Wednesday, January 16, 2013

Duchess of Cambridge Dijangka Bersalin Pada Julai 2013

16 Januari 2013, Rabu :-

Istana St James dalam kenyataanya pada Isnin lepas memaklumkan bahawa Duchess of Cambridge atau lebih dikenali sebagai Kate dijangka akan melahirkan anak sulungnya pada Julai depan. Kenyataan itu juga memaklumkan bahawa pasangan Duke and Duchess of Cambribge hanya mengharapkan seorang bayi sahaja walaupun alahan luarbiasa yang dihadapinya baru-baru ini  dihubungkaitkan dengan kelahiran bayi kembar. Keadaan kesihatan Kate dilaporkan beransur sihat selepas dimasukkan ke Hospital King Edward VII kerana alahan yang teruk pada Disember 2012.  Kadungan Kate dianggarkan berusia sekitar tiga bulan. Kate yang berusia 31 tahun dan Prince William 30 tahun melangsungkan perkahwinan mereka di Westminister  Abbey  pada 29 April 2011 yang menjadi sebutan diseluruh pelusuk dunia dan dihadiri oleh Ketua-Ketua Negara dan Kerabat Diraja seluruh dunia dengan disaksikan berjuta-juta manusia melalui siaran langsung pada hari berkenaan termasuklah Syah sendiri. Sebelum istiadat perkahwinan berlangsung, Baginda Queen Elizabeth II telah berkenan menganugerahkan gelaran Duke of Cambridge kepada cucunda baginda, Prince William dan Duchess of Cambridge kepada Kate atau nama sebenarnya Catherine Elizabeth Middleton.

Jika bayi berkenaan dilahirkan pada bulan Julai, adalah menjadi tandatanya kepada semua samada bayi itu akan lahir pada 01 Julai atau 17 Julai kerana 01 Julai adalah hari lahir bonda Prince William iaitu Mendiang Princess Diana manakala tanggal 17 merupakan hari lahir Bonda Tiri Prince William,  Camilla, Duchess of Cornwall.  Hehehehe ........macam-macam hal kan? ada-ada jer jika dah jadi "public figure", beginilah jadinya semua benda orang hendak tahu.  Jangan masa bersalin nanti ada yang rakamkan untuk tontonan semua sudahlah ye?  by the way gambar diatas tu diambil sewaktu pasangan diraja ini berjalan keluar dari Wad Disember lepas kerana alahan yang teruk.

Sumber :- Kosmo / File Maharum Bugis Syah

No comments: