Tuesday, April 9, 2013

Tunku Ismail Tarik Balik Keputusan Letak Jawatan Sebagai Presiden PBNJ

09 April 2013, Selasa:- 

Akhirnya setelah dipujuk oleh Sultan Pahang dan mendapat restu daripada Sultan Johor akhirnya Tunku Mahkota Johor, Duli Yang Amat Mulia Tunku Ismail ibni Sultan Ibrahim telah  menarik balik keputusan meletak jawatan sebagai Presiden Persatuan Bola Sepak Negeri Johor atau singkatannya PBNJ berkuat kuasa serta merta hari ini. Perkara ini telah diumumkan oleh Kebawah Duli Yang Maha Mulia Sultan Pahang, Sultan Haji Ahmad Shah Al-Musta'in Billah ibni Almarhum Sultan Abu Bakar Ri'ayatuddin Al-Mu'adzam Shah dalam satu sidang akhbar yang diadakan di Istana Pahang, Kuala Lumpur selepas menerima mengadap Sultan Johor, Duli Yang Maha Mulia Sultan Ibrahim ibni Almarhum Sultan Iskandar dan DYTM Tunku Ismail ibni Sultan Ibrahim. Turut serta dalam perjumpaan selama sejam dengan Sultan Johor dan Tunku Mahkota Johor di Istana Pahang  adalah Kebawah Duli Yang Teramat Mulia Tengku Mahkota Pahang, Tengku Abdullah Al-Haj ibni Sultan Haji Ahmad Shah Al-Musta'in Billh.

Diantara titah Tuanku Haji Ahmad Shah yang juga merupakan Presiden Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) :-

    "Saya bershukur ke hadrat Allah S.W.T. pada hari ini sebagaimana harapan saya telah menjadi kenyataan, bahawasanya Tunku Mahkota Johor akan kembali sebagai Presiden PBNJ... jadi saya telah menasihatkan (Tunku Ismail) supaya berusaha bersunguh-sunguh untuk memperbaiki kedudukan bola sepak di Johor" 

    "Sekali anda memutuskan untuk menjadi anggota persatuan, kita tertakluk kepada undang-undang yang diperuntukkan persatuan itu.... jadi tiada siapa boleh melarikan diri daripada undang-undang yang telah termaktub bertahun-tahun" 

Tuanku Haji Ahmad Shah juga bertitah bahawa Tunku Ismail tetap akan menjalani hukuman penggantungan dan denda sepertimana yang diputuskan oleh Jawatankuasa Tata Tertib FAM sebelum ini. Tunku Ismail telah digantung enam bulan dan denda sebanyak RM18,000.00 berkuat kuasa 08 Mac lepas kerana mengkritik mutu pengadilan Liga Malaysia. Berlaku sedikit kontroversi pada 30 Mac 2013, dimana Tunku Ismail didakwa duduk di bangku simpanan pemain sewaktu aksi Liga Super antara Johor Darul Takzim FC (JDT FC) menentang Terengganu di Stadium Tan Sri Hassan Yunos di Larkin, Johor ketika hukuman berkenaan masih berkuat kuasa. 

Pada 03 April 2013, Tunku Ismail mengumumkan perletakan jawatan baginda sebagai Presiden Persatuan Bolasepak Negeri Johor berkuat kuasa sertamerta kerana ingin menumpukan sepenuh perhatian terhadap tugas selaku Tunku Mahkota Johor disamping  tidak mahu terikat dengan undang-undang FAM.  Baginda juga telah membuat pengumuman akan menjadi Penaung PBNJ dan Dato' Obet Tawil sebagai Presiden PBNJ yang baru. 

Sila click entry Syah berhubung perletakan jawatan Tunku Ismail sebagai Presiden PBNJ :-

1 comment:

Unknown said...

Syah mungkin tak perasan komen saya.Tak mengapa lah. Tapi kalau Syah ada masa, hubungi lah saya. Saya ingin sangat berkenalan dengan Syah.