Thursday, May 2, 2013

Pengiran Muda Mahkota Brunei Hadiri Istiadat Pemasyhuran King Willem-Alexander

02 Mei 2013, Khamis :-

Pada 30 April lepas Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Muda Mahkota Pengiran Muda Haji Al-Muhtadee Billah ibni Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah dan Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Anak Isteri Pengiran Anak Sarah binti Pengiran Haji Salleh Ab Rahaman telah mewakili Negara Brunei Darussalam untuk menghadiri Istiadat Pemasyhuran King Willem-Alexander sebagai Raja Belanda. Istiadat Pemasyuharan yang berlangsung di Nieuwe Kerk, Amsterdam ini telah dihadiri oleh tetamu-tetamu jemputan khas dari seluruh negara termasuk kerabat-kerabat diraja seluruh dunia. Baginda berdua berangkat ke Amsterdam pada 29 April lepas dan berangkat pulang semula ke Brunei pada 30 April selepas istiadat berkenaan berlangsung.  Turut mengiringi baginda berdua adalah Yang Teramat Mulia Pengiran Muda 'Abdul Muntaqim, Yang Teramat Mulia Pengiran Anak Muneerah Madhul Bolkiah dan Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Dato Paduka Awang Haji Ali bin Haji Apong .

Sebelum berangkat pulang melalui Lapangan Terbang Schiphol, Doa Selamat telah dibacakan oleh Begawan Pehin Khatib Awang Haji Metassan bin Haji Tahir.  Turut mengucapkan selamat jalan kepada baginda berdua dan rombongan di lapangan terbang adalah Duta Besar dan Mutlak Negara Brunei Darussalam yang tidak menetap ke Belanda, Dato' Paduka Serbini bin Haji Ali dan isteri.

Sumber :- Pelitabrunei

No comments: