Thursday, April 4, 2013

Putera Bader bin Abdul Aziz Al-Saud Selamat Dimakamkan

04 April 2013, Khamis :- 

Pada Isnin lepas bersamaan 01 April 2013, Mahkamah Diraja Arab Saudi telah mengumumkan kemangkatan Putera Bader bin Abdul Aziz Al-Saud.  Putera Bader berusia 81 tahun merupakan putera ke-20 Raja Abdul Aziz Al-Saud, Pengasas dan Raja pertama Arab Saudi. Allahyarham pernah berkhidmat sebagai menteri penerangan dalam tahun 1961 dan timbalan komander Pertahanan Awan pada 1968 hingga bersara pada tahun 2010. Jenazah telah disembahyangkan di Masjid Imam Turki bin Abdullah di Riyadh pada hari Selasa.  Turut serta dalam solat jenazah ini adalah kekanda Allahyarham Putera Bader iaitu Raja Arab Saudi, Raja Abdullah ; wakil Presiden UAE, Sheikh Saeed bin Zayed Al-Nahyan ; bekas Perdana Menteri Lubnan, Saad Al-Hariri ; kerabat-kerabat diraja, menteri-menteri, pegawai-pegawai kanan kerajaan dan tentera serta rakyat jelata. Solat jenazah diimamkan oleh Mufti Arab Saudi, Sheikh Abdulaziz Al-Alsheikh.

Al-Fatihah ....... semuha rohnya Allahyarham Putera Bader bin Abdul Aziz Al-Saud ditempatkan bersama-sama orang-orang yang beriman dan beramal solleh.  Amin

Sumber :- UPI.com / Saudi Gazette / Gulf News


No comments: