Sunday, September 30, 2012

Buat Kerja Dari Rumah dan Jalan-Jalan hari Minggu Cari Cartridge

30.09.2012, Ahad - Salam dan apa khabar semua.  Sabtu dan Ahad nie Syah busy sedikit dan tak sihat, sehubungan dengan itu Syah tak sempat nak update blog dengan pelbagai info kerana kesuntukan masa.  Jumaat  lepas Syah ke Assunta buat "dressing".  Alamak sakitnya coz dia burnkan dekat daging yang kena jahit tu. pada Sabtunya pula staff Nurse yang buat dressing tu kata lebihan daging tu banyak dan kena potong lagi tetapi dia inform siang-siang benda nie sakit. Memang terasa bila dia potong daging tu dan terasa mengalir keluar darah tetapi tak rasa sakit mungkin dibius.  Tetapi yang sakitnya bila dia "burn" kasawan tu. Disebabkan lebih banyak daging yang dibuang menyebabkan Syah rasa sakit yang teramat sangat dan tak boleh duduk.  Akhirnya nurse minta Syah rehat 2 minit dan periksa semula ghause yang mereka tampal untuk memastikan tiada bleeding.

Lepas tu mereka suruh Syah balik dan jangan lupa berendam dalam air garam suam untuk pulihkan luka tu.  Syah memang sakit sangat masa tu dan tanya tak ada ubat tahan sakit ker dan nurse kata kat bilik "dressing" tiada doktor dan tak boleh bagi, kalu nak kena jumpa doktor Syah sendiri tetapi malangnya Sabtu dia cuti,  Mereka suruh Syah beli sendiri kat farmasi........... Hehehehe macam-macam hal rupanya.  Dari Assunta terus ke office, ingatkan hendak buat kerja tetapi memang tak selesa dan hendak menangis rasanya.  Lalu Syah bawa balik semua dokument ke rumah Kak lang Ella untuk disiapkan.  baru sekejap tadi siap payment untuk peserta SL1m dan terima kasih pada anak saudara Syah, Firdaus dan Ku Cik kerana membantu Syah menyediakan dokumen ini. 

Hari nie sempat curi-curi masa jalan-jalan dengan Kak Lang Ella dan anak-anaknya  ke KLCC dan Bukit Bintang.  Syah join Kak Lang di KLCC selepas Syah ambil ubat Syah yang tinggal kat office. Selepas Solat Zohor di masjid As-Syakirin KLCC kami ke Bukit Bintang gunakan Laluan Pejalan Kaki KLCCC - Bukit Bintang, Kesian Kak Lang sebab tak biasa jalan jauh.  Sampai Pavillion dia dah penat dan hendk cari tempat duduk.  Lalu Syah belanja mereka lunch kat food court @ Pavi.  Lepas tu kami bertolak ke Low Yatt Plaza sebab nak cari cartridge printer yang dah habis sebab Syah hendak print Direct AP payment peserta SL1M. Lepas beli cartridge tu kami balik semula ke Ampang. Dari Bukit Bintang kami naik bas rapid percuma ke Central market dan kemudiannya naik bas Metro ke Ampang.  Malam tadi Syah dan Ku Chick ke pasar malam sekejap.  By the way esok ada dressing lagi kat Assunta.

Ok lah semua Syah GTG, Selamat Malam Semuaaaaaaaaa.................

Sultan Terengganu Menghadiri Istiadat Penghadapan, Istiadat Pengurniaan Gelaran dan Bintang-Bintang Darjah Kebesaran Negeri Terengganu

30.03.2012, Ahad - hari ini Kebawah Duli Yang Maha Mulia Al-Watiqu Billah Tuanku Mizan Zainal Abidin ibni Almarhum Sultan Mahmud Al-Muktafi Billah Shah telah berkenan menghadiri Istiadat Penghadapan, Istiadat Pengurniaan Gelaran dan Bintang-Bintang Darjah Kebesaran Negeri Terengganu sempena sambutan Hari Keputeraan ke-50 Sultan Terengganu.  Istiadat berlangsung di Balairong Seri Istana Maziah. Kuala Terengganu, Terengganu.  Kelihatan Tuanku Mizan mengurniakan pingat Darjah Datuk Paduka Mahkota Terengganu (DPMT) yang membawa gelaran Dato' kepada Exco Kerajaan Negeri, Dato' Ahmad Rafiz Abs Rahman.

Terdahulu Tuanku Mizan telah berkenaan memeriksa perbarisan kawalan keselamatan yang berlangsung di Stadium Sultan Ismail Nasiruddin Shah.  Pada malam ini pula diadakan Majlis Santapan Malam sempena sambutan Keputeraan ke-50 Sultan Terengganu.

Sumber :- Bernama / Husam 

Saturday, September 29, 2012

Tunku Idris Iskandar Dilantik Pemangku Raja Johor

29.09.2012, Sabtu - Hari ini Menteri Besar Johor Dato' Abdul Ghani Othman telah mengistiharkan perlantikan Tunku Temenggong Johor Tunku Idris Iskandar ibni Sultan Ibrahim sebagai Pemangku Raja Johor selama ketiadaan Sultan dan Tunku Mahkota Johor didalam negeri Johor.  Pengisytiharan dibacakan oleh Menteri Besar dalam istiadat pengisytiharan yang berlangsung di Istana Pasir Pelangi, Johor Baharu, Johor. Perlantikan ini adalah atas nasihat Jumaah Majlis Diraja mengikut Fasal 9 (1)(c) dan (3) Bahagian Pertama Undang-Undang Tubuh Kerajaan Johor 1895. Walau bagaimanapun, apabila Tunku Mahkota Johor yang kini berada diluar negara kembali ke Johor pada 19 Oktober depan, baginda akan dilantik pula sebagai Pemangku Raja johor. Pengisytiharaan berhubung perkara ini juga dibuat dalam majlis yang sama hari ini. 

Turut hadir dalam istiadat ini adalah  Sultan Johor, Duli Yang Maha Mulia Sultan Ibrahim Ibni Almarhum Sultan Iskandar, Isteri kepada Sultan Johor, Duli Yang Maha Mulia Raja Zarith Sofiah binti Almarhum Sultan Idris Shah, Yang Dipertua Majlis Jumaah Diraja Johor Tunku Osman Tunku Temenggong Ahmad, anggota penasihat Jumaah Majlis Diraja, Setiausaha Kerajaan Johor, Dato' Obet Tawil dan barisan Exco kerajaan negeri.

Nota Tambahan :- 30.09.2012, Ahad - Mungkin ada yang terkeliru  mengenai entry Syah diatas dan secara ringkasnya Tunku Temenggong Johor (TTJ) dilantik sebagai Pemangku Raja Johor kerana kekandanya Tengku Mahkota Johor (TMJ) juga tiada didalam negeri buat masa ini dan baginda (TMJ) akan kembali ke Johor semula pada 19 Oktober ini dan jawatan Pemangku Raja Johor yang disandang oleh TTJ akan diambilalih semula oleh TMJ pada tarikh berkenaan.  Syah minta Maaf jika ada yang terkeliru dengan tulisan Syah.

Sumber :- Bernama

Friday, September 28, 2012

Tuanku Muhriz Rasmikan Majlis Pelancaran Program Iqra

28.09.2012, Jumaat-  Hari ini Duli Yang Maha Mulia Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan Darul Khusus, Tuanku Muhriz ibni Almarhum Tuanku Munawir telah berkenan menghadiri  majlis pelancaran Program Iqra di Sekolah Kebangsaan Tunku Laksamana Nasir di Seri Menanti.  Turut serta dalam majlis ini adalah Pengasas Yayasan Sofa Dato' Sheikh Muhammad Fuad Kamaludin, Exco Pelajaran dan Pengajian Tinggi Negeri Sembilan Dato' Shamsul Kahar Mohd Deli dan Pengerusi Telekom Malaysia Berhad atau TM Datuk Dr. Halim Shafie.  Progran Iqra merupakan program usahasama diantara Yayasan TM dan Yayasan Sofa.  Memang lately Yayasan TM busy buat preparation untuk majlis nie.  Khamis hari tu Syah ke Yayasan TM tetapi semuanya berada di Seri Menanti untuk program nie dan hanya tinggal seorang staf sahaja standby, Kiranya "tutup kedai" lah mereka since Khamis lepas.  My boss Saiful dan Abang Talibpun ke Seri Menanti untuk program nie.

Tuanku Abdul Halim dan Tuanku Hajah Haminah Menghadiri Majlis Santapan Beradat ATM

28.09.2012, Jumaat - malam ini  Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong Tuanku Almu'tasimu Billahi Muhibbuddin Tuanku Alhaj Abdul Halim Mu'adzam Shah ibni Almarhum Sultan Badlishah dan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Raja Permaisuri Agong Tuanku Hajah Haminah binti Haji Hamidun telah berkenaan mencemar duli menghadiri Majlis Santapan Beradat Sempena Hari Angkatan Tentera Malaysia ke-79.  Turut menghadiri majlis ini adalah Panglima Angkatan Tentera Tan Sri Zulkifeli Mohd Zain dan Timbalan Menteri Pertahanan Datuk Dr. Abdul Latif Ahmad.

Sumber :- Bernama

Thursday, September 27, 2012

Banyak Kerja, Tak Sihat dan Tak Sempat Nak Update Blog Macam Biasa

27.09.2012, Khamis - Salam semua dan apa khabar.  Maaf tak dapat nak update blog raja-raja waktu lunch nie kerana busy dengan kerja.  Sedihpun ada, coz mereka tahu Syah tak sihat dan disebabkan tak ada orang mereka minta Syah hantar beberapa karton botol air mineral ke TM Convention Center.  Dahlah Syah tak boleh angkat berat tetapi terpaksa buat juga sebab tak ada orang lain.  Inilah bahananya doktor bagi MC tak hendak dan bila datang kerja orang tak ambil kisahpun walaupun tahu Syah baru keluar hospital dan tak boleh buat kerja berat.  Biar jer lah ............ nanti giliran mereka pula sakit kan? baru mereka tahu. Ok lah semua maaf yer hari nie dan esok tak dapat nak update blog tetapi jika ada kesempatan, insyallah adalah entry dari Syah nanti.  By the way selamat makan tengahari semua...............

Wednesday, September 26, 2012

18 Acara Memeriahkan Sambutan Hari Keputeraan Sultan Terengganu Ke-50

26.09.2012, Rabu - Setiausaha Kerajaan Negeri Terengganu, Dato' Mazlan Ngah dalam kenyataannya kepada Bernama hari ini memaklumkan sebanyak 18 acara akan berlangsung sempena sambutan ulangtahun Hari Keputeraan Ke-50 sultan Terengganu Kebawah Duli Yang Maha Mulia Al-Watiqu Billah Tuanku Mizan Zainal Abidin ibni Almarhum Sultan Mahmud Al-Muktafi Billah Shah.  Hari Keputeraan Sultan Terengganu disambut pada 20 Julai setiap tahun dan Tuanku Mizan diputerakan pada 22.01.1962. Acara-acara ini akan bermula esok 27.09.2012 hingga 21.10.2012 dan akan berlangsung dibeberapa tempat di Kuala Terengganu, Marang, Kemaman dan Setiu.

Menurut beliau lagi acara akan dimulakan dengan majlis solat hajat, bacaan yassin dan tahlil di Masjid Tengku Tengah Zaharah atau dikenali sebagai Masjid Terapung dan semua masjid dalam negeri Terengganu. Acara utama adalah pada 30.09.2012 iaitu istiadat penghadapan, istiadat pengurniaan gelaran, bintang-bintang kebesaran negeri yang akan berlangsung di Balairong Seri Istana Maziah.   Pertunjukan bunga api dan bot berhias yang merupakan acara kegemaran rakyat Terengganu akan diadakan di Dataran Syahbandar pada 06.10.2012.  Manakala kejohanan kuda lasak Piala Sultan Mizan yang merupakan acara tahunan akan bermula pada 19.10.2012 di Terengganu International Endurance Park, Lembah Bidong, Setiu.  Marilah kita beramai-ramai memeriahkan acara-acara yang akan diadakan sempena sambutan hari Keputeraan Sultan Terenggani ini.

Sumber :- Bernama

Toh Puan Siti Zainab binti Baharuddin Meninggal dunia

26.09.2012, Rabu - Al-Fatihah ................. Dukacita dimaklumkan bahawa Toh Puan Siti Zainab binti Baharuddin telah meninggal dunia pagi tadi jam 07:15hrs di Hospital Pulau Pinang.  Allahyarhamah Toh Puan Siti Zainab binti Baharuddin merupakan balu kepada Allahyarham Tun Dr Hamdan Sheikh Tahir, mantan Tuan Yang Terutama Yang Dipertua Negeri Pulau Pinang.  Allahyarhamah yang berusia 85 tahun telah mendapat rawatan perubatan di Hospital Pulau Pinang semenjak tiga bulan lepas akibat serangan angin ahmar.  Jenazah Allahyarhamah telah dibawa pulang ke kediamannya di Lebuh Bukit Jambul dan telah dikebumikan selepas asar tadi di Tanah Perkuburan Islam Masjid Negeri.

Allahyarhamah merupakan bekas seorang guru dan pernah menyandang jawatan Presiden Hoki Wanita Pulau Pinang dan penasihat kepada beberapa pertubuhan wanita.  Suami Allahyarhamah menjadi Yang Dipertua Negeri Pulau Pinang pada tahun pada 1989 hingga 2001. Allahyarham Tun Dr. Hamdan Sheikh Tahir meninggal dunia pada tahun 2005.  Allahyarhamah meninggalkan tiga orang anak dan lima orang cucu.

Turut menziarahi jenazah Allahyarhamah adalah Timbalan Ketua Menteri 1, Datuk Mansor Othman, Timbalan Ketua Menteri 2, Dr. P.Ramasamy, Yang Dipertua Majlis Islam Pulau Pinang, En Salleh Man, anggota exco kerajaan negeri Pulau Pinang dan beberapa pemimpin Barisan Nasional Pulau Pinang termasuk pengerusinya Teng Chang Yeow.

Takziah diucapkan kepada keluarga Allahyarhamah, semuga kalian tabah menghadapi dugaan ini.  Marilah kita bersama-sama mendoakan keampunan dan menghadiahkan pahala bacaan Al-Fatihah agar roh Allahyarhamah Toh Puan Siti Zainab binti Baharuddin  sentiasa dicucuri rahmat serta ditempatkan bersama orang-orang yang beriman dan beramal solleh, Insyallah ...... Al-Fatihah ............................... 

Tuanku Muhriz Dianugerahkan DK Terengganu

26.09.2012, Rabu - Tahniah diucapkan kepada Duli Yang Maha Mulia Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan Darul Khusus, Tuanku Muhriz ibni Almarhum Tuanku Munawir yang telah dianugerahkan Darjah Kebesaran Terengganu Yang Amat Mulia Darjah Yang Pertama (DK) pada 24.09.2012 lepas. Darjah kebesaran ini disampaikan oleh wakil Sultan Terengganu dan juga merupakan adinda baginda, Tengku Sri Bendahara Raja, Tengku Mustafa Kamel ibni Almarhum Sultan Mahmud Almuktafi Billah Shah dalam satu majlis yang diadakan di Istana Besar Seri Menanti.

Rombongan Diraja Terengganu berangkat tiba di Istana Besar Seri Menanti jam 11:30 hrs dan disambut oleh putera Tuaku Muhriz, Tunku Zain Al-'Abidin. Rombongan Diraja Terengganu terdiri daripada Setiausaha Kerajaan Negeri Terengganu, Dato' Mazlan Ngah, Ahli Dewan Pangkuan Diraja Terengganu, Tengku Bentara Raja Dato' Seri Tengku Ibrahim Hussain, Ketua Istiadat, Datuk Bentara Luar Dato' Omar Pilus dan Datuk Pengelola Bijaya Diraja Istana Terengganu, Dato' Mohd.  Yasim Awang dan Dato' Wan Ahmad Fauzi Wan Husain.

Selepas istiadat persembahan darjah kebesaran ini selesai, para tetamu telah diraikan dalam satu majlis santapan tengahari di Dewan Santapan, Istana Besar Seri Menanti.

Sumber :- Utusan Malaysia

Tuesday, September 25, 2012

Tension Hari NieTerkawal

25.09.2012, Selasa- Hari nie tensionbetul tetapi tension terkawallah ................. tension  dengan tugas sebab banyak benda yang hendak dibuat serentak dan target dah nak dekat disamping dikacau oleh benda remeh temeh melayan kerenah pelangan-pelangan dalaman syah.  Mana nak siapkan Shopping Cart, Nak buat Good Receipt dalam sistem, menyemak status bayaran, akru, staff datang minta keperluan pejabatlah  dan 1001 perkara yang harus dibereskan. Syah kena buat sendiri kerana Kak Rose MC sebulan setengah dan my Boss Dek Nor dah start cuti bersalin dan tinggal Syah terkonteng-konteng seorang dalam keadaan tidak sihat nie dengan big boss Saiful dan assistanynya Abang Talib.    Abang Talib more to Admin matters dan Syah pula more on procurement and account matters.  Dalam sibuk-sibuk nie lah tiba-tiba orang Akaun nak datang buat Audit Petty Cash tahun 2012 pada Khamis nie jam 09:30hrs..  Alamakkkkkkkk.............. ada-ada jew kan? 

By the way Syah dah tiba kat Rawang nie dan sedang berehat menonton RTB 4 (TV Brunei) siaran ulangan Majlis Istiadat Doa Selamat dan Menutup Gendang Jaga-Jaga di kediaman pengantin lelaki diraja di Kampung Beribi. Oklah sehingga berjumpa lagi dilain Entry ..............Selamat Malam Semua, semuga anda dibuai mimpi-mimpi yang Indah.  Muahhhhhhhh

Majlis Istiadat Membaca Doa Selamat dan Menutup Gendang Jaga-Jaga Berlangsung Hari Ini

25.09.2012, Selasa - Hari ini telah diadakan Majlis Istiadat Membaca Doa Selamat dan Menutup Gendang Jaga-Jaga yang menandakan tamatnya sambutan Majlis Istiadat Perkahwinan Diraja diantara Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pangiran Anak Puteri Hajah Hafizah Sururul Bolkiah binti Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah dengan pasangannya Yang Amat Mulia Pengiran Anak Haji Muhammad Ruzaini bin Pengiran Dr. Haji Mohd. Yakub. Majlis  Istiadat Membaca Doa Selamat dan Menutup Gendang Jaga-Jaga diadakan di Istana Nurul Iman dan juga dikediaman penganti diraja lelaki di kampung Beribi.  Dengan ini berakhirlah sudah sambutan Istiadat Perkahwinan Pengantin Diraja yang bermula pada 16.09.2012 lepas dan berakhir hari ini.  Semuga Allah Peliharakan Pengantin Diraja.

Sumber :- RTB4

Majlis Istiadat Membaca Doa Selamat dan Menutup Gendang Jaga-Jaga Berlangsung Hari Ini

25.09.2012, Selasa - Hari ini telah diadakan Majlis Istiadat Membaca Doa Selamat dan Menutup Gendang Jaga-Jaga yang menandakan tamatnya sambutan Majlis Istiadat Perkahwinan Diraja diantara Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pangiran Anak Puteri Hajah Hafizah Sururul Bolkiah binti Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah dengan pasangannya Yang Amat Mulia Pengiran Anak Haji Muhammad Ruzaini bin Pengiran Dr. Haji Mohd. Yakub. Majlis  Istiadat Membaca Doa Selamat dan Menutup Gendang Jaga-Jaga diadakan di Istana Nurul Iman dan juga dikediaman penganti diraja lelaki di kampung Beribi.  Dengan ini berakhirlah sudah sambutan Istiadat Perkahwinan Pengantin Diraja yang bermula pada 16.09.2012 lepas dan berakhir hari ini.  Semuga Allah Peliharakan Pengantin Diraja.

Sumber :- RTB4

Pengiran Muda Mahkota Ke New York

25.09.2012, Selasa - Semalam Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Muda Mahkota Pengiran Muda Haji Al-Muhtadee Billah ibni Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah dan Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Anak Isteri Pengiran Anak Sarah binti Pengiran Salleh Ab. Rahaman telah berangkat ke New York bersama kedua-dua orang anakanda baginda.  Baginda berlepas dengan pesawat peribadi melalui Hangar Sultan Flight, Rimba.

Sumber :- Jabatan Penerangan Brunei

Raja Muda Perlis Rasmikan Ulang Tahun ke-100 Sekolah Kebangsaan Utan Aji

25.09.2012, Selasa - Semalam Raja Muda Perlis, Duli Yang Teramat Mulia Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail dan Raja Puan Muda Perlis, DYTM Tuanku Lailatul Shahreen Akashah Khalil telah berkenan mencemar duli melawat Galeri Merdeka Sekolah Kebangsaan (SK) Utan Aji, Kangar, Perlis selepas Perasmian Majlis Ulang Tahun ke-100 sekolah tersebut.

Sumber :- Bernama

Monday, September 24, 2012

1st Day Bertugas Hari Nie

24.09.2012, Isnin - Hari nie 1st day kerja walaupun doktor minta Syah berehat seminggu lagi tetapi memandangkan my colleague Kak Rose cuti sakit coz operation  kaki selama sebulan setengah dan my Boss Dik Noor cuti bersalin dan semalam dia bersalin anak lelaki, Syah batalkan MC Syah tue.  Dr Vijey geleng kepala Syah tak mau MC. Bukan nak tunjuk rajin tetapi memandangkan kerja tu hanya tinggal Syah seorang jer yang buat lebih baik Syah kerja kalau tak yang susahnya nanti diri Syah sendiri juga.  Memang tak selesa duduk lama-lama tetapi tahulah Syah adjust bontot  Syah tue heheheheheh........... sorry melawak sket. Memang tak selesa dan rasa nak marah jew hari nie tetapi control macho ?  Insyallah berjaya sampai habis waktu kerja.

Lagi tension ditambah dengan tugas yang melambak dan perlu disettlekan belum lagi lain-lain masalah.  Kerja-kerja memproses perolehan serta bayaran nie ada target yang perlu dicapai, so layan jer lah labu kalu tak sendiri yang kena nanti.  By the way hari nie Syah dikediaman Kak Lang Ella di Ampang dan insyallah esok Syah balik ke Rawang Residence semula.  

Tiara Pengiran Anak Puteri Hajah Hafizah Sururul Bolkiah Semasa Majlis Persantapan Diraja Perkahwinan Beliau

24.09.2012, Isnin - Semasa melihat tiara yang digunakan oleh Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pangiran Anak Puteri Hajah Hafizah Sururul Bolkiah semasa Majlis Persantapan Diraja sempena perkahwinan beliau malam tadi teringat Syah tiara yang pernah dipakai oleh bonda YTM sendiri iaitu Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Raja Isteri Pengiran Anak Hajah Saleha binti Al-Marhum Pengiran Pemancha Pengiran Anak Haji Mohamed Alam.  Mungkin warna batu hijau itu agak terang sedikit kerana pancaran daripada cahaya.  Syah rasa iannya adalah tiara yang sama dan menjadi kebiasaan bagi pengantin puteri-puteri diraja menggunakan tiara yang mempunyai "sentimental value" yang tersendiri. Ini adalah pendapat peribadi Syah sahaja, jika bukan bermakna tiara ini telah direka khas sempena majlis ini yang menyerupai tiara bonda YTM.

Majlis Persantapan Diraja Sempena Istiadat Perkahwinan Diraja YTM Paduka Seri Pengiran Anak Puteri Hajah Hafizah Sururul Bolkiah dan Yang Amat Mulia Pengiran Anak Muhammad Ruzaini

24.09.2012, Isnin - Malam tadi telah diadakan Majlis Persantapan Diraja sempena Istiadat Perkahwinan Pengantin Diraja diantara Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pangiran Anak Puteri Hajah Hafizah Sururul Bolkiah binti Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah dengan pasangannya Yang Amat Mulia Pengiran Anak Haji Muhammad Ruzaini bin Pengiran Dr. Haji Mohd. Yakub.  Majlis yang diadakan di Istana Nurul Iman, Bandar Seri Bagawan ini dihadir oleh para jemputan khas dari dalam dan luar negara, menteri-menteri kabinet dan kerabat-kerabat Diraja Brunei termasuklan Perdana Menteri Malaysia yang amat kita sayangi dan sanjungi tak lain tak bukan iaitu Yang Amat Berhormat Datuk Seri Najib Tun Razak dan isteri, Datin Seri Rosmah Mansor.

Sementara itu Majlis Istiadat Malam Jaga-Jaga dijalankan seperti biasa di Istana Nurul Iman dan di kediaman Pengantin Diraja Lelaki di Kampung Beribi.

Sumber :- Jabatan Penerangan Brunei 

Sunday, September 23, 2012

Datin Seri Rosmah Mansur Menghadiri Majlis Istiadat Bersanding Pengantin Diraja Brunei

23.09.2012. Ahad - Pagi ini Isteri Perdana Menteri kita Datin Seri Rosmah Mansur telah menghadiri majlis Istiadat Bersanding Pengantin Diraja Brunei yang diadakan di Balai Singahsana Indera Buana, Istana Nurul Iman sebagai tetamu khas jemputan Sultan Brunei. Beberapa orang pemimpin negara Asean lain juga turut menghadiri majlis ini termasuk Perdana Menteri Thailand Yingluck Shinawatra, Presiden Filipina Benigno S. Aquino, Perdana Menteri Kemboja Hun Sen dan Menteri Luar Singapura K. Shanmugam.  Datuk Seri Najib Tun Razak tidak dapat menghadiri Istiadat pagi ini atas sebab-sebab perkhidmatan, walau bagaimanapun beliau dijadualkan turut serta dalam majlis Makan Malam yang akan diadakan pada sebelah malamnya.

Sumber :- Bernama 

Cenderahati Sempena Majlis Istiadat Bersanding Pengantin Diraja Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pangiran Anak Puteri Hajah Hafizah Sururul Bolkiah dan Yang Amat Mulia Pengiran Anak Haji Muhammad Ruzaini

23.09.2012, Ahad - Inilah dia cenderahati yang diterima oleh para jemputan khas yang menghadiri Majlis Istiadat Bersanding Diraja diantara  Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pangiran Anak Puteri Hajah Hafizah Sururul Bolkiah dan Yang  Amat Mulia Pengiran Anak Haji Muhammad Ruzaini pagi tadi.  Seronokkan kalau menjadi tetamu jemputan khas.  Cenderahati ini memang unik kerana iannya tidak dijual dan hanya untuk tetamu jemputan khas ke Majlis ini sahaja. Bertuahlah badan kepada yang memiliki barangan ini kerana tak semua orang boleh memperolehinya.

Sumber :- Naning  

Aktiviti Hari Ini

23.09.2012, Ahad - Pagi tadi  dari KL Residence, Syah ke rumah Kak Lang Ella di Ampang dan akan stay selama dua hari dan kemudian Syah akan balik semula ke Rawang Residence Syah.  Saja temankan Kak Lang Ella dan anak-anaknya coz hubby dia ke Mekah. Muss pula tengahari tadi outstation ke Pantai Timur dan Jumaat baru balik.  Pagi tadi Syah busy sedikit menyaksikan Majlis Istiadat Perkahwinan Diraja Brunei dan buat entry berhubung istiadat berkenaan.  Petang tadi baru free dan kami jalan-jalan di Carrefour Ampang dan Kak Lang belanja KFC.  Ronda-ronda jap kemudian isi minyak kereta dan balik semula ke rumah.  Jam 18:30hrs tadi kami ke pasar malam dan minta Kak Lang Ella jalan kami dan tak payah bawa kereta.  Sebabnya tadi dia makan KFC dan kena exercise sedikit.  Balik tadi dia kata penatnya jalan kaki ...........hehehhehe.........

Oklah semua hingga berjumpa lagi dilain Entry............ byeeeeeeeeeee

Pengiran Haji Muhammad Ruzaini diberikan Gelaran Diraja Sebagai Yang Amat Mulia Pengiran Anak

23.09.2012, Ahad - Sempena Istiadat Persandingan Diraja pagi tadi, Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam telah berkenan menganugerahkan Gelaran Diraja kepada menantunya Yang Mulia Pengiran Haji Muhammad Ruzaini bin Pengiran Dr.Haji Mohd.Yakub. Pengistiharaan dibacakan di Balai Singahsana Indera Buana, Istana Nurul Iman pada jam 12:01hrs tadi dihadapan kedua Pengantin Diraja, Sultan Brunei dan Raja Isteri serta para hadirin lainnya. Mulai hari ini Yang Mulia Pengiran Haji Muhammad Ruzaini bin Pengiran Dr.Haji Mohd.Yakub hendaklah dibahasakan sebagai Yang Amat Mulia Pengiran Anak Haji Muhammad Ruzaini.  Tahniah diucapkan kepada YAM Pengiran Anak Haji Muhammad Ruzaini diatas gelaran ini.  Gambar ini Syah ambil ketika siaran secara langsung sebentar tadi dimana pengistiharaan mengenai gelaran ini sedang diumumkan di Balai Singahsana Indera Buana, Istana Nurul Iman. Pengistiharaan dibacakan oleh YAM Pengiran Lela Cheteria Sahibun Najabah Pengiran Anak Haji Abdul Aziz. 

Sumber :- RTB 4 Live Streaming 

Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Anak Puteri Hajah Nor Ehsani Hadiri Istiadat Persandingan Diraja Pangiran Anak Puteri Hajah Hafizah Sururul Bolkiah dan Pengiran Haji Muhammad Ruzaini

23.09.2012, Ahad - Semasa menyaksikan Istiadat Perkahwinan Diraja diantara   YTM Pangiran Anak Puteri Hajah Hafizah Sururul Bolkiah dan YM Pengiran Haji Muhammad Ruzaini   sebentar tadi di RTB4 Live Streaming, Syah ternampak imej Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Anak Puteri Hajah Nor Ehsani binti Almarhum Sultan Ahmad Tajuddin Akazul Khairi Waddien (berbaju merah) yang turut serta menghadiri istiadat ini.  YTM merupakan puteri kepada Sultan Brunei, Sultan Ahmad Tajudin dari bondanya Almarhumah Tengku Ampuan Raihani atau dikenali sebagai Tengku Ampuan Brunei.  Tengku Ampuan Raihani merupakan anakanda kepada Sultan Selangor Ke-5, DYMM Sultan Ala'eddin Sulaiman Shah dan Che Puan Anjung Negara @ Cik Maimon Abdullah.

Setelah kemangkatan Ayahandanya, Sultan Ahmad Tajuddin, Bapa Saudara YTM iaitu Ayahanda kepada Sultan Hassanal Bolkiah telah diangkat menjadi Sultan Brunei yang baharu kerana Sultan Ahmad Tajuddin tidak mempunyai anak lelaki, kesemua anaknya adalah perempuan. YTM berusia hampir 77 tahun, diputerikan pada 15.10.1935 di Bandar Diraja Klang, Selangor Darul Ehsan. Sewaktu Paduka Almarhum Ayahandanya mangkat, YTM baru berusia 15 tahun dan telah berangkat pulang ke Selangor bersama bondanya. Sekarang YTM menetap di Brunei dan sering terlibat dalam istiadat/upacara rasmi di Brunei.

Syah sentiasa doakan agar Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Anak Puteri Hajah Nor Ehsani diberikan kesihatan yang baik serta dipanjangkan umur dan dimurahkan rezeki. Amin

Sila click Entry mengenai YTM yang Syah buat sebelum ini :-

Sumber :- Gambar dari RTB4

Istiadat Persandingan Diraja Pangiran Anak Puteri Hajah Hafizah Sururul Bolkiah dan Pengiran Haji Muhammad Ruzaini Berjalan Lancar




23.09.2012, Ahad - Shukur Alhamdulillah Istiadat Persandingan Diraja diantara Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pangiran Anak Puteri Hajah Hafizah Sururul Bolkiah binti Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah dengan pasangannya Yang Mulia Pengiran Haji Muhammad Ruzaini berjalan lancar mengikut adat istiadat diraja Brunei di Balai Singahsana Indera Buana, Istana Nurul Iman, Bandar Seri Bagawan, Brunei Darussalam. Majlis selesai lebih kurang jam 12:45hrs tadi.  Turut kelihatan adalah Isteri Perdana Menteri Malaysia Datin Seri Rosmah Mansor.  

Sumber :- RTB4

Siaran Secara Langsung Perkahwinan Diraja di RTB 1 dan RTB 4 Sekarang

23.09.2012, Ahad - Majlis Istiadat Persadingan Diraja sedang berlangsung Balai Singahsana Indera Buana, Istana Nurul Iman.  Saksikan melalui RTB4  Live Streaming sekarang di http://www.rtb.gov.bn/.  Sekarang jam 11:44hrs dan majlis belum bermula dan masih menunggu keberangkatan  tiba Tuanku Sultan Brunei. Majlis akan bermula setelah keberangkatan tiba Tuanku Sultan Brunei.

Sumber :- RTB4

Majlis Istiadat Bersanding Diraja Pengiran Anak Puteri Hajah Hafizah dan Pengiran Ruzaini Berlangsung Pagi Ini

23.09.2012, Ahad - Majlis Istiadat Persandingan Pengantin Diraja diantara Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pangiran Anak Puteri Hajah Hafizah Sururul Bolkiah binti Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah dengan pasangannya Yang Mulia Pengiran Haji Muhammad Ruzaini bin Pengiran Dr. Haji Mohd. Yakub akan berlangsung pada pagi ini sekitar jam 10:00hrs dengan penuh gilang gemilang dengan adat istiadat diraja Brunei di Balai Singahsana Indera Buana, Istana Nurul Iman. Majlis Istiadat Persandingan Diraja ini boleh disaksikan secara langsung melalui RTB 1 dan RTB 4 juga melalui RTB 4 Live Streaming dihttp://www.rtb.gov.bn/ .  Jika nasib baik kita kat Malaysia boleh menyaksikannya kecualilah jika real player atau internet kita ada masalah seperti yang Syah hadapi sekarang nie, Hemmmmmmmm............ Pasangan Diraja ini telah selamat diijabkabulkan pada hari Khamis bersamaan 20.09.2012 dMasjid Sultan Omar Ali Saifuddien di Bandar Ser Bagawan. By the way gambar diatas tu semasa Majlis Istiadat Berbedak Pengantin Diraja pada malam 19.09.2012 lepas iaitu sehari sebelum Majlis Istiadat Akad Nikah Pengantin Diraja berlangsung. Apalah agaknya busana pengantin Diraja dalam istiadat ini nantikan?.  Sama-samalah kita saksikannya nanti. Tungguuuuuuuuuuu..........

Sumber : Naning / RTB4

Saturday, September 22, 2012

Gambar Terbaru Mazwin Hamzah

22.09.2012, Sabtu - Kenal lagi tak siapakah gerangannya Wanita dalam gambar ini? 1st time lihat gambar nie Syah tertanya-tanya siapakah wanita disebelah YTM Paduka Seri Pengiran Anak Puteri Hajah Hafizah Sururul Bolkiah nie? Hemmmmmmmmmm ........... setelah di informed oleh penghantarnya Naning, baru Syah tahu bahawa wanita dalam gambar ini adalah Mazwin Hamzah bekas Isteri kepada  Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Bendahara Seri Maharaja Permaisura Pengiran Muda Haji Sufri Bolkiah Ibni Al-Marhum Sultan Haji Omar 'Ali Saifuddien Sa'adul Khairi Waddien atau lebih dikenali di Malaysia sebagai Pengiran Sufri.  Lainkan muka Maziun Hamzah sekarang nie.  Gambar nie diambil sewaktu Mazwin Hamzah menghadiri Majlis Istiadat Berbedak Pengantin Diraja yang berlangsung di Balai Singahsana Indera Buana, Istana Nurul Iman pada malam 19.09.2012 lepas. Mazwin Hamzah berkahwin dengan Pengiran Sufri pada 11.12.1987 dalam usia 23 tahun dan kemudiannya berpisah setelah 17 tahun hidup bersama, Dah tak ada jodoh nak buat macam mana kan? Bak kata orang berat mana mata memandang berat lagi bahu memikul. Ada masanya kekayaan bukanlah satu keutamaan dalam hidup ini kerana ada yang lebih penting lagi dari kekayaan iaitu kebahagian. Kepada para peminat Mazwin Hamzah, Syah berharap dengan gambar ini dapat mengubati kerinduan anda semua kepada beliau. Terima kasih Naning atas kiriman gambarnya.

Sumber :- Naning

Istiadat Malam Jaga-Jaga Berjalan Seperti Biasa Di Istana dan Kediaman Pengantin Diraja Lelaki

22.09.2012, Sabtu - Semalam 21.09.2012, Sempena Istiadat Perkahwinan Diraja Brunei diantara Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Anak Puteri Hajah Hafizah Sururul Bolkiah binti Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah dengan Yang Mulia Pengiran Haji Muhammad Ruzaini bin Pengiran Dr.Haji Mohd.Yakub, Majlis Istiadat Malam Jaga-Jaga berjalan lancar seperti hari-hari sebelumnya samada di Istana Nurul Iman dan dikediaman pengantin Diraja Lelaki di Kampung Beribi. Manakala pelbagai keraian diadakan sempena Perkahwinan Diraja ini untuk warga Brunei dan para pelancung.  Bestkan kalau dapat berada di Brunei dan merasai sendiri kemeriahan sempena Istiada Perkahwinan Diraja ini.

Majlis Istiadat Malam Jaga-Jaga di Istana Nurul Iman.
Istiadat  Malam Jaga-Jaga di Kediaman Pengantin Diraja Lelaki di Kampung Beribi










Sumber : Jabatan Penerangan Brunei

Friday, September 21, 2012

Kesihatan Syah

21.09.2012, Jumaat - Salam semua dan apa khabar, Syah harap anda semua dalam keadaan sihat hendaknya.  Pagi tadi Syah ada appointment dengan Dr. Vijay di Assunta Hospital.  Macam biasalah Syah sampai awal jam 09:00hrs tetapi doktor datang lewat sket. Hehehhehe........... Doktor kata rasa sakit dan tak selesa dan ada masanya gatal tu perkara biasa cuma dia minta supaya Syah tak ada problem masa pass motion kalau tak benda tu akan jadi semula. Doktor minta Syah berehat lagi seminggu tetapi Syah tak mahu memandangkan tugas-tugas Syah yang sedia ada menunggu dan melambak kat office. Lagipun my colleague, Kak Rose operation kaki dan boss Syah Dik Nor dah nak due   bersalin anytime sekarang nie.  Kalau ikutkan hati memang Syah hendak berehat sebab tak selesa duduk lama-lama dan ada masanya rasa sakit tetapi nak buat macam mana kan? Next appointment Jumaat depan. Oklah semua doakan agar Syah sihat yer? 

Tuanku Abdul Halim Solat Jumaat Di Masjid Negara Hari Ini

21.09.2012, Jumaat - Hari ini lepas balik daripada appointment dengan Dr. Vijey di Assunta Hospital Syah terus ke Masjid Negara untuk Solat Jumaat.  Syah solat kat sini coz senang untuk Syah balik ke Rawang naik KTM kat Stesyen KTM Kuala Lumpur.  Kalau nak terus balik Rawang nampak gayanya tak solat Jumaatlah coz masa tu sudah jam  duabelas tengahari.   Macam biasa Syah beli makanan dan kemudiannya akan ke Makam Pahlawan dan on the way tu nampak ada hamparan karpet merah dan ada kerusi sebuah dalam dewan solat utama dan Sahlah Yang di-Pertuan Agong akan Solat Jumaat kat sini coz Tuanku Solat duduk.  Bertuah dapat melihat Tuanku lagi di Masjid Negara hari nie.  Macam biasa selepas solat,  Tuanku akan bersalaman dengan para hadirin yang beratur panjang dan tidak mahu melepaskan peluang berjabat tangan dengan Tuanku Abdul Halim. Ini adalah salah satu gambar yang Syah ambil petang tadi di Masjid Negara.

Kelihatan Tuanku memakai pakaian rasmi Tentera dan memang ramai anggota ATM bersolat di Masjid Negara hari ini.  Khutbah  Jumaat pun dibacakan oleh seorang anggota tentera dan tajuknya juga berkisar mengenai ketenteraan iaitu ANGKATAN TENTERA MALAYSIA: KOMITMEN KAMI, KEYAKINAN ANDA. By the way dalam masa yang sama Tun Dr. Mahathir juga turut bersolat disini dan kelihatan jemaah dari dalam dan luar negara mengerumuni Tun serta bersalam dan mengambil gambar bersama Tun.  Anggota-anggota ATMpun tidak melepaskan peluang bersalaman dan bergambar bersama Tun.  Maklumlah sekarang nie nak ambil gambar memang senang dan mudah, tak payah bawa kamera pun? hanya guna handphone sahaja.  Syah sempat salam dan cium tangan Tun.

Istiadat-Istiadat Sempena Perkahwinan Diraja Puteri Sultan Brunei Yang Dijalankan Pada 20.09.2012

21.09.2012, Jumaat - Selain daripada Istiadat Akad Nikah yang berlangsung pada 20.09.2012 sempena Istiadat Perkahwinan Diraja Brunei diantara Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Anak Puteri Hajah Hafizah Sururul Bolkiah binti Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah dengan Yang Mulia Pengiran Haji Muhammad Ruzaini bin Pengiran Dr.Haji Mohd.Yakub terdapat beberapa lagi Istiadat yang berlangsung diantaranya :-
Majlis Istiadat Gendang Jaga-Jaga di Istana Nurul Iman
 Majlis Istiadat Malam Jaga-Jaga Di Istana Nurul Iman
 Majlis Istiadat Malam Jaga-Jaga Dikediaman Pengantin Lelaki Diraja

Sumber ; Jabatan Penerangan Brunei

Terima Kasih Semua Kerana Membaca Blog Syah dan Syah Ada Appointment Di Assunta Pagi Nie

21.09.2012, Jumaat - Salam Jumaat dan Selamat Pagi kepada semua pembaca blog Syah.  Terima kasih atas sokongan anda kepada entry-entry Syah selama ini.  Semalam sahaja statistik pengunjung Syah menunjukkan angka 2439 satu angka yang sekali sekala sahaja akan berlaku terutamanya jika ada berita-berita terkini yang menjadi tumpuan umum.  Entry Syah nie naik disebabkan updates mengenai Perkahwinan Diraja Brunei diantara Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pangiran Anak Puteri Hajah Hafizah Sururul Bolkiah binti Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah dengan pasangannya Yang Mulia Pengiran Haji Muhammad Ruzaini bin Pengiran Dr. Haji Mohd. Yakub. Sepanjang minggu ini pelbagai istiadat diadakan mengikut adat istiadat diraja Brunei.  Hari Ahad nanti akan diadakan Istiadat Bersanding pula sekitar jam sepuluh pagi.

Pagi nie Syah ada appointment dengan Dr Vijay di Assunta Hospital dan sebentar nanti jam 07:30hrs, Syah akan bertolak ke Assunta.  Muss baru sekejap tadi bertolak ke tempat kerjanya dan dia ada tanya nak tumpang sekali tak? dan Syah informed ada appointment dengan hospital pagi nie.  Lepas appointment Syah akan balik ke Rawang Residene.  Ok lah sehingga berjumpa lagi dilain Entry doakan Syah sihat yer kawan-kawan semua dan Syah sentiasa mendoakan agar anda semua diberikan kesihatan yang baik dan dimurahkan rezeki.  Amin.

Profile Pengantin Diraja YTM Paduka Seri Pengiran Anak Puteri Hajah Hafizah Sururul Bolkiah dan YM Pengiran Haji Muhammad Ruzaini

21.09.2012, Jumaat - Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Anak Puteri Hajah Hafizah Sururul Bolkiah adalah anakanda kelima dan puteri keempat Kebawah Dulia Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam dan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Raja Isteri Pengiran Anak Hajah Saleha.

Yang Teramat Mulia diputerikan pada 12 Mac 1980 dan telah memulakan pengajian formal di Sekolah Antarabangsa pada tahun 1984 dan menjalani semua peringkat-peringkat pendidikan dari tadika, peringkat rendah dan menengah dalam semua mata pelajaran biasa termasuklah pelajaran ugama.

Sebagai seorang penuntut, YTM telah menunjukkan kesungguhan, sifat-sifatnya yang rajin, tekun dan sentiasa suka kepada pengajian yang dihadapinya. Berkat sifat-sifat seperti ini, YTM telah lulus dalam peperiksaan PCE pada tahun 1990 dan melayakkan diri untuk meneruskan pengajiannya di Maktab Sains Paduka Seri Begawan Sultan mengikut jejak kekanda-kekanda YTM. Dalam tahun 1993, YTM telah lulus peperiksaan BJCE dan dalam bulan Jun 1995 telah mencapai kecemerlangan dalam peperiksaan GCE peringkat biasa yang mana melayakkan YTM memasuki Maktab Duli Pengiran Muda Al-Muhtadee Billah, Gadong.

Dengan semangat serta azam yang gigih untuk menimba ilmu pengetahuan dalam bidang pendidikan YTM telah memperoleh Ijazah Sarjana Muda Pentadbiran Perniagaan dengan Kepujian Kelas Kedua Atas dari Universiti Brunei Darussalam dalam Majlis Konvokesyen yang ke-14 pada 7 September 2002.

