Monday, April 29, 2013

Tunku Abdul Rahman Rasmikan Perkampungn Orang Asli Pertama Di Malaysia

29 April 2013, Isnin :-

Hari ini dalam tahun 1967, Perdana Menteri Malaysia pertama Allahyarham Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj telah merasmikan pembukaan perkampungan Orang Asli pertama yang terletak di Ayer Baning, Negeri Sembilan. Perkampungan yang terletak kira-kira 83.2km dari Seremban ini dinamakan Kampung Putra dan telah menjadi perkampungan contoh bagi orang asli pertama dibuka oleh Perdana Menteri. Kos pembinaan kampung ini berjumlah $60,000.00 dan didatangkan dengan kemudahan 33 buah rumah, kelinik, balairaya dan sebuah sekolah yang dilengkapi dengan asrama. Ini merupakan salah satu usaha kerajaan untuk menaik taraf hidup kaun Orang Asli setaraf dengan masyarakat umum dan dalam masa yang sama mengekalkan identiti serta nilai-nilai positif budaya masyarakat Orang Asli.

Ketibaan Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj ke kampung ini disambut oleh Ketua Orang Asli, Batin Hassan bin  Bate ; Menteri Tanah dan Galian, Haji Abdul Rahman Ya'akub ; Menteri Besar Negeri Sembilan, Dato' (Dr.) Mohamad Said bin Mohamad dan Pesuruhjaya Hal Ehwal Orang Asli, Dr. Haji Iskandar Carey.

Sumber :- Arkib Negara

No comments: