Wednesday, April 10, 2013

Queen Elizabeth II Perkenankan Pengkebumian Negara Untuk Mendiang Baroness Margaret Thatcher

10 April 2013, Selasa :-

Her Majesty Queen Elizabeth II dan HRH The Duke of Edinburgh dijadualkan akan menghadiri majlis pengkebumian Mantan Perdana Menteri Britain, Mendiang Baroness Margaret Thatcher yang telah meninggal dunia pada 08 April 2013 akibat serangan stroke atau angin ahmar dalam usia 87 tahun di The Ritz, London.  Downing Street dalam kenyataannya memaklumkan bahawa Baginda Queen Elizabeth II telah memberi perkenan baginda untuk memberi penghormatan negara dan mengadakan majlis pengkebumian negara bagi mengenang jasa-jasa Mendiang Lady Thatcher yang merupakan Perdana Menteri Wanita pertama di Britain.  Mendiang Lady Thacher dari Parti Konservatif mengetuai kerajaan Britain pada 04 Mei 1979 hingga November 1990 dan merupakan Perdana Menteri paling lama dalam kerajaan Britain selepas perang.  Majlis pengkebumian akan diadakan di St Paul's Cathedral pada Rabu minggu hadapan dan diadakan siaran secara langsung melallui televisyen keseluruh Britain.  

Majlis ini dijangka menelan belanja sebanyak 8 juta pound dan merupakan majlis pengkebumian terbesar untuk seorang ahli politik semenjak pengkebumian negara bagi Sir Winston Churchill pada tahun 1965. Majlis pengkebumian ini juga adalah sama taraf seperti Majlis Pengkebumian Mendiang Princess Diana dan Mendiang Queen Mother. Walau bagaimanapun keputusan untuk memberikan Mendiang Lady Thatcher majlis pengkebumian negara ini telah mendapat pelbagai riaksi daripada pembayar cukai di Britain. Mendiang Lady Thatcher meninggalkan sepasang cahayamata iaitu Carol Thatcher dan Sir Mark Thatcher manakala suami mendiang Denis Thatcher telah meninggal dunia pada 2003.

Sumber :-  The Telegraph/  Utussan Malaysia / Mail Online / Wikipedia

No comments: