing mengaku lebih berhak menjadi Sultan daripada Almarhun sendiri. Perbalahan ini menyebabkan pentadbiran di Perak agak tidak teratur ditambah lagi dengan Perang Larut akibat huru-hara yang ditimbulkan oleh kaum Cina di Larut semenjak 1872.  Ekoran daripada permasalah ini menyebabkan mereka meminta bantuan daripada Gabenor Negeri-Negeri Selat yang membawa campurtangan British di Perak.

Dipendikkan cerita, pada 20.01.1874 Perjanjian Pangkor telah ditandatangani diantara kerabat-kerabat diraja dan orang besar-besar Perak dengan pihak Gabenor Negeri-Negeri Selat untuk menyelesaikan kemelut yang berlaku di Perak. Diantara kandungan perjanjian ini adalah Raja Muda Raja Abdullah telah diangkat sebagai Sultan Perak yang baru dan akan menerima penasihat British (Residen British) yang akan menasihatkan Sultan dalam segala perkara kecuali yang melibatkan hal ehwal agama Islam dan adat istiadat Melayu. Almarhum yang tidak menghadiri perjanjian ini telah diturunkan tahta dan diberi pencen dan boleh menggunakan gelaran Sultan Muda .

Akibat pembunuhan J.W.W. Birch,  Residen British 1 Perak di Pasir Salak pada 02.11.1875 mengakibatkan Almarhum dibuang negeri ke Johor dan bersemayam di Sekudai.  Ada juga menyatakan bahawa Almarhum dan pengikutnya lari kedalam hutan hingga sampai ke Kedah dan dinasihatkan oleh Sultan Kedah untuk menyerah kepada British dan dihantar ke Pulau Pinang.  Dari Pulau Pinang dibawa ke penjara di Singapura dan kemudiannya lari ke Johor mendapatkan perlindungan daripada Maharaja Johor. Wallahhualam ......... 

Yang pastinya baginda mendapat perlindungan politik daripada Maharaja Johor ketika itu iaitu Maharaja Abu Bakar yang kemudiannya bergelar Sultan Abu Bakar, Sultan Johor Era Moden pertama.  Terima kasih kepada Almarhum Sultan Abu Bakar diatas sikap murah hati Almarhum Sultan Abu Bakar  yang memberi perlindungan kepada Almarhum Sultan Ismail dan telah mengurniakan Almarhum dengan pelbagai kemudahan hingga akhir hayatnyapun Almarhum Sultan Ismail telah diberi penghormatan dengan di Makamkan di kawasan Permakaman Diraja Bukit Mahmoodiah, Johor Baharu, Johor.

Al-Fatihah ................... kepada Almarhum Sultan Ismail (Sultan Perak ke-25) dan Almarhum Sultan Abu Bakar (Sultan Johor Era Moden 1) Semuga Roh Almarhum Sultan Ismail dan Almarhum Sultan Abu Bakar Ditempatkan Bersama-Sama Orang-Orang Yang Beriman dan Beramal Solleh.  Amin.

Sumber :- Laman web rasmi KDYMM Sultan Perak / Perbadanan Perpustakaan Awam Negeri Perak / Orang Biasa Diraja / Raja Rizuan Ismailliah 

Wednesday, June 13, 2012

Susunan Kekananan Raja-Raja dan Yang Di-Pertua Negeri

13.06.2012, Rabu -  Disini Syah hendak berkongsi bersama anda semua sebagai makluman berhubung susunan kekananan Raja-Raja dan Yang Di-Pertua Negeri di negara kita seperti berikut :- 

SENARAI SUSUNAN KEKANANAN SERI PADUKA BAGINDA YANG DI-PERTUAN AGONG, DULI-DULI YANG MAHA MULIA RAJA-RAJA DAN TUAN-TUAN YANG TERUTAMA YANG DI-PERTUA-YANG DI-PERTUA NEGERI



1. YANG DI-PERTUAN AGONG MALAYSIA XIV


Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong Almu'tasimu Billahi Muhibbuddin Tuanku Alhaj Abdul Halim Mu'adzam Shah ibni Almarhum Sultan Badlishah, D.K., D.K.H., D.K.M., D.M.N., D.U.K., D.M.K., D.K.(Kelantan), D.K.(Pahang), D.K.(Selangor), D.K.(Perlis), D.K.(Negeri Sembilan), D.K.(Johor), D.K.(Terengganu), D.K.(Perak), D.K. (Brunei), D.P.(Sarawak), D.U.N.M., S.M.D.K., S.H.M.S., S.G.M.K., S.P.M.K., S.S.D.K., Grand Cordon of The Order of the Rising Sun of Japan, Bintang Maha Putra Adipradana (Indonesia), Order of the Rammata Thailand, Honourable Knight Grand Cross Order of the Bath of U.K., Asso. Knight Order of St. John., Hon. Ph.D (UUM) - (Naik Takhta Kerajaan Negeri Kedah Darul Aman pada 15hb. Julai 1958 dan ditabalkan pada 20hb. Februari 1959, tarikh dilantik menjadi Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong Yang Ke-V (kali pertama) pada 21.09.1970 dan tarikh dilantik menjadi Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong Yang Ke-XIV (kali kedua) pada 13hb Disember 2011)


2. SULTAN PAHANG


Kebawah Duli Yang Maha Mulia Sultan Pahang, Sultan Haji Ahmad Shah Al-Musta'in Billah ibni Almarhum Sultan Abu Bakar Ri'ayatuddin Al-Mu'adzam Shah, D.K.P., D.K., D.K.M., S.S.A.P., S.I.M.P., D.M.N., D.K.(Perak), D.K.(Johor), D.K.(Kelantan), D.K.(Terengganu), D.K.(Perlis), D.K.(Kedah), D.K.M.B., D.K.(Brunei), D.K.(Negeri Sembilan), D.K.(Selangor), Qiladah Badr Al-Kubra (Saudi Arabia), Qiladah Al-Sheikh Mubarak Al-Kabir (Kuwait), Grand Order of the Mugunghwa (South Korea), Hon. D.Litt (Malaya), LLD hc (Northrop, USA), Hon.D.Sc. (Bedfordshire, UK.), Hon. PhD. (Civil Engineering) Universiti Malaysia Pahang). - (Naik Takhta Kerajaan Negeri Pahang Darul Makmur pada 7hb. Mei 1974 dan ditabalkan pada 6hb. Mei 1975)


3. PADUKA SERI SULTAN PERAK DARUL RIDZUAN


Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Sultan Perak Darul Ridzuan, Sultan Azlan Muhibbuddin Shah ibni Almarhum Sultan Yussuf Izzuddin Shah Ghafarullahu-lah, D.K., D.K.M., D.M.N., D.K.A., D.K.(Kelantan), D.K.(Terengganu), D.K.(Perlis), D.K.(Johor), D.K.(Selangor), D.K.(Kedah), D.K.M.B.(Brunei), D.K.(Negeri Sembilan), D.K.(Pahang), S.S.M., P.M.N., P.S.M., S.P.C.M., S.P.T.S., S.P.M.P., S.I.M.P., Hon. Knight Grand Cross (Civil Division) of The Order of The Bath (U.K.), The Bintang ADI PURNA (Republic of Indonesia), The Most Auspicious Order of The Rajamitrabhorn (Thailand), Grand Order of Mugunghwa (Republic of Korea), Collar of The Japanese Order of The Chrysanthemum and Grand Cordon of The Supreme Order of The Chrysanthemum (Japan), Civil Order, 1st. Class (Oman), Grand Cross Special Class of the Order of Merit of the Federal Republic of Germany (Germany), Orden Al-Merito De Chile (Republic of Chile), and Order of Hussein ibni Ali (Qiladah Al-Hussein bin Ali, JORDAN). - (Naik Takhta Kerajaan Negeri Perak Darul Ridzuan pada 3hb. Februari 1984 dan ditabalkan pada 9hb. Disember 1985).


4. SULTAN TERENGGANU


Kebawah Duli Yang Maha Mulia Al-Wathiqu Billah Sultan Mizan Zainal Abidin ibni Almarhum Sultan Mahmud Al-Muktafi Billah Shah, D.K.T., D.K.R., D.K.M., D.M.N., S.U.M.Z., S.S.M.T., S.P.M.T., D.K.(Perlis), D.K. (Johor), D.K.M.B. (Brunei), D.K. (Perak), D.K. (Negeri Sembilan), D.K. (Kedah), D.K. (Kelantan), D.K. (Selangor), S.P.M.J., Commandeur de la Legion d'Honneur (France), The Most Auspicious Order of The Rajamitrabhorn (Thailand), Collar De La Orden Al Merito De Chile (Chile), Necklace of Independence (Qatar), Bintang Republik Indonesia ADIPURNA (Indonesia). - (Naik Takhta Kerajaan Negeri Terengganu Darul Iman pada 15hb. Mei 1998 dan ditabalkan pada 4hb. Mac 1999).


