Wednesday, April 10, 2013

Sultan Pahang Sampaikan Sumbangan Bagi Pihak FAM

10 April 2013, Rabu :-

Hari ini Presiden Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) Kebawah Duli Yang Maha Mulia Sultan Pahang, Sultan Haji Ahmad Shah Al-Musta'in Billah ibni Almarhum Sultan Abu Bakar Ri'ayatuddin Al-Mu'adzam Shah telah berkenan menyerahkan sumbangan bagi pihak FAM kepada Tabung Wira Lahad Datu Media Prima dan Kedutaan Palestin untuk pembangunan bolesepak Palestin.  Sumbangan disampaikan oleh Tuanku Sultan Haji Ahmad Shah dalam majlis sedang media dan penyampaian sumbangan perlawanan amal antarabangsa "Match For Hope" Malaysia dan Palestin 2013. 

Sebanyak RM 717,891.75 telah disumbangkan untuk Tabung Wira Lahad Datu dan diserahkan kepada Ketua Pegawai Operasi Perkhidmatan Perkongsian Kumpulan Media Prima Berhad, Datuk Kamal Khalid manakala Duta Palestin ke Malaysia, Abdelaziz Aboughous telah menerima sumbangan berjumlah RM415,635.00 untuk pembangunan bolasepak di Palestin.  Turut serta dalam majlis ini adalah Menteri Belia dan Sukan, Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek.

Sumber :- Bernama

No comments: