Monday, April 15, 2013

BLGA Raikan Sambutan Hari Ulang Tahun Kelahiran YTM Pengiran Anak Sarah

15 April 2013, Isnin :-

Pada 14 April 2013 lepas, Persatuan Golf Wanita Brunei (BLGA) telah meraikan Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Anak Isteri Pengiran Anak Sarah binti Pengiran Salleh Ab. Rahaman dalam satu majlis sempena hari ulang tahun kelahiran YTM Pengiran Anak Sarah yang ke-26 tahun. Keberangkatan tiba YTM Pengiran Anak Sarah ke Tarindak d’Polo Restaurant, Royal Brunei Polo and Riding Club disambut oleh Pengerusi Persatuan Golf Wanita Brunei (BLGA),  Datin Seri Utama Dayang Hajah Rosnah binti Abdullah. YTM Pengiran Anak Sarah yang juga merupakan penaung diraja kepada BLGA telah berkenan mencemar duli menghadiri sesi bergambar bersama-sama ahli persatuan sebelum upacara memotong kek, persembahan cenderahati dan dihiburkan dengan pelbagai persembahan seni oleh anggota BLGA.

Datin Seri Utama Dayang Hajah Rosnah dalam ucapannya mengucapkan terima kasih atas kesudian YTM Pengiran Anak Sarah menghadiri majlis berkenaan serta menyembahkan penghargaan di atas sokongan berterusan baginda kepada BLGA. Datin Ser Utama juga memaklumkan bahawa BLGA telah menyertai pelbagai kejohanan dalam dan luar Negara disamping menjadi tuan rumah kepada Kejohanan Golf Wanita Borneo ke-16 pada tahun hadapan.

Sumber :- Jabatan Penerangan Brunei / Pelita Brunei

2 comments:

Fikri said...

Salam Syah, pengiran anak Sarah tahun nie ulang tahun ke-26 kan?

tengkusyah said...

Yer Fikri 26 tahun - dilahirkan pada 09 April 1987. Typo Error. telah dibetulkan,terima kasih yer.