Semangat untuk berbakti kepada masyarakat dan ugama serta berbekalkan ilmu pengetahuan yang telah diperolehi, YTM berkenan berkhidmat dan berbakti dalam Kerajaan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam di Kementerian Kewangan. Semasa bertugas di kementerian ini, YTM berangkat menghadiri majlis-majlis rasmi yang dianjurkan oleh kementerian berkenaan, di samping berangkat ke majlis-majlis rasmi negara.
Dalam bidang pengajian Kitab Suci Al-Qur'an, YTM sangat gemar dalam menumpukan perhatiannya antara lain berguru dengan Datin Hajah Maliha binti Hanif, isteri Allahyarham Dato Paduka Haji Mustajab Saien. Pada 21 Mac 1996, Majlis Khatam Al-Qur'an bersama kekandanya Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Anak Puteri Hajah Majeedah Nuurul Bolkiah dan adindanya Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Anak Puteri 'Azemah Ni'matul Bolkiah telah berlangsung dengan penuh adat di Balai Singgahsana, Istana Nurul Iman.

Dalam kalangan rakan-rakannya semasa menuntut, YTM telah menunjukkan sebagai seorang pelajar yang berbudi bahasa, berhemah tinggi dan mesra dengan rakan-rakannya serta sentiasa menghormati guru-gurunya. Dengan kedudukan ini, YTM sangat disegani dan dikenali oleh rakan-rakan sejawatannya.

Dalam kegiatan-kegiatan luar sekolah, YTM adalah seorang yang sangat aktif dan tidak ketinggalan dalam bidang-bidang yang digemarinya. Oleh yang demikian YTM dihormati oleh rakan-rakannya dan disayangi oleh guru-guru YTM, berakhlak mulia dan dicontohi.

Pengiran Haji Muhammad Ruzaini bin Pengiran Dr. Haji Mohd Yakub dilahirkan pada 18 Januari 1983. Beliau merupakan anak kedua daripada lima adik beradik dalam keluarga Pengiran Dr. Haji Mohd Yakub bin Pengiran Haji Othman dan Dayang Hajah Zainon binti Dato Paduka Haji Elias. Kakanda sulung Yang Mulia ialah Pengiran Muhammad Afizan, seorang ahli perniagaan. Manakala adik beradiknya ialah Dayangku Dr Amalina, salah seorang pegawai perubatan di Kementerian Kesihatan, Dayangku Amal Aqilah, seorang pegawai undang-undang di Kementerian Kewangan dan Awangku Muhammad Tarmizi yang masih menuntut di University of Coventry, England.

Pendidikan awal beliau bermula dalam tahun 1987-1993 dalam usia lima tahun di Sekolah Persekutuan Guru-guru Melayu Brunei (PGGMB). Dalam tahun 1994, ketika berusia 13 tahun, beliau meneruskan persekolahannya di Sekolah Saint Andrew's sehingga tahun 1996.

Selepas itu beliau melanjutkan pelajarannya ke Bedford School England dan mendapat Sijil Pendidikan Tinggi dalam Ekonomi, University of Surrey dalam 2003 dan Ijazah Bachelor of Arts dengan kepujian dalam Ekonomi, University of Coventry, England pada tahun 2005.

Dalam peperiksaan peringkat GCE 'O' beliau memperolehi 7 'O' Level dan 3 'A' Level dalam peringkat GCE 'A'.  Dalam bidang kerjaya, beliau mula berkhidmat dengan kerajaan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam di Jabatan Penerbangan Awam Kementerian Perhubungan pada tahun 2006 hingga 2009 sebagai Pegawai Pemasaran dan pada tahun 2009, beliau dilantik memegang jawatan sebagai Pegawai Tugas-tugas Khas di Bahagian Perancangan dan Perkembangan Ekonomi dan Kewangan, Jabatan Perdana Menteri (JPM) hingga sekarang.

Semasa bertugas di Jabatan penerbangan Awam, Pengiran Haji Muhammad Ruzaini telah menghadiri pelbagai mesyuarat dan kursus antaranya pada bulan Ogos 2006 mengadakan lawatan kerja ke Civil Authority of Singapore dan Jabatan penerbangan Awam Malaysia. Pada Oktober 2006, beliau menghadiri Persidangan Maximising Non-Aviation Revenue for Aiports di Republik Singapura; Mei 2007, Achieving World Class Service Culture di Institusi Perkhimatan Awam, Brunei; September 2007 ke persidangan Maximising Non-Aeronautical Revenue for Airport di Malaysia; November 2007 mengikuti lawatan kerja ke Terminal 3, Lapangan Terbang Changi Singapura dan Disember 2007 menghadiri Aviation Safety Workshop di Brunei.

Pada tahun 2008 beliau mengikuti COSCAP South East Asia Training Programme dan Kongres Belia Kebangsaan di Brunei; April 2008 menghadiri East Asia Free Trade Agreement in Services: Facilitating Free Flow of Services in ASEAN di Thailand; dan Julai 2008 menghadiri 3rd Meeting of Logistics and Transport Services Sectoral Wroking Group di Vietnam.

Semasa bertugas di Jabatan Penerbangan Awam, beliau antaranya pernah menerima lantikan sebagai Pegawai Penghubung bagi 6th ASEAN TELMIN, TELSOM Working Group Meeting; November 2006, sebagai Ketua Sekteriat bagi Penubuhan Jawatankuasa Brunei International Airport; Disember 2006, Setiausaha kepada Jawatankuasa Kerja Sambutan Hari Pelanggan Jabatan Penerbangan Awam; Januari 2007, Ahli Jawatankuasa Ketibaan dan Kepulangan (Airport), Istiadat Perkahwinan Diraja Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Anak Puteri Hajah Majeedah Nuurul Bolkiah; September 2008 hingga Ogos 2009, memangku jawatan Pengurus Lapangan Terbang dan 2009 lulus peperiksaan Perintah-Perintah Am 1961 dan Peraturan Perkhidmatan Awam dan Peraturan Kewangan.

Semasa di JPM, beliau pernah menghadiri beberapa mesyuarat antaranya 16th AFA Conference di Brunei; Jun 2010, APEC - 'Enforcing Contract, Ease of Doing Business' di Korea; Ogos 2010, Perfecting Key Performance Indicator; November 2010, ASEAN-OECD Investment Policy Confrence di Republik Indonesia; Mac 2011 Workshop on Making a Difference for Entreprenuers, Ease of Doing Business dan November 2011 menghadiri Sidang Kemuncak ASEAN Ke-19 di Bali, Indonesia.

Beliau juga telah dilantik sebagai Ahli Jawatankuasa Task Force Prime Minister's Corporation pada tahun 2009. Manakala bidang tugas kerja di JPM ialah sebagai Ahli Urus setia Pandu dan Jawatankuasa Kerja Ease of Doing Business; Ahli Urus setia Jawatankuasa Pelaburan Langsung Asing (FDI) bagi menjana pertumbuhan ekonomi; KPI dan Perancangan Strategik; Ahli Jawatankuasa Menangani Isu Kelambatan Pembayaran Usaha untuk Meningkatkan Hasil Kerajaan dan Global Competitiv Index (GCI).

Sumber : Diambil Dari Media Permata

Thursday, September 20, 2012

Pangiran Anak Puteri Hajah Hafizah Sururul Bolkiah Sah Menjadi Isteri Yang Mulia Pengiran Haji Muhammad Ruzaini


20.09.2012, Khamis - Shukur Alhamdulillah Istiadat Akad Nikah diantara Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pangiran Anak Puteri Hajah Hafizah Sururul Bolkiah binti Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah dengan pasangannya Yang Mulia Pengiran Haji Muhammad Ruzaini bin Pengiran Dr. Haji Mohd. Yakub berjalan dengan lancar hari ini di Masjid Sultan Omar Ali Saifuddien di Bandar Seri Bagawan.  Dengan sekali lafaz sahaja Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pangiran Anak Puteri Hajah Hafizah Sururul Bolkiah menjadi milik sepenuhnya dan bergelar Isteri kepada YM Pengiran Haji Muhammad Ruzaini.   Istiadat Akad Nikah dijalankan selepas solat Zohor sekitar jam 13:45hrs dan berakhir lebih kurang  jam 14:30hrs.  Selesai sahaja Istiadat Akad Nikah, kedengaran tembakan meriam sebanyak 21 das berkumandang diudara. 

Tahniah Syah ucapkan kepada kedua Pengantin Diraja, Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pangiran Anak Puteri Hajah Hafizah Sururul Bolkiah binti Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah dan pasangannya Yang Mulia Pengiran Haji Muhammad Ruzaini bin Pengiran Dr. Haji Mohd. Yakub  semuga Dipanjangkan Jodoh hingga keakhir hayat serta dilindungi Allah hendaknya. Amin.

Sumber :- Naning / Jabatan Penerangan Brunei

Sultan Brunei dan Raja Isteri Menghadiri Majlis Mengadap dan Junjung Ziarah Jemaah Haji Brunei 2012

20.02.2012, Khamis - Walaupun sibuk dengan Istiadat Perkahwinan puterinya tetapi Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam dan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Raja Isteri Pengiran Anak Hajah Saleha tetap meluangkan masa menghadiri Majlis Mengadap dan Junjung Ziarah bagi meraikan bakal-bakal Haji Negara Brunei bagi tahun 2012. Majlis diadakan semalam 19.09.2012 bertempat di Istana Nurul Iman.  Majlis diadakan secara berasingan untuk jemaah lelaki dan wanita. Turut mengiringi Sultan Brunei adalah Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Muda Mahkota Pengiran Muda Haji Al-Muhtadee Billah manakala Raja Isteri diruang yang berlainan diiringi oleh Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Anak Isteri Pengiran Anak Sarah dan Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Anak Puteri Hajah Rashidah Sa'adatul Bolkiah.

Pada tahun ini Brunei menghantar seramai 400 orang bakal Haji mengikut kuota yang ditetapkan oleh Arab Saudi iaitu 1% daripada penduduk islam sesuatu negara. Seramai 200 jemaah lelaki dan 200 jemaah perempuan diberi peluang menunaikan ibadat haji pada tahun ini. Bakal-bakal haji ini akan mula bertolak ke tanah suci pada 02 dan 03 Oktober akan datang. Para bakal haji sempat menunaikan solat Zohor di Istana Nurul Iman dan kemudiannya diberikan kain ihram kepada jemaah lelaki manakala jemaah perempuan menerima kain telekung. Semalam kerajaan Brunei telah menghantar petugas-petugas Haji mereka ke Arab Saudi yang terdiri daripada lima orang pegawai perubatan, 15 orang jururawat dan 15 orang pegawai haji bagi membantu dan menguruskan keperluan para jemaah Brunei.

Sumber :- RTB4 / Jabatan Penerangan Brunei

Istiadat Akad Nikah YTM PSPAP Hajah Hafizah Sururul Bolkiah dan YM Pengiran Haji Muhammad Ruzaini Akan Berlangsung Hari ini

20.09.2012, Khamis - Istiadat Berbedak Pengantin Diraja berjalan dengan penuh adat istiadat Diraja Brunei malam tadi di Balai Singahsana Indera Buana, Istana Nurul Iman, Bandar Seri Bagawan, Brunei Darussalam.  Hari ini pula lebih kurang jam 12:15 hrs nanti akan diadakan pula Istiadat Akad Nikah Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pangiran Anak Puteri Hajah Hafizah Sururul Bolkiah binti Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah dengan pasangannuya Yang Mulia Pengiran Haji Muhammad Ruzaini bin Pengiran Dr. Haji Mohd. Yakub.  Istiadat Akad Nikah akan berlangsung di Masjid Sultan Omar Ali Saifuddien di Bandar Ser Bagawan.  Istiadat Akad Nikah ini akan disiarkan secara langsung melalui Radio 90.4fm (Brunei) manakala siaran ulangan (rakaman) akan dapat disaksikan di TV Brunei malam esok pada jam 23:00hrs. Manakala malam ini pula akan diadakan ulang siar Istiadat Berbedak Pengantin Diraja pada jam 23:00hrs.  Sila semak jadual siaran RTB  jika ada sebarang pertukaran.

Masjid Sultan Omar Ali Saifuddien merupakan sebuah masjid yang diiktiraf sebagai masjid yang terunik di Asia Pasifik serta menjadi tarikan pelancung dan merupakan mercutanda Brunei Darussalam.  Masjid yang siap dibina pada 1958 ini telah diberikan nama sempena nama Sultan Brunei ke-28 iaitu Sultan Omar 'Ali Saifuddien III. Masjid yang dibina dengan senibina moden Islam ini dibina dalam sebuah lagun buatan di tepi Sungai Brunei.  Menaranya diperbuat daripada mamar dan kubah utamanya bersalut emas. Masjid ini dikelilingi taman, pokok-pokok dan pancutan air.  Bentuk "kalat" (tali tebal) yang menerapkan unsur tempatan boleh didapati pada tiang luar masjid. Terdapat Sebuah jambatan yang menghubungkan masjid dengan Kampong Ayer di tengah-tengah sungai Brunei. Sebuah barj buatan dibina di dalam lagun pada tahun 1967 bagi meraikan hari ulang tahun ke-1400 Nuzul Quran. Barj ini merupakan replika barj mahligai Sultan Bolkiah dan digunakan bagi pementasan Tilawah Al-Quran. Masjid ini terletak dalam kawasan seluar 5 ekar dan boleh menempatkan 3,000 orang jemaah dalam satu-satu masa.

Syah mendoakan agar Istiadat Akad Nikah diantara Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pangiran Anak Puteri Hajah Hafizah Sururul Bolkiah binti Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah dengan pasangannya Yang Mulia Pengiran Haji Muhammad Ruzaini bin Pengiran Dr. Haji Mohd. Yakub berjalan dengan lancar seperti yang dijadualkan. Amin


Sumber :- Naning / Wikipedia

Wednesday, September 19, 2012

Istiadat Berbedak Pengantin Diraja Brunei Berjalan Lancar

19.09.2012, Rabu - Istiadat Berbedak Pengantin Diraja berjalan dengan penuh adat istiadat Diraja Brunei malam ini. Istiadat diadakan di Balai Singahsana Indera Buana, Istana Nurul Iman, Bandar Seri Bagawan, Brunei Darussalam ini dihadiri oleh kerabat diraja Brunei dan tetamu-tetamu khas. Istiadat didahului dengan upacara berbedak YTM Paduka Seri Pangiran Anak Puteri Hajah Hafizah Sururul Bolkiah binti Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah.  Kemudiannya tiba pula giliran bakal pengantin diraja YM Pengiran Haji Muhammad Ruzaini bin Pengiran Dr. Haji Mohd. Yakub  mengambil tempat bagi istiadat Berbedak Diraja. Kelihatan Sultan Brunei tertawa ketika bakal menantunya terus hendak duduk tanpa menjunjung sembah kepada Baginda berdua.  Walau bagaimanapun belum sempat beliau duduk, beliau bangun semula dan menjunjung sembah kepada kebawah duli baginda berdua.  Biasalah tu nervous atau darah gemuruh bakal pengantin.

Insyallah esok akan diadakan Istiadat Akad Nikah yang dijadualkan berlangsung pada jam 12:15 tengahari. Syah rasa bertuah kerana dapat menyaksikan istiadat ini secara langsung melalui RTB 4.  Anda boleh menyaksikan Istiadat seterusnya secara langsung melalui website www.rtb.gov.bn 

Sumber :- RTB4 / Naning