Saturday, April 27, 2013

Sultan Johor Dianugerahkan D.K.1 Terengganu

27 April 2013, Sabtu :-

Sempena Hari Keputeraan Sultan Terengganu, Kebawah Duli Yang Maha Mulia Al-Wathiqu Billah Sultan Mizan Zainal Abidin ibni Almarhum Sultan Mahmud Al-Muktafi Billah Shah yang ke-51 semalam, seramai 324 orang telah terpilih untuk menerima darjah kebesaran negeri Terengganu yang akan diadakan pada 09 Julai depan. Istiadat penganugerahan darjah kebesarn ini akan diadakan di Balai Istiadat, Istana Bukit Chendering, Kuala Terengganu, Terengganu. Sultan Johor, Duli Yang Maha Mulia Sultan Ibrahim ibni Almarhum Sultan  Iskandar mendahului senarai penerima darjah kebesaran Terengganu dan merupakan penerima tunggal Darjah Kebesaran Kerabat Terengganu Yang Amat Mulia Darjah Pertama (DK).

Darjah kebesaran ini mengandungi Kalung (rantai), Bintang, Selempang dan Lencana (Dokoh).  Setiap penerima darjah kebesaran ini hendaklah memakai Bintang Darjah Kebesaran Kerabat berkenaan disebelah kiri pakaian luar dan Lencana yang terganung pada pita (Selempang) dipakai bersandang di atas bahu kiri ke rusuk kanan.  Bagaimanapun pada masa tertentu lencana itu hendaklah digantungkan pada kalung(rantai).

Sumber :- Berita Harian / Bernama

No comments: