Thursday, January 17, 2013

YAM Tengku Khaladiah binti Almarhum Sultan Ala'eddin Sulaiman Shah Mangkat

17 Januari 2012, Khamis :-

Dukacita dimaklumkan bahawa YAM Tengku Khaladiah binti Almarhum Sultan Ala'eddin Sulaiman Shah telah mangkat sebentar tadi di Hospital Tengku Ampuan Rahimah di Klang, Selangor.  Jenazah Allahyarhamah telah dibawa ke Masjid di Istana Alam Shah dan akan di makamkan selepas Solat Asar di Makam Diraja Klang, Insyallah.   Allahyarhamah telah gering hampir empat bulan dan telah dimasukkan ke Hospital Tengku Ampuan Rahimah.  Allahyarhamah berusia hampir 88 tahun dan merupakan puteri kepada Sultan Selangor ke-5 dari permaisuri baginda, Almarhumah Tengku Ampuan Fatimah binti Almarhum Sultan Idris Murshidul Aadzam Shah (Perak). Gambar diatas adalah pintu gerbang Makam Diraja Klang di Bandar Diraja Klang, Selangor Darul Ehsan.  Disinilah Allahyarhamah akan dimakamkan.

Al-Fatihah ...... semuga Roh Allahyarhamah YAM Tengku Khaladiah binti Almarhum Sultan Ala'eddin Sulaiman Shah ditempatkan bersama-sama orang-orang yang beriman dan beramal solleh.  Amin.

Sumber : Kuess / Istana Alam Shah

No comments: