Tuesday, January 15, 2013

Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail Sampaikan Ijazah Doktor Kehormat Sains Kepada Prof Sir Anthony James Leggett

15.01.2012, Selasa - Hari ini Raja Muda Perlis, Duli Yang Teramat Mulia Tuanku Syed Faizuddin Putra Ibni Tuanku Syed Sirajuddin Jamalullail telah berkenan menyampaikan Ijazah Doktor Kehormat Sains kepada Prof Sir Anthony James Leggett.  Tuanku Syed Faizuddin yang juga merupakan Canselor Universiti Malaysia Perlis atau UniMAP menyampaikan ijazah ini dalam Istiadat Khas Konvokesyen UniMAP yang diadakan di Istana Arau, Arau, Perlis.  Turut serta dalam majlis ini adalah Menteri Besar Perlis, Dato' Seri Md Isa Sabu dan Naib Canselor UniMAP, Prof Dato' Dr Kamarudin Hussin.  Sir Anthony merupakan seorang profesor fizik dari University of Illinois dan telah beberapa kali menerima pelbagai anugerah diseluruh dunia termasuk anugerah Nobel dalam bidang fizik pada 2003.

Sumber :- Bernama / Wikipedia.

No comments: