Monday, April 22, 2013

Orang Kaya Bendahara Seri Maharaja Tun Syed Zahiruddin Meninggal Dunia

22 April 2013, Isnin :-

Allahyarham Tun Syed Zahiruddin bin Syed Hassan telah meninggal dunia dikediaman keluarganya dalam usia 95 tahun pada malam Sabtu lepas bersamaan 20 April 2013 dan telah selamat dikebumikan semalam di Tanah Perkuburan Islam Bukit Kiara jam 12:00hrs. Sebelum meninggal dunia, Allahyarham telah dimasukkan ke Hospital Pakar Damansara semenjak 10 hari lepas kerana menghadapi masalah buah pinggang dan sakit tua. Allahyarham merupakan Orang Besar Empat (Negeri Perak) yang membawa gelaran Orang Kaya Bendahara Seri Maharaja.  Allahyarham dilantik ke jawatan berkenaan oleh Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Sultan Azlan Muhibbuddin Shah Ibni Almarhum Sultan Yussuf Izzuddin Shah Ghafarullahu-lah pada 1984 dan Allahyarham juga merupakan Ahli Dewan Negara Perak. Allahyarham juga merupakan Mantan Yang di-Pertua Negeri Melaka ke-4 (1975 - 1984).

Allahyarham dilahirkan pada 11 Oktober 1918 di Pondok Tanjung, Kerian, Perak.  Anak jati Perak ini merupakan anak sulong dari enam adik beradik hasil perkongsian hidup diantara Syed Hassan bin Syed Ibrahim dan Raja Halimah binti Raja Abdullah. Allahyarham meninggalkan seorang balu, Toh Puan Halimah Md. Noh berusia 88 tahun, 10 orang anak serta lebih 30 orang cucu dan cicit.

Al-Fatihah ......... Semuga Roh Allahyarham Tun Syed Zahiruddin bin Syed Hassan ditempatkan bersama-sama orang-orang yang beriman dan beramal solleh.  Amin.

Entry Syah terdahulu berhubung jawatan Bendahara di Perak :-
http://tengkusyah.blogspot.com/2012/05/raja-bendahara-perak-terakhir-dyam-raja.html

Sumber :- Kosmo / Sembang Kuala / MBS

2 comments:

Anonymous said...

almarhum adalah bekas Yang Dipertua Negeri Melaka, bukannya Pulau Pinang.

almarhum juga adalah bapa saudara kepada bonda saya.

~ wan ~

tengkusyah said...

Terima Kasih, Telah Syah betulkan berhubung jawatan Allahyarham..