5. RAJA NEGERI PERLIS


Duli Yang Maha Mulia Tuanku Syed Sirajuddin Ibni Almarhum Tuanku Syed Putra Jamalullail, D.K.P., D.K., S.S.P.J., D.K.M., D.M.N., D.K. (Perak), D.K (Negeri Sembilan), D.K. (Kedah), D.K. (Kelantan), D.K.M.B. (Brunei), D.K. (Selangor), D.K. (Pahang), D.K. II (Terengganu), S.P.M.J., S.P.C.M., S.S.M.T., Grand Order of King Tomislav (Croatia), Grand Collier De L'Independence (Grand Medal of the Independence) - Cambodia, Grand Croix De L'Ordre (Royal Sash) - Cambodia, Cavaliere Di Gran Croce Decorato Di Gran Cordone (Italy), Qiladah Badr Al-Kubra (Arab Saudi), Decoration of Omayad - The Finest Decoration (Syria), Knight of the Royal Order of the Seraphim (Sweden), Grand Cordon of the Order of the Sacred Treasure (Japan).- (Naik Takhta Kerajaan Negeri Perlis pada 17hb. April 2000 dan ditabalkan pada 7hb Mei 2001).


6. SULTAN SELANGOR


Duli Yang Maha Mulia Sultan Sharafuddin Idris Shah Alhaj Ibni Almarhum Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah Alhaj, D.K., D.M.N., D.K. (Terengganu), D.K. (Kelantan), D.K. (Perak), D.K. (Perlis), D.K. (Negeri Sembilan), D.K. (Kedah), D.K. (Johor), S.P.M.S., S.S.I.S., S.P.M.J., Commandeur de la Legion d'Honneur (France). - (Naik Takhta Kerajaan Negeri Selangor pada 22hb. November 2001 dan ditabalkan pada 8 Mac 2003)


7. YANG DIPERTUAN BESAR NEGERI SEMBILAN DARUL KHUSUS


Duli Yang Maha Mulia Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan Darul Khusus, Tuanku Muhriz ibni Almarhum Tuanku Munawir, D.K., D.M.N., D.K. (Perak), D.K. (Perlis), D.K. (Selangor), D.K. (Kedah), D.K. (Kelantan), D.K. (Johor), D.K.Y.R., P.P.T. - (Naik Takhta Kerajaan Negeri Sembilan Darul Khusus pada 29 Disember 2008 dan ditabalkan pada26hb Oktober 2009).


8. SULTAN JOHOR


Duli Yang Maha Mulia Sultan Ibrahim ibni Almarhum Sultan Iskandar - (Naik Takhta Kerajaan Negeri Johor Darul Takzim pada 23hb. Januari 2010)


10. AL-SULTAN KELANTAN


Kebawah Duli Yang Maha Mulia Sultan Muhammad V, D.K., D.M.N., D.K. (Selangor), D.K. (Negeri Sembilan), D.K. (Johor), D.K. (Perak), D.K. (Perlis), S.P.M.K., S.J.M.K., S.P.K.K., S.P.S.K. - (Naik Takhta Kerajaan Negeri Kelantan pada 13hb. September 2010).


11. PEMANGKU SULTAN NEGERI KEDAH DARUL AMAN *


Tugas ini dijalankan oleh Jemaah Pemangku Sultan Kedah yang dianggotai oleh :-

  • Pengerusi Yang Teramat Mulia Dato' Seri Utama Tunku Annuar Al-Haj ibni Almarhum Sultan Badlishah (Tunku Bendahara Kedah Darul Aman)
  • Ahli (i) Yang Teramat Mulia Tunku Tan Sri Dato' Seri DiRaja Sallehuddin ibni Almarhum SultanBadlishah (Tunku Temenggong Kedah)
  • Ahli (ii) Yang Teramat Mulia Dato' Seri DiRaja Tunku Abdul Hamid Thani ibni Almarhum Sultan Badlishah (Tunku Laksamana Kedah)
  • Ahli (iii) Yang Teramat Mulia Tunku Panglima Besar Kedah Dato' Seri Tunku Puteri Intan Safinaz binti Kebawah Duli Yang Maha Mulia Tuanku Sultan Haji Abdul Halim Mu'adzam Shah
berkuatkuasa mulai 12.12.2011

12. YANG DI-PERTUA NEGERI SARAWAK


Tuan Yang Terutama Tun Datuk Patinggi Abang Haji Muhammad Salahuddin, S.M.N., D.P., S.P.M.P., S.P.D.K., D.U.P.N., D.U.N.M., P.C.D. :-


Dilantik menjadi Yang di-Pertua Negeri pada 2hb. April 1977 hingga 1hb. April 1981;
Dilantik semula pada 5hb Disember 2000 selama tempoh 4 tahun;
Dilantik semula pada 5hb Disember 2004 selama tempoh 2 tahun;
Dilantik semula pada 5hb Disember 2006 selama tempoh 2 tahun;
Dilantik semula pada 5hb Disember 2008selama tempoh 1 tahun;
Dilantik semula pada 5hb Disember 2009 selama tempoh 2 tahun; dan
Dilantik semula pada 5hb Disember 2011 selama tempoh 2 tahun.


13. YANG DI-PERTUA NEGERI PULAU PINANG


Tuan Yang Terutama Tun Dato' Seri Utama (Dr.) Haji Abdul Rahman bin Haji Abbas, D.M.K., S.M.N., D.U.P.N., S.P.D.K., D.P., D.M.P.N., D.J.N., :-


Dilantik menjadi Yang di-Pertua Negeri pada 1hb. Mei 2001 selama tempoh 4 tahun;
Dilantik semula pada 1hb Mei 2005 selama tempoh 4 tahun;
Dilantik semula pada 1hb Mei 2009 selama tempoh 2 tahun; dan
Dilantik semula pada 1hb Mei 2011 selama tempoh 2 tahun


14. YANG DI-PERTUA NEGERI MELAKA


Tuan Yang Terutama Tun Datuk Seri Utama Mohd. Khalil bin Yaakob, S.M.N., D.U.N.M., S.U.M.Z., S.J.M.K., S.S.A.P., P.S.M., S.I.M.P., S.P.D.K., D.P., D.S.A.P., J.S.M., S.M.P., G.C.O.M. (GER):-


Dilantik menjadi Yang di-Pertua Negeri pada 4hb. Jun 2004 selama tempoh 4 tahun;
Dilantik semula pada 4hb Jun 2008 selama tempoh 4 tahun; dan
Dilantik semula pada 4hb Jun 2012 selama tempoh 4 tahun.


15. YANG DI-PERTUA NEGERI SABAH


Tuan Yang Terutama Tun Datuk Seri Panglima Haji Juhar bin Haji Mahiruddin, S.M.N., S.P.D.K., P.G.D.K., P.J.N., A.S.D.K., J.P. :-


Dilantik menjadi Yang di-Pertua Negeri pada 1hb. Januari 2011 selama tempoh 4 tahun


Sumber :- Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja Melayu

Syah balik Rawang Sekejap

13.06.2012, Rabu - Sekarang jam 11:44hrs dan Syah sampai Rawang Residence jaqm 10:30hrs tadi.  Sempat basuh AEL dan depan rumah dan kemas sedikit dalam rumah dan sekarang nak bertolak ke Ampang semula.  Syah balik sebab dah hampir seminggu lebih tinggalkan rumah. Sorry busy semenjak masuk hospital minggu lepas dan tak dapat update blog raja-raja macam biasa. Apa-apa syah update kemudian. Ok semua nak kejar bas nie nanti terlepas pula. 


Sekarang jam 13:31hrs dan Syah ada di dalam komuter on the way back to Kak Lang Ella residence @ Taman Seri Bayu, Ampang. Nak jadi cerita, dah sampai KTM Rawang Syah rasa was-was dah tutup air dan radio ker belum. Lalu tahan teksi dan tanya berapa jika pergi dan tunggu Syah sekejap dan balik KTM. Teksi minta RM 20 dan Syah tak mahu dan dia kurangkan kepada RM 15 dan Syah kata ok.


Sampai rumah everything ok rupanya, tak ada air terbuka mahupun radio.  Shukur alhamdulillah everything ok ............. bukan apa tadi Syah tergesa-gesa keluar tu yang tidak confident tu. Kat rumah tadi siap kumur-kumur dengan ubat yang Syah sepatut ambil jam 12:00hrs tadi. Sekarang komuter menuju Stesyen Sungai Buloh. Ok jumpa lagi di entry seterusnya.


Update :- Syah turun Stesyen KTM Bank Negara dan singgah solat kat surau sebelum jalan kaki ke LRT Masjid Jamek untuk ke Ampang.  On the way tu Syah beli kacang kuda rebus dua bungkus kat Jalan Masjid India.  Sampai jer Ampang,  sambil tunggu bas ke Taman Seri Bayu Syah beli Apam Balik dua.  Satu Manis dan satu kurang manis dan hanya letak sedikit gula dan jagung tanpa kacang tanah.  Syah sampai rumah Kak Lang Ella hampir jam 16:00hrs dan letih rasanya.  Oklah semua hingga berjumpa lagi dilain entry ........................ Bye